DALAM kalangan masyarakat di semenanjung Malaysia, gambaran hantu itu terdiri daripada pelbagai jenis dan bayangan termasuklah toyol, puntianak, penanggal, langsuir dan pocong.
Namun, di Sabah mereka lebih sinonim dengan nama-nama lain termasuk balan-balan (menyerupai penanggal) dan tombiruo dari kepercayaan kaum Kadazan Dusun.
Walaupun panggilan tombiruo itu agak janggal dalam masyarakat semenanjung, namun menerusi karya novelis kelahiran Papar, Sabah ini, kita dapat mengenali entiti itu dengan lebih jelas menerusi novelnya.
Ads
Menurut Ramlee Awang Murshid, tombiruo itu sebenarnya merujuk kepada hantu namun, tidak ditetapkan bentuknya.
“Di Sabah, terlalu banyak etnik dan tombiruo ini lebih sinonim dalam masyarakat Kadazan Dusun. Malah, ianya adalah istilah yang jarang digunakan dalam masyarakat di Sabah.
“Dari situ, saya cuba memperkenalkan tombiruo menerusi, Tombiruo : Penunggu Hutan. Namun, dalam penyampaian itu, saya memperkenalkan Tombiruo bukanlah sekadar hantu semata-mata, ia lebih kepada hero.
Ads
“Senang cerita, Tombiruo adalah semangat dan roh yang tidak berbentuk tapi bersifat. Sifatnya adalah menakutkan dan muncul dalam pelbagai gambaran,” katanya.
Meskipun masyarakat sering dimomokkan dengan kisah-kisah hantu, namun novelis thriller terkenal ini mengakui bahawa dia tidak pernah terserempak atau menjumpai ‘tombiruo’ secara jelas.
“Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah jumpa hantu. Namun, ketika di kampung saya dahulu, saya pernah terlihat satu objek yang berwarna putih melayang-layang.
Ads
“Ketika itu saya ingin ke tandas yang berada di luar kawasan rumah. Objek itu saya lihat berada di kawasan rumah jiran saya.
“Pada sekitar tahun 80 an, saya pernah nampak bintang di langit. Namun, setelah saya ucap Subhanallah, bintang itu pecah,” katanya yang mengakui bapanya pernah menceritakan kisah-kisah seram yang berlaku di tempat kerjanya di penjara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Libur teringat ada satu masa, Libur pernah layan anak buah Libur panggang marshmallow. Ini semua akibat terpengaruh movie, so dua beranak ni pun start la unggun api, cucuk marshmallow dekat ranting kayu.
Nak tahu apa jadi? Terbakar marshmallow tu! Hahaha. Adui lawak betul la kalau teringat balik kejadian tu.
Maklum la, tak pernah-pernah nak panggang marshmallow, itu lah hasilnya. Hahaha.
Okay, sekian pendahuluan daripada Libur.
So, kenapa orang suka panggang marshmalllow? Komen yang Libur dapat dari Quora.com, mat salleh suka panggang marshmallow ni sebab menambahkan lagi perisa yang ada pada marshmallow tu. Marshmallow akan rasa sedap sikit berbanding yang tak dipanggang.
Panggang marshmallow tu sampai warna agak keperang-perangan, then makan. Ada rasa yang agak kompleks untuk dihuraikan melalui kata-kata akan terhasil daripada proses memanggang marshmallow tu tadi.
Tapi anda jangan panggang sampai berapi marshmallow tu macam Libur, memang bantai kena gelak je la nanti. Hahaha.
Marshmallow ni akan ada rasa-rasa smokey sikit bila kita roast atas api dan, lagi satu marshmallow tu akan rasa garing sikit diluar tapi lembut di sebelah dalam.
Tapi, depends macam mana kita roast marshmallow tu sebab kalau ikut comment dari Quora.com tu, roast terlalu lama akan mengurangkan nutrition yang ada pada marshmallow bila gula bertukar menjadi karbon.
Hmm.. Ada nutrition tu Libur agak curious sikit sebab marshmallow tu pun junk food jugak kan? So dekat mana yang datang nutrition nya?
Jadi macam mana? Kalau anda pergi camping, anda suka panggang marshmallow atau celup dalam milo je? Atau anda pun tak tahu marshmallow tu apa? Hahaha. Nanti share pandangan anda di ruangan komen Libur ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sunway Malls bakal merealisasikan impian para pembeli-belah dengan pelancaran Sunway eMall, ia membawakan jenama-jenama yang dipercayai pengguna dari ketujuh-tujuh Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) ke dalam talian.
Disediakan untuk seluruh negara dengan penghantaran PERCUMA, Sunway eMall kini mempersembahkan tujuh pusat beli-belah Sunway di dalam talian menerusi sebuah platform bagi membolehkan pengguna membeli-belah pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Kini di hujung jari, pengguna dapat membeli-belah 24 jam, 7 hari seminggu dengan sepuas-puas hati dari kediaman masing-masing dengan lebih selesa dan selamat.
Bagi mereka yang ingin membeli-belah jenama-jenama kesukaan mereka, seperti membeli-belah di Sunway Malls, kini mereka boleh berbuat demikian dalam talian dengan kemudahan pesanan bergabung, maka pengguna boleh mendapatkan barangan yang mereka inginkan melalui SATU penghantaran sahaja!
Sunway Pyramid
Demi pengalaman dari dalam talian ke luar talian yang lebih sempurna, barangan yang dipesan juga boleh diambil sendiri oleh pengguna dari mana-mana pusat beli-belah Sunway yang dipilih. Ahli Sunway Pals dapat mengumpul mata ganjaran dan menebusnya melalui pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian, samada di pusat membeli-belah Sunway atau atas talian di Sunway eMall.
