Nampaknya bagi yang berangan-angan ke Bali, lupakan hajat tersebut kerana Malaysia antara negara yang tidak tersenarai dibenarkan memasuki negara Indonesia. CNN Indonesia melaporkan hanya 19 negara dibenarkan memasuki pusat pelancongan terkenal dunia itu antaranya Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), New Zealand, Kuwait, Bahrain, Qatar, China, India, Jepun, Korea Selatan, Liechtenstein, Itali, Perancis, Portugal, Sepanyol, Sweden, Poland, Hungary dan Norway.
Nampaknya dalam masa terdekat nie, lupakan Bali tapi Perdana Menteri Thailand memberikan berita gembira buat yang bercadang travel ke negara tersebut kerana Malaysia antara 46 buah negara yang tersenarai dibenarkan memasuki negara berkenaan tanpa perlu menjalani kuarantin.
Memetik Berita Harian, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha semalam mengumumkan pelancong yang sudah menerima vaksinasi COVID-19 dibenar memasuki negara itu tanpa perlu dikuarantin mulai 1 November.
Senarai 46 negara dan wilayah itu adalah pertambahan ketara berbanding 10 negara yang diumumkan minggu lalu oleh Prayut, ketika beliau mengumumkan rancangan membuka semula negaranya bermula bulan depan.
Menurut Prayut, tambahan senarai itu disebabkan keperluan mendesak Thailand bagi merangsang sektor pelancongan serta perniagaan berkaitan.
Ads
"Kami perlu bergerak lebih pantas dan melakukannya sekarang. Ini kerana untuk menunggu segala-galanya sempurna, ia akan membuatkan kita terlambat," katanya menerusi laman rasmi Facebooknya.
Selain Amerika Syarikat, Britain dan China, pelancong yang divaksinasi dari sejumlah negara Eropah termasuk Perancis dan Jerman akan dibenarkan masuk, jika mereka memberikan ujian RT-PCR COVID-19 berstatus negatif.
Negara jiran, Kemboja dan Malaysia juga berada dalam senarai berisiko rendah, selain Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.
Ads
Ketika tiba di Thailand, pelancong perlu melakukan ujian COVID-19 serta membuat tempahan penginapan satu malam di hotel diluluskan kerajaan sementara menunggu keputusan, sebelum dibenarkan melakukan perjalanan dengan bebas.
"Kami tahu ini adalah langkah drastik serta meningkatkan risiko pertambahan jangkitan, tetapi ia adalah risiko yang harus diterima," kata Prayut.
Sebelum pandemik COVID-19, Thailand menarik hampir 40 juta pelawat dengan sektor pelancongan menyumbang hampir 20 peratus kepada pendapatan negara.
Ads
Tahun lalu, Thailand kehilangan kira-kira AS$50 bilion (RM207.9 bilion) pendapatan hasil pelancongan berikutan kemasukan pelancong asing merosot 83 peratus menjadi 6.7 juta.
Prayut sebelum ini dilaporkan berkata, kira-kira 70 peratus populasi Thailand perlu divaksinasi awal tahun depan, sebelum kerajaan membuka kembali sepenuhnya sempadan negara.
Sehingga kini, hampir 40 peratus rakyat Thailand sudah menerima dua dos lengkap vaksin.
Thailand juga mencatat kira-kira 10,000 kes sehari dengan sebahagian besarnya penularannya disebabkan varian Delta.
Secara keseluruhan, Thailand merekodkan lebih 1.8 juta kes dengan 18,559 kematian. -Berita Harian / AFP
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menjelang perayaan Krismas tahun ini dan sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) memperkenalkan kempen ‘Together for Good’ yang bakal menyaksikan pembeli-belah, pekedai, serta pusat-pusat beli-belah ini berpadu tenaga untuk memastikan tiada sesiapapun yang terpinggir daripada sambutan musim perayaan yang bakal tiba.
Sementara pusat beli-belah lain di seluruh negara bersedia untuk menghiasi kompleks mereka secara besar-besaran, Sunway mengambil haluan lain dengan menyalurkan bajet perayaannya kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Setiap pusat beli-belah Sunway akan menyediakan ruang khas bagi warga umum yang ingin menghulurkan sumbangan.
Sunway Velocity
Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada organisasi-organisasi kebajikan yang bekerjasama dengan setiap pusat beli-belah tersebut. Sejajar dengan komitmen Sunway ke atas Matlamat Pembangunan Lestari PBB, sebilangan dekor pusat-pusat beli-belah tersebut juga akan diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula dan berciri mesra alam untuk mengambil pendekatan yang lebih lestari.
