
Hutan yang dipanggil Maliau Basin atau Danum Valley ini sememangnya menjadi syurga kepada para penyelidik dan pencinta flora dan fauna.
Mendapat jolokan The Lost World of Sabah, destinasi ini diselia oleh Yayasan Sabah. Disebabkan keunikan Maliau Basin, perjalanan sukar dan berdebu sejauh lebih 100 kilometer dirasakan cukup berbaloi.
Maliau Basin yang diliputi hutan asli seluas 390 kilometer persegi itu bersepadan dengan tebing yang menjangkau ketinggian 1,675 meter dari aras laut. Keistimewaan Maliau Basin pastinya tertumpu kepada kepelbagaian spesies hidupan liar, sumber air sungai dan air terjunnya. Maka tidak hairanlah jika ia sangat terkenal menjadi satu lokasi pusat kajian yang sempurna.
Pengunjung dan pelancong tidak dibenarkan membuat sebarang kerosakan. Sehelai daun pun tidak boleh dicabut dan dibawa keluar. Lebih menarik, hutan itu menjadi lokasi kepada air terjun yang tidak terkira banyaknya. Setakat ini, lebih 10 tapak air terjun dijumpai.
Bagi yang sukakan aktiviti lasak, mereka boleh menjalani aktiviti trekking ke kem-kem satelit untuk melihat air terjun. Pengunjung juga boleh menikmati keindahan alam sewaktu melalui titian gantung, laluan denai dan banyak lagi.
Anda Wajib Cuba Ambuyat Dan Nasi Katok Kalau Melancong Ke Brunei

Brunei Darussalam, salah satu negara jiran kita di Kepulauan Borneo dan berkeluasan 5,765 kilometer persegi. Kalau nak dibandingkan, keluasan Brunei ni hampir-hampir dengan keluasan Negeri Sembilan. Kepada anda yang nak travel ke Brunei, boleh practice ronda-ronda Negeri Sembilan dulu ambil mood, hehe.
Okay tapi bukan itu yang nak Libur fokuskan dalam artikel ni. Libur nak fokuskan mengenai tips and trick untuk anda yang ada perancangan ke Brunei Darussalam. Sekalipun Brunei mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Malaysia, jangan pula anda sesuka hati melanggar peraturan di sana ya. Alamatnya tak balik Malaysia la nanti.
Jadi, tanpa melengahkan waktu, jom kita ambil tahu apa yang perlu kita buat sekiranya ingin travel ke Brunei Darussalam.
Jangan pandang rendah dengan Brunei walaupun dia hanya berkeluasan 5,765 kilometer persegi
Ramai orang yang datang melancong ke Brunei hanya ambil masa sehari atau dua hari. Rugi sebenarnya sebab ada banyak tempat yang anda boleh lawati di sana. Sehari dua di Brunei, Taman Negara Ulu Temburong pun anda tak sempat pergi. Libur cadangkan ambil masa antara tiga ke empat hari untuk melancong di Brunei. Brunei adalah satu negara yang sangat menarik dan jangan rushing untuk balik rumah.
Rakyat Brunei adalah masyarakat yang sangat ramah sewaktu anda travel di sana
Rakyat Brunei adalah antara masyarakat yang peramah di dunia dan mereka juga sukakan pelancong datang ke negara mereka. Boleh dikatakan di setiap jalan, akan ada yang menyapa anda sekalipun mengucapkan perkataan ‘hi’ sahaja. Rakyat Brunei juga suka travel, jadi siap sedia sekiranya mereka berkongsi kisah travel mereka kepada anda.
Walaupun undang-undang syariah di Brunei tidak terpakai untuk semua, tapi anda perlu berhati-hati
Brunei adalah negara yang menggunakan undang-undang syariah dan undang-undang syariah tidak terpakai kepada yang bukan beragama Islam. Walaupun begitu, kepada anda yang bukan beragama Islam, tidak bermakna anda boleh melakukan apa sahaja di sana. Begitu juga kepada yang beragama Islam. Jaga pemakaian dan sentiasa berpakaian sopan sekalipun anda jauh dari rumah. Cuba jaga nama baik Malaysia sewaktu anda berkunjung ke sana. Perbuatan yang bertentangan dengan syariah boleh jadi viral dan membuatkan anda terkenal di Malaysia.
