Musim hujan yang melanda hampir seluruh negara pada masa sekarang menghadkan aktiviti seperti camping dan bercuti. Namun ada sesetengah tempat yang masih boleh dikunjungi dan selamat dari fenomena seperti air pasang dan sebagainya.
Berkunjung ke Alang Manja yang terletak di Gombak, misi utama Cik Puteh Hati Zmj adalah mencari tempat yang selamat untuk perkhemahan sekeluarga. Tiada risiko kepala air dan angin kuat dan paling penting anak-anak seronok sepanjang camping.
Hanya setengah jam perjalanan dari rumah, tempat ini merupakan pilihan terbaik buat keluarga ini. Selain ada sungai yang boleh dikatakan selamat, di sini juga terdapat kolam untuk kanak-kanak, jadi kalau tak dapat bermain di sungai, si kecil yang datang masih boleh enjoy bermain kolam.
Selain orang awam datang camping, tempat ini juga terdapat resort dan juga sesuai untuk berpiknik di hujung minggu.
Nak tahu apa lagi menarik di Alang Manja, ikuti perkongsian Cik Puteh Hati Zmj:
Ads
Camping di Alang Manja, Gombak
Trip minggu lepas ye 5-6 Nov (2D1N) tapi baru berkesempatan nak post
Masa nak pergi hari tu kami cuba survey-survey tapi tak banyak review pasal tapak ni. Lepas dah balik ni kami rasa they deserve a credit
Harga tapak = rm60 (sila berhubung dengan caretaker to confirm. Sebab harga mungkin berubah mengikut kesediaan facility i.e sekarang masih under renovation
plugpoint = banyak giler. Plugpoint lagi banyak pada tapak khemah kena bayar RM10
riverside = yes ada
stream = semua boleh. Untuk budak, mak budak bapak budak abang kakak atuk nenek semua boleh. Janji jaga keselamatan diri
swimming pool budak-budak= sesuai untuk anak-anak paras lutut budak umur 10/11 tahun. Caretaker kata owner tengah nak buat swimming pool orang dewasa agak-agak paras dada
line telefon = semua cemerlang cuma tak ade masa nak belek phone je
parking = RM10 (per entry kut) agak jauh ke tapak. Kena guna wagon. Lecak sikit ye. So kalau yang nak rasmi wagon sangat sesuai baru la berbaloi
toilet = ada 10. Ada shower, cermin, tempt gantung. Tong air besar. Puas mandi. Tapi take note share dengan orang picnic day trip
check in 12 check out 12. Kurang lebih cek ngan CO
Surau ada selesa sangat dan tempat tinggi
sinki ada
mesin gedegang ada air/jajan lbh kurang
pakcik aiskrim
Cuma kami je berkhemah kat situ malam tu. Tapi ini macam resort style ada la guest yang menyewa kat resort/chalet tu hari tu. Malam tak sunyi pun sebab diaorang yang kat resort tu buat bakar-bakar bbq jugak.
Ads
Tapak agak limited dan sempit boleh tengok gambar. Yang betul-betul riverside rasanya dalam 3 tapak je
Misi utama kami mencari tempat yang selamat kepala air dan angin kuat tapi anak-anak masih seronok. So kami rasa ini antara pilihan terbaik untuk santai hari minggu. Hanya setengah jam dari rumah kami Sungai dia turun kebawah.
Menurut kata CO kalau air naik pun sampai tangga je. Dan kalau hujan dinasihatkan jangan mandi sungai. Since dia ada kolam untuk anak-anak budak-budak memang biar mandi kolam je pun tak ape. Tak risau sangat.
Ads
Weekend ramai orang datang picnic memang meriah. Untuk pengetahuan atas sikit dari tapak ni ada air terjun sungai pisang katanya sangat cantik. Kami tak sempat nak naik atas sana. Sepanjang 2 hari di sini cuaca sangat menyebelahi kami. Tak ada setitik hujan pun. Alhamdulillah
Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Orang ramai dijemput untuk menghadirkan diri dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
Sebanyak 4,000 tempat duduk bertingkat atau kemudahan ‘Human Terrace’ disediakan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk orang awam yang hadir bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos ini. Ini adalah kemudahan baharu yang kita sediakan pada tahun ini untuk para pengunjung selain ruang tontonan lain yang disediakan sepanjang laluan perbarisan dan persembahan pada sambutan hari bersejarah itu.
Kemudahan tempat duduk lima tingkat itu terletak dari Menara Prisma ke bulatan Kementerian Kewangan dan disediakan untuk memberi keselesaan kepada orang ramai yang hadir.
