Apabila terlihat pelangi di kaki langit atau ruang udara semua orang akan teruja. Lebih teruja jika pelangi yang dihasilkan datang atau keluar dari sebuah pesawat yang sedang berlepas. Terasa seperti ‘scene’ dalam sebuah rancangan animasi atau kartun kanak-kanak.
Tapi ini adalah realiti yang terjadi, apabila sebuah pesawat syarikat penerbangan Qatar Airways telah berjaya dirakam ‘mengeluarkan’ pelangi ketika berlepas terbang di ruang udara Bamberg, Jerman.
Kejadian luar biasa itu itu dirakam oleh jurugambar Jerman, Nick Beyersdorf yang ketika itu berada di halaman rumah bersama ibunya, kira-kira 7,000 meter di bawah pesawat tersebut. Dia segera mengambil kameranya lalu merakam fenomena yang jarang-jarang nampak di depan mata itu.
Ads
“Ia sesuatu yang menarik apabila melihat aluminium seberat 600 tan terbang tinggi di atas anda. Kemudian disebabkan sudut sinaran matahari, wap yang terhasil daripada ekzos pesawat membias cahaya bagi menghasilkan efek pelangi.
Ads
“Saya kemudiannya merakam beberapa keping gambar selepas ternampak jejak pelangi di belakang kapal terbang itu,” kata Beyersdorf.
Ads
Wap biasanya terhasil daripada ekzos ketika pesawat terbang pada kelajuan tinggi di langit. Ia merupakan partikel ais akibat suhu sejuk pada altitud tinggi. Apabila wap itu terhasil berdekatan sinaran matahari, cahaya akan terbias dan menghasilkan spektrum berwarna-warni di udara.
Pesawat Qatar Airways ini mungkin juga memang suka dengan pelangi. Mana tidaknya, sekeping gambar beberapa tahun sebelum ini yang menjadi tular apabila kelihatan pelangi ‘sempurna’ sedang menyambut kedatangan sebuah pesawat Qatar Airways yang baru sahaja mendarat di Krabi, Thailand.
Pandemik COVID-19 telah merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes positif melepasi angka empat juta dengan angka korban melebihi 285,000 orang.
COVID-19 tak kenal mangsa! Dalam kalangan itu juga tidak terkecuali mereka yang dikenali ramai, termasuk pegawai tertinggi kerajaan, personaliti sukan, dan juga selebriti. Antaranya ialah pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri, pelakon dan penyanyi Rita Wilson, pelakon Britain Idris Elba, pewaris diraja Britain Putera Charles, penyanyi Pink, dan penyanyi opera Placido Domingo.
Individu ternama lain yang dijangkiti COVID-19 sehingga April 2020:
Dalam ratusan ribu angka yang terkorban akibat pandemik itu, ada juga insan dari industri seni, dunia bola sepak dan pemimpin yang meninggal akibat COVID-19. Personaliti/ individu terkenal yang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19:
Kerajaan Negeri Selangor meneruskan pemberian subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor dengan edisi kedua tahun ini setelah edisi pertama yang diedarkan pada umum pada Januari lalu menerima sambutan yang hangat dari orang ramai.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merupakan salah satu insentif yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang memperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta kepada industri pelancongan Negeri Selangor.
Dari jumlah tersebut, RM 1 juta diperuntukkan untuk Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 merangkumi 10,000 unit baucar bernilai RM 100 setiap satu yang akan ditawarkan kepada umum di aplikasi e-dagang terkemuka; Shopee bermula 22 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga baucar pembelian habis ditebus.
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 ini boleh digunakan untuk membeli lebih dari 170 pakej-pakej pelancongan menarik yang ditawarkan secara khusus oleh 35 Agensi Pelancongan Negeri Selangor yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini. Tempoh perjalanan atau penggunaan baucar pula bermula dari 22 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.
Y.B. Tuan Hee Loy Sian, EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor dalam sebuah kenyataan pada Majlis Pelancaran Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 pada 5 Oktober lalu berkata, “Adalah diharap agar Program Subsidi Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dengan nilai peruntukan sebanyak RM 1 juta akan menjadi sebuah inisiatif yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan Negeri Selangor, di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik ini.
“Diharapkan juga, insentif ini akan membuka ruang dan peluang kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor dalam menjamin kelangsungan industri pelancongan Negeri, seterusnya menyokong Kempen “Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor; Take me Anywhere!” yang sedang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor”.
Terma dan syarat penebusan Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 di aplikasi Shopee adalah seperti berikut:
1) Tempoh Kempen / Tempahan: 22 Oktober 2021 hingga 31 Disember 2021. 2) Tempoh Perjalanan: 22 Oktober 2021 hingga 30 Jun 2022. 3) Promosi: Dapatkan SATU (1) baucar bernilai RM100 dengan syarat Warganegara Malaysia dan memiliki Kad Pengenalan yang sah (MyKad), dan berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2021. 4) Setiap pengguna Shopee terhad kepada SATU (1) transaksi setiap baucar sepanjang Tempoh Kempen. 5) Terhad kepada sejumlah 10,000 penebusan baucar sepanjang tempoh Kempen. 6) Semua pembayaran harus dilakukan dengan fungsi ‘ShopeePay’ SAHAJA. 7) Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi. 8) Promosi akan dihentikan setelah jumlah baucar habis, atau pada masa tempoh Kempen berakhir, mana yang lebih awal. 9) Promosi ini tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain. 10) Promosi tidak boleh ditukar atau diganti dengan produk lain atau wang tunai.
Inilah masanya untuk anda “Pusing Selangor Dulu!” susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara. Rebut peluang untuk tebus Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 dan terokai pelbagai segmentasi pelancongan Negeri Selangor menerusi pembelian pakej-pakej pelancongan Negeri ini. Gunakan untuk percutian akhir tahun anda atau simpan dan guna pada tahun hadapan sehingga akhir Jun 2022!
Kempen Pusing Selangor Dulu memberi penekanan kepada inisiatif promosi pelancongan domestik dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan, Media dan Syarikat Penerbangan.
Tarikan pelancongan Negeri Selangor dapat dipromosikan secara lebih meluas menerusi Kempen ini yang giat dijalankan di laman digital dan media sosial rasmi Tourism Selangor di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok, dan saluran YouTube, dengan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cuti sekolah suku tahun pertama tahun ini tidak seperti kebiasaannya apabila banyak destinasi percutiaan keluarga terpaksa ditutup ekoran COVID-19.
Terkini, lokasi kunjungan ramai pelajar sekolah dan ibu bapa terutamanya ketika cuti sekolah terpaksa ditutup. Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sementara bermula 16 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dalam usaha membendung jangkitan COVID-19.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dalam kenyataan memaklumkan Menterinya, Khairy Jamaluddin turut mengarahkan Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara agar tidak menerima sebarang kunjungan orang ramai bermula cuti persekolah ini. Mosti mengambil berat berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala itu.
Kementerian turut menasihati orang ramai agar mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik pada setiap masa dan meminta mereka menghubungi pejabat kesihatan daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan jika mengalami gejala jangkitan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand memang antara destinasi luar negara yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Selain jarak yang tidak terlalu jauh, negara ini juga sering jadi...