Walaupun pintu sempadan masih belum dibuka, tak mengapa jika kita berangan melawat kawasan-kawasan yang menarik di negara luar.
Salah satunya adalah Norway yang terkenal dengan nama negara Scandinavian. Ikuti perkongsian salah seorang sahabat Grup Backpackers Buddies Malaysia, Cikgu Loh bercerita pengalamannya ketika berada di sana.
Pribumi Scandinavian adalah Norsemen dengan nama popular mereka, Viking. Kalau perasan dalam cerita Lord Of The Rings mereka ni ada janggut yang tebal dan kadangkala janggut mereka juga didandan. Badan-badan mereka pun tegap. Perempuan pula berambut blonde atau putih.
Sejarah Eropah awal banyak dicorakkan oleh Viking ini. Sepanjang sejarah ini, negara-negara Scandinavian telah melalui banyak perang namun sekarang Scandinavian ialah negara yang cukup damai sehingga digelar Negara Paling Bahagia Di Dunia!
Norway sememangnya antara salah satu negara Scandinavia dan negara yang paling tercantik di dunia. Korang wajib datang sini sekali seumur hidup.
Jikalau datang, saya pasti korang tak menyesal. Menabunglah sedikit bila border buka 2022 nanti.
1. Viking Ship Museum, Oslo
Bila saya bawa peserta ke Scandinavia, ini adalah salah satu tempat yang wajib saya bawa. Sememangnya orang Malaysia tidak berapa suka pelancongan bertemakan sejarah (pelancongan nature dan makanan menjadi pilihan), namun tak salah untuk ke beberapa buah lokasi sejarah demi memahami apa sebenarnya Viking & Norsemen ini.
Muzium ini banyak menyimpan kapal-kapal Viking di Norway antaranya ialah Kapal Oseberg, kapal Gokstad dan Kapal Tune. Nak tahu lebih lagi, boleh tonton video “The Vikings Alive” yang ditayang dalam muzium ini.
Alat-alat kraf pembuatan kapal juga ditayangkan di muzium ini.
Lokasi: Viking Ship Museum di Bygdoy, Oslo. Muzium ini sebahagian daripada Museum of Cultural History of the University of Oslo
Waktu Masuk: Buka setiap hari hanya dalam tempoh berikut 1 May – 30 September: 9 pagi-9 malam, 1 Oktober – 30 April: 10 pagi-4 petang
Bayaran Masuk: Dewasa 100 NOK dalam RM50, Kanak bawah 18 tahun percuma. Saya ada dapat harga best sebab syarikat travel kan. hihi
Ads
Kelebihan: Muzium ini banyak ceritakan tentang sejarah Viking di seluruh dunia khususnya di Norway
Kekurangan: Parking sini kena bayar. Polis selalu meronda di sini untuk semak sama ada bayar parking atau tidak. Huhu. Selain muzium ini tidak berapa besar. Dalam 15-20 minit dah habis tour 1 muzium.
2. The Viking Swords Monument, Stavanger (Sverd i Fjell)
The Viking Swords Monument di Stavanger ini dibina oleh pengukir Fritz Røed dari Bryne dan digunakan pada masa pemerintahan King Olav V of Norway pada tahun 1983.
Terdapat 3 bentuk pedang dengan ketinggian 33 kaki. Monumen ini dibina bagi memperingati peperangan Hafrsfjord yang berlaku pada tahun 872.
Lokasi: Møllebukta, 4044 Hafrsfjord, Norway
Waktu Masuk: Bila-bila masa (tidak dinyatakan)
Ads
Bayaran Masuk: FREE
Kelebihan: Parking terdapat mudah di sekitar. View yang memang cukup cantik
Kekurangan: Tiada bagi saya
3. Viking Valley, Gudvangen
Kampung Viking ni memang antara top tempat saya sepanjang saya bermusafir setakat ini. Memang wajib pergi. Kampung yang dikelilingi dengan Fjord dan banyak aktiviti boleh buat di sini. Ada persembahan pedang, memanah, memasak dan banyak lagi.
Perkampungan tersebut juga sangatlah ramai manusia yang memakai pakaian Viking. Perkampungan ini juga dikenali dengan Njardarheimr dan di sini korang boleh take part sekali belajar sejarah dan menyelami budaya dan kehidupan orang Viking di sini.
