Lokasi bersejarah merupakan khazanah yang cukup penting buat negara. Ia menjadi sebahagian daripada khazanah yang membawa identiti negara dan bangsa. Jadi sesekali apa kata kita kunjungi lokasi bersejarah ini di Selangor!
Bangunan Tan Boon Chia
Bangunan ini merupakan hak-milik kepada seorang pengasas industri perlombongan berbangsa Cina bernama Tan Boon Chia dan terletak di Rasa, Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor. Tempat bersejarah ini mempunyai kira-kira 51 buah bilik dan telah siap dibina pada tahun 1918.
Ketika Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dirampas oleh tentera Jepun dan menjadi tempat penderaan terhadap kaum Cina, yang mana merupakan satu tempoh getir yang sangat pahit untuk dikenang.
Tentunya tempat ini merintis semangat kemerdekaan yang jitu kerana setelah Jepun menyerah kalah, aktiviti penderaan yang kejam telah dapat dihentikan dan pemilikan bangunan tersebut telah dikembalikan kepada Tan Boon Chia. Namun setelah episod hitam tersebut, mereka tidak berpindah masuk semula ke dalam bangunan itu, dan ia tersergam megah sebagai bangunan simbolik jerih-perih semasa zaman pra-kemerdekaan dahulu.
Ads
Kota Raja Mahadi
Kota ini gah dibina di puncak Bukit Kota oleh Raja Mahadi pada tahun 1866. Bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini telah menjadi saksi kepada perang saudara pada pertengahan kurun ke-19 antara Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman dan Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar bagi merebut hak pemilikan Sungai Klang dan tebing-tebingnya.
Bagi memudahkan pemantauan pergerakan musuh di Sungai Klang sebagai laluan utama, tempat bersejarah ini telah ditempatkan pada ketinggian yang strategik. Kini, Kota ini telah diselenggara dengan baik di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Klang dan beberapa kemudahan telah disediakan untuk kegunaan para pengunjung seperti kawasan parkir kereta yang luas dan tandas awam juga turut disediakan.
Bukit Malawati
Kota Malawati tersergam megah di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan meliputi hampir keseluruhan Kuala Selangor terutamanya pada waktu matahari terbenam.
Ads
Semasa Belanda menakhluki daerah Kuala Selangor, Kota ini telah ditukar nama kepada ‘Fort Altingburg’ kerana kedudukannya yang strategik. Pada hujung minggu dan cuti am, terdapat kemudahan trem disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat menarik lain yang terdapat di sekitar Kota warisan ini.
Bukit Belanda
Bukit Belanda yang terletak di utara Bukit Selangor ini merupakan kubu pertahanan Belanda yang pertama. Tempat bersejarah ini digelar Bukit Belanda kerana pada suatu ketika dahulu, kerajaan Belanda yang diketuai oleh Van Brac telah menjadikan bukit ini sebagai kubu pertahanan dalam usaha untuk menewaskan Raja Hadi di Teluk Ketapang.
Ads
Pada asalnya, bukit ini diberi nama Utrecht bersempena dengan nama bahtera yang dikemudi oleh Van Brac namun ia kemudiannya ditukar kepada nama Bukit Belanda kerana rekaan kotanya yang merupakan ilham dari Sultan Ibrahim menerapkan unsur-unsur kebaratan (Belanda).
Muzium Kuala Selangor
Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor terletak 40 km dari Bandar Diraja, Klang. Terdapat banyak jenis maklumat menarik boleh diperoleh yang berkaitan dengan kronologi sejarah di Kuala Selangor.
Muzium ini pada asalnya merupakan kediaman rasmi bagi Pegawai Daerah Kuala Selangor, namun telah diubah menjadi galeri bagi peminat sejarah yang ingin mengkaji tentang daerah Kuala Selangor. Menyedari pentingnya sejarah Kuala Selangor untuk dikongsi bersama, Lembaga Muzium Selangor mengambil inisiatif bersama Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor di Bukit Malawati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah dua hari berada di luar kota menjelajah keindahan luar kota Melbourne kami kembali menuju ke kota Melbourne. Pagi yang dingin, perut yang kenyang, membuatkan mata tak mampu menahan ngantuk. Memasuki kota Melbourne, kami memulakan langkah ke salah satu destinasi popular yang kalau tak singgah tidak lengkap kunjungan.
