Taiping baru saja menang anugerah bandar ketiga terbaik dunia baru-baru ni tapi tak lama lepas tu, ada orang luar yang tegur kawasan air terjun di negara kita dipenuhi dengan sampah sarap.
Ken Butler, seorang pelancong dari luar negara yang datang ke negara ini memuatnaik status di Facebook beliau yang menunjukkan kawasan air terjun di sekitar Kuala Lumpur dicemari dengan sampah sarap.
Keadaan tempat berkelah yang dipenuhi sampah sarap itu amat menyedihkan beliau dan menyeru supaya rakyat Malaysia berbuat sesuatu supaya keadaan itu boleh berubah.
Ads
Libur amat bersetuju dengan pandangan beliau. Rakyat Malaysia perlu berubah kearah yang lebih baik lagi terutamanya membabitkan soal kebersihan alam sekitar.
Banyak tempat-tempat pelancongan dan berkelah yang menarik tercemar dengan longgokkan sampah sarap daripada pengunjung yang datang bercuti.
Ads
Ads
Mentaliti dan sikap tidak bertanggungjawab ini seharusnya diubah supaya Malaysia terus kekal cantik dan bersih untuk keselesaan kita bersama.
Amalkan sikap pandai makan, pandai simpan dan jangan tinggalkan sampah sewaktu kita nak balik dari mana-mana lokasi percutian. Buang dalam tong sampah dan kalau tiada tong sampah, bawa sampah tu balik ke rumah dan buang dalam tong sampah di rumah. Tak kan la di rumah pun tiada tong sampah kan?
Jangna sampai orang luar yang kena tegur sikap pengotor kita. Tak tahu malu ke?!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kegembiraan 150 penumpang yang menaiki perkhidmatan funikular (kereta kabel) di Bukit Bendera berdepan detik cemas selepas pengangkutan awam tersebut terkandas.
Pihak bomba menerima panggilan daripada salah seorang penumpang yang terkandas pada 3 Oktober 2020 (Sabtu) jam 2.33 petang. Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati perkhidmatan funikular itu terkandas di stesen tengah di pusat peranginan tersebut.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHCC) dalam satu kenyataan di Facebooknya mengesahkan kejadian tersebut.
“Perkhidmatan funikular Bukit Bendera sedang mengalami gangguan buat sementara waktu. Pasukan kami sedang berusaha menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih di atas kesabaran dan pemahaman anda,”
Salam hormat dari Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) Perkhidmatan funikular Bukit Bendera sedang mengalami…
Tidak lama kemudian, satu lagi kenyataan dimuatnaik di Facebook rasmi PHCC:
Salam hormat dari Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP)! Untuk makluman para pengunjung yang dihormati, pasukan operasi kami telah menyelesaikan keralatan yang berlaku dan perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada sekitar jam 3.55pm selepas mengalami gangguan selama 2 jam. Penjualan tiket kini dibuka semula pada 4.10 petang. Pihak PBBPP ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung, penduduk dan pihak perniaga atas sokongan dan kesabaran anda. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami dan kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Bukit Bendera. Sekian, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang.
Kecoh wargamaya kemarin mempertikaikan status dan cara seorang lelaki membawa keluarganya bercuti keliling dunia. Lelaki tersebut bersama isteri dan seorang bayi yang baru berusia dua bulan telah membuat status perkongsian bagaimana mereka sekeluarga ‘membawa diri’ di negara orang dengan cara tersendiri. Bagaimanapun perkongsiannya itu dikecam orang ramai.
Ada yang mengatakan cara itu kurang sesuai dilakukan kerana mempunyai anak yang masih kecil. “Bro, kalau nak travel keliling dunia kerana agama pun, jangan sampai bawa baby tidur kaki lima!” Ada juga yang menyokong tindakannya, kerana itu cara mendidik hidup berserdahana. “Tak mungkin la ustaz ni tak sediakan kelengkapan yang sempurna untuk isteri dan anak-anak. Dia pernah travel banyak negara, mesti tahu macam mana uruskan percutian.”
Komen-komen pelbagai yang ditinggalkan netizen
Cerita dari mulut tuan badan, petikan daripada portal Harian Metro
Setiap orang mempunyai kisah tersendiri jika menggembara ke negara orang. Tidak kira secara solo atau berkumpulan.
Bagi seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia Siti Noridah, turut menyimpan pengalaman ketika bercuti secara solo ke Pakistan.
Menurutnya terdapat sejarah hitam di sebalik keindahan Tasik Attabad, Pakistan. Tasik ini sangat terkenal di kalangan pelancong kerana keindahan airnya yang bewarna turquoise dan biru kehijauan adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada 2010.