Brunei adalah negara yang bosan sekiranya anda ada niat untuk berparty
Hanya orang yang membosankan sahaja yang cepat bosan. Ramai orang rasa Brunei ini bosan sebab tiada apa-apa aktiviti yang anda boleh lakukan di waktu malam. Tapi cuba anda buka jiwa dan minda anda untuk menyelami budaya masyarakat Brunei, mesti anda akan merasai keseronokkannya. Di Brunei, anda tidak boleh berpakaian yang mendedahkan aurat seperti berseluar pendek. Tidak ada kelab malam di sana dan tidak ada satu kedai pun yang menjual minuman alkohol. Walau bagaimanapun, anda yang minum minuman alkohol boleh minum tuak bersama masyarakat Iban di daerah Temburong sewaktu persa menuai. Itu sahaja. Aktiviti malam masyarakat Brunei pada waktu malam hanyalah minum kopi di kedai kopi atau restoran sehingga pukul 11 malam kerana kedai tidak lagi beroperasi selepas waktu itu.
Bagaimana cara berpakaian yang sesuai di Brunei?
Kepada yang bukan muslim, tidak perlu untuk anda try-hard berpakaian menutup litup seperti kawan-kawan muslim anda yang lain. Cukup sekadar anda berpakaian yang tidak menjolok mata. Baju biarlah di bawah paras lengan dan kain pula biarlah di bawah paras lutut. Kepada lelaki, seeloknya anda berseluar panjang ketika keluar bersiar-siar menikmati keindahan negara Brunei Darussalam.
Elakkan bercakap soal politik bila anda berada di sana
Hati-hati bila bercakap tentang Brunei lebih-lebih lagi berkaitan Sultan mereka. Perkara ini adalah perkara sensitif dan ada tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya anda menyinggung perkara berkenaan Sultan Brunei. Jadi, lebih baik anda elakkan daripada berbual soal politik di sana lebih-lebih lagi jika anda ada perkara-perkara kritikal yang ingin dibualkan. Ingat, Brunei tiada hak kebebasan bersuara.
Pengangkutan awam tidak selalu digunakan di sana
Sekiranya anda travel ke sana dan tidak memandu kenderaan, adalah elok sekiranya anda boleh merancang perjalanan anda terlebih dahulu. Ada bas dari lapangan terbang ke pusat bandar, tapi kekerapannya tidak banyak dan bas akan bertolak tepat pada waktunya. Kebanyakkan tempat-tempat menarik di Brunei boleh diakses dengan hanya berjalan kaki sahaja dan sekiranya jarak tempat yang anda tuju itu jauh, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi sahaja. Lebih berbaloi sekiranya anda boleh menginap di kawasan pusat bandar kerana anda boleh menjimatkan kos untuk menaiki teksi di sana. Untuk menggunakan perkhidmatan teksi, download aplikasi Dart atau Grab. Aplikasi ini akan memberikan lokasi anda, jumlah kos dan pemandu teksi akan mengambil anda di lokasi yang diberikan.
Brunei juga adalah syurga makanan
Rakyat Brunei juga adalah pencinta makanan dan anda jangan tinggalkan negara Brunei tanpa mencuba beberapa menu makanan tempatan tatkala travel di sana. Anda perlu cuba ambuyat dan street food Brunei apabila berkunjung ke night market. Makanan laut di sana fresh dan cukup rempah ratusnya. Sekiranya anda travel ke sana, cuba makanan laut mereka. Antara menu makanan lain yang dicadangkan adalah Nasi Katok.
Jangan lepaskan peluang ke Taman Negara Ulu Temburong
Walaupun hasil utama negara Brunei adalah petroleum, kerajaan mereka turut mementingkan usaha untuk penjagaan alam sekitar bagi melindungi alam semulajadi mereka yang kaya dengan flora dan fauna ini. Dan untuk pengetahuan anda, Brunei antara negara yang mempunyai hutan hujan dara yang terbaik di dunia. 60% daripada keluasan negara ini masih ditutupi hutan hujan dan masih belum diteroka oleh manusia. Walapun hanya sebahagian sahaja kawasan Ulu Temburong yang boleh dilawati orang awam, itu sahaja sudah cukup memuaskan bila melihat keindahan alam semulajadi di sana.
Bangga Jadi Orang Kuala Kangsar! Ada Aset Pelancongan Diraja Berharga Perak

Kuala Kangsar, bandar Diraja yang terletak di kawasan pertemuan Sungai Kangsar dan Sungai Perak dikatakan mendapat namanya daripada pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Kangsar, anak Sungai Perak. Manakala satu versi lagi mengatakan nama itu diperolehi daripada para peneroka yang membuka penempatan di kuala sungai itu dengan panggilan ‘Kuala Kurang Sa’ bermakna kurang satu daripada seratus kerana terdapatnya 99 anak sungai di situ.