WARNA WARNI KEHIDUPAN DI PANTAI BRIGHTON
Brighton Bathing Boxes! Destinasi dan lokasi wajib pergi. Deretan 82 pondok kayu yang dengan pelbagai warna dan corak menghiasi pemandangan sepanjang pantai. Pondok kayu yang dibina seawal tahun 1900 itu mengekalkan seni bina victoria yang terpelihara rapi. Seketika mata terpana. Cantik dan tersendiriI Tidak keterlaluan jika dikatakan lokasi OOTD yang pasti menjadikan percutian kita lebih bermakna dan meninggalkan seribu kenangan. Terasa ingin sekali ambil gambar di setiap pondok. Dengan angin yang bertiup dingin dan selesa, anda boleh lepak lama di sini. Hey, ambillah di mana-mana sudut pun, hasil gambar sangat cantik dan stylo. Walau berat mahu meninggalkan pantai yang cantik ini, namun Brighton Beach tetap kami tinggalkan untuk ke South Melbourne Market.
SERONOKNYA CUCI MATA DI SOUTH MELBOURNE MARKET
South Melbourne Market. Sudah berusia lebih 150 tahun, South Melbourne Market menjual pelbagai barangan, makanan, sayuran, bunga, buah-buahan, ikan , daging dan hasil laut yang segar. Bukan itu sahaja, di sini juga menempatkan pelbagai restoran dan tempat makan termasuk makanan halal. Pilihan pakaian, cenderahati dan pelbagai hasil seni juga boleh didapati di sini.
Orang seperti saya memang sangat teruja kalau dibawa ke tempat seperti ni. Boleh leka menikmati barangan yang dijual. Seketika saya leka melihat deretan pelbagai jenis cheese yang dijual. Dan dalam kunjungan ini kami juga diberi peluang merasa pelbagai jenis cheese. Best sangat! Kami juga diberi mencuba tiram segar. Sayangnya saya bukan penggemar tiram. Kami juga menikmati makan tengah hari di salah satu restoran di sini. Dan semestinya halal untuk orang Muslim.
Dibuka dari jam 8 pagi hingga 2 petang pada hari Rabu, pada hari Jumaat pula ditutup jam 6 petang manakala ditutup jam 4 petang pada hari bekerja yang lain. Jadi pastikan jadual percutian anda disusun dengan baik kerana market ditutup pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Oh ya, saranan saya, jangan lupa mencuba croissant terbaik di Agathé Pâtisserie dan datang awal sebab kena beratur panjang. Sumpah sangat sedap!
LUME MELBOURNE
The Lume. Sebuah pameran digital yang sangat mengasyikkan. The Lume yang merupakan digital galeri pertama di Australia dan Southern Hemisphere. Bagi peminat seni galeri ini mampu membuatkan anda berlama-lamaan di sini. Apa tidaknya, menyaksikan pelbagai paparan lukisan yang silih berganti disetiap dinding dan lantai dengan diiringi musik dari orkestra memang mengasyikkan. Hilang segala keletihan.
Terdapat juga pelbagai aktivit lain disediakan di sini. Anda boleh mengasah bakat dalam kelas lukisan kanvas. Pun begitu harus mengikuti waktu yang telah ditetapkan. Setelah hampir beberapa jam di sini, kami akhirnya check in di hotel yang semestinya terletak ditengah kota Melboune untuk berehat seketika, mandi dan keluar lagi menikmati Melbourne di malam hari.
