
Kek Lok Si Tample di Air Hitam, Pulau Pinang, antara tokong Buddha yang terbesar di wilayah Asia Tenggara, bakal dilimpahi lebih 10,000 lampu pelbagai warna sempena sambutan Tahun Baru Cina tak lama lagi.
Bagi sesiapa yang tidak pernah lagi ke sana terutama di musim perayaan, inilah masanya untuk anda dan keluarga menyaksikan keindahan luar biasa yang jarang dapat dilihat saban tahun.

Bangunan dan pagoda yang tersergam megah dengan imej Buddha, ukiran, patung malah mural di perkarangan kompleks Kek Lok Si Tample ini akan dilimpahi dengan lampu daripada pelbagai warna seperti merah dan kuning di setiap sudut dinding, tiang, dan bumbung bangunan disamping lampu-lampu berwarna pelangi di ruang laman perkarangan kompleks.
Tapi! Sedia maklumlah di Malaysia ni, setiap kali ada perayaan, kesesakkan trafik akan turut menghantui pelancong yang datang. Trafik sesak dijangka berlaku selama 1.5 jam sepanjang 1km menghala ke Kek Lok Si Tample.

Tips untuk anda elak kesesakkan trafik: tuju ke sana satu jam sebelum matahari terbenam atau pergi selepas sambutan malam Tahun Baru Cina, kemungkinan besar anda dapat elakkan kesesakkan oleh pelancong yang datang ke sana pada hari berkenaan.
Lot parking juga akan jadi amat terhad pada waktu ini. Oleh itu, elakkan menaiki kenderaan sendiri dan naik public transport untuk ke sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pelancongan Sabah Terjejas. Harap Sangat Pelancong Dari Semenanjung Datang Bercuti. Jom Cuti-Cuti Sabah!

Keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri pada 10 Jun 2020 menyebabkan ramai rakyat Malaysia mula merancang percutian mereka dan menyasarkan lokasi-lokasi popular untuk bercuti.
Difahamkan, pengusaha pusat pelancongan seluruh Malaysia mula menerima banyak panggilan dan pertanyaan sebaik sahaja Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu. Begitu juga dengan pengusaha pelancongan di Sabah, mereka turut mengharapkan pelancong dari Semenanjung Malaysia bercuti ke sana bagi membantu memulihkan semula sektor pelancongan di negeri Sabah.
"Setakat ini kita bergantung kepada pelancongan domestik, macam orang di Sabah sahaja. Memang tidak mencukupi. Memang baik kalau pada masa akan datang rakan-rakan kita dari Semenanjung Malaysia terutama sekali daripada negeri-negeri yang ada penerbangan terus seperti Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Pulau Pinang. Kalau penerbangan terus akan bermula seperti sebelum COVID-19 memang lebih baik. Memang cuti-cuti Malaysia (percutian domestik) memang sangat diharapkan,” kata salah seorang pengusaha pelancongan di Sabah.
Masih tidak dapat lagi menjangka sambutan pelancong dari Semenanjung buat masa ini kerana mereka yang ingin masuk ke Sabah perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 yang mahal. Ini mungkin mengurangkan minat rakyat dari Semenanjung untuk datang ke sini. Sebaliknya, mereka akan pergi ke bercuti kawasan seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Kuantan, yang dekat daripada datang ke Sabah. Selain itu kos penerbangan untuk ke Sabah juga agak tinggi ketika ini.
Sumber: astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
MIMALAND: TAMAN TEMA ULUNG YANG GAGAL

Mimaland mula dibina dalam tahun 1971 dan beroperasi pada 1975. Mimaland bermaksud Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Mimaland dulunya taman tema air dan rekreasi yang hebat kini terbengkalai atas faktor:
1- Seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Ditutup sementara.
2. Dibuka semula, namun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan telah menyeret Mimaland ke mahkamah atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan,pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi. Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Antara filem yang dirakam di Mimaland:
Priya filem tamil(1978)
Tuan Besar (1980)
Mekanik (1983)
Gila-Gila Remaja (1986)
Tempo 88 (1987)
Dendang Perantau (1979)
Suara Kekasih (1986)
Sniper (2014)
Ni screenshot ex-staff Mimaland cerita pasal ‘gangguan’ biasa di sana…
p/s:Ofis admin pon ada main type² & kerusi



