Lebih daripada 200 kedai dalam pelbagai kategori seperti fesyen, kediaman, kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan, makanan dan minuman, serta banyak lagi menawarkan khidmatnya. Antara jenama yang mengambil bahagian meliputi Huawei, L’Occitane, Aldo, Christy Ng, Hooga, Hazukido, Getha dan banyak lagi yang akan menyusul.
HC Chan, CEO of Sunway Malls _ Theme Parks
HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks menyatakan bahawa usaha ini tercetus atas dasar keinginan untuk membantu para peruncit dan pembeli-belah sementara negara kita terus berusaha untuk melandaikan keluk wabak semasa.
“Sejak tahun yang lalu, terdapat banyak perubahan yang telah kita saksikan, dan Sunway Malls juga ingin bergerak seiring dengan arus perubahan ini untuk membekalkan pengalaman yang lebih inovatif buat pembeli-belah.
“Sunway eMall merupakan jawapan kami bagi memenuhi perubahan sikap pengguna yang mungkin lebih cenderung untuk membeli-belah secara digital dan dari keselesaan rumah masing-masing, atau kerana batasan jarak fizikal – mereka kini boleh melakukannya dari hujung jari menggunakan telefon bimbit masing-masing, pada bila-bila masa, dan di mana-mana jua. Kami berharap langkah ini dapat menggembirakan pembeli-belah kami serta menawarkan mereka pengalaman yang lebih sempurna daripada kesemua pusat beli-belah kami, biarpun secara virtual,” ujar beliau.
Sunway Putra Mall
Untuk kemudahan tambahan, pengguna kini boleh membeli e-baucar daripada jenama-jenama yang mengambil bahagian di Sunway eMall untuk ditebus secara fizikal di pusat beli-belah Sunway atau dihadiahkan kepada insan tersayang. Bukan itu sahaja, Sunny, iaitu pembantu virtual Sunway eMall yang mesra juga sedia untuk membantu para pengguna pada bila-bila masa! Pembeli-belah boleh berkomunikasi dengan Sunny melalui fungsi chatbot jika mereka memerlukan sebarang bantuan.
Pelancaran rasmi Sunway eMall menandakan permulaan anjakan transformasi oleh Sunway Malls untuk memupuk inovasi berterusan melalui penyatuan pengalaman membeli-belah dalam talian dan luar talian berdasarkan landskap pusat beli-belah masa kini yang kian berubah.
Tawaran menarik buat semua
Menjelang pelancaran rasmi laman sesawangnya pada tanggal 27 Oktober, Sunway eMall akan mengadakan peraduan ‘Guess & Win’ dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk menyingkap tawaran-tawaran menarik yang dapat dinikmati oleh pengguna setelah ia membuka tirai operasinya.
Sunway Velocity
Promosi pelancaran yang lain meliputi penghantaran PERCUMA serta diskaun eksklusif sehingga 70% sepanjang tempoh pelancaran tersebut. Ahli Sunway Pals yang membeli-belah di kedai peniaga Sunway Pals akan mendapat 5X mata Sunway Pals bagi pembelian mereka, dan pembeli-belah yang membelanjakan minimum RM100 di Sunway eMall dalam satu e-resit boleh menebus Sunway Lagoon Soy Sauce yang eksklusif di kaunter rencam pusat beli-belah Sunway berserta dengan Kod Promo RM5.
Banyak kelebihan lain menanti pembeli-belah yang mendaftarkan diri sebagai ahli Sunway eMall, yang melibatkan lebih banyak penebusan mata Sunway Pals, termasuk akses eVoucher yang mudah di ruang profil keahlian mereka, serta penjejakan pesanan. Para ahli juga akan menjadi golongan yang pertama untuk dibekalkan dengan maklumat mengenai promosi baharu melalui saluran e-mel.
Sebuah video mengisarkan Sunway eMall akan dimuat naik di laman sesawang dan platform media sosial Sunway eMall setelah ia dilancarkan secara rasmi. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway eMall atau sebagai persediaan untuk sesi membeli-belah digital anda, sila layari www.sunwayemall.com.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Isu halal haram membabitkan makanan yang menjadi darah daging sangat sensitif dalam kalangan masyarakat Islam.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering travel ke luar negara. Pastinya kedai makanan halal menjadi keutamaan untuk mengalas perut.
Baru-baru ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam yang betanggung jawab dalam memastikan status halal membabitkan industri makanan telah barkongsi 84 logo halal daripada 46 buah negara di seluruh dunia yang disahkan oleh JAKIM.
Sumber: Google
Jadi bagi yang travel ke luar negara dinasihatkan untuk meyimpan dengan muat turun dalam bentuk format PDF senarai logo halal ini bagi mengelakkan termakan makanan tidak halal sepanjang berkelana di rantau orang.
Maklumat ini telah dikongsi oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkfli Mohamad al-Bakri di laman sosial Facebooknya dan logo-logo halal luar negara ini adalah senarai terbaru dibuat sehingga 1 Disember 2020.
Datuk Dr. Zulkfli Mohamad al-Bakri
SENARAI PENUH LOGO-LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM
Sehingga 1 Disember 2020, JAKIM telah mengiktiraf 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia.
Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh:
Mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual di pasaran.
Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untuk:
Mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM, bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.
Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam yang akan melancong ke luar negara boleh:
Menyimpan di telefon pintar info logo-logo halal diiktiraf JAKIM, di negara yang akan dikunjungi.
Pengguna juga boleh muat turun dalam format .pdf, senarai Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat 01 Disember 2020 – klik : https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...