Taiping baru saja menang anugerah bandar ketiga terbaik dunia baru-baru ni tapi tak lama lepas tu, ada orang luar yang tegur kawasan air terjun di negara kita dipenuhi dengan sampah sarap.
Ken Butler, seorang pelancong dari luar negara yang datang ke negara ini memuatnaik status di Facebook beliau yang menunjukkan kawasan air terjun di sekitar Kuala Lumpur dicemari dengan sampah sarap.
Keadaan tempat berkelah yang dipenuhi sampah sarap itu amat menyedihkan beliau dan menyeru supaya rakyat Malaysia berbuat sesuatu supaya keadaan itu boleh berubah.
Ads
Libur amat bersetuju dengan pandangan beliau. Rakyat Malaysia perlu berubah kearah yang lebih baik lagi terutamanya membabitkan soal kebersihan alam sekitar.
Banyak tempat-tempat pelancongan dan berkelah yang menarik tercemar dengan longgokkan sampah sarap daripada pengunjung yang datang bercuti.
Ads
Ads
Mentaliti dan sikap tidak bertanggungjawab ini seharusnya diubah supaya Malaysia terus kekal cantik dan bersih untuk keselesaan kita bersama.
Amalkan sikap pandai makan, pandai simpan dan jangan tinggalkan sampah sewaktu kita nak balik dari mana-mana lokasi percutian. Buang dalam tong sampah dan kalau tiada tong sampah, bawa sampah tu balik ke rumah dan buang dalam tong sampah di rumah. Tak kan la di rumah pun tiada tong sampah kan?
Jangna sampai orang luar yang kena tegur sikap pengotor kita. Tak tahu malu ke?!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Baru-baru ini ramai yang mengeluh dengan proses membuat pembaharuan passport yang terpaksa dibuat secara atas talian atau online. Sejak pihak Imigresen mengumumkan tiada lagi perkhidmatan secara walk in untuk renew passport dan dengan sistem baharu yang diperkenalkan membuatkan ramai kalut dan ada juga yang tidak berjaya.
Berkongsi panduan untuk renew passport, Ahmad Firdaus senaraikan cara-caranya berserta beberapa tip untuk diikuti supaya lebih tenang dan tidak kalut bila membuat pembaharuan passport secara dalam talian.
Ikuti perkongsiannya:
Akhirnya selesai urusan passport untuk seluruh keluarga. Saya kongsikan panduan supaya anda tak perlu kalut dan kusut macam saya.
Gambar ikut SPESIFIKASI (kena besarkan sebab banyak sangat kisahnya). Pastikan latar belakang putih, pakaian gelap dan JANGAN SCAN! Minta kedai gambar email atau masukkan dalam thumb drive.
RM 200 untuk dewasa atau RM 100 untuk kanak-kanak, OKU dan Warga Emas. Boleh guna FPX atau kad kredit.
4.Permohonan online ni sekejap sahaja boleh dapat maklum balas. Tak sampai 24 jam kita dah boleh semak di portal. Kalau email, lambat sikit nak dapat. Kalau Lulus, boleh terus ambil passport di Pejabat Imigresen yang kita tetapkan. Kalau di UTC Perak, saya nampak boleh walk in je. Tiada nombor khas diperlukan.
5.Kalau TAK lulus, tarik nafas dalam-dalam…it’s going to be a long and tedious journey. Antara sebab proses pembaharuan tergendala adalah gambar tidak ikut spesifikasi dan cap jari tiada dalam rekod.
6.Masalah utama nak siapkan passport adalah nak dapatkan nombor giliran untuk proses passport. Bila dah lengkapkan butiran gambar, cap jari dan pembayaran, laju je. Tak sampai satu jam boleh siap. Kalau macam di Ipoh, kena dua kali beratur. Satu untuk masuk UTC, lagi satu untuk ambil nombor giliran di Jabatan Imigresen. Tempat lain mungkin berbeza dari segi kaedah dan waktu operasi. Pastikan semak dahulu di laman web.
Tips tambahan dari saya:
1.Jangan buat last minute. Kalau boleh, sebulan awal dah rancang dah hari apa nak perbaharui passport.
