Seramai lebih 70 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat berjaya melaksanakan Hari Konservasi Pulau Redang 2019 (RICD2019) bertempat di Pulau Redang pada 3 hingga 5 Mei yang lalu.
RICD2019 yang dianjurkan oleh The Taaras Beach & Spa Resort (TTBSR) itu bertujuan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar yang terdapat di Pulau Redang selain mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya kebersihan laut kepada ekosistem semulajadi.
Persekitaran laut dan kawasan terumbu karang yang bersih serta bebas daripada sampah boleh menjadi persekitaran yang baik kepada hidupan laut seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan, selain menjana ekonomi setempat dengan menjadi tempat pelancongan dan percutian yang cantik dan menarik.
Ads
Selain daripada itu, persekitaran laut yang bersih dapat menghasilkan terumbu karang yang sihat dan memangkin pelindungan terhadap bencana alam yang mungkin terjadi di persekitaran kawasan pantai seperti tsunami ataupun ribut monsun.
Proses konservasi selama tiga hari itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama akan membersihkan bahagian bawah permukaan laut dan kumpulan kedua akan membersih permukaan pantai. Kumpulan pertama terdiri daripada penyelam-penyelam skuba yang membersihkan tiga bahagian di bawah permukaan laut iaitu dua di TTBSR dan satu lagi di tukun yang berhampiran.
Ads
Selain daripada mengeluarkan sampah sarap yang terdapat di sekitar Pulau Redang, kerja-kerja pembersihan juga melibatkan proses membuang pukat terbiar yang boleh mengganggu dan membahayakan hidupan laut.
Ads
Pengarah Urusan TTBSR, Pravir Mishra berkata usaha untuk melindungi dan menjaga persekitaran alam sekitar terutamanya laut sangat penting dan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya keindahan laut dan pantai terutamanya Pulau Redang dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.
“Dengan melindungi habitat hidupan laut yang ada di sini akan memastikan bukan sahaja orang tempatan malah orang daripada luar negara juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang indah di Malaysia,” katanya.
RICD2019 yang dilaksanakan itu juga mendapat kerjasama NGO Trash Hero Malaysia dan berjaya menghimpunkan sukarelawan daripada media, orang awam, Berjaya Tioman Resort, Jabatan Taman Laut Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pasport Jerman, diketahui sebagai pasport paling hebat di dunia. Pasport Jerman boleh memasuki 177 negara di dunia tanpa memerlukan visa.
Memiliki pasport Jerman amat membanggakan, namun nyata lebih hebat ialah menjadi pemilik passport paling ekslusif di dunia: passport Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta. Menurut laman Independent, perintah Katolik, yang diiktiraf kedaulatan oleh Pope Paschal pada 1113, merupakan pasport paling ‘rare’. Hanya 500 pasport dikeluarkan di seluruh dunia sehingga sekarang. Pasport diplomatik ini hanya diberi kepada Ahli Majlis Berdaulat, ketua dan ahli Misi Diplomatik (termasuk konsortium dan anak kecil) dan pelepasan khas kepada individu yang terlibat dengan misi Negara Malta.
Pasport ini hanya sah untuk 4 tahun dan berhubung secara ketat pada durasi tugas yang diberikan.
Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta mempunyai hubungan dengan 106 negara, yang bermakna kesemua negara ini menerima pasport diplomatik ini sebagai sumber pengenalan diri. Pasport ini mengandungi ciri biometrik dan patuh kepada piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO).
Menurut laman Independent lagi, arahan ini diberi kepada 13500 satria, wanita bersama 80,000 sukarelawan dan 25000 pekerja. Jadi pemilik 500 pasport ini merupakan mereka yang terpilih.
Siapa dah tengok klip video Yuna terbaru berjudul Forevermore? Klip video tersebut telah mendapat pujian netizen yang rata-rata menyukai buah tangan terkini daripada penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu.
Ia ekoran kreativiti Yuna mengetengahkan lokasi cantik di negera ini dalam video berkenaan sehingga menghasilkan visual sangat penuh warna-warni.
Dalam satu kenyataan, Yuna menjelaskan, klip video untuk lagu tersebut memaparkan jalan cerita yang menarik. Tidak menjadikan destinasi antarabangsa sebagai lokasi penggambaran, Yuna sebaliknya memilih untuk mengabadikan Perlis dan sekitar Lembah Klang dalam klip video berkenaan.
Diarahkan oleh suaminya, Adam Sinclair, Yuna memberitahu pemilihan Perlis, Selangor dan Kuala Lumpur adalah disebabkan landskap menarik yang ada di beberapa tempat di negeri tersebut.
Melalui laman Twitter Tourism Malaysia, turut berkongsi video tersebut untuk tontonan followers mereka.
Yuna showcasing the old school charm of kampungs as well as the vibrance of Malaysia's multiracial culture in new music video #forevermore.
— Malaysia Truly Asia (@TourismMalaysia) April 6, 2019
Yuna berkata dia sudah membayangkan suasana yang ada di lokasi tersebut sewaktu menulis lagu ini. Tambahan pula, Yuna pernah membesar di Perlis dan Lembah Klang, maka lokasi tersebut bakal memberi nilai sentimental terhadap klip video tersebut. Sungguhpun merakamkan klip video di negara sendiri, Yuna positif visual Forevermore dapat diterima dengan baik oleh peminatnya secara global.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, wujud risiko COVID-19 untuk kembali menular ketika banyak negara mula melonggarkan sekatan.
Terbaru kes jangkitan yang tinggi dikesan selepas individu dijangkiti COVID-19 berkunjung ke sebuah kelab malam di Korea Selatan. Begitu juga dengan sekeluarga di Bahrain dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri majlis berbuka puasa keluarga.
Badan dunia itu turut mendesak semua negara terlibat agar kekal berwaspada pada tahap tertinggi. Selepas sekatan dilonggarkan, penduduk akan bersosial antara satu sama lain, ini memang tidak boleh dinafikan. Mereka akan mengekalkan penjarakan sosial. Tetapi risiko jangkitan akan meningkat.
Persoalannya, adakah kita sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.
Dalam pada itu WHO turut mengecam beberapa negara yang tidak bertanggungjawab kerana tidak meningkatkan kapasiti ujian saringan ketika mereka mempunyai peluang mengesan kes COVID-19. Pandemik global ini sudah mengorbankan 283,000 nyawa dengan angka jangkitan melepasi 4 juta orang.
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...