Sambutan hari kemerdekaan ke-62 itu, juga menyediakan kemudahan human terrace 12 tingkat untuk dif-dif kehormat dengan kapasiti kira-kira 1,500 orang.
Bagi pengunjung yang membawa kenderaan, terdapat 3,000 ruang parkir di kawasan sekitar Presint 2,3 dan 4 disediakan.
Selain itu terdapat perkhidmatan bas percuma dari Putrajaya Sentral, Ayer8 dan MyFarm ke kawasan acara berlangsung yang disediakan bermula jam 7 pagi hingga 2 petang, katanya.
Bagi menyemarakkan semangat sambutan bulan kemerdekaan, PPj mengedarkan sebanyak 11,750 bendera kepada semua Majlis Perwakilan Penduduk di Putrajaya untuk dipasang di semua kawasan perumahan.
Dalam mood percutian, mesti kita mengharapkan percutian kita itu adalah percutian yang terbaik dan indah dengan kenangan-kenangan manis dan setiap kenangan tu bukan sahaja manis sewaktu tiba di destinasi percutian sahaja. Kenangan manis tu mesti bermula dari muka pintu rumah dari pergi sehingga balik.
Jadi, sewaktu perjalanan ke destinasi pun mesti kita mengharapkan kenangan yang baik-baik sahaja untuk kita dan orang lain. Justeru, etika ketika dalam perjalanan lebih-lebih lagi dalam pesawat sangat penting, supaya pengalaman kita tidak terjejas dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Jadi, apa etika yang sepatutnya kita buat ketika di dalam pesawat. Artikel ini Libur kongsikan kepada anda 21 tips berguna untuk anda dan rakan-rakan.
1. Elakkan barisan yang ada keluarga dan kanak-kanak
Sewaktu berbaris untuk pemeriksaan keselamatan, cuba elakkan barisan yang dibarisi keluarga bersama anak-anak kecil. Kecepatan mereka tidak sama dengan anda yang bergerak solo atau berdua.
2. Buka jaket, jam, tali pinggang dan keluarkan barang elektronik
Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan dan memendekkan barisan, seharusnya anda bersiap sedia dengan mengeluarkan siap-siap segala peralatan elektronik dan cecair dari bagasi tangan anda.
Buka jaket atau sweater, tali pinggang, kasut, dan duit syiling dari poket seluar anda. Masukkan botol-botol cecair dalam satu plastik berzip lutsinar. Bergerak cepat apabila dipanggil dan ambil barang-barang anda segera dan pakai semula di kawasan yang jauh dari kawasan pemeriksaan.
3. Bawa botol kosong
Jangan beli air botol di kedai. Bawalah botol kosong anda sendiri. Hampir semua lapangan terbang di dunia ada mesin air percuma. Tinggal isi sahaja. Anda tidak perlu beli air botol sebelum atau selepas pemeriksaan. Lebih menjimatkan wang. Botol kosong tidak akan dirampas ketika pemeriksaan.
4. Patuhi had saiz bagasi tangan
Jangan degil dengan membawa beg yang jauh lebih besar dari had ditetapkan. Ini sikap yang pentingkan diri sendiri. Bila anda patuhi saiz, beg anda boleh disimpan menegak kerana beg yang disimpan melintang di atas membazir ruang didalam pesawat.
5. Elakkan daripada memakai terlalu banyak barang kemas
Kalau nak juga pakai, masukkan ke dalam plastik atau beg kecil sebelum berbaris untuk pemeriksaan. Lepas pemeriksaan, baru pakai semula barang kemas anda.
6. Elakkan memakai pakaian ketat terutama untuk penerbangan jarak jauh
Dalam penerbangan panjang, hampir setiap masa anda duduk di kerusi tanpa banyak bergerak. Maka, pakaian ketat anda ini boleh menyebabkan DVT (deep vein thrombosis) iaitu penggumpalan darah dalam salur darah. Kaki boleh bengkak kerana darah tidak mengalir dengan lancar. Selamatkan diri anda daripada perkara ini.
7. Jangan pakai kasut tumit tinggi (heels) tidak kira anda di kelas pertama, bisnes atau ekonomi
Ini penting kerana tumit kasut tinggi mempunyai tapak yang tajam dan boleh bocorkan gelongsor kecemasan pesawat apabila anda memijaknya. Perkara ini boleh melambatkan pergerakan anda sewaktu kecemasan. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda dan penumpang lain sekiranya perkara itu berlaku. Pakailah kasut sarung atau kasut sukan yang mudah dibuka dan yang mampu melindungi kaki anda sewaktu kecemasan. Nak bergaya, boleh bila sampai destinasi. Who knows that your heels can cost other people’s lives?