PENGINAPAN SELESA DI RENDEZVOUS HOTEL
Rendezvous Hotel. Terletak di tengah-tengah Melbourne’s CBD, The Rendezvous Hotel terletak berhampiran dengan Flinders Street Station, Dari hotel ini anda boleh berjalan kaki sahaja untuk akses ke pelbagai lokasi lain seperti ke lokasi Street Art yang popular, Mall popular juga ke lokasi yang menempatkan deretan butik-butik berjenama mewah.
Restoran dan pasaraya juga mudah diakses apa lagi jika anda kaki kopi dan suka lepak di kafe-kafe. Kawasan ini juga mudah untuk mencari makanan halal seperti kebab dan makanan Indonesia. Petang itu sebelum menyaksikan teater Harry Porter, kami semua makan malam di Restoran D’ Penytz di China Town. Restoran halal ini menghidangkan masakan Asia khususnya menu Indonesia. Apa lagi selepas tiga hari tidak menjamah makanan sebegitu, kami makan penuh berselera. Kami kemudianya berjalan menuju ke Princess Theater. Ya ,kalau berada di sini, kami lebih banyak berjalan. Cuaca yang sejuk memang selesa. Oh ya, pastikan kita membawa kasut yang sesuai.
MENYAKSIKAN PEMENTASAN
HARRY POTTER AND THE CURSED CHILD THEATRE
Buat peminat siri novel dan franchise filem popular Harry Potter, ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Hanya dipentaskan di London, ini merupakan pertama kali Harry Potter and The Cursed Child dipentaskan luar dari London iaitu di Princess Theatre, Melbourne.
Berkunjung ke dewan teater yang gah seperti Princess Theatre ini selalu menjadi impian saya. Apa lagi dapat turut menyaksikan pementasan hebat Harry Potter yang penuh dengan kesan efek berteknologi tinggi. Pementasan ini mendapat paling banyak anugerah dalam sejarah Britain’s Oliver Awards dengan mendapat 9 anugerah termasuk Best New Play dan Best Director. Tak terasa pementasan yang agak lama itu sudah sampai ke penghujungnya. Bila keluar pastilah wajah berbunga bahagia.
Malam itu kami pulang dengan hati yang gembira. Rasa puas hati. Bergambar sakan dengan Sempat juga saya singgah di pasaraya berhampiran hotel untuk membeli makanan ringan dan minuman. Esok hari kami akan bermula lagi dengan aktiviti yang semestinya lebih menarik. Menjelajah setiap inci Kota Melbourne
LANEWAYS & ARCARDES TOUR
Berkunjung ke negara orang, tentunya banyak perkara menarik serta lokasi tarikan yang boleh kita temui. Kami diberi kepada dua kumpulan, berjalan menyusuri, arcade dengan senibina victoria, melintasi kafe-kafe pinggir jalan yang menyajikan pelbagai menu serta menyusuri lorong-lorong seni. Satu kumpulan lagi, berbasikal meneroka kota Melbourne.
Menyusuri sepanjangan jalan-jalan yang dihiasi bangunan dengan senibina sehinggalah ke lorong-lorong yang menampilkan lukisan hebat dan luahan rasa anak-anak seni sehingga menjadi antara lokasi street art terbaik di dunia. Lukisan seni ini juga menjadikan kota Melbourne penuh tarikan.
Leka berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi tidak sedar hari sudah menghampiri waktu makan tengahari. Kami bertemu di Big Esso yang terletak di Fed Square yang terkenal dengan pelbagai aktiviti kebudayaan selain deretan kafe dan restoran.
Selesai makan tengahari kami, tiada aktiviti yang disusun. Free and Easy. Saya mengambil kesempatan bertemu sabahan, bekas editor yang telah berhijrah ke sana. Sempat juga kami ke factory Outlet dan memilih beberapa pasang baju dan sneakers. Sayangnya masa terasa begitu singkat kerana mall di sana tutup lebih awal. Apa pun kesempatan beberapa jam itu dapat juga kami bertanya kabar, bercerita sakan sambil mengimbau cerita lama.
