Nak makan sedap sambil ber OOTD sampai puas, tarikan baru di Universiti Putra Malaysia (UPM) tempat yang tepat untuk anda kunjungi. Merupakan ladang yang beroperasi di dalam UPM dan merupakan kerjasama pihak Farm Fresh dan UPM.
Kat dalam ni turut terdapat sebuah kafé yang menawarkan pilihan makanan enak untuk dinikmati bersama keluarga iaitu The Acre by Farm Fresh.
Menurut laman Facebook mereka lawatan ke ladang belum dilancarkan secara rasmi, namun kafe the Acre By Farm Fresh telah mula dibuka dengan tempahan meja sahaja.
Tapi memandangkan kafe tersebut yang terletak di kawasan ladang tersebut, bagi pengunjung yang datang makan akan dapat menikmati suasana ladang tersebut yang mempunyai banyak tarikan seperti port OOTD dan juga haiwan-haiwan yang ada.
Bagi yang nak makan di kafe tersebut jangan lupa untuk membuat tempahan meja terlebih dahulu kerana tiada walk-in dibenarkan kerana sebab-sebab tertentu.
Untuk yang hanya ingin melawat ladang tanpa makan di kafe pula, Farm Fresh dan UPM masih mengkaji harga caj kemasukan namun untuk sementara waktu, pihak mereka telah menetapkan kadar caj seperti berikut:
RM25 untuk dewasa
Ads
RM20 untuk warga emas atas 60 tahun
RM15 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun
Ads
“Walk-ins” dibenarkan untuk sesiapa yang hanya melawat ladang. Tiket boleh dibeli apabila sampai di ladang mereka nanti.
Waktu operasi:
10am-10pm (last call makan malam 8.30pm)
Tutup pada hari Isnin
Kredit: FB The Acre by Farm Fresh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tokyo Disneyland destinasi wajib singgah yang tidak perlu diperkenalkan lagi jika bercuti di Tokyo. Taman tema di bawah label Disney ini terletak di dalam Tokyo’s Disney Resort. Terdapat pelbagai tarikan di Disneyland, antaranya Big Thunder Mountain.
Bagi anda yang membesar dengan kartun Disney seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Goofy dan Pluto serta kisah dongeng Cinderella, Rapunzel dan Snow White, satu hari suntuk berada di sini kemungkinan tidak cukup. Ini ada tip buat anda untuk 'enjoy' di Disneyland Tokyo dengan cara yang bijak.
Perkongsiaan menarik ini sumber daripada saudari Zunita Ramli
Jika kalian bercita-cita untuk berjumpa face-to-face dengan Maleficent, Puteri Aurora, atau karakter Disney yang lain, Tokyo Disneyland adalah salah satu tempat paling tepat untuk anda kunjungi.
Tokyo Disneyland adalah taman tema paling popular di Jepun mengalahkan Universal Studio Japan di mana telah menerima sekitar 18 juta pengunjung pada tahun 2018. Ini menjadikan Tokyo Disneyland taman tema Disney ketiga paling banyak dikunjungi seluruh dunia. Jadi, boleh bayangkan crowd di Tokyo Disneyland bagaimana? Iya, sangat, sangat ramai.
Tapi jangan risau, di sini Kak Nita kongsikan tips untuk anda nikmati Tokyo Disneyland dengan lebih bijak dan menyeronokkan. Awas, jika anda tidak bersedia untuk menikmati Tokyo Disneyland, kunjungan anda mungkin akan berakhir dengan kepenatan sahaja.
Di Tokyo Disneyland ada sesuatu yang dipanggil “FAST PASS” (FP).
FP adalah pass yang digunakan untuk memungkinkan anda masuk permainan dengan cepat, tanpa perlu beratur panjang. FP biasanya boleh didapati di depan pintu masuk setiap permainan yang menawarkan FP ini.