8. Jika anda travel ke destinasi bermusim sejuk, pack baju sejuk dan jaket tebal anda dalam bagasi kargo
Pakailah beberapa lapis baju dan jaket nipis ketika didalam kabin pesawat. Kalau nak bawa jaket tebal dalam kabin, pack guna beg vakum dan masukkan dalam bagasi tangan anda. Ini lebih menjimatkan ruang dan memudahkan pergerakan dalam kabin bukan saja untuk anda tapi untuk penumpang lain. Dalam pesawat anda juga boleh minta selimut. Ia jauh lebih baik dari pakai jaket tebal yang merimaskan. But please return the blanket.
9. Elakkan daripada memakai skirt pendek dan pakaian yang terlalu berjurai
Apabila berlaku kecemasan, skirt pendek anda tidak akan melindungi diri anda daripada elemen cuaca dan bahaya persekitaran. Pakaian terlalu berjurai pula boleh menyebabkan anda tersangkut di kerusi ketika anda bergerak menuju pintu kecemasan.
10. Jangan tidur sewaktu pesawat berlepas dan mendarat
3 minit pertama dan terakhir di setiap penerbangan adalah minit penting atau masa hidup dan mati kerana menurut statistik, sebahagian besar kemalangan udara berlaku ketika berlepas dan mendarat. Maka jangan tidur di 3 minit pertama dan terakhir ini!
11. Tumpukan perhatian kepada demo keselamatan
Walau anda kerap terbang beberapa kali, sentiasa tumpukan perhatian terhadap demo keselamatan kerana peraturan setiap pesawat mungkin berbeza daripada pesawat yang lain. Perhatikan dan ingat di mana pintu kecemasan terdekat dengan anda. Sentiasa peka dengan arahan anak kapal!
12. Sentiasa pakai tali pinggang bila di tempat duduk anda walaupun tiada turbulence
Benda semacam ini datang tanpa amaran. Anda sudah tentu tidak mahu tercampak hingga kepala terhentak di overhead compartment dan lain-lain yang boleh menyebabkan kecederaan kepada anda.
13. Jangan buka kasut
Tolong jangan buka kasut jika anda bukan jenis pembersih atau kaki berbau busuk! Udara dalam kabin dikitar semula, bau busuk dan sebagainya boleh kekal dalam kabin dan menyebabkan ketidakselesaan kepada penumpang lain. Kalau mahu buka kasut, pastikan stokin anda bersih dan jangan buka stokin.
14. Sentiasa bertimbang rasa
Jika anda perlu baringkan kerusi, baringkan dengan berhati-hati kerana kita tidak tahu kalau orang di belakang sedang menggunakan meja untuk makan atau minum air panas dan sebagainya.
15. Ajari anak anda adab dan tatasusila sewaktu di dalam penerbangan
Ajar anak-anak anda untuk tidak menendang kerusi di hadapan. Ini merupakan satu tindakan biadap dan perkara yang paling tidak disukai oleh kita semua ketika berada di dalam pesawat. Usahakan apa sahaja, buat anak anda dengar nasihat anda dan bukan anda pula yang dengar kata mereka.
16. Jangan tamak
Arm rest ialah hak utama buat yang duduk ditengah-tengah. Jika anda duduk ditingkap atau di aisle, anda hanya ada satu arm rest. Kalau anda ambil dua-dua, yang duduk tengah tidak dapat apa-apa. Be considerate!
17. Hormati privasi penumpang lain
Kalau yang duduk di sebelah anda bukan yang anda kenal dan mereka tidak mahu berbual dengan sesiapa pun, jangan paksa! Berikan privasi kepada mereka.
18. Cuba tunggu waktu sesuai untuk ke tandas
Bila nak ke tandas, tunggulah masa sesuai. Bukan sewaktu anda nampak anak kapal sedang sorong troli makanan dan minuman. Selepas anda makan, tunggu sehingga anak kapal kumpul dulang makan barulah anda bangun.
19. Jaga kebersihan tandas
Gunakan tandas dalam pesawat seperti mana anda gunakan tandas di rumah. Jangan buat sepah. Jangan juga guna tandas terlalu lama. Ingatlah, bahawa dalam pesawat ada penumpang lain juga. Again, bertolak ansur.