Kata orang teman travel yang tepat sangat penting untuk mewujudkan suasana ‘meriah’sepanjang percutian. Carilah teman, rakan dan sahabat yang betul untuk percutian yang panjang apa lagi jika memerlukan kita travel dari satu tempat ke tempat yang jauh.
Terima kasih sahabat-sahabat media . Amzar dan Ariff dari AirAsia, Yih Ling dari Go Communication dan paling sporting Jenny dari Visit Victoria yang menjadi teman travel paling best sepanjang percutian kami. Malam itu kumpulan kami menikmati hidangan makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat kerana esoknya kami akan berangkat ke Philip Island sementara dua orang lagi pulang ke Malaysia.
Tempat-tempat menarik lain untuk dikunjungi di Kota Melbourne. Untuk dapatkan lebih maklumat, layari https://www.visitmelbourne.com/
Brighton Beach
China Town
Luna Park, Melbourne
Queen Victoria Market
Eureka Tower
Puffing Billy Railway
Flagstaff Garden
National Gallery of Victoria
Royal Botanic Garden Victoria
Yarra Valley
Melbourne Zoo
Sea Life Melbourne Aquarium
Sunny Ridge Strawberry Farm
Albert Park, Melbourne
#airasiax #visitmelbourne #visitvictoria
Catatan: Ida Abd Aziz
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sinonom dengan mangga harumanis, Perlis yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia tidak kurang hebatnya. Mempunyai banyak tarikan yang menarik untuk dikunjungi antaranya Padang Besar, Wang Kelian dan banyak lagi.
Korang yang nak mencari homestay dengan suasana yang cukup tenang dan cantik, boleh menginap di Homestay Kebun Mangga Harumanis Wan Pa yang terletak di Kangar Perlis. Berada di kebun harumanis yang dikelilingi sawah padi, pemandangan kat sini memang tiada tolok bandingnya.
Terdapat 4 buah rumah yang ada di homestay ini dan setiap satunya mempunyai nama-nama yang cukup menarik iaitu Mat Yatim, Che Lian, Saadiah dan juga Wan Pa. Rumah yang ada di sana berkonsepkan tradisional dan juga moden. Paling penting ia kemas, bersih dan selesa.
Korang yang menginap di sini pasti rasa tenang dengan suasana kampung yang cukup mendamaikan. Waktu malam juga cukup selesa dan sejuk persis bercuti di tanah tinggi. Waktu pagi pun cantik siap ada awan karpet yang cantik. memang best!
Tak bosan bila berada di sini kerana korang juga boleh melakukan banyak aktiviti yang ada disediakan. Lengkap dengan kolam renang, korang juga boleh berkayak di tasik kecil di sana.
Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan bermula dari RM150 sahaja untuk satu malam. Jadi kalau ke Perlis bolehlah menginap di sini dan rasai sendiri pengalaman bermalam di tengah kebun harumanis yang cukup sinonim dengan negeri Perlis itu.
Alamat: Kebun Mangga Harumanis Wan Pa, b1, Jalan Wang Ulu, 01000 Kangar, Perlis
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tempat yang menarik dan cantik, Hill Exclusive Eco Resort yang terletak di Pahang ini anda boleh bermalam dengan harga serendah RM100 semalam.
Haaa… di sini anda boleh buat pelbagai aktiviti sebab ada mini zoo dan beberapa Jenis haiwan. Jadi anda boleh menunggang kuda, kalau nak bersampan pun boleh.
Jamu Mata Dengan Kehijauan Di Hill Exclusive Eco Resort, Mini Zoo Pun Ada!
Nampak view hijau macam ini, rasa hilang tekanan kerja sebelum ini. Molek sangat jika anda datang bersama keluarga tersayang.
Yang minat menyanyi tu boleh berkaraoke, anak-anak boleh join flying fox, ATV atau kolam renang 24 jam. Paling best boleh bbq dan mandi sungai.
Jadi kalau nak merasa waktu tenang-tenang bersama keluarga, singgah lah sini.
Lokasinya di:
Hill Exclusive Eco Resort. Janda Baik Pahang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...