
Hujung minggu ni kalau nak dinner dengan suasana yang romantis berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam boleh berkunjung ke Hilltop Cuisine yang terletak di Kota Warisan Sepang, Selangor.
Merupakan restaurant yang menawarkan pelbagai hidangan barat, kedudukan tempat ini yang berada di puncak bukit Kota Warisan memberikan suasana yang cukup cantik dan indah untuk makan malam istimewa bersama yang tersayang.
Sesuai untuk dijadikan lokasi bagi sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau makan malam dengan teman-teman istimewa.
Sambil makan boleh tengok sunset sambil rakam gambar banyak-banyak untuk kenangan bersama.
Alamat: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
Waktu operasi: 3.00petang- 12.00tengahmalam
Kredit foto: FB Tarabas, Raja Cuti, Tempat2 Percutian & Jln2 Cari Makan
‘Velobuddies’, Si Comel Yang Bertugas Sebagai Pegawai Penjarakan Sosial Di Sunway Velocity

Dalam usaha menggalakkan amalan jarakan sosial sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pusat beli-belah Sunway Velocity memperkenalkan ‘VeloBuddies’, figura kadbod 3D di presint ‘Food Street Food’, aras empat bangunan itu.
Berpakaian sebagai pegawai jarakan sosial, VeloBuddies – si arnab Shuang Shuang dan beruang panda Wei Wei – adalah peringatan dalam bentuk fizikal kepada pengunjung agar menjaga jarakan sosial dalam usaha memerangi penularan pandemik COVID-19. VeloBuddies dibuat sepenuhnya daripada kadbod bagi memastikan ketegapannya selain mesra alam. Sebagai satu pendekatan holistik dalam kebiasaan baharu, pusat beli-belah itu bekerjasama dengan premis dan para pekerja berhubung jarakan sosial, kebersihan dan garis panduan operasi yang harus diamalkan.
Pengurusan pusat beli-belah Sunway Velocity mahu pelaksanaan VeloBuddies ini sebagai satu cara berkongsi kegembiraan dengan pelanggan sambil mereka menjamu selera atau membeli-belah, tetapi perkongsian itu dibuat secara selamat. Sunway Malls mempunyai perancangan yang jelas bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis ini selamat untuk dikunjungi. Bagi mempromosikan tempat menjamu selera yang selamat bersama ‘buddies’, Food Street Food dan outlet yang menyertai akan menawarkan promosi minum petang, bermula 16 hingga 30 Julai 2020 ini, dari 3 petang hingga 6 petang.
Sebagai insentif tambahan, pelanggan Sunway Velocity dapat ‘Eat for Free with VeloBuddies’ dari 10 Julai hingga 9 Ogos. Hanya berbelanja minimum RM10 dalam satu resit di Food Street Food, ambil gambar bersama Shuang Shuang atau Wei Wei dan muat naik dalam media sosial anda, kemudian sahkan hantaran media sosial anda di kaunter concierge di aras bawah untuk menebus baucar Food Street Food bernilai RM10.
Di samping VeloBuddies, Sunway Malls memperkenalkan dan melaksanakan 82 langkah keselamatan dan kebersihan di tujuh pusat beli-belahnya merangkumi pengimbas suhu berketepatan tinggi, memperhebatkan pembersihan dan sanitasi serta peringatan keselamatan.
Foto: FB Sunway Velocity Mall | Sumber: Bernama
Untuk Peminat Kopi,’Starbucks Reserve’ Pertama Kini Dibuka Di Penang

Khas untuk anda peminat kopi ekslusif di Pulau Pinang!
Starbucks Malaysia membuka kedai Starbucks Reserve yang pertama di Pulau Pinang cawangan ke-12 di Malaysia, di tengah-tengah hab komersial yang sibuk Gurney Plaza. Starbucks kini memberi tumpuan kepada cawangan Starbucks Reserve berikutan minat pelanggan terhadap pengetahuan mengenai kopi yang meningkat dalam era ini.
Cawangan Starbucks Reserve adalah eksklusif, menekankan pendidikan mengenai kopi, selain menjadi satu-satunya tempat untuk pelanggan mendapatkan kopi eksotik yang diimport seperti 'Estate New Guinea Kigabah', 'Nicaragua Dipilto' dan 'Rwanda Abakundawa'.
Semua kopi yang dijual adalah dari ladang oleh Starbucks. Ladang-ladang ini hanya boleh menyokong Starbucks, dan tidak boleh mempunyai banyak cawangan Starbucks Reserve kerana stok kopi tidak akan cukup.
Cawangan itu telah ditukarkan daripada kedai Starbucks yang sedia ada kerana lokasinya yang strategik, suasana yang hebat dan persekitaran kondusif yang disediakan oleh pengurusan Gurney Plaza.
Cawangan baru itu menampilkan dua bar dengan barista diperakui Coffee Masters, menghasilkan minuman dengan teknik bru seperti Siphon, Chemex, Pour-over (tuang dari atas) dan mesin manual espresso Black Eagle dan Nitro Cold Brew (bru sejuk Nitro) untuk mengeluarkan rasa kopi.
Sumber Foto: FB Starbucks Malaysia
Nama ‘Harumanis’ Hak milik eksklusif Perlis Sahaja. Negeri Lain ‘Claim’ Ada Harumanis Sila Guna Nama Lain

Beberapa minggu lalu, tular mengenai kewujudan harumanis yang sinonim dengan negeri Perlis tumbuh subur di beberapa negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diberi jolokan sama iaitu ‘harumanis’.
Baca: https://www.libur.com.my/wow-baru-tahu-terengganu-pun-ada-harumanis-dah-wujud-sejak-40-tahun/
Meskipun mempelam harumanis tumbuh berbuah di tempat lain, Perlis tetap bertegas mahu mempertahankan ikonnya sebagai hak milik eksklusif kerajaan negeri itu. Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis meminta negeri lain selain Perlis tidak menggunakan jenama harumanis untuk mempelam diusahakan mereka.
Menerusi pengerusinya, Datuk Hashim Suboh berkata setakat ini tiada mana-mana pihak yang diizin mengguna pakai jenama tersebut untuk produk mereka. Ini kerana nama ‘Harumanis’ secara rasmi telah disahkan sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran jenama itu diluluskan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2015.
Larangan penggunaan jenama ‘Harumanis’ itu bagi mengelak kekeliruan pengguna terhadap Harumanis Perlis dengan produk mempelam yang sedang diusahakan di tempat lain. Dalam pada itu, katanya, walaupun pengusaha luar Perlis mengguna pakai teknik penanaman yang sama, namun kualiti, rasa dan penampilan Harumanis Perlis tetap berbeza dari tempat lain kerana sifat tanah dan faktor cuacanya.
“Kalau dah negeri lain pun nak kembangkan harumanis, kita nak kalau harumanis Perlis mesti dinamakan ‘Harumanis Perlis’. Jangan yang negeri lain pun tumpang sama, tak bolehlah semua negeri lain nak pakai perkataan harumanis. Kalau boleh, harumanis negeri mana supaya masing masing tak terganggu dengan apa yang sepatutnya kita benarkan,” katanya
Ketika ini, terdapat sejumlah kira-kira 3,000 pengusaha harumanis berstatus kebun di seluruh Perlis, dengan keluasan 150 hektar tanaman yang menyumbang sehingga kira-kira RM70 juta.
Sumber: Bernama