Berita

Macam Cerita Kartun Je. Qatar Airways Hasilkan Pelangi Ketika Berlepas Dari Lapangan Terbang Jerman

Share

Apabila terlihat pelangi di kaki langit atau ruang udara semua orang akan teruja. Lebih teruja jika pelangi yang dihasilkan datang atau keluar dari sebuah pesawat yang sedang berlepas. Terasa seperti ‘scene’ dalam sebuah rancangan animasi atau kartun kanak-kanak.

Tapi ini adalah realiti yang terjadi, apabila sebuah pesawat syarikat penerbangan Qatar Airways telah berjaya dirakam ‘mengeluarkan’ pelangi ketika berlepas terbang di ruang udara Bamberg, Jerman.

Kejadian luar biasa itu itu dirakam oleh jurugambar Jerman, Nick Beyersdorf yang ketika itu  berada di halaman rumah bersama ibunya, kira-kira 7,000 meter di bawah pesawat tersebut. Dia segera mengambil kameranya lalu merakam fenomena yang jarang-jarang nampak di depan mata itu.


“Ia sesuatu yang menarik apabila melihat aluminium seberat 600 tan terbang tinggi di atas anda. Kemudian disebabkan sudut sinaran matahari, wap yang terhasil daripada ekzos pesawat membias cahaya bagi menghasilkan efek pelangi.

“Saya kemudiannya merakam beberapa keping gambar selepas ternampak jejak pelangi di belakang kapal terbang itu,” kata Beyersdorf.

Wap biasanya terhasil daripada ekzos ketika pesawat terbang pada kelajuan tinggi di langit. Ia merupakan partikel ais akibat suhu sejuk pada altitud tinggi. Apabila wap itu terhasil berdekatan sinaran matahari, cahaya akan terbias dan menghasilkan spektrum berwarna-warni di udara.

Pesawat Qatar Airways ini mungkin juga memang suka dengan pelangi. Mana tidaknya, sekeping gambar beberapa tahun sebelum ini yang menjadi tular apabila kelihatan pelangi ‘sempurna’ sedang menyambut kedatangan sebuah pesawat Qatar Airways yang baru sahaja mendarat di Krabi, Thailand.

Sumber: Dailymail

IKLAN