Nak camping tapi tak nak susah payah setup khemah semua, haa korang boleh datang ke café camping Raya Wagyu Dungun untuk rasa sendiri makan macam di campsite yang lengkap dengan setup camping yang cantik.
Berkonsepkan kafe dalam tapak perkhemahan, kat sini juga korang turut terdapat sebuha rumah melayu klasik yang turut dihias indah untuk pengunjung datang dan merakam gambar kenangan.
Menu yang disediakan di sini juga tidak kurang hebatnya, dah nama pun Raja Wagyu tentulah hidangan Wagyu ada kat sini. jangan lupa cuba Wagyu Skewer macam yang korang boleh dapat kat Bukit Bintang tu.
Ads
Sambil makan bolehlah ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan. Kalau nak buat majlis istimewa seperti sambutan harijadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, korang boleh request untuk mereka hias indah untuk majlis yang akan berlangsung.
So kalau dah sampai Dungun, jangan lupa singgah Raja Wagyu Dungun, Café Campsite dan rasai sendiri pengalaman makan kat sini.
Bila sebut Langkawi, kita pasti teruja menyebut beberapa buah hotel mewah terkenal dan sering menjadi destinasi pilihan bagi yang berkemampuan. Kebanyakan hotel dan resort ini mengadap laut dan viewnya dijamin ohsem.
Tapi bagi yang mencari kelainan dan inginkan percutian santai, damai dan tidak membingitkan serta agak privasi, Rumah Bendang boleh menjadi lokasi pilihan.
Terletak di lokasi strategik cuma 3.8KM dari Langkawi International Airport, 2 KM dari Beras Terbakar serta 10KM dari Pantai Cenang yang popular, Rumah Bendang Langkawi ini boleh menjadi port family day yang menarik kalau ke pulau pelancongan ini.
Terletak di tepi bendang, jika kena pada masanya, kita akan dapat saksikan pagi menguning disimbah mentari pagi yang sangat cantik pemandangannya.
Suasana malam di Rumah Bendang ini memang tenang, sunyi dan santai. Bunyi unggas malam diselang seli denga bunyi cengkerik dan katak akan menemani tidur malam korang. Waktu malam tak memerlukan penghawa dingin kerana atapnya diperbuat dari atap Singgora yang dibawa dari Bachok, Kelantan dan terkenal sebagai atap tanah liat, penebat haba yang baik. Waktu malam juga, kawasan kolam renangnya juga sangat cantik. Kesan pencahayaan dari lampu menjadikan kolam renangnya sangat menarik.
Jom baca review dari Azira Mustaza yang menginap di rumah ini baru-baru ini yang dikongsinya di page fb Hotel Review Malaysia.
Throwback percutian saya baru baru ini dengan rakan rakan.
Check in : 17/10/21 Check out : 20/10/21
Percutian kali ini kami plan untuk cari homestay/villa yang ada private pool. Untuk lebih selesa, lagi-lagi dengan keadaan sekarang, malah selepas agak lama tidak ‘berinteraksi’ secara fizikal di publik buat ada rasa sedikit janggal. Dan kami tanpa sengaja jumpa villa ini di Facebook. Kami book 3 minggu sebelum tarikh check in.
Urusan booking dengan En Azmir (owner) sangat mudah. Dia terangkan villa ini ada 2 rumah iaitu Rumah Opah & Rumah Wan, masing masing mempunyai kapasiti pax yang berbeza.
Rumah Opah – 3-5 orang (1 queen bed, 1 single) RM600 Rumah Wan – 12-15 orang (6 queen bed) RM1,200
Trip kali ini saya berlima. Jadi saya ambil Rumah Opah dan tambah 2 extra bed. Charge sangat murah, cuma RM50/bed untuk sepanjang penginapan.
Lokasi
Cuma 3.8KM sahaja dari Langkawi International Airport, 2KM dari Beras Terbakar, 10KM dari Pantai Cenang. Kami rasa sangat sesuai untuk yang datang bercuti dengan keluarga, sebab tak bercampur dengan orang. Kita rasa lagi selamat lagi lagi kalau bawa anak anak. Dalam kawasan berpagar, ada guard yang jaga tiap malam.
Bilik & Tandas
Ada dua bilik. Lengkap dengan aircond, macam aircond baru. Sejuk betul. Katil selesa. Bilik selesa. Tandas juga ada dua, siap dengan heater.
Ruang Tamu
Turut ada aircond, sejuk. Ada Unifi. TV ada youtube, netflix. Cukup selesa untuk kami berlima. Dari ruang tamu dah boleh nampak view swimming pool, sawah padi & gunung raya – tak berkelip mata tengok ciptaan Allah.
