Penguatkuasaan larangan merokok di premis restoran telah dikuatkuasakan bermula Januari 2019. Perokok masih dibenarkan merokok tetapi sejauh 3 meter atau 10 kaki dari kawasan restoran. Namun kementerian memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.

Bermula bulan Ogos ini, tindakan saman akan dikenakan buat mereka yang masih degil dengan undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Kepada yang ingkar dengan larangan ini, Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) menyatakan bagi kesalahan merokok di suatu tempat yang di larang (subperaturan 11(1) denda minimum yang boleh dikenakan ialah RM250.00 dan denda maksimum ialah RM500.00. Sabit kesalahan oleh mahkamah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun. Manakala pengusaha yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!

IKLAN

Jadi untuk memudahkan orang awam faham mengenai kawasan larangan 3 meter atau 10 kaki ini, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik bagi rujukan kepada semua perokok-perokok tegar.

Jom kita tengok.

IKLAN
  1. Restoran di rumah kedai. Perhatikan jarak 3 meter dari meja di muka pintu kedai tersebut, itu adalah kawasan larangan merokok.
    Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!
  2. Tempat makan terbuka. Kawasan ini selalunya wujud di kedai mamak. So kalau lepak mamak yang ada kawasan terbuka, kawasan tersebut adalah kawasan larangan merokok.
    Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!
  3. Gerai makan. Sama juga macam kawasan terbuka tadi, tetapi ini melibatkan kawasan gerai dan yang sama waktu dengannya. Kawasan berkelompok meja dan 3 meter dari situ adalah kawasan larangan merokok.
    Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!
  4. Trak makan / Food truck – 3 meter dari food truck adalah kawasan larangan merokok.
    Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!
  5. Kedai makan dalam sungai. Ha tu dia kedai makan dalam sungai pun adalah kawasan merokok dalam jarak 3 meter daripada sungai.
    Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!
  6. Makan atas awan. Yang ini tak boleh buat apa la. Kalau nak merokok jugak awak gantung diri 3 meter dari atas tu, boleh la merokok, hehehe.
    Saman Sudah Mula Dikenakan Kepada Perokok Di Kedai Makan Bermula Ogos Ini Ya!Selain daripada kawasan premis restoran di atas, sebenarnya ada beberapa lagi kawasan larangan merokok seperti yang terkandung dalam buku Peraturan 11(1) PPKHT 2004 seperti:1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
    2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
    3. Di dalam lif atau tandas awam.
    4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
    5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
    6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22.
    7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
    8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
    9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
    10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
    11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
    12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
    13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
    14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
    15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
    16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
    17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
    18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
    19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
    20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
    21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
    22. Seluruh Hentian Rawat Dan Rehat (RnR) di seluruh Lebuhraya Malaysia.

Jadi kepada perokok tegar di luar sana, ambil perhatian ya. Jangan kerana sebatang merokok, duit melayang bayar denda. RM10,000 tau. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat beramal.

IKLAN

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI