Bila bercakap tentang lokasi peranginan tanah tinggi mungkin ramai di antara anda terus terbayangkan Cameron Highland. Tidak dinafikan Cameron Highland sememangnya mempunyai tarikan luar biasa.
Apatah lagi sekarang ini pada musim cuaca yang panas ramai penduduk kota mencari kedamaian di lokasi tanah tinggi seperti Cameron Highland.
Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak lagi lokasi peranginan tanah tinggui yang menarik. Ingin tahu apakah lokasi pilihan LIBUR? Ikutinya di bawah!
BARIO & BA’KELALAN
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak.
Ads
Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda.
KUNDASANG
Kundasang merupakan pusat tanaman sayur-sayuran segar yang terkenal di Sabah. Terletak hanya 6 km dari Taman Negara Kinabalu, cuaca yang segar serta pemandangan yang indah menjadi faktor utama pelancong datang ke sini.
Ads
Menariknya Kundasang, ia lokasi yang ‘bersih’ dari hiruk pikuk kota. Walaupun hanya sebuah pekan kecil, Kundasang ada menyediakan kemudahan seperti hotel, motel, chalet dan homestay untuk memberi keselesaan buat pelancong.
Di sini, anda dapat memperolehi bunga-bunga dan sayur-sayuran segar dengan harga yang berpatutan kerana faktor cuaca yang sejuk.
BUKIT LARUT
Turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi yang terletak di Taiping, Perak. Suhu pada hari siang adalah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam.
Ads
Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Memandangkan Bukit Larut merupakan kawasan lembap di Malaysia, anda akan meredah hujan hampir setiap hari pada sebelah petang.
Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan kuda padi dan kerusi pengusung untuk ke puncak bukit. Kebanyakan pelancong Eropah yang sampai ke sini akan menyamakan tempat ini sebagi Switzerland pada musim bunga!
GUNUNG LEDANG
Dengan ketinggian 1,276m, gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung. Jika anda berada di atas gunung ini pada hari cerah, anda boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Legenda dan mitos berjaya menarik pelancong yang gemarkan alam semulajadi. Anda tidak keseorangan jika mahu bermalam di hutan ini kerana ia pilihan anda jika mahu sampai ke sini. Air terjun dan resort pula melengkapkan pakej untuk pelawat memilih Gunung Ledang sebagai lokasi percutian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hagia Sophia yang terletak di Istanbul berada dalam senarai tempat-tempat yang ingin dilawati setiap kali pelancong masuk ke Turkiye.
Hagia Sophia di Istanbul
Terkenal sebagai masjid yang menjadi simbol ikonik kerana penuh dengan sejarah, Hagia Sophia sebelum ini percuma untuk dilawati para pelancong. Namun, bermula 15 Januari lepas, ada bayaran kemasukan yang dikenakan untuk pelawat.
Berdasarkan laporan dari Hurriyet Daily, Hagia Sophia mengenakan bayaran sebanyak €25 (RM128) untuk seorang pelawat.
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye telah mengusahakan satu cara untuk memisahkan pintu masuk jemaah dan pengunjung budaya ke Masjid Hagia Sophia. Pelancong kini akan memasuki pintu masuk sisi untuk mengunjungi masjid tanpa mengganggu persekitaran tempat ibadat.
Pintu masuk utama pula hanya dikhaskan untuk warga Turkiye. Pembelian tiket masuk akan membolehkan pelawat mengakses ke galeri tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menjadi tarikan pelancong.
5 Tempat Wajib Ziarah di Turki
1. CAPPADOCIA
Bandar ini terletak di tengah Anatolia, merupakan syurga untuk ahli geologi (dan manusia awam macam kita) kerana struktur batu ‘outcrop’ yang begitu unik! Rupa bebatu seolah-olah kita di alam fantasi kisah dongeng. Tak hairanlah diberi julukan ‘fairy chimneys’. Di sini lah tempat pelancong naik belon udara panas. Kita juga boleh menginap di hotel dalam gua batu!
2. ISTANBUL
Lebih baik anda baca buku disenaraikan untuk lebih menghargai tempat-tempat bersejarah di Istanbul. Pasti perasaan bila ziarah Aya Sophia/Hagia Sophia tu bercampur-baur. Jika berkelana dengan ilmu berbanding berkelana saja-saja tanpa niat hala tuju, berbeza hasilnya. Secara amnya, di Istanbul pelancong akan ziarah Aya Sophia, Masjid Biru, Galata Tower, Grand Bazaar, Topkapi Palace Museum, Masjid Suleymaniye, Dolmabahce Palace, Basilica Cistern, menaiki cruise di selat Bosphorus dan meneroka cafe dan ‘art scene’ di kawasan seperti Balat.
3. EPHESUS
Merupakan bandar purba yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage. Apa yang istimewanya? Di seluruh Eropah, Ephesus dikira antara tinggalan kota purba paling lengkap. Kita boleh lihat bagaimana orang zaman dahulu kala hidup. Tinggalan berkurun dari kesan empayar Rome & Greek masih kekal hingga kini. Boleh ziarah dan ambil pengajaran.
4. PAMMUKALE
Pammukale bandar yang mana terletaknya kolam air panas semulajadi bertingkat-tingkat warna turqoise. Dengan mineral semulajadi yang kaya-raya, tidak hairanlah Pammukale sinonim dengan aktiviti mandi manda. Anda boleh cuba Turkish hammam (bathhouse) juga. Selain itu, di Pammukale kita boleh teroka Cleopatra Antique Pools, naik belon udara panas, teater purba Hierapolis atau melawat muzium.
