Bila memilih destinasi untuk membuat solo trip perkara utama yang diambil kira pastinya tentang keselamatan. Tempat yang cantik dan juga mempunyai kemudahan seperti makanan halal, sedap, penginapan yang murah dan berpatutan juga menjadi faktor sesebuah destinasi dijadikan pilihan.
Di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Nor Alwani Abdul Wahab berkongsi perjalanan solonya ke Medan, Indonesia. Menurut wanita ini, mungkin ia biasa bagi sesetengah orang namun untuk yang sukakan alam, Medan adalah tempatnya.
Berjalan sendiri sepanjang berada di sana tidak membataskan eksplorasi wanita ini untuk ke danau atau tasik yang cukup popular iaitu Danau Toba.
Memandangkan datang sendirian, wanita ini menggunakan perkhidmatan tour agent untuk memudahkan dirinya. Menyifatkan percutian solo yang selamat buat wanita muslim sepertinya, Alwani juga menyatakan makanan yang ada di sini sedap untuk dinikmati.
Ikuti perkongsian wanita ini solo trip selama tiga hari dua malam ke Medan, Indonesia:
Tempat Cantik,Orangnya Baik & Makananya Enak!
Ads
Assamualaikum,
Izinkan saya share my solo trip ke Medan, Indonesia pada 3-5 Oktober 2022.
Medan, kalau ibarat yang dah biasa, ala macam tak ada apa-apa je. Tapi bagi nature lover, yes Medan ada apa yang you all cari. Jangan takut untuk travel seorang kerana orangnya baik-baik, kulinernya enak-enak.
Avocado Coffee. Memang tak ada menu ni kat CBTL MalaysiaNi wajib makan.. Portion ni utk 2 orang. Jenuh nak habiskan
Ads
1st saya cite tentang flight. Saya dapat Malindo return RM 351. Agak mahal sebab beli seminggu sebelum fly. Tapi sebab nak bawa hati, sis don’t care! Hahaha. Kalau beli awal lagi, lagi murah.
Hotel saya ambil Kama Hotel. Duhaiiii food lover, ketahuilah betapa untungnya perut jika menginap di Kama Hotel. Café-café hisptur, kedai kopi berderet kiri kanan hotel. Memang nyaman! Saya ambil single bed 2 malam RM 151 sekali breakfast tempah di agoda.com. Kama hotel juga belakang Pasar Ikan! Jalan kaki tak sampai 100 meter. Siap la memborong lace dan telekung. Lace 2 meter RM20 sahaja ya! Murah sangat-sangat.
Sebab saya pergi seorang, saya plan amik tour ke Lake Toba sekali dengan photographer. Rugi la tak amik gambar kan. And saya ambil pakej dengan mas Sani Tanjung . Dapat info pun daripada dalam group ni. Gambar dia ambil semua professional shoot. Lawa-lawa. Sis pergi solo pon rasa secure walaupun private tour sahaja. Tq sani and TOUR GUIDE MEDAN for the best service. Saya bagi 5 star! Tq juga info yang recommend daripada group BBM.
Ads
Geng-geng kaki Starbuck, satu lagi info saya nak share. Harga termos starbuck sangat-sangat murah! Termos Starbuck Reserve kat KL RM 253, kat Medan baru RM 189. Air dan kek dia pun murah. Aduhai memang lari diet!
Ni saya share sikit gambar di Lake Toba dan Sipiso-piso. Lain-lain tak ada gambar sangat sebab travel seorang je.
Ramai yang suka air terjun tetapi kurang tahu lokasi menarik nak singgah bawa anak-anak, kan?
Salah satu lokasi menarik wajib anda singgah di Kelantan adalah Lalang’s Resort & Spa yang terletak di Jeli.
Nak mudah lagi, cari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memang sekitar itu sahaja tempatnya.
Lalang merupakan tempat bertemakan alam semula jadi, cuaca yang sangat nyaman dan sejuk disini, jauh dari pembangunan dan udara nya sangat menyegarkan. Bila datang sini rasa tenang sangat.
Layan bunyi air terjun, resort pun unik, nampak klasik. Semua sudut terjaga rapi dan bersih dari sampah. Staff si sini pun ramah.
Harga berpatutan, chalet hanya Rm250/ untuk satu malam. Hah, air terjunnya panjang sangat. Jadi memang tak semak kalau nak mandi.