2.Cari masa off peak. Minggu lepas saya pergi waktu cuti sekolah. Memang ramai Ya Amat. Harini, kurang sedikit orang nak kejar nombor giliran.
3.Kita nak beratur lama. Pastikan bawa kudap-kudap dan air. Bawa bahan bacaan. Nak lagi sedap, bawa kerusi lipat. Saya rasa macam ni kot rasa orang nak pergi konsert Billie Eilish.
4.Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada Pegawai yang melayan di kaunter. Bukan mereka yang putuskan untuk laksanakan kaedah yang rumit ini. Mereka pun manusia. Mereka pun penat. Kita nak orang senyum, tapi kita pula muka bengis. Ingat pesanan ini;
“Tak hensem takpe. Tak kaya takpe. Tak manja takpe. Asalkan beradab.”
**untuk kanak-kanak bawah 13 tahun, pastikan bawa sekali surat beranak dan MyKid.
Berita yang gembira untuk semua penumpang kapal terbang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila satu ruang solat di bahagian rooftopnya telah diubahsuai dan akan digunakan untuk kegunaan solat jumaat.
Selepas ini, penumpang yang sedang menunggu waktu penerbangan atau kakitangan yang berkerja di sana boleh menggunakan ruang solat itu bagi tujuan tersebut dan difahamkan inisiatif kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada akhir bulan Mei.
Baru-baru ini tular di rangkaian Whatsapp menunjukkan beberapa keping gambar kerja-kerja pembersihan dan persiapan akhir sedang dijalankan di ruang solat rooftop KLIA itu bersama mesej yang mendakwa ruang solat ini akan digunakan untuk solat jumaat pada 5 April 2019.
Walau bagaimanapun, pihak Malaysia Airport menafikan dakwaan tersebut kerana masih ada beberapa perkara akhir yang belum mendapat kelulusan.
Ruang solat itu dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada akhir bulan Mei selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah Sepang dan pihak Malaysia Airport akan membuat pengumuman segera berkenaan hal tersebut setelah kelulusan diterima.
Dalam pada itu, sejak Disember 2018, Malaysia Airport telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua dari KLIA dan dua lagi dari KLIA2 untuk kegunaan pengguna dari kedua-dua terminal penerbangan tersebut untuk menunaikan solat jumaah di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perkhidmatan bas ini bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga pukul 1 tengahari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Orang ramai yang mengunjungi Menara Alor Setar berpeluang menyaksikan keindahan dan pemandangan bandar raya ini pada ketinggian 105 meter menerusi bilik kaca ‘Star View’ yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Pembinaan bilik kaca itu diilhamkan daripada kejayaan dua bilik kaca yang terdapat di Menara Kuala Lumpur. Terdapat dua bilik kaca berwarna hijau dan kuning di Menara Alor Setar yang melambangkan warna bendera Kedah dibina dengan lantai kaca bersaiz empat meter persegi pada ketinggian 105 meter yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan Alor Setar.
Bilik kaca pertama atau Star View 1 yang berwarna hijau membolehkan pengunjung melihat keindahan panorama sawah padi dengan keindahan Gunung Keriang, manakala menerusi Star View 2 yang berwarna kuning pengunjung boleh melihat bangunan ikonik dan bersejarah seperti Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Nobat serta pemandangan sejauh ke Pulau Langkawi.
Pihak Menara Alor Setar juga telah menyediakan beberapa kemudahan lain seperti ruang menunggu dan lif hidraulik bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman baharu itu.
Setiap bilik kaca itu dapat menampung enam orang dalam satu masa dan setiap seorang hanya dibenarkan berada di dalamnya selama dua minit sahaja bagi membolehkan pengunjung lain turut mendapat peluang merasai pengalaman itu.
Star View ini bakal dibuka kepada pengunjung tidak lama lagi selepas ia dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dalam masa terdekat. Ketika ini Menara Alor Setar sedang giat mengadakan promosi kemasukan percuma ke dek pemerhati yang terletak pada ketinggian 88 meter bagi menggalak kedatangan pengunjung ke bangunan mercu tanda itu. Kemasukan percuma sehingga 31 Julai ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...