Di dalam Tokyo Disneyland, ada sembilan jenis permainan yang menawarkan FP. Kesembilan jenis permainan ini adalah permainan yang popular, di mana jangka masa beratur antara 45 minit – 120 minit (2 jam)! Jadi semestinya kalian tak mahu buang masa dengan beratur sahaja. Menariknya, FP ini tak boleh dibeli, hanya boleh direbut sahaja.
Untuk rebut FP ini, beberapa perkara ini kalian perlu tahu.
1. HANYA BOLEH DAPATKAN SATU FP DALAM SATU-SATU MASA
Untuk rebut FP, kalian hanya boleh dapatkan satu FP sahaja dalam satu-satu masa. Kalian tidak boleh rebut 2-3 FP dalam satu masa yang sama.
2. FP SETERUSNYA BOLEH AMBIL 2 JAM SETERUSNYA
Jika kalian sudah rebut satu FP, FP seterusnya hanya akan boleh direbut selang 2 jam seterusnya. Masa untuk rebut FP seterusnya biasanya dinyatakan di tiket FP yang kalian sudah rebut.
3. HANYA BOLEH DIGUNAKAN DALAM SELANG MASA YANG DITETAPKAN
Di tiket FP tersebut telah dinyatakan selang masa yang kalian boleh nikmati permainan tersebut. Pastikan kalian alert dengan selang masa itu kerana jika terlepas, kalian tidak akan dapat gunakan FP itu lagi.
4. HANYA BOLEH DIGUNAKAN SEKALI SAHAJA
Satu-satu FP hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika kalian sudah guna, kalian tidak boleh guna FP yang sama untuk kali kedua.
5. FP ADALAH TERHAD
Perlu diingat, FP ini adalah terhad kuantitinya. Ini bermakna, jika allocation untuk hari tersebut sudah habis, kalian tidak akan dapat rebut FP tersebut. Ikut pengalaman Kak Nita, FP biasanya habis sekitar jam 3 petang.
Jika kalian berjaya rebut FP ini, katakan kalian mula rebut FP jam 8 pagi, kemudian jam 10 pagi, 12 tengahari, dan akhir sekali jam 2 petang, kerana jam 4 petang biasanya FP telah habis. Ini bemakna, jumlah maksimum FP yang kalian boleh rebut adalah sekitar 4 -5 keping sahaja. Tetapi jangan kecewa kerana selain dari permainan FP ini, kalian boleh nikmati permainan lain yang tiada FP. Jadi secara kasarnya, kalian boleh nikmati sekitar 9 – 10 permainan dalam masa satu hari di Tokyo Disneyland! Itu sesuatu yang sangat banyak!
www.zaineeta.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dalam tempoh kurang setahun beroperasi, hotel ini telah menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan tambahan kepada tetamu dan pihak pengurusan hotel mengambil peluang kemenangan ini untuk memasarkan hotel serta meningkatkan jualan dengan lebih tinggi.
Kemudahan tambahan juga ditambah dengan pelbagai variasi yang menarik, seperti 302 bilik mewah di hotel dan 200 bilik apartmen. Apartmen terbahagi kepada tiga stail yang berbeza. Terdapat juga 3 kolam renang, gimnasium, bilik permainan, bilik mesyuarat, dewan besar kapasiti 1000 orang.
Terdapat tujuh jenis restoran yang mempunyai konsep pelbagai – restoran mewah, makanan laut restoran terbuka dengan harga berbaloi iaitu Selasih Restoran, dan pelbagai lagi. Selain menampilkan menu yang menarik dengan harga mampu milik, restoran di Hotel Tenera ini turut tampil dengan ilham citarasa muda mahupun berusia.
Untuk keselesaan tetamu, 600 unit kawasan letak kenderaan juga disediakan. Perkhidmatan buggy, live band setiap hari kecuali Isnin serta pelbagai kemudahan mesra pelanggan yang lain.