Malah dikatakan tasik ini terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat sejak tahun 2020.
Turut dikatakan seramai 20 nyawa terkorban apabila sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway tenggelam dan berkubur dalam tasik berkenaan.
Sejarah Hitam Tasik Attabad, Pakistan
Antara kejutan paling besar semasa saya mengembara solo di Pakistan 8 tahun yang lepas adalah – kewujudan sebuah tasik bernama Attabad.
Tak sangka rupanya dari Upper Hunza saya perlu menaiki bot meredah Tasik Attabad untuk sampai ke Karimabad, Hunza Valley.
Semasa saya merancang perjalanan ke Pakistan, memang tak ada langsung info yang saya jumpa mengenai tasik ini. Almaklumlah, buku panduan Lonely Planet tentang Pakistan yang paling terkini pada waktu itu pun diterbitkan pada tahun 2008. Memang sudah sangat ketinggalan infonya.
Nak dijadikan cerita, tasik Attabad ini sebenarnya adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada tahun 2010. Ya, tasik ini bukan tasik semulajadi. Malah, ada kisah pahit tentang bagaimana boleh terbentuknya tasik ini.
Orang-orang tempatan di situ menceritakan kepada saya, tasik ini sebenarnya terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat pada tahun 2010. Rentetan kejadian, air sungai telah naik sehingga terbentuknya tasik ini. Tambahannya lagi, sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway telah tenggelam dan terkubur di dalam tasik ini.
Yang menyedihkan lagi bila saya dapat tahu seramai 20 nyawa telah terkorban dan berpuluh-puluh rumah orang tempatan di kampung Attabad ini telah musnah sama sekali. Ribuan lagi orang tempatan telah terjejas teruk akibat terputus hubungan kerana satu-satunya jalan darat di situ iaitu Karakoram Highway telah pun tenggelam.
Maka sejak itu, mereka tiada cara lain dan terpaksa menggunakan bot penumpang untuk bergerak dari Upper Hunza ke Karimabad.
Tambang bot cuma 200 Pakistani Rupees (lebih kurang RM5) sahaja untuk perjalanan selama 2 jam merentas tasik Attabad. Bot kayu yang dicat dengan warna warna terang ini sungguh koboi gayanya. Orang ramai bersesak lompat ke dalam bot, duduklah di mana-mana yang kamu sukakan.
Pemandu bot cepat sahaja menggemudikan bot yang dilatari dengan bunyi enjin yang sangat memekakkan telinga. Hidung pula terpaksa menahan bau minyak yang kuat dan menyesakkan paru-paru. Entah berapa limit muatan orang pun tidak dikisahkan. Soal keselamatan memang jauh dari fikiran mereka, jadi jangan berminpilah untuk pakai life jacket di sini, kelibatnya pun tak ada langsung.
Mereka ini memang terbukti sejenis bangsa survivor. Banyak kes yang saya dengar, lori truk membawa barang-barang dari China yang ditenggekkan di atas bot terbalik dan tenggelam ke dasar tasik.
Ada juga kereta yang pernah jatuh dan tenggelam begitu sahaja. Macam-macam lagilah cerita tragis yang saya dengar. Saya terfikir, mungkin juga pernah ada orang yang tenggelam dan lemas di sini? Wallahuallam. Tetapi, apa pilihan yang mereka ada?
Setelah bertahun-tahun, syukur alhamdulilah penderitaan orang tempatan di sini berakhir bila kerajaan China dengan “baik hati” membantu Pakistan membina terowong dengan menebuk dinding-dinding batu gunung.
Akhirnya pada bulan September tahun 2015, terowong Attabad yang memakan belanja sebanyak 275 juta US siap dan sudah boleh digunakan oleh orang tempatan. Pastinya rakyat tempatan sangat berterima kasih dengan kerajaan China sekali lagi yang sentiasa ada untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.
Sekarang, dah tak perlu risau pun untuk merentas ke Upper Hunza dengan naik bot koboi lagi. Perjalanan 2 jam dengan bot koboi sekarang dah berganti dengan perjalanan selama 15 minit melalui terowong canggih buatan China. Bot koboi sekarang kebanyakannya dah pun bertukar menjadi bot yang membawa tourist bersiar-siar di sekitar tasik ala-ala cruise.
Ironinya, cruise ini di atas bekas sebuah kampung yang bernama Attabad yang telah pun tenggelam dan hilang dari muka bumi ini.
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...