Rombongan ke Mimaland pada tahun 1976 iaitu setahun selepas Mimaland mula beroperasi. Kredit: Desmond Thia
























Foto baru : Razali Razak






Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
7 Pulau Terkecil Di Indonesia, Umpama “Syurga Dunia” Tersembunyi

Indonesia, sebuah negara yang kaya dengan banyaknya pulau yang memukau dunia kerana keindahan alam semulajadi yang dimiliki. Banyak pulaunya menjadi tumpuan pelancong serata dunia termasuk Bali, Lombok dan banyak lagi. Tidak terkecuali pulau-pulau kecil yang jarang diterokai, umpama memperoleh zamrud di syurga dunia. Di bawah, disenaraikan tujuh pulau terpencil yang juga tersembunyi namun memiliki keindahan cukup menawan.

- Pulau Kecil
Terletak di Kepulaun Karimunjawa, Pulau Kecil memiliki keindahan alam semula jadi amat memukau. Terumbu karangnya juga sangat indah, umpama syurga bagi kaki snorkling dan diving. Sesuai namanya, Pulau Kecil hanya seluas 1.5 hektar sahaja.

- Pulau Simping
Di wilayah Singkawang, Kalimantan Barat, ada pulau kecil bernama Simping. Pulau ini mendapat julukan nama Kelapa Dua namun kini dikenali sebagai Pulau Simping dan diiktiraf oleh PBB sebagai pulau terkecil di dunia kerana luasnya hanya 0.5 hektar. Walau kecil, namun ia sedikit pun tidak mengurangi keindahan alam semulajadinya. Selain pemandangan laut dan pantai, Pulau Simping menawarkan pemandangan bukit-bukit yang sangat cantik. Ia sering menjadi tumpuan pelancong biarpun tidak mampu menampung jumlah yang ramai. Tapi semuanya teruja kerana tempat ini amat cantik.

- Pulau Pahawang
Bagi pelancong, pasti ramai tahu Pulau Pahawang? Terletak di Lampung, pulau dengan keluasan 1000 hektar ini memiliki hamparan air laut serta pasir pantai yang memutih serta sangat indah. Pemandangan bawah lautnya juga sangat memukau dan digelar Primadona oleh masyaratnya kerana sangat cantik. Ada dua pulau di sini iaitu Pahawang besar dan kecil. Boleh naik ke sini melalui Pelabuhan Ketapang dengan masa perjalanan lebih kurang 45-60 minit dengan bot.

- Pulau Samalona
Samalona adalah pulau kecil yang terletak dekat Pantai Losari, Makassar. Luasnya hanya 2 hektar. Setiap tahun keluasannya semakin mengecil dan kini hanya tinggal 2 hektar saja. Namun ia sangat terkenal ke seantero dunia kerana ramai pelancong asing datang ke pulau ini. Ia menyediakan perkhidmatan diving dan snorkling siap dengan pemandunya. Bahkan lebih memukau kita boleh saksikan terumbu karang dari atas permukaan air sahaja kerana kejernihan air lautnya.

- Pulau Macan
Kalau orang Indonesia pasti tahu Kepulauan Seribu. Di sanalah terletaknya pulau kecil yang sangat indah iaitu Pulau Macan. Berkeluasan hanya 0.8 hektar, ia sudah dirancang untuk konsep eco resort. Hanya perlukan tiga minit untuk mengelilingi pulau yang indah dan sangat memukau ini. Selain berenang, boleh juga menaiki banana boat, berkayak selain lakukan aktiviti menyelam.

- Pulau Peucang
Sebahagian dari Taman Nasional Ujung Kulon, Pulau Peucang memiliki alam semulajadi yang sangat indah. Terletak di daerah Banten, ia boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari Taman Nasional Ujung Kulon. Pasir pantainya memutih dan boleh lakukan aktiviti jungle traking di sini.

- Pulau Biawak
Pulau Biawak atau disebut juga Pulau Rakit adalah sebahagian pulau yang terletak di Kepulauan Biawak Laut Jawa di Daerah Indramayu Jawa Barat. Ia menjadi habibat bagi binatang ini kerana ada ratusan binatang itu di temui di sini. Menariknya boleh bergambar dengan binatang di sini tanpa perlu rasa takut. Sumber :Islam Pos
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!

