Masuk Free ke Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) Mulai 1 Mac 2019 Ini

Share

Ada berita baik untuk anda yang gemar mengunjungi Taman Tema di dalam negara. Bermula 1 Mac 2019, para pengunjung tidak lagi perlu membayar tiket masuk ke Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS). Perkabaran menarik ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Perak sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber Foto: klook

“Taman tema ini dibuka secara percuma kepada orang ramai untuk datang beriadah di sini. Cuma anda hanya perlu membayar jika mahu menggunakan fasiliti serta makan dan minum. Saya percaya dengan cara ini, tempat ini akan menerima lebih ramai pengunjung khususnya daripada Bandaraya dan seluruh Perak, sekali gus akan memeriahkan lagi MAPS ini,” kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber Foto: maps

Pengunjung hanya perlu membayar bagi mendapatkan kupon untuk mereka merasai kesemua tarikan yang ada di dalam taman tema tersebut.

Selain kupon yang berharga serendah RM3, para pengunjung berpeluang untuk mendapatkan MAPS Passport dengan harga RM80 dan MAPS Infinite dengan harga RM145.

Sumber Foto: maps

Waktu operasi MAPS juga diubah pada jam 4 petang sehingga 12 malam bagi hari Isnin, Selasa dan Khamis manakala, bagi hari Jumaat dan hujung minggu, MAPS akan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam

IKLAN