5. OLUDENIZ/FETHIYE
Ramai di antara kita bila fikir Turki, lansung tak bayangkan ‘beach holiday’. Tapi Turki sebenarnya ada banyak persisiran pantai yang luar biasa exotic. Vibe Eropah. Contohnya Blue Lagoon di Oludeniz dan Butterfly Valley di Fethiye. Awas, kena pergi musim panas ya. Pergi musim lain nanti tak boleh mandi laut.
Sumber: Hurriyet Daily & The Vocket
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pernah tak anda menggunakan Lebuh raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan? Kalau nak tahu projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Lebuh raya sepanjang 123 kilometer melibatkan 61 km di negeri Perak dan baki jarak pula di negeri Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.
Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982, jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1,000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini, jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer.
Terdapat 5 batalion infantri kerahan Askar Wataniah yang diwujudkan bagi mengawal laluan ini ketika dibina iaitu Batalion 301,302, 303, 304 dan 3056.
Pada 21 Mei 1974, satu serangan pengganas komunis telah merosakkan 63 unit jentera berat dan pada 27 Ogos 1974, seramai 3 orang petugas JKR telah terbunuh semasa bekerja.
Seramai 116 pahlawan dari unit keselamatan telah gugur antara tahun 1968 – 1989 semasa pembinaan jalanraya ini dijalankan.
Sebuah tugu peringatan telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengingati dan mengenang mereka yang telah terkorban serta telah menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis semasa sedang bekeja keras dalam membina jalan raya yang menghubungkan Perak dan Kelantan.
Jalan ini dibuka secara rasmi pada 1 Julai 1982 dan hanya boleh dilalui pada waktu siang sahaja dengan iringan anggota tentera dan orang awam dilarang sama sekali menggunakan jalan ini pada waktu malam. Sekatan ini telah dimansuhkan pada tahun 1989 selepas perjanjian damai ditandatangani di Haatyai.
Fasa kedua laluan ini melibatkan sambungan dari pekan Grik, Perak ke pekan Kulim di Kedah dimulakan pada tahun 1993 dan seterusnya menyambungkan laluan ini melalui Butterworth-Kulim Expressway.
Jalan Kulim – Baling telah dimulakan pembinaan terlebih dahulu, diikuti dengan laluan menyambungkan pekan Titi Karangan ke Grik. Secara amnya, jalan ini boleh menyambungkan Kampung Tok Kamis di Pasir Putih Kelantan dengan Seberang Jaya Pulau Pinang.
Awas Gajah Melintas!
Berhati-hati dengan Gajah Liar Bagi yang jarang melalui jalan ini, jalan ini sebenarnya merentasi habitat hidupan liar seperti gajah, dan tidak sama dengan gajah yang berada di zoo yang sudah biasa dengan kehadiran manusa.
Pihak berkuasa telah membina laluan lintasan gajah bagi mengelakkan gajah melintas di atas jalan.Kebarangkalian untuk Gajah muncul adalah tinggi sekiranya anda melalui jalan ini pada waktu malam, cuaca sejuk selepas hujan dan pada waktu bulan penuh.
Tapi yang paling utama gajah ini akan muncul pada waktu malam. Kebiasaannya gajah ini akan berada sebelum dan selepas Pulau Banding.
Sekiranya anda terjumpa gajah di tengah jalan dan menghalang laluan atau menerima high beam dari pemandu yang berdekatan yang memberi amaran.
Sekiranya boleh, elakkan memandu pada waktu malam di jalan ini. Selain dari mitos cerita hantu seram dan laluan binatang liar, anda terpaksa berhadapan dengan kenderaan berat yang dipandu dengan sangat perlahan.
*kredit gambar kepada JKR dan Malaysian Military Power
Di Slovenia, sebuah gua pelancongan mempamerkan tiga ekor ‘anak naga’ yang menetas pada 2016 selepas kejayaan pembiakan spesies olm atau proteus (proteus anguinus) yang jarang berlaku. Olm tersebut dipercayai telah berada di gua terkenal Postojna terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Ljubljana selama jutaan tahun. Haiwan yang dikategorikan sebagai amfibia yang buta itu boleh mencapai ukuran maksimum 35 sentimeter panjang dan saiznya jauh lebih kecil daripada naga menakutkan yang sering diceritakan dalam kisah rakyat.
Keputusan untuk mempamerkan bayi naga itu dibuat beberapa hari selepas salah sebuah gua terbesar di Eropah itu yang biasanya menarik 700,000 pengunjung setiap tahun dibuka semula selepas penutupan selama tiga bulan akibat wabak COVID-19. Hanya 30 pengunjung dibenarkan untuk melihat sendiri spesies pemangsa purba akuatik itu yang dipercayai boleh hidup sehingga 1,000 tahun dan dibiakkan sekali dalam tempoh sedekad.
Difahamkan, bagi memastikan ia terus hidup dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang haiwan itu, pihak berkuasa gua telah menempatkan kesemuanya di dalam sebuah makmal secara rahsia.
“Kami berbangga untuk memperkenalkan tiga daripada 21 anak olm yang merupakan baka naga terkenal,” kata jurucakap Postojna.