20. Isi borang ketibaan dan pastikan siap sebelum pesawat mendarat
Ketika dalam penerbangan atau sebelum keluar dari pesawat, isikan borang atau kad ketibaan. Jangan tunggu sampai imigresen baru nak isi. Jadi, penting untuk anda bawa satu atau dua pen dalam beg.
21. Tunggu bila pesawat sudah betul-betul berhenti baru anda bangun ambil beg
Tunggu giliran anda untuk bergerak ke depan pesawat. Tidak perlu berebut-rebut. Ambil beg dan bergerak dengan cekap.
Akhir sekali, Hormati anak kapal atau pramugari dan pramugara di dalam pesawat. Elakkan daripada berlawan cakap atau bergaduh tidak kira di lapangan terbang, sewaktu pemeriksaan atau terutama sekali ketika di atas pesawat.
Kalau anda tidak puas hati dengan servis yang anda terima, bincang di tepi atau di belakang orang awam. Tidak perlu marah-marah atau menjerit-jerit. Mereka ini cuba membantu memudahkan urusan anda dan mereka juga manusia dan ada perasaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selalu kita dengan Bazar Ramadan dekat Malaysia yang menjual pelbagai jenis juadah untuk pengunjung berbuka puasa. Memang meriah dan paling best banyak makanan yang kadang tak dijual ketika hari biasa boleh didapati dengan mudah di Bazar Ramadan.
Pernah tak korang yang pergi ke Turkey jumpa bazar Ramadan? kalau ada pun mungkin tak semeriah dan sebesar kat Malaysia tapi cukuplah untuk mengubat kerinduan bagi yang memang tinggal kat sana.
Seperti yang dikongsikan oleh Zira Kee Charles-Yanar di Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) tentang bazar Ramadan yang ada di sebuah bandar bernama Kuşadası di Turki.
Jom ikuti perkongsiannya:
Bazar Ramadhan Kuşadası
Turki terkenal dengan bazaar, tapi bazaar makanan bukan salah satu daripadanya. Budaya “street food” ni sebenarnya asing di kalangan orang Turki. Ada tapi bukan dalam skala yang besar macam dekat Malaysia. Orang Turki lebih suka masak dekat rumah & makan beramai-ramai dengan keluarga.
Satu, sebab makan dekat luar kos jauh lebih tinggi banding masak sendiri & kedua sebab faktor kebersihan, mereka lebih yakin makan makanan yang dimasak di dapur sendiri.
Jadi konsep bazar Ramadhan sesuatu yang agak asing lagi-lagi di Kuşadası yang merupakan pekan pelabuhan yang padat dengan pelancong dari Eropah. Tahun ni pertama kali nampak ada bazar Ramadhan, jadi kita pun singgah la tengok apa yang ada.
Apa yang best : Setiap gerai jual produk yang berbeza, jadi peniaga tak ada saingan dengan peniaga yang lain.
Apa yang tak best : Tak banyak pilihan.
Kesemuanya ada 7 gerai sahaja.
Gerai jual makanan.
Gerai jual sucuk (sosej).
Gerai jual madu.
Gerai jual keju.
Gerai jual manisan (pişmaniye & baklava).
Gerai jual buah-buah kering, bijirin & kekacang.
Gerai jual jus & cuka asli (dari epal, anggur etc).
Sis beli içli köfte, pişmaniye & nasi (bulgur) lauk daging masak rempah. Semua sekali habis 140 Lira. Haha. Mahal ka? Memang mahal pun, içli köfte tu kalau dia tak duduk dekat bazar sebiji biasa dalam 2.50 – 5.00 Lira bergantung dengan jumlah yang kita beli. Tapi sebab dia duduk dekat bazaar dia jadi 10 Lira sebiji.
Tapi sis fikir positif, sekarang keadaan ekonomi dekat Turki tak stabil & inflasi agak teruk. Tak apalah kita bantu rezeki orang InsyaAllah orang pun bantu rezeki kita. Nak senangkan hati kita fikir macam ni, baru 40 ringgit. Nak lagi senang hati tak apalah tak sampai 10 usd pun.
Dari segi rasa sis bagi 4/10. Haha. Bukan apa, bila lidah & tekak dah terbiasa dengan makanan Malaysia makan apa-apa pun dekat sini auto rasa “tawar”. Sebenarnya tak tawar pun, cuma untuk tekak kita rasa dia macam tak berapa “umph” giteww.
Tapi apa-apa pun sis sangat rindu bazar Ramadhan di Malaysia. Masih ada lagi ka orang jual ayam gunting 5 ringgit?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...