Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup.
Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.
Ads
Ads
Ads
Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.
Kawasan ladang ternakan kelulut bukan sekadar lokasi menyedut madu dari sarannya sahaja. Hari ini ramai pengusaha ladang madu kelulut turut menjadikan perusahaan mereka itu sebagai produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan asing. Pengunjung dibenarkan datang untuk melihat sendiri sarang kelulut dan menyedut madunya selain membeli produk madu dengan tawaran harga lebih murah daripada di pasaran.
Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya terletak di Alor Setar, Kedah, Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya ada tarikan tersendiri untuk menarik pengujung. Dengan pemandangan sawah padi dan Gunung Keriang dari jauh, terdapat pelbagai keistimewaan tersedia terutamanya landskap unik buat 'si kaki gila bergambar'.Sambil membeli madu, pengujung juga boleh berehat di ruang luar disediakan sambil mengambil angin. Ladang ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 9 pagi hingga 7.30 malam.
image via google | FB Madu Kelulut Ori Dukun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jepun antara negara yang terkesan dengan wabak COVID-19 pada awalnya dengan mencatat jumlah kes agak tinggi di belakang China dan Korea Selatan.
Tetapi selepas berminggu-minggu, angka kes wabak yang terlibat di sana kelihatan menurut. Hebat betul Jepun! Iyalah, Jepun antara negara termoden dan mempunyai pelbagai kelengkapan canggih di dunia. Mungkin mereka telah berjaya mengawal penyebaran wabak dengan berkesan kan?
Sebenarnya tidak yaa.. Negara kita lebih peka daripada negara matahari terbit tersebut untuk tangani COVID-19. Kalau nak tahu, rakyat di Jepun ketika ini masih lagi keluar berkerja dan menjalani tugas harian seperti biasa.
Foto: japan-forward.comFoto: japan-forward.com
Cuma kemarin, baru Gabenor Yuriko Koike menggesa 14 juta penduduk di bandar raya itu untuk duduk di rumah dan tidak keluar bermula hujung minggu ini selain bekerja dari rumah pada hari biasa.
Penduduk di Tokyo mula berpusu-pusu untuk membeli barangan keperluan selepas gabenor bandar itu mengumumkan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan. Ketika ini juga Gabenor baru menggesa rakyatnya yang baru pulang dari luar negara untuk kuarantinkan diri sendiri di rumah selama 14 hari.
Ini perkongsian seorang rakyat kita menerusi Facebook Ahmad Sabri yang tinggal di Jepun yang risau dengan cara Jepun tangani COVID-19. Status tersebut disiarkan pada 23 Mac 2020
Pandemik Corona: Hikmah dan Punca (Part 1: Japan dan Malaysia)
Benarkah Jepun selamat???
Jepun merupakan negara awal yang dilanda wabak COVID-19 ini.
Namun, selepas kes Cruise Diamond Princess yang dijangkiti virus COVID-19 ini, kes tak naik dengan tinggi dan masih terkawal.
Jom kita tengok punca dia.
1. PATUH & TAAT
Orang Jepun sangat PATUH & TAAT. Memang sejenis bangsa yang dengar cakap. Kalau di syarikat pun. Bos kata A semua ikut je buat A. Walaupun ramai yang dalam hati memberontak. Jarang sekali melenting bila dimarah bos.
Peristiwa Pearl Harbor
Askar Jepun diarahkan untuk melancarkan serangan kamikaze, semua ikut arahan. Walaupun tahu arahan itu 100% akan mati berbanding askar-askar lain. Tiada bantahan. Namun, kena ingat, sikap ini juga menjurus kepada stress melampau. Sebab itu juga kes bunuh diri agak tinggi di Jepun. Ops.. panjang pula ulasan… Pokoknya, setiap arahan yang diberikan oleh kerajaan akan dipatuhi oleh kebanyakan rakyat Jepun.
2. OMOIYARI
Orang Jepun mengamalkan omoiyari. Yakni fikir dahulu sebelum buat. Kebanyakan ada kesedaran yang tinggi, kalau ada rasa tak sihat, segera jumpa doctor, pakai mask. Untuk memastikan orang sekeliling tak terganggu, mereka akan sentiasa meletakkan diri mereka pada kasut orang sekeliling mereka. Oleh itu, terhasillah satu kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat Jepun. Contoh senang, lepas makan di kedai sushi, kemas pinggan cantik-cantik. Lapkan meja sikit bagi memudahkan urusan pelayan lantas melancarkan queue yang sedia ada.
3. Biasa Terdedah Pada Bencana
Earthquake, nuklear meletup, tsunami. You name it. Betapa banyaknya bencana yang da melanda Jepun. Maka mereka dah sentiasa sedia sebarang bencana. Begitu juga dengan influenza. Di sini ada pollen grain flu. So memang biasa dengan batuk/selesema/influenza ini.