Ads
Lokasi: Nærøydalen 15, 5747 Gudvangen, Norway
Waktu Masuk: 1 Mei – 21 oktober , 10 pagi – 8 malam setiap hari
Bayaran Masuk: Dewasa NOK 195 atau RM96 dan kanak-kanak 4-15 tahun NOK 98 atau RM50
Kelebihan: Sini memang tiada yang kurang, semua best. Korang boleh menyelami budaya Viking habis-habisan di sini.
Kekurangan: Tiada langsung
Simpanlah info ini bila anda nak bertandang ke Norway. Masukkan wishlist travel ini dalam buku korang. Saya sangat suggest ke tempat-tempat ini terutama yang Viking Valley Gudvangen tu.
Memang betul-betul berbaloi! Ada yang plan nak pergi nanti?
Follow Facebook Cikgu Loh untuk info travel sebelum border buka.
Sebelum bergerak ke negara orang, anda patut tahu barang wajib bawa bercuti untuk memudahkan urusan anda di sana nanti.
Kadang-kadang anda mesti lupa tentang kemudahan yang anda boleh bawa ketika bercuti. Buat anda yang baru nak mula bercuti, terutama sekali luar negara.
Buat para wanita, anda boleh gunakan barang kemudahan ini kerana perempuan mesti kena bersedia dari pelbagai aspek.
Selain itu, dapat memudahkan pergerakan anda juga dan tak perlu keluar duit untuk membayar “luggage” tambahan.
Jadi ini merupakan 4 barang yang wajib anda bawa apabila melancong terutama sekali apabila ke luar negara untuk kekal bersih sentiasa dan beg pun tidak berat!
4 Benda yang wajib anda ada sewaktu travel!
1. Toilet cover pad
Semestinya buat anda yang mengutamakan kebersihan dan suka jenis tandas yang duduk berbanding cangkung itu sewajibnya perlu benda ini. Kebanyakan orang apabila di tempat awam seperti itu mereka akan pijak di bahagian duduk itu jadi akan kotor.
Selalunya orang akan basuh dengan air dan lap dengan tisu pun masih lagi rasa tidak bersih tempat duduk tersebut. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau benda yang tidak diingini, boleh cuba untuk membeli penutup tempat duduk pakai buang ini.
Sekarang zaman beli dekat internet sahaja. Bersepah! Jadi beli banyak-banyak daripada korang membazir beli benda yang tak berfaedah. Murah pun sangat murah harganya. Ada yang boleh dapat 1 bungkus 10 keping harga RM1 sahaja.
2. Botol 4 dalam 1 isian mudah!
Jadi botol ini untuk apa? Botol 4 dalam 1 ini sangat memudahkan terutama sekali buat mereka yang tidak suka membawa banyak barang atau botol dalam beg sangat sesuai menggunakan botol ini.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pulas sahaja bahagian yang mana anda inginkan nanti keluar terus cecair yang sudah anda letak. Satu tip yang anda boleh lakukan agar tidak salah, letak stiker tampal di penutup atau badan botol supaya lebih mudah untuk anda terus tekan.
Antara barang yang anda boleh letak di dalam botol tersebut adalah seperti minyak wangi, pelembap muka, losyen, makeup remover, cream malam dan siang atau krim pelindung matahari. Apa sahaja asalkan ia boleh dimasukkan ke dalam botol tersebut.
3. Beg simpanan ‘resealable vacuum’ untuk melancong.
Beg simpanan yang boleh ditutup vakum ini sangat mudah buat mereka yang suka pergi melancong kerana menjimatkan ruang sebenarnya. Tiada masalah untuk anda bawak baju banyak.
Selain itu, anda tidak perlu risau lagi dengan baju-baju yang tebal seperti jaket musim salji mahupun tuala mandi dan baju yang nipis dan banyak. Anda boleh beli ikut saiz yang anda inginkan atau mengikut barang anda je senang. Harga pun tak mahal tau.
4. Penyangkut baju Portable
Ini terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan penyangkut baju portable ini atau tidak. Cuma untuk mereka yang nak kekemasan apabila bercuti. Selalunya mereka yang nak nampak kemas.