Untuk anda yang nak merasa air terjun, bolehlah pergi. Owh ya, masuk percuma saja kalau setakat nak bbq , berkelah dan mandi manda. Kalau nak tidur chalet baru kena bayar.
Lalang’s Resort & Spa
PT 6293, Sungai Keding, Kampung Gemang, 17700 Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai ingin bercuti tetapi kadang-kadang buntu memikirkan tempat mana menarik untuk dituju.
Perkongsian Detektif Kembara ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu cuti-cuti Malaysia.
Malah jika berkesempatan boleh buat Roadtrip perjalanan dari Putrajaya-Kl-Selangor-Perak-Penang-Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan.
Walaupun kita sudah dibenarkan merentas negeri dan bercuti, jangan lupa untuk mematuhi SOP ditetapkan.
Kalau boleh jauhi kawasan yangramai orang, rancang percutian dan jangan jadikan momen kegembiraan nanti berakhir dengan suatu yang menyedihkan.
Ayuh, kita lihat detinasi menarik jika merancang bercuti di seluruh negeri yang ada di Malaysia.
Berkesempatan bercuti ke Desaru bakal memberi pengalaman berbeza kepada pengunjungnya. Desaru mempunyai pantai terbaik di Johor. Pantai yang indah ini di barisi dengan pepohon ru sepanjang pesisiran pantai mencantikkan lagi view sekeliling lokasi ini.
Di sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berenang, kembara denai dan aktiviti air lain yang menyeronokkan. Untuk penginapan jangan risau, terdapat pelbagai pilihan hotel, resort dan chalet yang boleh dipilih. Antaranya:
Chalet D’Punggai
Chalet yang baru sahaja beroperasi ini dikendalikan oleh Rohaizat Corporation khas buat pengunjung untuk menginap di Tanjung Punggai. Sejumlah 14 unit penginapan disediakan untuk kemudahan pengunjung. Dua jenis chalet disediakan iaitu Family Room dan juga Superior. Setiap unit lengkap dengan penghawa dingin, tv, sofa dan juga katil bersaiz queen dan juga single.
Paling menarik kawasan sekitar chalet ini berhampiran dengan kawasan pantai dan sesuai untuk individu yang gemar lakukan aktiviti air atau memancing. Kawasan yang luas di sekitar Chalet D’Punggai juga sesuai untuk aktiviti team buliding kerana lokasinya dibenarkan untuk aktiviti berkhemah dan juga beriadah.
Bayu Balau Beach Resort
Penginapan di Bayu Balau Beach Resort pastinya ditungu-tunggu setelah seharian berjalan melihat kawasan di Tanjung Balau. Kaki dah penat, badan dah letih, memang katil memanggil-manggil untuk diterkam.
Pintu gerbang yang besar sebagai pintu utama untuk pengunjung menginap ni menjadi perhatian setiap kali lalu di kawasan tanjung ni. Bilik penginapan di sini terdiri daripada pelbagai jenis pilihan lengkap dengan kemudahan sebuah televisyen, cerek elektrik, peti ais mini. Fasilitinya dilengkapi dengan sebuah kawasan kolam renang yang turut memberi peluang kepada orang luar menggunakannya dengan kadar bayaran tertentu. Mana tahu dari hanya menggunakan ‘swimming pool’ ada pengunjung yang berhajat untu menginap terus ke bilik kan?
Pada siang hari, jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbit di persisiran pantai. Ternyata view sunrise ni sangat cantik! Satu pengalaman yang pasti sukar dilupakan sesiapa sahaja. Sunrise dengan pemandangan swimming pool dan pantai, memang view yang sempurna untuk menarik kunjungan ramai.
Berkelapangan singgah di pantai Desaru yang cantik tapi tidak tahu nak menginap dimana, boleh hubungi pihak Bayu Balau Beach Resort untuk penginapan sekeluarga!
Terletak di Bandar Penawar, sebuah rumah kayu, persis zaman dahulu tersergam di dalam kebun penanaman buah Jade Melon. Teratak Penawar mempunyai 8 buah bilik beserta lengkap dengan ruang tamu, bilik air, dapur, tempat bbq serta anjung, pastinya satu pengalaman yang indah ditemani kehijauan pokok dikeliling.
Kebun Jade Melon Taman Fertigasi
Bersebelahan Teratak Penawar, terdapat kebun Jade Melon iaitu Taman Fertigasi. Sebanyak 15 buah rumah hijau dibina atas permintaan yang tinggi dari pembeli untuk merasai keenakan buah Jade Melon.
