
Selain bercuti dan tinggal di hotel atau homestay, rakyat Malaysia sekarang suka bercamping. Apatah lagi dengan kewujudan banyak campsite yang menawarkan fasiliti lengkap untuk yang mahu berkhemah membuatkan ramai memilih untuk bercamping.
Yang penting mempunyai kelengkapan lengkap untuk camping seperti khemah, peratalan memasak serta peralatan lain untuk memastikan keselesaan sepanjang perkhemahan.
Antara salah satu campsite yang sering menjadi pilihan camper adalah Hola Campsite yang terletak di Cameron Highlands. Kedudukannya yang terletak di tanah tinggi membuatkan suasana yang bakal camper perolehi sangat nyaman dan selesa.
Berada di tempat tinggi juga memberi peluang kepada camper untuk menikmati keindahan waktu malam dengan melihat deretan bintang di langit selain melihat sendiri matahari naik pada waktu pagi.
Memang seronok membaca pengalaman camper yang camping di sini, antaranya adalah Firdaus Arshad yang baru sahaja camping di Hola Campsite pada 11 hingga 13 Mei yang lalu.
Ikuti perkongsiannya!
Hola 2.0 campsite Tanah Rata.. 11/05/2022 – 13/05/2022..
Booked campsite untuk weekdays..
Tapak 2.0 hampir full.. 02.30 ptg smpi campsite..
Hampir 2 jam untuk setup khemah & drop semua peralatan..
Setelah belajar dari first setup camping di Lojing.. Alhamdulillah cuaca cantik.. Suhu dingin.. Dapat kabus tebal.. Malam pertama tidur di luar khemah atas camping bed.. 3.30 pagi dah bangun.. Sebab nak layan view waktu pagi.. 4.30 pagi try stargazer.. Alhamdulillah dapat captured gambar cantik..

video: layan sunrise
Hari kedua tengahari dah mula gerimis.. Kabus dah mula tebal.. Sangat-sangat tebal.. Suhu sangat sejuk.. Siap menggigil.. Bawa sampai ker senja.. Jarak 50m pun tak nampak disebabkan kabus.. Memang enjoy.. Malam kedua tak sanggup tidur luar.. Tak tahan terlampau sejuk..

Campsite Best, fasiliti terbaik!
Campsite HOLA sangat best.. Tandas bersih.. Siap ada water heater.. Tak perlu risau untuk mandi waktu malam & awal pagi.. Around 10.00 pagi akan ada pekerja kutip sampah & basuh bilik air.. 5 bintang
Kredit: Firdaus Arshad
Trip 3H2M ‘Hiking Backpacker Style’ Bukit Mok Cun, Kedah & Bukit Jernih, Perlis. Bajet RM163 Je Seorang