4. Mask
Orang Jepun memang makhluk yang suka pakai mask. Mungkin sebab mereka dah biasa dengan influenza. Maka, dah jadi tabiat mereka pakai mask.
5. Tiada Adat Bersalam
Orang Jepun ni jarang bersalam dan suka tunduk sahaja sebagai tunjuk hormat. Kurang sentuhan kurang kemungkinan untuk terjangkit. Berbeza dengan adat orang kita. Bersalaman berpelukan dan berciuman.
6. Kebersihan
Ingat Jepun, ingat bersih. Tandasnya tip top. Sampah makhluk rare di jalan. Debu yang kurang. Amalan 5S diamalkan satu DUNIA!! Yang paling penting ialah :
HAND SANITIZER DI MANA-MANA ada disediakan. Pastinya tiada kes kecurian hand sanitizer ini ya.
So ini adalah antara punca kenapa Jepun berjaya kawal COVID-19 ini. Maka, marilah kita rakyat malaysia mengikut contoh rakyat Jepun ini.
TUNGGU DULUUUU!!! ADAKAH BENAR JEPUN BERJAYA KAWAL???!! PERHATIAN!! INI TIDAK ADA DI MANA-MANA MEDIA JEPUN. SAYA MENCERITAKAN PENGALAMAN DAN PEMERHATIAN SERTA PENGAMATAN SAYA SAHAJA. SEGALA INI MERUPAKAN PENDAPAT PERIBADI.
1. MEDICAL JEPUN YANG TERUKK
Medical di Jepun pada saya memang menumpukan lebih kepada bisnes daripada keperimanusiaan. Tiada insurance, sukar sekali untuk diambil terima sebagai pesakit. Boleh lihat ramai yang nak terberanak di Jepun. Betapa sukar untuk diterima rawatan dan kos mencecah RATUSAN RIBU RINGGIT!!
Ada juga kes wanita gugur dan kehilangan darah yang banyak, telefon untuk minta bantuan ambulance, katanya : A:Masih sedar lagi ke tu? B:Ya, masih sedar, tapi darah banyak dah ni. A: ohh. Kalau masih sedar ok la tu. Kami tak terima. Terima kasih. Tercengang kawan tu. Mengapa begini? Sebab ramai doktor yang takut ambil risiko akan disaman oleh pesakit sendiri. Mereka sanggup melepaskan etika pegawai perubatan demi mengelakkan disaman. Ya.. orang Jepun suka juga ambil kesempatan bab wang ni. Sebab tu kalau accident, kos sangat tinggi. Maka, sukar juga untuk mencari jalan penyelesaian ini.
Berbalik kepada kisah COVID-19, untuk mendapatkan saringan adalah sangat sukar. Kriteria yang ditetapkan tinggi. Sepertinya kalau dah kritikal baru datang hospital. Ya. Macam kes di atas. Ya. Saya juga pernah alami. Sebab tu saya sangat marah kalau orang condemn medical team di malaysia. Medical team di Malaysia adalah antara TERBAIK DI DUNIA. Trust me.. bersyukur la sangat rakyat malaysia dianugerahkan medical team terbaik dunia.
EURO 2020 dibatalkan. Olympic 2020? Masih diteruskan lagi. (Tetapi baru sahaja diumumkan pada 24 Mac lalu, Olympic ditangguhkan – https://www.libur.com.my/sukan-olimpik-tokyo-2020-paralimpik-sah-postponed/) Obor Olympic masih terus berjalan dari negara ke negara. Saya rasa, dalam lubuk hati hampir setiap rakyat Jepun ingin menjayakan temasya ini. Di lori yamato kuroneko terpampang “mari kita sama-sama jayakan Olympic ini”. Banner- banner Olympic 2020 terpampang di mana-mana. Ya, orang Jepun sangat patriotik, maka hampir semua bersama kerajaan ingin menjayakan temasya ini. Pernah tanya teman sepejabat, “Risau la corona ni” dia jawab, ” aku da start semak dan nyampah dah dengan corona ni. Maknanya mereka mula rasa menyampah dan benci. Dah mula serabut.
Pelaburan yang dah dibuat oleh Jepun juga sangat besar. Berbilion ringgit telah dilaburkan. Tidak akan sewenang-wenangnya dibatalkan. Maka saya berpendapat, mereka sedang cuba sedaya upaya untuk menunjukkan pada dunia, mereka boleh kawal COVID-19 ini. Namun, kena ingat, jika tiada atlet dari negara lain nak datang, bagai mana temasya sukan ini mahu berjaya?