View
NI RASA NAK BAGI 100 BINTANG! Boleh tengok gambar gambar yang saya share. Setiap sudut villa ni ‘Instagramable’, rasa tak cukup cukup lagi gambar dekat phone gallery. Tak perlu filter pun, tu semua original.
Sunrise
Apa yang BEST dekat sini, ada rezeki akan dapat sunrise yang cantik sangat. Owner kata masa tinggal sini, at least sekali mesti dapat sunrise yang lawa (ini juga kena tengok cuaca semasa ya). Saya juga ada attached gambar sunrise, speechless. Selak langsir, depan mata je 2 hari pertama saya dapat view padi menguning, 2 hari terakhir musim membajak padi, masa ni banyak sangat burung & bangau datang ke sawah padi. Pengalaman yang baru untuk saya.
Menjelang sebelum hari kita check in, En Azmir akan bagi list tempat makan yang famous antara local atau tourist yang boleh kita try. Memang panjang listnya, samada sempat atau tidak je. Kalau nak mandi air terjun Temurun dekat saja dari sini dan ia terletak di Datai. Dalam 22 km atau perjalanan 23 minit saja. Berbaloii!!! Sumber : Azira Mustaza / Gambar : FB Rumah Bendang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut pasal cuti, antara perkara yang ibu ayah fikirkan ialah adanya kolam renang untuk anak-anak mandi manda untuk setiap hotel, resort atau homestay yang dipilih.
Bagi yang tak nak bersesak-sesak mandi di kolam renang terbuka khususnya di hotel, bolehlah buat pilihan bercuti di homestay yang menawarkan banyak kemudahan termasuklah kolam renang.
Antara homestay yang menarik boleh dicuba ialah Zen Retreat Waterfall Villa yang terletak di Taiping, Perak.
Bukan saja tempatnya menarik tapi apa yang bestnya, kolam mandinya terletak dalam rumah yang mana korang semua boleh mandi sepuas-puasnya. Ia juga dilengkapi semua kemudahan termasuk memasak.
Bertemakan konsep minimalis untuk rekaan villa ini, ia menawarkan 4 bilik tidur di mana di satu di bahagian bawah sementara tiga lagi di atas dan kesemuanya dilengkapi penghawa dingin. Kalau datang ramai-ramai, boleh muatkan antara 14-15 orang ya. Jadi memang happeningla malam-malam.
Untuk kolam renang sedalam 3 kaki ini, ia terletak di ruang tamu di mana ibu ayah boleh memantau anak-anak mandi. Jangan risau dengan isu keselamatan kerana di sekeliling kolam renang ini ia dilengkapi panel gelas lutsinar. Bukan saja kolam ini menjadi daya tarikannya tapi bunyian air terjun juga turut mendamaikan (namun bunyi pamnya agak bising kalau dibuka pada tengah malam ya).
Berapa harga Zen Retreat Waterfall Villa ini?
Sewaannya adalah RM550 untuk 2 hari 1 malam dan kalau deal terus dengan owner dapat murah sikit katanya.
Paling best, kalau menginap di sini, ada banyak aktiviti boleh dibuat. Antaranya ia agak dekat dengan Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping Trong Leisure Farm (taman itik) dan Kuala Sepetang). Jadi banyak aktiviti korang boleh buat ya selain jalan-jalan di sekitar homestay nie.
Paling menarik, rumah ini asalnya adalah milik penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah. Hah, bestkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Pinang destinasi pelancongan terkenal dan dikunjungi ramai. Namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan sebuah masjid terapung di Tanjung Bunga atau dikenali dengan panggilan Tanjung Bungah. Walau bagaimana pun masjid ini tetap menggamit pelancong tempatan dan luar negara untuk singgah sejak ia dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.
Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pengujung bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan badan sambil bersantai.
Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut cukup unik dan indah dipandang oleh sesiapa sahaja. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan. Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.
Masjid dua tingkat ini mampu memuatkan 1,500 jemaah dilengkapi ruang solat utama, ruang solat wanita, tempat mengambil wuduk serta bilik menguruskan jenazah.
Info
Pembinaan masjid dengan kos pembinaan bernilai jutaan ringgit itu bertepatan dengan keperluan penduduk setempat apabila penduduk kawasan itu semakin bertambah dengan wujudnya penempatan baru mangsa tsunami pada tahun 2004 yang terletak bersebelahan masjid tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hong Kong selama ini dikenali sebagai kota metropolitan yang dipenuhi lampu neon, bangunan pencakar langit dan kehidupan yang bergerak pantas siang dan malam.Namun di...