Sekian lama terkurung akibat PKP, sudah tentu kita memerlukan aktiviti menarik untuk menyihatkan kembali tubuh dan minda yang sudah lama terperap. Keputusan kerajaan yang memberi kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin pastinya mampu memberikan kelegaan untuk mencuba riadah mendaki bukit yang sebelum ini tidak dibenarkan.
Namun bagi penerima dua dos lengkap, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam bagi negeri yang memasuki fasa 2 dan 3 PPN.
Kalau ada peluang beridadah, jangan lupa singgah ke Bukit Soga atau turut dikenali sebagai Hutan Lipur Soga Perdana.
Ads
Bukit Soga atau dikenali Hutan Lipur Soga Perdana yang terletak di 3 km dari Bandar Batu Pahat dan 130 km dari Bandar Johor selain merupakan salah satu hutan simpan di Malaysia berjenis hutan dipterokarpa bukit.
Ads
Mempunyai ketinggian antara 600 kaki dan kemudahan seperti pejabat, pondok rehat, tandas, denai, trek joging, par course dan menara pandang, ia antara destinasi pilihan untuk beriadah.
Hutan Lipur Soga Perdana adalah hutan simpan di mana hutannya mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat, aktiviti berjalan dan berjoging bagi mereka yang menghargai alam semula jadi.
Hutan ini seluas 49.3 hektar di mana 10 hektar telah dimajukan dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi faedah pelawat.
Selain terkenal dengan hutan pokok pakisnya, di Hutan Lipur ini juga terdapatnya Menara pandang yang merupakan destinasi terakhir dengan jarak sejauh 785 meter dari titik permulaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebuah restoran bawah laut terbesar di dunia sepanjang 30 meter telah mulakan operasinya baru-baru ini. Restoran bawah laut ini terletak di Norway dan sudah penuh ditempah hingga musim panas.
Restoran dikenali sebagai Under itu terletak di sebuah perkampungan tepi pantai di Baly, Lindesnes di hujung selatan Norway. Ia adalah restoran bawah air pertama di Eropah dan terbesar di dunia serta memiliki tingkap seluas 11 meter untuk pemandangan dasar laut yang biru.
Under terletak di dasar laut, lima meter dari permukaan dan kelihatan seperti sebuah kubu moden. Bangunan berkenaan dibina di atas sebuah baj selama setahun setengah dan direka untuk bertahan ketika cuaca ekstrem.
Selepas siap ia kemudian ditunda sejauh 183 meter kemudian diturunkan ke dalam air dan disambung pada tiang asas di dasar laut.
Cef restoran itu, Ellitsgaard Pedersen berkata, pelanggan akan disajikan dengan makanan enak dan paling segar.
Dia dan pasukannya bekerjasama dengan petani, nelayan dan pemburu bagi menyediakan ramuan yang paling segar. Dengan cara ini mereka akan mencipta hidangan paling berperisa dan inovatif yang melambangkan Restoran Under.
Menu di restoran itu sebahagian besarnya terdiri daripada hidangan makanan laut daripada sumber tempatan termasuk udang karang, ikan kod dan kupang.
Restoran itu direka oleh firma Snohetta yang mempunyai ibu pejabat di Oslo dan New York City serta mempunyai studio di San Francisco, Innsbruck, Singapura dan Stockholm.
Menurut arkitek firma itu Rune Grasdal, cabaran pertama mereka untuk merealisasikan projek ini adalah tekanan air kerana restoran ini terletak lima meter di dasar laut tetapi masalah terbesar adalah ombak.
Tetamu berpeluang untuk menikmati pemandangan panorama ikan laut, anjing laut dan lobster. Pencahayaan dalaman yang redup di restoran itu, menghalang pantulan-pantulan dari kaca di restoran itu dan para pelawat dapat melihat pemandangan dengan sempurna.
Restoran itu mempunyai tiga bahagian pada kawasan seluas 492 meter persegi termasuk bar dan kawasan makan yang luas.