Dah mula timbul ura-ura mengatakan kerajaan Jepun ingin mengaburi dunia dengan data yang sikit. Ya, mereka tak tipu data, data yang mereka ada memang kes sikit kerana saringan yang ketat. Kita boleh bandingkan. Kes kematian Jepun : 36 (23Mac 2020) Kes kematian Malaysia : 10 Hampir 4x ganda Kes di Jepun : 1086 kes Kes di Malaysia : 1306 kes
Kalau mengikut pada fatality rate, sepatutnya kes mencecah 3000-4000kes!! Syabas kepada KKM kerana anda menjalankan tugas dengan baik. Siasatan terperinci untuk setiap pesakit.
Begitu juga dengan Indonesia, mengikut data,
Kes : 514
Kematian 48
Namun telah keluar berita.. ramai yang tidak disaring. Lepas tanya kawan Indonesia sendiri pun mereka cakap, lebihh dari data yang ada sepatutnya. Yes..number don’t lie. But number can be manipulated.
3. KERAJAAN YANG LEMAH
Hokkaido isytihar darurat, namun masih tiada sekatan jalan ke Hokkaido. Aichi Prefecture (Prefecture di Nagoya). Kes dah lebih 100. Kilang beroperasi seperti biasa. Kedai beroperasi seperti biasa. Bahkann! Ada seorang pekerja YAMAHA yang tinggal di Nagoya, ulang alik pergi kerja di Iwata (sebelah Hamamatsu) seperti tiada apa berlaku.
Ya. Jepun masih tiada apa-apa sekatan. Maka, rakyat mereka juga bebas keluar ke mana-mana. Kawan isteri, teman lab baru balik dari Hokkaido!! Boleh pergi lab macam biasa. Tanpa self quarantine!! Bos saya, baru balik dari Indonesia dan America esoknya terus pergi kerja macam biasa. Tiada self quarantine!!! Mungkin pada masa itu Indonesia dan America tidak seteruk sekarang. Namun selepas dengar kes Indonesia pun cuba memalsukan data, saya terus terfikir dan risau. Alhamdulillah dah 14 hari berlalu tiada apa berlaku. Kerajaan seperti mengharapkan rakyatnya sahaja berusaha. Namun, mereka lupa. Orang Jepun juga manusia. Akan ada juga segelintir yang tidak seperti yang lain yang mengamalkan apa orang Jepun biasa amalkan. Mungkin punca utama adalah kerana OLIMPIK.
Working From Home??
Hanya segelintir sahaja syarikat memberi kelonggaran untuk WFH. Kebanyakan perlu datang ke pejabat. Ya. Macam kes di atas. Walaupun duduk di prefecture yang agak kronik. Perlu datang hari-hari ke pejabat. Mungkin bagi mereka keutamaan yang paling utama adalah syarikat perlu terus hidup. Kalau syarikat lumpuh, ekonomi lumpuh, end up semua akan lumpuh.. mungkin juga kerana mereka percaya kepada rezeki itu diberi oleh syarikat kerana tiada kepercayaan agama seperti kita. Sebab itu berusaha bersungguh-sungguh demi syarikat.
Doakan kami baik-baik sahaja di sini. Kalau keadaan ini berterusan, saya jangkakan 2 minggu selepas hanami (event menikmati keindahan Sakura) akan memuncak! Yakni sekitar awal bulan 5
Foto: en.japantravel.com
Maafkan saya pada post sebelum ini, saya berjoging di taman seperti biasa. Namun selepas korek segala info yang ada. Saya akan menjalankan ikhtiar untuk kurangkan sebanyak mungkin keluar rumah dan akan mula stock up makanan.
Mask? Dah lama dah tak nampak stock orang jual di kedai. Pada awal pandemic ini, semasa saya pergi ke pejabat pos untuk pos barang customer, nampak orang China post berkotak2 mask ke China. Ya.. mostly mask di sini adalah dari China. Bayangkan, barang dari China di post balik ke China. Yang Jepun ni tinggal tisu dapur je la. Sampai sekarang mask tak terjual lagi. Nasib baik ada stock sikit lagi.
Silakan share.. tolong lah share.. biar sampai kepada semua rakyat malaysia yang berada di Jepun. Share lah dalam group travel anda, group kawan sekolah, group gossip atau apa sekalipun. Rakyat malaysia di sini perlu lebih cakna. Anda tak seselamat seperti yang anda jangkakan. Bertindaklah lebih awal semua. #kitajagakita
Jika keadaan makin teruk. Wahai Malaysia ku..aku rela dikuarantin. Rawatlah aku. Aku lebih percayakan rawatan di Malaysia jauh berbanding di Jepun. You are the best KKM!!! #thankyoukkm
Yang benar, AHMAD SABRI Pemastautin Jepun berbelas tahun yang mula risau.