Sunway Carnival Mall
Setiap pusat beli-belah akan diwakili oleh adiwira Krismas masing-masing seperti beruang teddy, pari-pari ajaib, elf Santa, sang gingerbread, dan rusa kutub yang akan menghiasi tema dan dekor pusat-pusat beli-belah tersebut, selain dipersembahkan dalam permainan Realiti Terimbuh (AR).
Permainan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Sunway Malls untuk memperbanyakkan elemen digital di pusat beli-belahnya, di mana pembeli-belah dapat mengamati sebuah pengalaman yang menyatukan dunia maya dan fizikal menerusi peranti mudah alih mereka untuk melengkapkan aneka permainan dan cabaran, lalu menerima ganjaran atas penyertaan mereka.
Together For Good Christmas
Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan berkongsi bahawa sesuatu perayaan mengendong makna yang lebih besar jika ia disambut secara bersama, dan atas sebab itu kami telah memilih tema dan konsep ini untuk tahun 2021.
“Tahun ini juga telah membentangkan cabarannya buat kita semua, dan sementara kita terus mara ke hadapan, kita juga patut mengambil berat tentang golongan yang kurang bernasib. Sambil kita meluangkan masa dengan insan yang kita sayangi, semoga kita juga dapat menunjukkan keihsanan kepada insan yang lain – bagi pihak Sunway Malls, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas, dan Selamat Tahun Baharu.”
Kredit: Sunway Malls
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Iran, negara yang sedang berkembang dalam industri pelancongan merupakan antara 10 negara tertinggi dijangkiti virus Covid-19.
Foto: Tehran Times
Angka terkini yang dijangkiti COVID-19 di Iran meningkat kepada 139 orang, dengan 19 kematian, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Kianush Jahanpur.
Angka untuk tarikh sehingga 27 Februari 2020
Sehingga hari ini, 44 kes baharu disahkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 139 kes setakat ini. Empat pesakit meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan yang maut seramai 19 orang.
Timbalan Menteri Kesihatan dan seorang Ahli Parlimen Iran positif COVID-19 turut disahkan positif COVID-19 ketika negara itu mencatatkan kematian akibat wabak berkenaan secara mendadak.
Iraj Harirchi, Timbalan Menteri Kesihatan Iran dilihat berpeluh dan batuk beberapa kali semasa sidang media di Tehran pada Isnin 24 Februari lalu.
“Saya dijangkiti COVID-19. Saya mengalami demam pada malam tadi dan ujian awal menunjukkan saya positif. Saya dikuarantin dan menjalani rawatan,” kata Harirchi dalam satu video yang disiarkan menerusi sebuah saluran televisyen.
Mahmoud Sadeghi, ahli parlimen Iran yang turut disahkan positif meminta ketua badan kehakiman Iran agar melepaskan tahanan politik bagi menghalang mereka daripada dijangkiti dan membenarkan mereka menghabiskan masa dengan keluarga mereka.
“Saya disahkan positif COVID-19. Saya tidak mempunyai banyak harapan untuk meneruskan kehidupan,” tulis Mahmoud Sadeghi di Twitter.
Sarawak sememangnya cukup dikenali antara destinasi pelancongan popular dan sering menjadi pilihan orang ramai berkunjung ke bumi kenyalang ini
Etnik Orang Ulu merupakan Etnik minoriti di Sarawak. Etnik Orang Ulu terdiri daripada lebih kurang 27 suku kaum kecil yang dijadikan satu dan digelar sebagai Orang Ulu.
Antara Etnik Orang Ulu terdiri daripada suku kaum Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Kelabit, Bisaya, Kiput, Tagal, Sa’ban, Penan, Berawan, Sekapan, Lahanan, Kejaman, Punan, Sihan, Beketan, Tanjung, Tabun- Tring, Punan Busang, Tatu dan Bemali.
Majoriti etnik Orang Ulu berada di Belaga, Tubau, Baram, Lawas dan Limbang.
Orang ulu terkenal kerana mempunyai raut wajah yang cantik dan tampan dan setiap suku kaum mempunyai identiti budaya, bahasa, adat dan pakaian tradisi yang penuh warna-warni dan dapat dilihat perbezaannya melalui gambar2 di bawah.
Pesanan ikhlas kepada generasi masa kini untuk mempertahankan dan meneruskan tradisi,budaya, adat dan bahasa Orang Ulu supaya tidak hilang ditelan zaman.
Bagi Etnik Orang Ulu tiada isu adat, budaya, tradisi dan bahasa di kalangan suku kaumnya kerana mereka hidup dengan mengamalkan sikap toleransi, hormat-menghormati antara kaum2 lain dan tiada istilah siapa tiru siapa kerana setiap suku kaumnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Sesungguhnya kita harus memartabatkan dan bangga kerana dilahirkan sebagai Orang Ulu kerana Etnik ini tidak terdapat dimana-mana kecuali di Borneo!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...