Nak merasai suasana kedamaian hijau sawah yang terbentang luas dan sangat cantik untuk dijadikan background gambar kenangan anda? Percutiaan ke negeri Kedah dan Perlis merupakan pilihan ideal buat kalian.
Perkongsian trip secara backpack mendaki dua lokasi berbeza di Kedah dan Perlis oleh saudara Mohd Helmi nyata memberi kelainan untuk percutian anda yang suka akan alam semulajadi. Paling menarik, bercuti ketika ini, sangat menjimatkan.
Jom baca!
ITINERARI 3 HARI 2 MALAM
- Hiking Backpacker Style Ke Negeri-Negeri Jepalang Padi Malaysia: Bukit Jernih, Perlis & Bukit Mok Cun, Kedah.
- Trip:26-28 Jun 2020
- Lokasi: Jajaran Pantai Barat Utara Malaysia.
COSTING:
- Flight Airasia pergi balik KL-Alor Setar: RM24
- Bee Garden Motel double room: RM26/ malam x 2
- Total transport (mycar, bas & tren): RM37.70
- Souvenier: Glove kedai Eco RM2 nak hiking
- Guider: Harga deal dgn guider sendiri, honestly x mahal.
- Makan minum:RM37.70
ALL IN COST= RM163.40
Hari 1
- Flight tujuan KL-Alor Setar 8.30pm terus gerak KLIA lepas kerja.
- Mycar Airport-Hotel RM12.90 (mahal dari harga flight aku, huhu)
- Check in Hotel The Space Inn RM52 utk 2 malam.
- Dinner di warung dan ke Menara Alo Setar je.
Hari 2
- Mycar RM5 ke Tren Keretapi
- Tren kedua (pertama terlepas) Alor Setar – Bukit Keteri, Kangar 7.39am, sekitar 1 jam perjalanan sampai di Stesen Bukit Keteri (stesen antara Arau-Padang Bsr) RM3.80
- Amin anak Cikteh amik di stesen Keteri- naik motor ke Kaki Bukit Jernih (lbh kurang jarak 3km).TQ amin.
- Pendakian bermula: View Superb kebabom. Siapa2 nak ke atas tolong guna guider (Highly recommended amik guider dgn Citteh BJ, servis dia dan anak dia memang gred A+), kalau x ada diorang belum tentu dpt cari trail ke atas, diorang pun tolong amik kan gambar dan jaga keselamatan kita. Kalau rasa servis diorang overexpectation, sila lah bg extra tips ok sayang.
- Tengahari: Makhan2 di Restoran Pokok Sawa, Mata Ayer, Perlis. TQ sgt kpd hamba allah yg belanja makan makanan kampung.Sedap. Seronok jumpa kawan2 baru juga, nanti kita hiking tempat lain pulak ya kwn2.
- Cikgu Pah, time kasih jg hantar pulang ke Arau. Rehat2 dan makan di Arau pula sebelum pulang Kedah.
- Tren 4.30pm Arau-Alor Setar RM3.20
- Mycar Alor Setar-Aman Central RM5 .Then makan lagi.
- Petang:rehat dan tidur
- Malam: Dinner di Iman Kutiew kerang, TQ kpd hamba allah lain pula yg belanja malam tu.Sedap kutiawnya.
- Jalan-jalan night walking di sekitar Menara Alor Setar, Dataran dan Masjid Zahir sebelum dihambat balik oleh pak polisi sbb meriah sangat di dataran malam tu tanpa jarak sosial sesuai. Apapun tahniah Kedah dah zon hijau.
Hari 3
- Tidur sampai 11 pagi
- 12.00 Makan di warung belakang Aman Central
- 12.30pm: Naik Bas Mara dari Aman Suri Residence, sebelah Aman Central ke Kampung Kodiang Lama RM4.40-then jalan kaki dalam 15 minit ke kaki bukit Mokcun. Kira mcm warm up dulu. Tapi confirm view sawah bawah tu dah panggil2 korang sebelum daki Mokcun.
- Pendakian solo bermula seawal 1.45pm mcm tu
- dalam pukul 6 pm baru turun setelah ke beberapa point seperi Batu Gantung, View Side Kereta Api & Side Lebuh Utama Jitra-Arau dan di Puncak Mokcun.
- 6 Pm: Bas Mara naik dari Kampung Kodiang Lama-Persimpangan Airport Alor Setar (Depan TH Hotel) RM3.40.
- Makan Nasi Arab-then jalan kaki ke airport je, TQ ada abang baik tumpangkan otw jalan kaki ke airport. Org2 Kedah sempoi baq hang
- Flight pulang ke KL 9.30pm
Credited with TQ kpd kawan-kawan yang dah menjayakan trip ni walaupun ada yang hanya jumpa di en-route, belanja-belanja makan dan free ride. Kepada yang tak sempat jumpa kita ketemu di lain masa ok.
Day Trip Food Hunting To Jenjarom: Mansion 1969 – Makanan Yang Sedap Dan View Yang Menenangkan

Kalau anda pergi ke Banting, Selangor melalui lebuhraya SKVE, keluar saja dari Plaza Tol Telok Panglima Garang, belok kiri di traffic light dan anda akan nampak satu tempat makan yang cukup dikenali oleh orang lokal di Jenjarom iaitu Mansion 1969.
Nampak macam rumah lama yang diperbuat daripada kayu, tapi anda jangan salah sangka, restoran ini menyediakan makanan yang cukup lazat untuk dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan. Bak kata orang putih, ‘don’t judge a book by its cover‘. Anda perlu masuk sendiri ke sebelah dalam restoran untuk melihat sendiri keunikkan Mansion 1969.
Sebaik saja melangkah masuk, dekorasi dan atmosphere yang ada di sini akan membuatkan anda terasa seperti di kampung halaman. Berkonsepkan hipster dengan koleksi barangan antik, basikal tua, kamera lama dan mesin typewriter lama, menambahkan lagi mood vintage yang ada ke dalam diri anda.
? TRIVIA Landmark tempat ni mudah saja – selepas anda keluar dari traffic light Plaza Tol SKVE Telok Panglima Garang, belok kiri dan anda akan nampak sebuah bas berwarna merah yang dijadikan tempat makan. |
Dinding di tempat duduk ruang makan digantikan dengan panel kaca dan anda boleh menikmati pemandangan kebun di bahagian belakang kedai yang luas dan mempunyai beberapa pokok buah-buahan seperti rambutan dan durian. Help yourself sekiranya anda ingin merasai kemanisan buah rambutan yang ada di situ.
Hidangan yang disediakan di sini cukup lazat untuk mereka yang gemarkan makanan tempatan seperti chinese-style dan western. Walaupun kedainya nampak biasa, tetapi kualiti makanan yang disediakan setanding dengan kedai-kedai makan yang mewah.
? TRIVIA Anda boleh datang ke sini pada waktu malam kerana pemandangan yang ada di luar kedai lebih cantik dengan lampu-lampu yang ada. |
Antara menu popular adalah Tomyam Spaghetti yang berharga RM15. Spaghetti yang disediakan nampak seperti spaghetti di kedai-kedai makan yang biasa tetapi saat ia masuk ke mulut anda, kepelbagaian flavours dan spices mampu membuatkan anda tidak berhenti dan mungkin akan pesan sepinggan lagi.
Antara hidangan lazat yang lain adalah Baliness Fried Rice. Nasi goreng ini dihidangkan bersama ayam goreng dan sayur-sayuran dan berharga RM13 sepinggan.
Menurut pengasas Mansion 1969, Pierre Teh, tempat itu asalnya dibina pada tahun 1969 dan selepas ditinggalkan bertahun-tahun, beliau mengambil inisiatif untuk membangunkan semula kawasan ini dan minatnya terhadap barangan antik memberikan ilham untuk beliau mendekorasikan tempat ini tempat menjadi tempat lepak hipster di kalangan orang muda.
⭐ PRO TIP Anda boleh buat tempahan terlebih dahulu (03-3191 5969) bagi mengelakkan ketiadaan tempat duduk pada waktu-waktu sibuk. |
Kepada anda yang ingin berkunjung ke sini, boleh Waze Lot 389, Batu 13, Jalan Klang-Banting, Kampung Sungai Rambai, Jenjarom, Selangor dan waktu operasi adalah dari pukul 12 tengah hari hingga 9 malam.
DS Nurhaliza Sedih Clifford School Tinggal Bumbung. Bangunan Bersejarah Lebih 100 Tahun Di Lipis!

Siapa sangka hujung minggu lepas meyaksikan banjir besar melanda beberapa negeri terasuk Johor, Perak, Terengganu dan juga Pahang.
Salah satu kawasan paling terjejas terus di Pahang adalah Maran dan juga Kuala Lipis.
Seperti yang kita tahu Kuala Lipis adalah ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada tanggal 27 Ogos 1955.
Daerah ini sememangnya terkenal dengan tempat kelahiran beberapa nama besar negara, antaranya Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Muhamad Ghazali Shafie; wartawan, penulis dan aktivis politik, Ishak Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako, chef selebriti terkenal, Redzuwan Ismail atau Chef Wan dan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Bandar Kuala Lipis yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke-19 semasa pentadbiran era kolonial di bawah Residen British, Sir Hugh Clifford adalah bandar transit pengunjung dan kenderaan dari Lembah Klang ke Kelantan.

Selain itu, bandar Lipis yang juga bekas ibu negeri Pahang turut menempatkan 14 bangunan bersejarah yang didirikan ketika pentadbiran British.
Antaranya, pejabat pos (1910), Clifford School (1913), kediaman bekas SUK Pahang (1920), Rumah Residen (1922), Istana Hinggap (1926), Asrama Jururawat (1926), Stesen Keretapi (1926), Clifford Malay Hostel (1926) dan Rumah Pegawai Daerah (1929) memperlihatkan reka bentuk bangunan hasil cita rasa Pegawai Kolonial British ketika itu.
Seperti yang kita tahu, banjir yang berlaku beberapa hari ini telah menenggelamkan Clifford School yang dikatakan sudah berusia 100 tahun

Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagramnya, Siti memberitahu bangunan kelas tempatnya belajar hanya sayup kelihatan bumbungnya saja. Jadi beliau meminta jasa baik semua follower, rakan-rakan dan alumni sekolah berkenaan agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban sekolah akibat bencana banjir.

Sebelum itu juga posting dari Pengurus Siti, Rozi turut memberitahu kedaaan di sekolah berkenaan dan sebagai Naik Yang Dipertua alumni Loca atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, dia turut meminta bantuan kewangan dan juga sukarelawan untuk bergotong royong nanti di sana.
Menurut Rozi, sekolah ini mempunyai khazanah-khazah bertahun dan sejarah yang tidak mungkin ada galang gantinya hampir tenggelam sepenuhnya.

Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah.
Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.
Repost @rozisangdewi
Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.
Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja.
Hari ini, sebagai Naib Yang DiPertua, alumni LOCA atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, Pahang, saya mengalu-alukan jasa baik dan sumbangan kalian dalam bentuk kewangan (kecemasan) .
Akaun Maybank LOCA:
556114503768
Dan sumbangan lainnya pada hari gotong royong pembersihan nanti seperti tenaga sukarela, waterjet, makanan, minuman dan sebagainya. Saya akan maklumkan lebih formal selepas ini.
Moga Allah memudahkan usaha ini. Aamiin.
Artikel Berkaitan:
5 Destinasi Percutian DIY Yang Best Di Negeri Pahang Darul Makmur
Merapoh, Khazanah Alam Berusia 300 Juta Tahun Ada Ratusan Gua Untuk Diterokai. Ada Berani?
Misi Tawan Gunung Tahan, MOTAC Pahang Rancak Promosi Produk Pelancongan Taman Negara!
Kredit Foto: Instagram CTDK & FB SMK Clifford