Pandemik Corona: Hikmah dan Punca Part 1: Japan dan MalaysiaBenarkah Jepun selamat???Jepun merupakan negara awal…
Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
⭐TRIVIA
Pulau Perhentian diliputi hutan hujan tropika dan mempunyai keindahan laut yang memukau
Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
⭐TRIVIA Diberi nama Pulau Perhentian kerana dahulunya pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan oleh pedagang
⭐PRO TIP Pastikan anda menempah bilik dahulu sebelum ke Pulau Perhentian kerana khuatir bilik-bilik resort yang murah penuh
Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.https://www.instagram.com/p/Bt-AF_iBa2o/
⭐TRIVIA Cuaca yang panas dan matahari yang terik memancar sebenarnya membuatkan laut biru di Pulau Perhentian bertambah cantik
Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
⭐PRO TIP Jangan lupa menyapu losyen sun block supaya tidak rentung terbakar seperti udang bakar
Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
⭐TRIVIA Semasa melakukan aktiviti snorkeling, antara ikan yang dijumpai ialah ‘Ikan Nemo’
Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
⭐TRIVIA Tahukah anda? Penyu cepat menyedari kehadiran anda lalu pantas sahaja melarikan diri dan dikatakan makhluk yang sangat pemalu
Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
⭐PRO TIP kebanyakkan kedai di Pulau Perhentian Besar tutup pada pukul 10 malam dan pulau itu lebih sesuai untuk pengunjun yang berkeluarga
Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
Kincir Angin ini terletak di Pulau Kecil dan untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu mendaki lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kelajuan pergerakan anda.
Naik ke kincir angin dalam pukul 17:00 – 17:30 kerana pemandangannya lebih cantik dan tidak panas.https://www.instagram.com/p/Bt2IssTli1d/
⭐TRIVIA Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja sebaik melihat pemandangan yang begitu indah pada ketinggian 150 meter daripada paras laut
Long Beach panoramanya seumpama berada di pantai luar negara. Ramai pelancong asing tertumpu di sini.
Waktu malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Long beach.
⭐TRIVIA Terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang di adakan di Long Beach.
https://www.instagram.com/p/BskP6GZF1IB/
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Foto-foto Sungai Melaka bertukar jernih dan kehijauan yang tular di media sosial minggu lalu menimbulkan keterujaan dalam kalangan warganet. Namun ada yang mengatakan gambar itu tidak benar dan telah disunting.
Sumber daripada Bernama mengakui, Sungai Melaka yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini memang bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tinjauan di beberapa kawasan Sungai Melaka, terutama berhampiran kompleks bangunan Stadthuys dan Jalan Jonker mendapati Sungai Melaka telah kembali bersih, berwarna kehijauan, serta lebih bersih berbanding sebelum PKP, namun ‘kehijauan’ sungai itu tidaklah sejernih seperti yang tular di laman sosial. Mungkin teknik ambil gambar itu nampak air Sungai Melaka lebih jernih daripada yang sebenar.
Selain orang ramai, individu yang bertanggungjawab memberikan ‘nafas’ baharu kepada Sungai Melaka iaitu Tan Sri Mohd Ali turut meluahkan kegembiraan apabila Sungai Melaka kembali bersih dan meminta orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan itu untuk diwarisi generasi akan datang.
Menurut beliau, keadaan Sungai Melaka yang bersih itu menunjukkan pelaksanaan PKP oleh kerajaan mempunyai banyak hikmah untuk difikirkan dan diinsafi bahawa kerosakan serta kebinasaan yang berlaku adalah akibat kerakusan manusia.
“Bertambah bersih (air Sungai Melaka) terutama kawasan bandar boleh nampak ikan berenang dalam tu, tetapi jika kita tidak jaga akan kotor balik nanti. Jadi kita sama-sama jaga kebersihan Sungai Melaka. Keadaan Sungai Melaka bersih berikutan pertamanya tiada aktiviti seperti sebelum penularan COVID-19 berlaku di persekitaran dan sepanjang Sungai Melaka akibat PKP. Kedua di hulu Sungai Melaka juga segala aktiviti tidak rancak berlaku akibat itu. Ketiga segala aktiviti perjalanan bot persiaran tidak lagi beroperasi seperti biasa di sepanjang sungai itu dan keempat-empat bot persiaran menggunakan bahan bakar petrol dan sistem penyejukan enjin juga menjadi punca pencemaran kepada air sungai,” katanya.
Sungai Melaka sekitar tahun 80-an dan 90-an dahulu berwarna kehitaman dan berbau busuk, namun usaha kerajaan negeri terutama pentadbiran bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam, telah mengubah wajah Sungai Melaka sehingga dikenali sebagai ‘Venice of The East’.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...