Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama buat yang beragama Islam khususnya di Malaysia. Ia merupakan kemuncak kepada ibadat puasa yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Malam-malam terakhir berpuasa, pada zaman dahulu setiap keluarga dalam sesebuah perkampungan Melayu akan meraikan malam tujuh likur dengan memasang lampu berwarna-warni, panjut atau pelita disekeliling kawasan rumah.
Malam tujuh likur menyerlah keunikan budaya Melayu selain meraikan perantau yang akan pulang ke desa serta kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Setiap kampung akan mula memasang pelita sepanjang jalan sebagai penyeri setiap rumah kerana pada zaman dulu tidak ada langsung kemudahan elektrik.
Yang seronok tidak terkata sudah tentunya golongan remaja dan anak-anak kecil. Ketika ini mereka akan berpesta dan diberi kebenaran untuk bermain bunga api, berlawan meriam buluh dan membakar mercun hingga suasana beberapa hari sebelum raya menjadi riuh dan gegak gempita pada malam hari.
Malam tujuh likur juga menandakan hari penduduk kampung atau sesebuah keluarga membuat persiapan sebelum 1 Syawal. Lazimnya beberapa rumah berhampiran akan bergotong-royong menyediakan juadah untuk dijamu kepada tetamu ketika hari raya seperti wajik dan dodol. Jiran tetangga akan sama-sama bergiliran kacau dodol walaupun hidup dalam suasana yang serba kekurangan.
Berdosa Sambut Malam Tujuh Likur?
Namun, sayangnya tradisi ini semakin lama semakin hilang dan dilupakan. Ada juga yang memutarbelitkan adat sambutan malam tujuh likur kononnya menyimpang daripada akidah dan ajaran Islam jika ada yang menyambutnya.
Ads
Ya, mungkin ada kebenarannya. Dahulu, ada yang melakukan tradisi pemasangan pelita dan terpengaruh meraikan malam tujuh likur dengan menerangi halaman rumah kononnya untuk menjemput malaikat masuk. Jika menjadi insan terpilih maka segala permintaan individu tersebut ketika malam Lailatul Qadar akan tertunai.
Ada juga yang mengatakan ia adalah cara untuk menjemput roh orang yang disayangi untuk pulang menjenguk keluarga untuk setahun sekali. Disebabkan tujuan asalnya telah menyimpang, itu yang menyebabkan malam tujuh likur dipersalahkan dek kerana ada insan-insan yang cetek agama.
Ads
Sambutan malam tujuh likur sebenarnya hanyalah merupakan satu tradisi warisan lama bagi memeriahkan perayaan yang bakal menjelma. Selalunya pemasangan lampu pelita semasa bulan Ramadan dilakukan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan umatnya untuk menambahkan lagi ibadah pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Ia kerana pada salah satu malam ganjilnya ada Lailatulqadar yang mana pahala bagi sesiapa melakukan ibadah padanya lebih baik daripada 1,000 bulan. Baginda SAW bersabda dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari: ‘Carilah Lailatulqadar di malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.’
Ads
Selamat Hari Raya Semua!
Memasang pelita pada 10 terakhir Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan adalah diharuskan. Jika dipasang dengan niat tertentu seperti memudahkan malaikat masuk ke rumah atau memudahkan roh si mati pulang ke rumah, maka ia tidak patut dilakukan.
Selamat Hari Raya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penganjuran Karnival Bandaraya Seremban 2020 sempena pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini (13 & 14 Mac 2020), ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Foto: The Star
Langkah itu diambil bagi mengelak penularan COVID-19. Karnival yang dijadualkan berlangsung di Padang MBS, Negeri Sembilan ditangguhkan atas nasihat dan pandangan pelbagai pihak.
Buat masa sekarang negara berada dalam keadaan berjaga-jaga dan aktiviti keramaian pada masa ini adalah tidak digalakkan disebabkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Info:
Cadangan menaiktaraf Majlis Perbandaran Seremban kepada Bandaraya seperti yang diketahui sepatutnya pada Januari 2019 namun ditangguhkan sehingga awal 2020 bagi tujuan pemindahan pejabat ke bangunan baharu serta bagi tujuan penstrukturan semula pentadbiran sedia ada yang akan bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai. Penubuhan Bandaraya ini akan menjadikan keseluruhan daerah Seremban di bawah satu Pihak Berkuasa Tempatan. Penggabungan ini dijangka akan memberi kelebihan kepada usaha Kerajaan Negeri merancakkan pembangunan Malaysian Vision Valley (MVV) sehingga tahun 2045.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pernah terfikir atau tidak bagaimana kita hendak melihat permukaan matahari, sedangkan jarak matahari dari bumi sejauh 147.35 juta kilometer itu mampu membakar kulit kita. Kalau berada dalam jarak dekat pasti semua benda yang ada di dunia ini akan terbakar.
Menerusi perkongsian asal daripada portal Amanz.my, saintis dari Teleskop Solar Daniel K. Inouye yang terletak di Hawaii telah berjaya merakam gambar serta video permukaan matahari pada resolusi tertinggi dalam sejarah manusia.
https://youtu.be/ELTNqOiJ6Lk
Video di atas menujukan permukaan matahari dengan keluasa 36,500 × 36,500 km persegi. Apa yang anda lihat ialah permukaan matahari yang dipenuhi dengan sel plasma. Plasma bergerak dari bahagian dalam ke permukaan matahari menerusi proses perolakan. Apabila tiba ke permukaan plasma mula menyejuk dan mula tenggelam semula. Setiap sel di dalam imej di atas mempunyai dua kali ganda luas permukaan negara kita Malaysia. Ada yang mengatakan permukaan tersebut jika dilihat dari foto seakan bertih jagung yang lazat.
Suhu permukaan adalah sekitar 6,000 Kelvin dan adalah lebih sejuk berbanding bahagian korona yang boleh mencecah 1 juta Kelvin. Dengan imej beresolusi tinggi ini, saintis akan dapat mempelajari lebih banyak misteri mengenai matahari yang terletak di tengah-tengah sistem suria.
Antara yang kelak dapat dilakukan ialah melakukan ramalan bilakah ribut solar akan berlaku. Pada waktu ini ramalan dapat dilakukan 48 minit sebelum ia berlaku. Saintis percaya menerusi Teleskop Solar Daniel K. Inouye ramalan boleh dilakukan 48 jam sebelum berlaku. Ini adalah penting memandangkan ribut solar boleh mengakibatkan gangguan telekomunikasi dan bekalan elektrik di bumi.
Dalam masa lima tahun, jumlah data yang bakal dikumpul mengenai oleh Teleskop Solar Daniel K. Inouye adalah lebih besar berbanding kesemua data yang dikumpul sejak Galileo mula menghala teleskop ke matahari pada tahun 1612.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lepas ni anda yang dari Langkawi dan Kota Bahru tak perlu lagi bersesak-sesak atas jalanraya kalau ingin melancong ke Melaka kerana Malindo Air dijangka akan membuka laluan baru baharu dari kedua-dua lokasi tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada 1 Mac depan.
Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan beliau melihat inisiatif Malindo Air ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan Melaka sekaligus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
Waktu penerbangan dua hala dari Langkawi dan Kota Bahru ke LTAM ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.
Penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan dan kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...