Hari ini, Marriott International mengumumkan pihaknya telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama IOI Properties Group, syarikat pembangunan hartanah terkenal bagi Tribute Portfolio hotel di Malaysia.
Di bwah perjanjian ini, Palm Garden Hotel yang memiliki sebanyak 151 buah bilik dijangka akan dijenamakan semula sebagai Marriot International’s Tribute Portfolio berikutan persefahaman strategik ini.
Jelas Ketua Pegawai Pembangunan Asia Pacific Marriot International, Paul Foskey, pihaknya berasa cukup teruja untuk membina kerjasama bersama IOI Properties Group bagi mengembangkan lagi portfolio mereka di Malaysia.
Ads
Manakala Timbalan Pengerusi Eksekutif IOI Properties Group, Lee Yeow Seng pula berkata segmen santai dan perkhidmatan hospitaliti bagi yang bakal diperkenalkan mampu memberikan kepuasan bertaraf antarabangsa kepada pengguna.
Ads
“Ia selari dengan strategi perniagaan kami untuk menawarkan kecemerlangan serta mencipta nilai tinggi untuk pemegang saham dan juga membangunkan komuniti yang mampan. Marriot International mempunyai reputasi yang cukup baik dalam memberikan servis berkualiti. Komitmen inilah yang mampu memberikan refleks yang cukup baik untuk kerjasama di antara IOIPG dan Marriot International,” tambahnya lagi.
Ads
Terletak di antara IOI Resort City Palm Garden Golf Club, hotelini bakal menyaksikan proses renovasi yang akan bermula dengan Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Gamuda Waterpark yang juga dikenali sebagai SplashMania ini terletak di Gamuda Cove, sebuah kawasan yang sedang pesat membangun di selatan Lembah Klang.
Merupakan taman tema air yang agak popular di Malaysia dan mempunyai lebih daripada 27 jenis tarikan berbeza yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Ini beberapa tarikan utama yang anda boleh cuba sekiranya berkunjung ke taman tema ini:
1. Shaka Whaka
Shaka Waka merupakan salah satu tarikan ikonik di GAMUDA Waterpark. Gelongsor air ini direka untuk memberikan gabungan keseronokan, ditambah lagi dengan visual yang luar biasa.
Dilengkapi dengan sistem pencahayaan LED interaktif yang bertukar warna di sepanjang gelongsor. Setiap bahagian gelongsor membawa sensasi yang berbeza, mencabar keberanian pengunjung dengan kelajuan serta selekoh yang mendebarkan.
2. Amazonia
Amazonia adalah salah satu tarikan utama di SplashMania yang menyerlah dengan reka bentuknya yang menyerupai kapal besar.
Bukan sahaja menyediakan pelbagai permainan air, tetapi juga mempunyai ruang kawasan untuk acara, dek DJ, dan pilihan makanan serta minuman.
Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di sini sambil menghayati suasana yang penuh dengan hiburan.
3. Ravage River
Ravage River menawarkan pengalaman yang lebih santai dengan aliran sungai yang membawa pengunjung merentasi pelbagai elemen interaktif.
Anda boleh berehat di atas pelampung sambil dibawa oleh arus air sambil menikmati kawasan sekeliling yang dihiasi dengan pemandangan yang menarik.
Bagi yang kurang gemar aktiviti yang mencabar, aktiviti ini sangat sesuai untuk anda!
4. Monsta
Monsta adalah gelongsor berkelajuan tinggi yang membawa pengunjung melalui sudut curam dan dinding melengkung sebelum ‘dihantar’ ke dalam mangkuk besar menuju ke kola.
Gelongsor ini sangat popular dalam kalangan pencinta adrenalin yang sukakan permainan ekstrim. Ia menawarkan pengalaman mendebarkan yang sangat mencabar namun penuh keseronokan.
5. Whoopa Loopa
Whoopa Loopa adalah merupakan gelongsor air interaktif yang pertama di Asia, menggabungkan permainan dengan cabaran fizikal.
Dengan kelajuan yang pantas dan laluan yang berliku, Whoopa Loopa adalah salah satu tarikan yang mesti dicuba oleh semua pengunjung yang mencari sesuatu yang unik dan inovatif.
6. Sky Leap
Sky Leap adalah salah satu tarikan paling mencabar dan mendebarkan di Gamuda Waterpark, di mana pengunjung boleh merasai lompatan bebas dari ketinggian 17.5 meter.
Tarikan ini bermula dari dek tertinggi kapal besar Amazonia, yang membolehkan anda melompat terus ke dalam air di bawah.
Pengalaman ini bukan sahaja memberikan keterujaan adrenalin yang maksimum, tetapi juga memerlukan keberanian untuk melompat daripada ketinggian yang sebegitu rupa.
7. Zoomi’s Runway
Zoomi’s Runway adalah zipline sepanjang 100 meter yang membolehkan pengunjung ‘terbang’ melintasi taman tema air ini.
Bermula dari dek kapal besar Amazonia, zipline ini membawa pengunjung meluncur di udara pada ketinggian yang cukup mengagumkan, memberi peluang untuk melihat pemandangan taman dari perspektif yang jarang diperoleh.
Lokasi
GAMUDA Waterpark atau SplashMania terletak di Gamuda Cove, sebuah kawasan pembangunan yang terletak berhampiran dengan bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA.
