Pasti ramai yang sudah rindu untuk kembali beriadah selepas sekian lama berkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan bagi membendung penularan wabak Covid-19. Namun kita kembali gembira bila mana kerana dalam Pelan Pemulihan Negara mula mengubah fasa demi fasa bagi sesetengah negeri bagi membolehkan orang ramai kembali menikmati pergerakan di negeri masing-masing.
Penguatkuasaan individu yang sudah lengkap dua dos vaksin untuk kembali makan di kedai selain boleh memasuk pasaraya pasti membuatkan penerima dua dos berasa lega.
Dipetik dari Harian Metro, individu yang tidak lengkap menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkelah dan perkhemahan di pantai peranginan di daerah ini.
Perkara itu digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sejak pantai di daerah ini dibuka sejak 26 Ogos lalu.
Ads
Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd Esa berkata, semua aktiviti berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga yang sama.
"Aktiviti perkelahan dan perkhemahan adalah dibenarkan dalam daerah yang sama dan individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi menyertai aktiviti dengan pematuhan SOP yang ketat.
Ads
"Namun mereka juga perlu patuh penjarakan sosial semasa berada di kawasan pantai selain mematuhi protokol kesihatan umum," katanya tadi.
Menurutnya, aktiviti pelancongan juga hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja membabitkan hotel dan inap desa seperti arahan awal PPN bagi seluruh kawasan di Negeri Sembilan.
Ads
Sementara itu peniaga, Wanie Yaacob, 33, berkata, hanya peniaga yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan berniaga untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengunjung yang datang untuk beriadah di sini.
"Bagi saya peniaga perlu akur (arahan vaksin) kerana sebarang kejadian penularan wabak dapat dikawal namun kita perlu sentiasa berhati-hati (ikut SOP) kerana kita masih 'berperang' dan belum bebas sepenuhnya.
"Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit usaha memerangi wabak ini (frontliner) yang bertungkus lumus memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya warga tempatan," katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terkini AirAsia telah melaksanakan caj daftar masuk melalui kaunter di beberapa buah negara dan bandar terpilih berkuat kuasa serta-merta.
Ia bertujuan untuk menggalakkan penumpang menggunakan kiosk daftar masuk tanpa sentuhan dan aplikasi mudah alih yang telah dikemas kini baru-baru ini menurut satu kenyataan rasmi.
Jika anda masih memilih untuk melakukan daftar masuk di kaunter, setiap penumpang akan dikenakan caj sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 penerbangan antarabangsa.
Anda tidak perlu membayar sebarang caj tersebut jika mendaftar masuk menggunakan laman web AirAsia.com, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang.
Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan AirAsia. AirAsia telah melihat respons yang amat baik bagi penggunaan perkhidmatan daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang sejak kebelakangan ini. Pelaksanaan caj daftar masuk melalui kaunter adalah cara untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital tersebut yang menelan belanja besar, untuk menyokong dan meningkatkan kecekapan operasi dan kemudahan untuk para tetamu.
AirAsia merupakan antara syarikat penerbangan pertama yang membolehkan laporan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dipaparkan di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia. Penumpang boleh memuat naik laporan PCR mereka atau dokumen perjalanan terpilih dan mendaftar masuk sebelum tiba di lapangan terbang untuk pengalaman perjalanan tanpa sentuhan yang lebih lancar.
image via google | Airasia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kementerian Luar mengesahkan, rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, adalah antara 50 mangsa yang kehilangan nyawa dalam insiden tembakan di Christchurch, minggu lalu.
Menurut kenyataan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia akan memberikan bantuan kepada keluarga bagi proses pengebumian berkenaan. Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Dalam pada itu, Kementerian Luar memaklumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof juga akan berlepas ke Christchurch untuk mewakili kerajaan bagi memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas susulan tragedi ini. Katanya, kementerian juga meminta semua pihak media dan awam untuk menghormati perasaan ahli keluarga yang berdepan tempoh sukar ini.
Haziq yang hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia. Pengesahan itu dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, 11.20 malam ini.
Sementara itu, pengebumian jenazah akan disempurnakan di Memorial Park Cemetery Bromley selepas Zohor (waktu tempatan), hari ini. Arwah adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian, Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala bapa mereka parah ditembak.
Haziq adalah antara 50 mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu ketika umat Islam sedang menunggu solat Jumaat.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap kali hujung minggu, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...