Buah Jade Melon ini seakan buah honeydew tetapi isinya lebih putih dan tekstur lebih lembut. Perbezaan antara tiga buah ini iaitu Honeydew, Rock Melon dan Jade Melon, tidak banyak bezanya, tapi bagi mereka yang sudah biasa makan pasti dapat merasai perbezaannya.
Setiap satu pokok Jade Melon hanya menghasilkan satu jenis buah sahaja. Setiap kali dituai, pengumpulan buah ni boleh mencecah 2 tan! buah Jade Melon ini sentiasa mendapat sambutan setiap kali menjelang musimnya. Jadi kalau ada antara korang yang nak cuba keenakan buah Jade Melon ini.
Muzium Nelayan terletak bersebelahan pantai Tanjung Balau dan Perkampungan Nelayan Tanjung Balau. Muzium ini mempamerkan alat-alat yang digunakan oleh para nelayan dan penceritaan tentang kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengalaman yang mereka perlukan untuk belayar. Di antaranya ialah pengetahuan dalam melihat bintang serta apa maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum turun ke laut juga diceritakan.
Tanjung Balau, memang sudah terlahir pada asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan. Mereka yang tinggal di Tanjung Balau ini semuanya orang laut. Maka terhasillah muzium ini untuk dikongsi dengan pelancong tentang asal-usul perkampungan nelayan ini.
Ada info yang menarik perhatian ketika berada di muzium ini. Tahu tak dahulu nelayan akan ukir satu ukiran kayu dan diletakkan melintang di hujung perahu layar untuk menangkap ikan, ukiran ini dipanggil Bangau, diambil inspirasi dari burung bangau, kerana mereka percaya kalau adanya simbol burung bangau ini, ikan akan mudah ditangkap.
Asalnya ukiran ini dibuat untuk menyangga layar atau dijadikan sangga tali semasa menarik sauh. Setiap ukiran adalah berbeza mengikut pada negeri nelayan itu tinggal. Unik bukan?
Berhampiran Muzium Nelayan terletaknya Rock Formation yang sangat dikenali para geologi serata dunia. Bagi mereka yang perlu mengkaji tentang pembentukan batu dari lava bumi, di tanjung ini lah sering menjadi pilhan pelajar-pelajar bidang geologi untuk membuat kajian. Bukan sahaja pelajar di Malaysia, bahkan pelajar asing juga datang ke sini untuk melakukan kajian.
Pembentukan batu ini merupakan yang kedua tertua di Malaysia berusia 300 juta tahun selepas rock formation di Langkawi berusia lebih 550 juta tahun. Menarik sangat sekali sekala sambil bercuti belajar tentang kesan geografi dan sejarah di tempat orang. Kalau anda berada disekitar Desaru ini singgahlah ke sini ya!
Setelah sekian lama menyepi, nama Desaru mula disebut-sebut tetapi masih lagi ada yang menanti apakah yang bakal ‘menyinggah’ di pantai Desaru bagi menarik perhatian rakyat Malaysia dan juga pelancong luar.
Persinggahan 3 hari 2 malam pengamal media dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Travelers Writers Association Malaysia (TRAM) dan Santai Travel sedikit sebanyak membuka mata ramai tentang infrasturktur baru yang sedang dibangunkan di Desaru.
Menurut Pengurus Pelancongan KEJORA, Puan Haslinda Abu Bakar, program ini bertujuan untuk mempromosi destinasi pelancongan KEJORA semasa dan juga terkini bagi menarik kedatangan pengunjung tempatan dan juga pelancong antarabangsa.
Antara destinasi yang diperkenalkan seperti Teratak Penawar, Desaru Fruit Farm, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Desaru Coast, The Wetlands of Kampung Belukar Durian, IKS Keropok Lekor Sedili, Kampung Sayang Resort, Sand & Sandals Hotel, Tunamaya Hotel, Amansari Hotel, Bujang Boat Firefly, Taman Buaya Teluk Sengat, Muzium Johor Lama dan Kampung Johor Lama.
Datuk Azlie Halim, selaku President TRAM, menyifatkan usaha KEJORA ini sebagai satu inisiatif yang baik dalam mempromosikan Desaru dan juga produk pelancongannya pada rakyat Malaysia. Bukan sahaja produk pelancongannya dari segi makanan sahaja, tetapi dari segi kawasan penginapan juga memainkan peranan yang penting dalam menaikkan taraf sesuatu tempat bagi menarik minat pelancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...