Dengan pelbagai tarikan yang menarik, kemudahan yang lengkap, serta lokasi yang mudah diakses, GAMUDA Waterpark atau SplashMania wajib ada dalam senarai kunjungan percutian anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau nak ke merasai pengalaman menjadi ‘cowboy’ di Texas, Amerika Syarikat tu mungking jauh sangat dan memerlukan kos yang tinggi. Harga tiket penerbangan sahaja menelan belanja beberapa ribu ringgit disamping jarak perjalanan berapa belas jam nak terbang ke Amerika Syarikat nun.
Jadi disebabkan kekangan tersebut, Eagle Ranch Resort membawakan kepada anda satu resort yang bertemakan ‘cowboy’ di Port Dickson, Negeri Sembilan! Dekat bukan? Anda dah tak perlu lagi bersusah payah ikat perut menahan belanja itu ini nak simpan duit ‘flight’ ke US. Cukup sekadar belanja beberapa ratus sahaja untuk sampai ke resort ni.
Nama bagi resort yang bekeluasan lebih kurang 32 ekar ini diambil bersempena dengan spesis burung helang yang banyak terbang di ruang udara resort berkenaan. Dek kerana lokasinya yang betul-betul bersebelahan dengan Teluk Kemang, menjadikan kawasan ini antara spot burung tersebut berterbangan.
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke resort berkenaan, anda akan dapat rasakan suasana ‘cowboy’ di sini. Pekerja di sini memakai seluar jeans dan berkemeja kotak-kotak di samping topi yang menjadi ‘trade-mark’ ‘cowboy’ tersebut.
Selain daripada itu, penginapan yang ada di sini juga tidak ketinggalan untuk dihias dengan sentuhan dan dekorasi ‘wild-wild-west’. Ada pelbagai pilihan bilik yang ditawarkan kepada anda dan setiap satunya mempunyai sentuhan ‘cowboy’nya yang tersendiri dan yang paling unik adalah khemah suku orang asal Amerika Syarikat iaitu khemah Red Indian.
Satu lagi penginapan yang menarik ditawarkan oleh Eagle Ranch Resort adalah rumah kampung di atas kolam. Sangat sesuai untuk anda yang datang dalam rombongan yang besar seperti percutian bersama keluarga atau reunion bersama kawan-kawan.
Bercakap soal reunion, ada pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Anda boleh menunggang kuda, berlumba go-kart, aktiviti sukan air, memanah, tali aras tinggi, rentas halangan atau flying fox. Bukan setakat reunion, kalau anda berminat untuk melakukan kursus seperti team building pun boleh di Eagle Ranch Resort.
Makanan yang disediakan di sini juga sedap dan menyelerakan untuk santapan tekak anda. Yela, sekalipun berangan nak jadi ‘cowboy’, tekak tu masih lagi selera Malaysia. Sure akan cari gulai lah! Tak kan anda cari fish & chip punya. Hahaha. Chef yang bertugas di sini mempunyai air tangan yang boleh diberikan pujian terutamanya apabila beliau masak kuew teow goreng kerang. Memang sedap.
Kepada anda yang berkeinginan untuk datang ke Eagle Ranch Resort, klik pada link yang Libur berikan di atas dan jangan lupa untuk request kepad chef, kuew teow goreng kerang special!
INFO RESORT
Eagle Ranch Resort
Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan www.eagleranch.com.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perlis sebuah negeri yang kecil dan terletak di utara semenanjung. Walaupun kecil tetapi banyak tempat menarik boleh dilawati di sini.
Dan melihat trend terkini, pihak pelancongan di Perlis turut mengambil kesempatan memperkenalkan tarikan terbaru bercuti di negeri Indera Kayangan ini.
Sedang mempromosikan Semi Glam Camping, di mana aktiviti perkhemawan ini ditawarkan dengan pelbagai kemudahan menarik.
“𝗦𝗘𝗠𝗜–𝗚𝗟𝗔𝗠 𝗖𝗔𝗠𝗣𝗜𝗡𝗚” 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦
Kini, muncul satu lagi trend terbaru dalam sektor perkhemahan iaitu “Glamourous Camping” ataupun dikenali sebagai “Glamping” yang begitu digemari oleh golongan muda yang serba trendy dan moden.
Glamping hadir dengan suasana perkhemahan biasa dan konvensional namun menawarkan kemudahan dan layanan yang lebih baik seperti pakej penyediaan khemah, makanan dan lain-lain di lokasi perkhemahan yang sangat indah dan cantik.
Pelancong yang memilih untuk berkhemah dengan konsep ini tidak perlu lagi membawa peralatan perkhemahan. Pihak penyedia perkhidmatan akan menyediakan segala fasiliti perkhemahan untuk anda menikmati perkhemahan ala “hipster dan glamping” ini.
Perkhemahan ini tidak lengkap tanpa tawaran aktiviti outdoor yang fun dan menarik seperti BBQ dinner, night trekking dan jungle trekking, cave exploring, team building, camp fires, bermain pelbagai jenis fun games untuk dewasa dan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja turut dilakukan , berendam dan mandi sungai, cycling dan berkaraoke dengan pemandangan dan suasana alam semulajadi yang begitu mendamaikan!
Kini pihak Histourism – History & Tourismtelah penyediakan pakej “perkhemahan semi glamping dan hipster” kepada anda semua dan ianya merangkumi semua peringkat umur.
Pakej termasuk penyediaan khemah, makanan, guide untuk eksplorasi gua, surat kebenaran polis, jabatan hutan serta insurans. Bagi anda yang berminat dengan aktivi-aktiviti outdoor, hubungi pihak mereka sekarang untuk info-info yang lebih lanjut dan menarik.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...