Lain orang lain cara pengembaraannya melihat negara orang. Secara berkumpulan atau solo, apa yang penting dapat melihat keunikan serta adat budaya sesebuah negara.
Bagi Haideham Amith berkesempatan travel secara solo ke Sri Lanka sebelum Covid-19 datang.
Menurutnya dia memilih Sri Lanka kerana kos perjalanan sangat murah selain pemandangan cantik dan jarang orang Malaysia datang ke sini.
Hanya dengan bajet sekitar RM2,500 dia berjaya explore Sri Lanka selama 10 hari. Kos ini termasuk tiket fight pergi dan balik sekaligus.
Banyak tempat menarik dikunjungi termasuk melepaskan gian untuk hiking ke Adam’s Peak seorang diri.
Mengambil masa 3 jam pendakian secara santai dengan ketinggian 2243 meter dengan 5000 lebih anak tangga sambil berkenalan dengan alam flora di sekeliling. Menurutnya ketika pendakian adalah masa off season jadi tidak ada orang langsung.
Sebenarnya dia juga tidak menyangka dapat lakukannya seorang diri, tetapi beruntung kerana pendapat host yang sangat membantu dari bantuan AirBnB.
Selain itu dia juga sempat ke Mirissa Beach dan menyaksikan pemandangan sangat memuaskan hati.
Ayuh, kongsi foto menarik sepanjang travel ke Sri Lanka
Setiap kali nak letakkan bagasi anda di ruang kargo pesawat, pernah tak terfikir bahawa perlunya bagasi itu dikunci terlebih dahulu? Kalau anda rasakan perlu, bermakna firasat anda tepat kerana setiap hari, banyak laporan yang diterima daripada pihak berkuasa lapangan terbang dan syarikat penerbangan berkenaan kehilangan barang seperti pakaian, barang kemas dan barang elektronik.
Anda tidak boleh bergantung harap kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk mendapatkan semula barangan anda kerana mereka ada perkara yang lebih besar untuk difikirkan seperti keselamatan lapangan terbang dan orang awam. Anda juga tidak boleh menuduh kecuaian syarikat penerbangan atas kehilangan tersebut kerana kesilapan awal tidak mengunci bagasi terlebih dahulu, berpunca daripada anda sendiri.
Sekalipun MUNGKIN suspek datang daripada kalangan mereka, anda tidak mempunyai cukup bukti dan fakta untuk menuduh sesiapa pun, dan kecuaian pertama tidak memastikan bagasi dalam keadaan selamat adalah daripada anda sendiri. Jadi, sekiranya ada apa-apa yang berlaku, ia adalah tanggungjawab anda dan anda sendiri.
Mengunci bagasi dengan selamat bukan sahaja menyukarkan sesiapa sahaja untuk mencuri barang berharga anda, malah kunci itu juga membantu untuk memastikan bagasi tidak mudah terbuka dengan sendiri dan mendedahkan segala khazanah didalamnya ketika petugas sedang memunggah bagasi kedalam atau keluar pesawat.
Anda juga pasti ingin mengunci bagasi anda ketika tinggal di hostel atau backpack hotel yang ramai dengan orang yang tidak dikenali, atau ketika anda sedang dalam perjalanan menaiki bas atau train. Sesetengah pelancong juga mengunci beg mereka walaupun hari siang kerana takut kecurian daripada housekeeper.
Sekalipun mengunci bagasi anda dengan manga solek besar penumbuk tidak akan menjamin 100% keselamatan barang-barang yang ada didalamnya. Cuba buat carian di Youtube, ada banyak contoh dan penerangan yang boleh dijumpai mengenai bagaimana bagasi anda boleh dirompak, dicuri, dipecah atau dirosakkan hanya menggunakan sebatang pen! Dan tak susah untuk pencuri menoreh bagasi anda yang diperbuat daripada kain untuk mencuri barang yang anda simpan didalam.
Mengunci beg hanya usaha untuk menghalang pencuri-pencuri picisan yang mencari mangsa-mangsa mudah tetapi tidak kepada pencuri yang benar-benar terdesak dan mahir dalam kegiatan mencuri menggunakan apa kaedah sekalipun. Jadi bagaimana untuk mengelak daripada pencuri yang benar-benar terdesak ini?