Ia juga direka untuk menempatkan kira-kira 80 hingga 100 tetamu yang boleh menikmati hidangan sambil melihat pemandangan dasar laut yang menakjubkan.
Selepas waktu perniagaan sebahagian bangunan restoran itu akan digunakan untuk kajian biologi marin. Menurut syarikat itu, penyelidik datang ke restoran itu untuk membuat beberapa kajian termasuk adakah ikan liar boleh dilatih menggunakan isyarat bunyi.
Seperti yang kita, pintu sempadan sudahpun dibuka kepada mereka bagi yang mahu bercuti di luar negara.
Jadi bagi mereka yang mahu travel ke sana dalam bajet sederhana, Uzbekistan antara negara yang menawarkan segala yang kita perlukan.
Ayuh, ikuti perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Arie Hassan yang menyenaraikan tempat menarik ketika berkunjung ke Uzbekistan.
Uzbekistan Negara yang murah untuk budget traveller.
Dalam banyak-banyak negara di Central Asia yang sesuai untuk budget traveller pada pengalaman saya adalah Uzbekistan. ( paling murah ya, bukan paling best). Negara yang selamat dan sesuai juga untuk solo backpacking.
Musim panas 2019 saya sempat berkelana ke beberapa negara di Central Asia termasuk Uzbekistan. Jika mau cari destinasi yang agak murah berbanding negara-negara jirannya yang lain bole la datang sini.
Jika melalui jalan darat ada beberapa pintu masuk untuk memasuki uzbekistan (land border crossing), i.e – border tajikistan (panjakent) – uzbekistan (samarkand), – border krygyzstan-uzbekistan, – border turmenistan-uzbekistan, etc
Cuma risiko border bole ditutup bila-bila masa jika melibatkan isu-isu keselamatan seperti serangan pengganas.
Uzbekistan juga dikenali sebagai The Heart of The Silk Road. Beberapa bandar utama seperti Samarkand, Bukhara, Khiva, adalah laluan penting the silk road.
Ramai cendikiawan Islam lahir di sini spt imam Al-Bukhari, imam Al-Tirmidzi, Ibnu Sina dan ramai lagi.
Visa – pemegang passport malaysia boleh memasuki uzbekistan tanpa visa (visa-free 30 days) 80% adalah muslim (majoriti sunni)
Pengangkutan – Untuk perjalanan jarak jauh (inter-city) bole menggunakan shared taxi (jln bila dah penuh), train (fast train, slow train), serta bas. Jika ada banyak masa anjgn lepaskan peluang untuk bergerak ke bandar lain menggunakan slow train yang lebih klasik, masih menggunakan bangku kayu serta dpt beramah mesra dengan locals menggunakan bahasa ayam itik . -Untuk jalan dekat-dekat boleh naik public bas tambang flat rate,, atau taxi tak mahal pun dlm RM5-6 je. Kalau di Tashkent ada Yandex Go (macam grab).
Penginapan. – Untuk penginapan budget jika di Samarkand atau Bukhara bole stay di B&B family-run guesthouse. – Di bandar an yg lebih modern macam Tashkent banyak backpacker hostel yang diusahakan oleh golongan muda.
Makan minum -RM8-10 dah bole dapat makan sedap & kenyang. Makanan pun sedap-sedap. Jadi tak payah la susah payah nk bawak beras berkilo-kilo dari msia. Enjoy their local cuisine.
Bandar-bandar utama Samarkand – Tak sah rasanya jika datang ke uzbekistan tak datang samarkand, kota tertua di Central Asia. Ia juga kota paling penting untuk laluan sutera. – Banyak madrasah2 peninggalan zaman kegemilangan tamadun Islam yg bole dilawati. – Boleh juga datang melawat makam imam Al-Bukhari. (Imam Al-Bukhari dilahirkan di Bukhara dan disemadikan di Samarkand). – Antara monumen2 bersejarah yang patut di lawat di sini seperti Registan, Shah-i-zinda, masjid Bibi-Khanym, Amir Temur Mausoleum Gur-i Amir Сomplex, dan beberapa lagi anda akan terpesona melihat senibina nya yang indah.