Terletak kira-kira 48 kilometer dari bandar raya Ipoh, bandar diraja itu mempunyai aset pelancongan yang tidak dimiliki negeri lain, sekali gus menjadikan ia begitu eksklusif kepada penduduk negeri Perak. Sebagai bandar tertua Perak, Kuala Kangsar terkenal dengan pelbagai perkara, antaranya bangunan lama dan bersejarah. Di sini menempatkan salah satu masjid tercantik di negara ini iaitu Masjid Ubudiah. Tidak lengkap kunjungan ke Kuala Kangsar jika tidak singgah ke bangunan-bangunan lama yang penuh dengan nilai-nilai sejarah perkembangan institusi diraja Perak seperti Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium DiRaja Kuala Kangsar dan juga melawat kawasan sekitar Sungai Perak sendiri
Masjid Ubudiah
Selain itu, ikon bandar DiRaja Kuala Kangsar yang juga popular adalah Masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Terletak berdekatan Istana Iskandariah, ia dibina pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1.
Baginda bernazar jika sembuh daripada satu penyakit yang serius, baginda akan membina sebuah masjid dan apabila sembuh, maka Masjid Ubudiah mula dibina pada 26 September 1913. Pembinaan terpaksa ditangguhkan apabila bekalan batu marmar terputus ekoran meletusnya Perang Dunia Pertama. Baginda tidak sempat melihat masjid ini siap kerana meninggal dunia setahun sebelumnya. Ia dibuka secara rasmi pada 1917 ketika era pemerintahan Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah (Sultan Perak ke-29, 1916-1918).
Sejarah Gajah Pijak Batu Marmar

Pembinaan masjid ini pada awalnya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa’id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok. Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu.
Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil. Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula.
Galeri Sultan Azlan Shah
Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia. Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.
Muzium Diraja Kuala Kangsar (Istana Kenangan)
Muzium Diraja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala Kangsar, Perak. Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak ke-30, 1918-1938), Istana Negara diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Istana Iskandariah pada 1930. Pembinaan memakan masa tiga tahun. Sementara menunggu Istana Iskandariah siap, Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan yang keseluruhannya dibuat daripada kayu tanpa menggunakan paku.Istana itu kini telah dijadikan Muzium Diraja Perak.
Struktur Binaa Unik
Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan. Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional. Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Persisiran Sayong Sungai Perak
Persisiran Sayong, yang terletak di tebing Sungai Perak, merupakan daya tarikan pelancong terbaru di daerah itu yang akan dibangunkan sebagai pusat aktiviti air seperti berkayak dan berakit selain lokasi penganjuran pesta sukan air dan pesta lanjut sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak.
Projek Persisiran Sayong dibina di tapak seluas enam hektar dan mempunyai beberapa kemudahan pelancongan seperti galeri kraftangan, restoran pinggiran, tempat penginapan, jeti pelancongan serta tandas awam. Jika singgah di Kuala Kangsar, tidak lengkap jika anda tidak singgah di persisiran sungai Perak ini.
Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang. Ia memainkan peranan yang penting dalam sejarah negeri Perak. Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:
- Empangan Bersia
- Empangan Kenering
- Empangan Temenggor
Trivia
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Sayong adalah pusat pentadbiran diraja Perak sebelum berpindah ke Bukit Chandan. Pemindahan itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 (Sultan Perak ke-28, 1887-1916). Sebelum itu, Sayong menjadi tempat raja-raja Perak bersemayam iaitu mulai dari zaman Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah 1 (1528-1549). Ketika itu, istana sultan dibina di tebing kanan mudik Sungai Perak iaitu dari hilir Sungai Perak sehingga ke Sayong. Tradisi itu dipecahkan oleh Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah 1 apabila baginda memindahkan tempat persemayaman dari Sayong ke Bukit Chandan yang terletak di tebing kiri Sungai Perak. Di situ, baginda membina Istana Negara untuk raja-raja bersemayam, Istana Cinta Berahi untuk Tengku Permaisuri dan Istana Kasar Makmur untuk Raja Perempuan.
Trip Jelajah Keindahan Pakistan Selama 10H9M, Lelaki Ini Kongsi Itinerari & Bajet. Jejak Nanga Parbat Bace Camp, Trek Mencabar Tapi Berbaloi!

Pakistan terkenal dengan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, pemandangannya pula memang antara yang terbaik di dunia. Gabungan tempat-tempat cantik yang ada di Switzerland, New Zealand dan tempat-tempat menarik yang lain.
Cukup mempesonakan namun untuk sampai ke tempat-tempat menarik itu juga ada cabarannya yang tersendiri. Naseer Othman menyifatkan kunjungannya ke Pakistan selamat 10 hari sembilan malam cukup bermakna.
