Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup.
Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.
Ads
Ads
Ads
Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.
Kawasan ladang ternakan kelulut bukan sekadar lokasi menyedut madu dari sarannya sahaja. Hari ini ramai pengusaha ladang madu kelulut turut menjadikan perusahaan mereka itu sebagai produk pelancongan yang semakin mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan asing. Pengunjung dibenarkan datang untuk melihat sendiri sarang kelulut dan menyedut madunya selain membeli produk madu dengan tawaran harga lebih murah daripada di pasaran.
Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya terletak di Alor Setar, Kedah, Ladang Madu Kelulut Ori Dukun Jaya ada tarikan tersendiri untuk menarik pengujung. Dengan pemandangan sawah padi dan Gunung Keriang dari jauh, terdapat pelbagai keistimewaan tersedia terutamanya landskap unik buat 'si kaki gila bergambar'.Sambil membeli madu, pengujung juga boleh berehat di ruang luar disediakan sambil mengambil angin. Ladang ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 9 pagi hingga 7.30 malam.
Suka santai-santai nak healing dengan suasana teduh dek kerana pokok-pokok hijau, D’ Impiana Riverview ini port yang pastinya menarik dan mempesonakan untuk anda yang singgah di Lenggong, Perak.
Dengan suasana desa yang nyaman dan cantik pasti membuatkan anda semua teruja menginap disini.
Ada 11 unit Chalet yang membolehkan berkapasiti sehingga 40 orang cukup selesa bagi anda untuk berehat serta bercuti bersama keluarga atau pun aktiviti berkumpulan.
Antara harga bilik yang ada dalam RM160 (1 queen bed), RM 220 (2 queen bed) dan RM 250 (1 queen + 1 single, attached dengan dapur memasak).
Jadi ini cukup mudah bila ada dapur memasak, periuk, kuali, periuk nasi dan kelengkapan masak. Anda hanya perlu bawa bahan mentah sahaja.
Paling menarik dekat sini Chaletnya yang betul-betul di tepi sungai membuatkan kome rasa nyaman dan jangan risau setiap chalet juga terdapat bilik air private dan aircond.
Bukan itu sahaja ada juga kolam yang disediakan untuk anak-anak main air. Kesemua unit yang disewa sudah termasuk dengan breakfast atau sarapan pagi.
Anak-anak memang akan puas mandi sungai. Malam-malam boleh buat aktiviti sendiri selain dari hadap gadget sebab line internet tak berapa stabil. Jadi boleh lah tengok televisyen kat TV atau buat aktiviti lain.
Hotel/chalet ini memang sesuai buat yang suka dengan suasana alam. Deruan air sungai, bunyi unggas, udara yang nyaman dan segar serta persekitaran yang mendamaikan. Landscape yang cantik dan paling penting kawasan hotel, bilik dan toilet bersih. Sesuai untuk family gathering, nak camping tepi sungai, glamping pun ada.
Kira ini port memang healing habis, jadi kena datang puaskan hati sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Percutian ke Iceland tidaklah murah namun pengalaman yang akan dirasai tersangatlah berbaloi dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Iceland dikenali dengan tanah api kerana suku daripada pulau ini adalah terdiri daripada gunung berapi aktif. Ianya juga dikenali sebagai tanah ais kerana mempunyai kawasan iceberg yang memukau.
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk.
Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
TEKS : HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN FOTO : TAIPEI CITY INFORMATION AND TOURISM DEPARTMENT
You Bike merupakan perkhidmatan basikal awam yang telah dilancarkan oleh kerajaan Taipei sekitar dua tahun yang lalu. Ia merupakan alternatif pada pengangkutan awam lain yang terdapat di ibu negara Taiwan selepas bas teksi dan metro (MRT).
Dianggarkan, lebih daripada 5,416 buah basikal telah tersedia untuk disewakan kepada orang ramai. Basikal-basikal tersebut diletakkan di 165 buah stesen yang berbeza-beza. Jumlahnya dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa ekoran daripada permintaan yang menggalakkan.
Ketua Bahagian Pembangunan Pelancongan Taipei, Dayton Wang berkata, kemudahan YouBike semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai khususnya penduduk di Taipei. Kini, pihaknya berusaha memperkenalkan dan mempromosikan pula penggunaan basikal tersebut kepada pelancong.
Sifatnya yang fleksibel juga memudahkan orang ramai untuk mengakses lorong-lorong kecil yang banyak terdapat di Taipei. Di samping itu, kebergantungan orang ramai terhadap pengangkutan awam berenjin juga dapat dikurangkan, sekali gus menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dengan berbasikal.
“Objektif utama YouBike adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran udara yang berlaku di Taipei kerana penggunaan motosikal di sini amat tinggi,” tambahnya lagi.
YouBike yang merangkumi keseluruhan Taipei mempunyai laluan sendiri. Ia menghubungkan beberapa destinasi percutian menarik seperti Taipei 101, Nanyang Park, Taipei Fine Arts Museum, Beitou Hot Spring, Eslite Bookstore, National Taiwan Normal University dan beberapa buah taman awam yang menyenangkan seperti Beitou Park, Sun Yat Sen Memorial Hall Park, Daan Park, Xinsheng Park dan Dahu Park.
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...