Tashkent – Metro di Tashkent – ibu negara Uzbekistan. – Tashkent Metro merupakan sistem rangkaian pengangkutan bawah tanah yang pertama di Central Asia yang mula beroperasi pada 1977 semasa ianya masih di bawah jajahan Soviet lagi. – Sistem rangkaian metro di Tashkent juga berfungsi sbg ‘bomb shelter’ atau ‘house bunkers’ untuk warga kota Tashkent dan dianggap sebagai salah satu kawasan military dan melibatkan keselamatan negara, jadinya sebarang aktiviti fotografi atau video dilarang sama sekali di dalam kawasan metro sehinggalah June 2018 barulah larangan tersebut ditarik. Jadi dah bole ambil gambar di dalam kawasan metro sekarang. Gambar antara beberapa stesen yang sempat saya rakamkan dgn handphone saya. – Setiap stesen ada rekabentuk, nilai seni & tema tersendiri yg berkait rapat dgn sejarah negara mereka. Pasti tertarik dgn keunikan rekabentuk setiap stesennya. Ada yang reka bentuk kubah masjid, ballroom, plaque figura sejarah Russia spt Yuri Gagarin.
– Tambang metro kat sini murah je. Setiap perjalanan hanya 1400 uzs (0.15 usd, RM 0.60). Jadi kalu turun byk2 stop selagi blm kluar dari stesen cuma byr RM0.60 saje. – Kalau dah takde apa nak buat kat Tashkent ini bole cuba metro tour kat sini. Cuma elakkan amik gambar pihak security yang bertugas atau orang-orang tanpa kebenaran mereka. Paling saya suka di stesen Kosmonavtlar, (Cosmonauts) rekabentuk potret-potret angkasawan Russia pada panel dinding seramik.
– Salah satu aktiviti bajet yg bole di buat tanpa menggunakan belanja yang banyak. – Jangan lupa juga utk pegi ke local bazaar spt Chorsu bazaar, Navoi Opera theater, juga perpustakaan kompleks Hast-Imam yg menyimpan mashaf al-quran tertua di dunia. – Sblm keluar dari Uzbekistan jangan lupa untuk menukar semua matawang UZS di sempadan sebab kat negara lain dah tak laku matawang UZS nak jual balik.
Kalau ingin rasa ‘bahagia’, mungkin anda boleh berkunjung ke beberapa buah bandar yang telah diangkat sebagai lokasi yang ‘disenangi’ ini.
Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandaraya Kuala Terengganu dan Seremban diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2020. Turut tersenarai adalah bandar Bentong, Kuantan, Jasin, Kulai, Taiping, Jeli dan Yan yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.
Pengiktirafan Bandar Paling Bahagia 2019 ini adalah susulan daripada Anugerah Bandar Mampan 2019 yang telah diisytiharkan pada November tahun lepas sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2019 oleh PLANMalaysia.
Menurut PLANMalaysia, Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2019 telah merekodkan tahap kebahagiaan negara secara keseluruhan berada pada paras bahagia dengan pencapaian 80.4 peratus. Pengukuran Indeks Kebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.
MURNInets merupakan alat yang digunakan bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di negara ini di bawah seliaan PLANMalaysia. Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.
Antara aspek utama yang menyumbang kepada tahap kebahagiaan ini adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.
Indeks Kebahagiaan merupakan satu daripada indikator dalam MURNInets yang dinilai melalui borang soal selidik kepada penduduk yang merangkumi 14 aspek utama iaitu:
Sebanyak 106 PBT telah menyertai kajian ini termasuk PBT Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan), Sabah (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) dan Sarawak (Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan).
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...