Simpan semua barang berharga di dalam beg yang sentiasa anda bawa bersama tidak kira di mana sekalipun. Jika ada beg yang anda bawa naik ke tempat duduk pesawat, simpan semua barang berharga di dalam beg tersebut. Yang kedua, cari beg yang tahan lasak dan anti-pencuri. Ada beg-beg anti-pencuri yang dijahit bersama dawai besi bagi menghalang pencuri daripada mencuri barangan peribadi anda sesuka hati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bergerak ke negara orang, anda patut tahu barang wajib bawa bercuti untuk memudahkan urusan anda di sana nanti.
Kadang-kadang anda mesti lupa tentang kemudahan yang anda boleh bawa ketika bercuti. Buat anda yang baru nak mula bercuti, terutama sekali luar negara.
Buat para wanita, anda boleh gunakan barang kemudahan ini kerana perempuan mesti kena bersedia dari pelbagai aspek.
Selain itu, dapat memudahkan pergerakan anda juga dan tak perlu keluar duit untuk membayar “luggage” tambahan.
Jadi ini merupakan 4 barang yang wajib anda bawa apabila melancong terutama sekali apabila ke luar negara untuk kekal bersih sentiasa dan beg pun tidak berat!
Semestinya buat anda yang mengutamakan kebersihan dan suka jenis tandas yang duduk berbanding cangkung itu sewajibnya perlu benda ini. Kebanyakan orang apabila di tempat awam seperti itu mereka akan pijak di bahagian duduk itu jadi akan kotor.
Selalunya orang akan basuh dengan air dan lap dengan tisu pun masih lagi rasa tidak bersih tempat duduk tersebut. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau benda yang tidak diingini, boleh cuba untuk membeli penutup tempat duduk pakai buang ini.
Sekarang zaman beli dekat internet sahaja. Bersepah! Jadi beli banyak-banyak daripada korang membazir beli benda yang tak berfaedah. Murah pun sangat murah harganya. Ada yang boleh dapat 1 bungkus 10 keping harga RM1 sahaja.
Jadi botol ini untuk apa? Botol 4 dalam 1 ini sangat memudahkan terutama sekali buat mereka yang tidak suka membawa banyak barang atau botol dalam beg sangat sesuai menggunakan botol ini.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pulas sahaja bahagian yang mana anda inginkan nanti keluar terus cecair yang sudah anda letak. Satu tip yang anda boleh lakukan agar tidak salah, letak stiker tampal di penutup atau badan botol supaya lebih mudah untuk anda terus tekan.
Antara barang yang anda boleh letak di dalam botol tersebut adalah seperti minyak wangi, pelembap muka, losyen, makeup remover, cream malam dan siang atau krim pelindung matahari. Apa sahaja asalkan ia boleh dimasukkan ke dalam botol tersebut.
Beg simpanan yang boleh ditutup vakum ini sangat mudah buat mereka yang suka pergi melancong kerana menjimatkan ruang sebenarnya. Tiada masalah untuk anda bawak baju banyak.
Selain itu, anda tidak perlu risau lagi dengan baju-baju yang tebal seperti jaket musim salji mahupun tuala mandi dan baju yang nipis dan banyak. Anda boleh beli ikut saiz yang anda inginkan atau mengikut barang anda je senang. Harga pun tak mahal tau.
Ini terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan penyangkut baju portable ini atau tidak. Cuma untuk mereka yang nak kekemasan apabila bercuti. Selalunya mereka yang nak nampak kemas.
Kalau pergi mudah lah anda nak ambil baju yang sudah bersangkut. Bagusnya penyangkut baju portable ini boleh dilipat jadi kecik dan masukkan sahaja dalam bag. Ianya juga tidak memakan space. Beli sahaja dekat internet sebelum gerak tu. Selain itu, boleh juga anda pakai dekat rumah kan.
Itu sahaja 4 benda yang penting dan dapat membantu percutian anda. Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh bawa. Ini dikatakan sebagai ‘smart travel’. Apa yang penting ia sangat memudahkan keadaan anda.
Semoga bermanfaat buat semua. Bukan sahaja untuk bercuti luar negara. Dalam negara pun boleh!
Dahulu, Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah.
Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri jelapang padi. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak destinasi ini boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah. Ada juga pengujung yang menggelar lokasi ini sebagai ‘Switzerland Kedah’.
Ini perkongsian foto dan trip ke puncak Gunung Jerai oleh sumber FB Mohd Anas Anas
Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai, Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini sebab ramai yang bertanyakan..
Tetapi percaya la, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik nak mampuih oii, sumpah tak boleh lupa lagi. Keadaan yang tenang dan segar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...