Lagi kemudahan yang baru beroperasi ialah Serai Pool yang menampilkan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang terbuka dan kolam renang khas untuk wanita, hijab pool, bilik penyusuan, bilik permainan dan kafe. Serai Pool mula operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Menampilkan hotel berteraskan muslim friendly, hotel ini mempamerkan kakitangan wanita yang berhijab selain kebersihan adalah identiti utama hotel dalam mengekalkan konsep itu”, kata Encik Fadzly Hamzah, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera.
Bukan hanya bilik hotel dan apartmen mewah, hotel ini juga menjanjikan pengalaman berbeza, yang lain daripada hotel lain. Hotel ini memberikan servis mesra pelanggan dari pintu masuk hotel disambut mesra oleh bellman dan penyambut tetamu sehinggalah tetamu hotel daftar keluar dari hotel, layanan mesra dari kakitangan hotel ini merupakan salah satu faktor kemenangan mereka di HAPA.
Terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan pilihan umum.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Salah satu destinasi percutian penuh fantasi, The Wheel Estate Campsite di Chuping Perlis yang berkonsepkan angkasa lepas idea curi perhatian ramai.
Ini sebenarnya merupakan tapak perkhemahan bertemakan angkasa lepas dan galaksi dengan signatur bulan bersaiz gergasi diletakkan di tengah kolam.
Sebuah kafe kubah lut sinar juga menjadi tambah nilai kepada The Wheel Estate Campsite.
Semua ini adalah hasil titik peluh pemilik, Jasmine Say dan suaminya yang berangan mahu mewujudkan tempat persaraan yang penuh fantasi.
“Kami sangat gembira apabila sambutan yang diberikan sangat orang ramai sangat memberangsangkan, meski baru dibuka secara rasmi pada November tahun lalu. Setiap bilik laku keras pada hujung minggu dan cuti sekolah,” katanya.
Mengulas lanjut, Jasmine berkata, pihaknya menawarkan lima jenis penginapan dengan keunikan tersendiri.
Tempat ini menyediakan dua kamar jenis khemah kubah bersaiz 6 meter iaitu Jupiter dan Saturn yang boleh memuatkan hingga enam orang. Lengkap dengan kemudahan tandas, pantri, katil dan pendingin hawa.
Haa… apa yang menarik, binaan bulan yang ditempah khas itu mempunyai teknologi penjimatan kuasa dengan tetapan nyalaan lampu secara automatik pada waktu malam.
Apabila menjelang malam, perkampungan glamping dan tapak perkhemahan ini kelihatan sungguh indah dan menjadi bertambah romantik dengan panorama purnama mengambang penuh.
Empat lagi unit iaitu Mars, Mercury, Venus dan Neptune sesuai untuk empat orang dengan kemudahan tandas kongsi yang terletak bersebelahan khemah.
Buat pengunjung yang mahukan pengalaman bermalam di kamar berbeza, empat pilihan khemah Diamond Wooden dan lapan lagi jenis rumah kayu desain A boleh dipilih.
Lapan tapak perkhemahan lengkap dengan kemudahan asas juga disediakan kepada pengunjung yang membawa perkakas peribadi.
Caj sebanyak RM50 dikenakan setiap satu petak.
Berita baik kepada anda yang berminat untuk merasai kehangatan bermalam di dalam kenderaan rekreasi, campervan, pihak The Wheel Estate Campsite turut menawarkan servis sewaan.
Harga yang kami tawarkan hanya RM380 semalaman. Boleh dikatakan caj yang dikenakan lebih murah berbanding tempat lain.
Bagi menghilangkan rasa bosan, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan seperti memancing, berenang di kolam mandi, berbasikal, memanah dan bermain golf, selain bermain di atas trampolin gergasi.
Jika tidak mahu berpanas, pengunjung cilik boleh bermain pelbagai jenis aktiviti indoor seperti baling damak dan snuker mini secara percuma.
The Wheel Estate Campsite Alamat: Lot 3862, Lorong 7(B) Belukar Lenga, Chuping, Perlis Waktu operasi: 8 pagi hingga 9 malam Pakej harga: RM80 hingga RM320 Facebook: The Wheel Estate Campsite Instagram: @thewheelestate.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...