Dapat menjelajah ke beberapa bahagian yang ada di Pakistan lelaki ini perlu melalui pengalaman berbeza untuk tiba ke satu-satu destinasi.
Berkongsi itinerari dan juga bajet, ikuti perkongsian lelaki ini ke bumi yang terkenal dengan julukan syurga dunia ini!
Trip jelajah Pakistan 10 Hari 9 Malam
Pakistan secara rumusan dari segi nature nya adalah campuran sedikit(5%) bentuk bumi dari Switzerland, Canada, Kashmir, New Zealand, Scotland, Tibet dan Bhutan. Apa-apa pun pakistan ada ciri yang Allah bagi mempunyai keistemewaan sendiri. Tu ja yang boleh di gambarkan dari trip ni. Kena pergi sendiri baru hangpa tau. Meh la baca sendiri itenarari yang boleh bagi overview dan idea kat hangpa.
10days 9night (7/9/2022-17/9/2022)
Beza masa 3jam
season- summer
100pkr= rm2( tukar duit guna usd 1usd=240.45rupee
Costing
Flight malindo kl-lahore rm2189
Visa- rm37
Ground-rm1970
Entrance fees= rm61
Total Perabih= rm4257 tak termasuk makan dan shooping
Route
Lahore-Naran- Gilgit-Baltistan- Naran- Lahore
Day1 (7/9/2022)
pen-kl 910am-1015am
Kl-Lahore by malindo 535pm-835pm ( 5jam 17min smpai awal sikit)
dinner & check in- murah gila makan di pakistan nasi pulao ayam RM6 sahaja- portion besar boleh mkn dua-tiga orang. Air lassi RM2
Day2 (8/9/2022)
Naik van ke Naran- 11jam perjalanan 620km memang rabak la atas van haha- try la makan KFC pakistan snack plate rm10.80 murah dan sedap
check in
Naran Bazar- barang-barang murah sangat, fridge magnet RM1 ja
Day3 (9/9/2022)
Lulusar Lake- macam mirror lake memang lawa
Raikot Bridge- 156km 4jam sampai sini naik jeep( satu jeep rm140 muat 4 orang)- laluan di tepi curam-curam memang scary la. Baca la doa naik kenderaan minta Allah permudahkan.
Fairy Meadows Jeep Stop- total 1jam 30min naik jeep bergegar la badan macam mesin kurus ogawa .
hiking to Fairy Meadows -1 jam 42min or by horse RM50 one way, return back rm30, porter 1kg rm1.60- track senang ja dalam 13.75km. Attitude 3302m, altitude yang tinggi buat kita cepat penat, track dia tak adalah mencanak macam kat malaysia pun, starting point hiking dah 2611m so elevation yang perlu didaki 691m ja- lagi rendah dari bukit bendera- kesimpulan hiking lengang kangkung sepak debu ja .
nanga parbat view point( killer mountain)
check in for 2 nights- suhu sini 5 darjah celcius tak ada heater tak ada air panas ya, memang tak mandi la .
Day4 (10/9/2022)
Beyal Camp- 1jam 4min- track easy dan view memang helok, elevation 3524m
Nanga Parbat view point- 40min 3707m elevation, moderate track
Nanga Parbat base camp- 1hour 42min elevation 3983m( total 3jam 26min) with 681 elevation from starting point. Track dia memang membunuh ya haha difficult, lalu lorong-lorong curam yang licin, up and down, cross sungai tiga kali yang agak bahaya dan final memang pacak teruk sebelum tiba di basecamp. Untuk yang beginner tak payah mai la haha barai teruk. Total pergi dan balik 22.71km
Day5 (11/9/2022)
Hunza- 158km 3jam perjalanan
Old Silk Road- singgah tengok jalan lama old silk yang dibuat di lereng-lereng bukit.
check in at hunza for 3 nights
Day6 (12/9/2022)
Attabad Lake- tasik buatan warna biru
traditional boat 3000pkr= RM60, pusing-pusing tasik biru
Altit Fort- 1200pkr= RM24
hoper valley – rush lake kedua view point
Day7 (13/9/2022)
Passu Cones
Rainbow Bridge- RM2 entrance fees
apple farm
borith lake
Hussaini Suspension Bridge
Day8 (14/9/2022)
back to Naran 317km 6 hours perjalanan
Babusar top 4175m- ketinggian kinabalu(4095)- sejuk kat sini
check in
Day9 (15/9/2022)
back to Lahore- 11jam perjalanan
Day10(16/9/2022)
Badshahi Mosque
Minare Pakistan
Wahga Border for flag ceremony
Lahore-KL 925pm-625am
Day11(17/9/2022)
kl-pen 1220-1325
End of trip tq for reading
Kredit: Naseer Othman