Kalau pergi mudah lah anda nak ambil baju yang sudah bersangkut. Bagusnya penyangkut baju portable ini boleh dilipat jadi kecik dan masukkan sahaja dalam bag. Ianya juga tidak memakan space. Beli sahaja dekat internet sebelum gerak tu. Selain itu, boleh juga anda pakai dekat rumah kan.
Itu sahaja 4 benda yang penting dan dapat membantu percutian anda. Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh bawa. Ini dikatakan sebagai ‘smart travel’. Apa yang penting ia sangat memudahkan keadaan anda.
Semoga bermanfaat buat semua. Bukan sahaja untuk bercuti luar negara. Dalam negara pun boleh!
Sutera Sanctuary Lodge Manukan, terletak di Taman Tunku Abdul Rahman. Ada dua beach iaitu public beach untuk orang awam (day trip) dan Tambun beach untuk anda yang menginap di sini.
Sutera Sanctuary Lodge
Namun, yang agak berbeza di sini ialah perkhidmatan bertaraf hotel yang mereka sediakan. Bukan sahaja tampak teratur dan mewah, juga lengkap dengan restoran, kedai cendermata dan reception.
Feel dan vibe di sini lebih kepada Hunter’s lodge atau kabin pemburu. Dengan penggunaan kayu sebagai motif utama, memang nampak rustic tetapi masih kekal mewah dan selesa.
Perjalanan dari Sutera Marina jetty ke Manukan ambil masa lebih kurang 30 minit menaiki bot.
Sampai jak jetty manukan kena beratur untuk bayar tiket masuk Taman-Taman Sabah, Rm5/head untuk local 18 tahun ke atas. Bawah 18 tahun kena bayar RM3 sahaja.
Check in boleh masuk jam 2pm, dan check out jam 12 tengah hari. Kemudian bab harga bilik boleh check di Agoda atau direct dari website Sutera Sanctuary Lodges.
Di sini terdapat beberapa lodge. Setiap lodge boleh memuatkan sehingga 3 pax dengan selesa. Lodge-lodge di sini konsepnya sama seperti studio apartment yang mempunyai hanya 1 bilik atau ruang tidur.
Setiap lodge di datangkan bersama bilik mandi en-suite dan ruang tamu. Sesuai untuk yang berpasangan atau keluarga kecil.
Biasanya bermula dengan harga RM400 hingga RM2k lebih per night. Ada banyak pilihan bilik, jadi jangan risau.
1) Beach suites
Kelebihannya murah sikit, Dekat sama public beach dan dekat dengan restaurant. Maksimum 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.
2) Hillside villa
Sedikit mahal tetapi puas hati pemandangan dengan privasi ngam untuk yang mahu berbulan madu di sini.
Sangat luas villanya sampai bilik mandi pun ada sofa. Dekat dengan Tambun Beach (private) tapi jauh sikit dari restoran.
3) Manukan Villa
Ini untuk anda yang mahu stay 1 family, maksimum 4 orang dewasa dan 1 kanak-kanak yang bawah 1 tahun.
Bagi yang akan bercuti dengan lebih ramai, boleh cuba dapatkan villa. Terdapat beberapa villa di sini yang mempunyai 2 atau 3 bilik tidur.
Setiap satunya didekorasi dengan konsep berbeza namun cukup cantik, dilengkapi dengan ruang tamu dan pantry ringkas.
Alamat: Mt Kinabalu National Park, Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah.
Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak mencuba pelbagai juadah tradisi yang menjadi sajian kegemaran rakyat Malaysia seperti Ikan Patin Gulai Tempoyak dan makanan bercitarasa kampung.
Dari perkongsian di facebook Seladang Perak ini antara cadangan port makan terbaik mesti singgah jika ke Kuala Kangsar.
Port nak makan tengahari dengan gulai tempoyak pior original yang santai di Kuala Kangsar. Nak makan ikan patin tempoyak dengan ulam ulaman kampung, mohle sini.Lagi lazat, ada menu kambing bakar tau, pekena dengan nasi putih panas panas memang marvelicious lunch kome nanti.
Selain itu, ada juga ayam goreng berempah dengan sup daging, juga menu menu tertentu yang berubah mengikut hari. Sempoinya di sini, lauk pauk telah dihidangkan dalam pinggan klasik lama, yang ada bunga bunga dekat sekeliling tu, ibarat mengimbau kenangan macam kita makan di rumah opah dan tok nenek kitalah.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...