Tidak rugi pun seandainya setiap orang berusaha mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa utama di dunia. Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.
Menurut kajian pakar bahasa, terdapat lebih 6,500 bahasa di seantero dunia ini. Namun kajian yang dijalankan oleh NVTC dan Foreign Service Institute, antara banyak-banyak bahasa yang ada di dunia, Bahasa Jepun adalah bahasa yang paling sukar untuk dipelajari oleh sekumpulan penceramah yang memahami Bahasa Inggeris. Diikuti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, dan kemudian Bahasa Korea.
Tetapi kalau diikutkan di negara kita, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin ramai yang berjaya menguasainya dengan begitu baik.
Kalau anda individu yang dapat menguasai 4 bahasa paling susah ini, kira memang anda ‘power ‘ la! Kelebihan menguasai bahasa asing boleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam alam pekerjaan. Kelebihan tersebut membolehkan individu itu menceburkan diri dalam kerjaya seperti penterjemah atau sebagai jurubahasa dalam bidang kehakiman mahupun sektor pelancongan. Gaji jangan cakap la, orang luar yang mahir bertutur dalam bahasa tempatan memang sentiasa mendapat permintaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kita semua pasti tertanya-tanya. Bila agaknya kita akan dapat kembali normal dan mengembara ke setiap pelosok dunia. Pandemik yang kini masih menghantui masyaakat global seakan ada bharapan baharu dengan pengenalan vaksin.
Negara kita bakal menyaksikan pengedaran suntikan vaksin bermula pada tahun ini. Semoga inilah harapan baharu kita untuk kembali kepada kehidupan seperti dahulu.
Ramai mungkin sudah berkira-kira ingin melancong ke luar negara. Tapi salah satu perkara tidak digemari ramai bila menaiki pesawat perjalanan jauh adalah bila berdepan ‘jet lag’ hingga boleh menyebabkan sakit kepala.
Ikuti beberapa tip dari Libur untuk elak perkara ini berulang
1. Laraskan tidur anda ke zon masa yang anda memasuki.
2. Apabila membuat perjalanan dengan si kecil, membawa banyak hiburan. “Apabila saya bersama anak saya, saya akan membawa buku dan permainan. Kami akan bermain sehingga dia tidur,”
3. Untuk mengelakkan jet lag, elakkan alkohol.
4. Minum banyak air untuk membantu badan anda kekal terhidrat
5. Pakai pakaian yang selesa apabila anda terbang. “Saya lebih suka T-shirt dan seluar jeans.”6. Ambil masa untuk menikmati penerbangan anda dengan membaca buku, menonton filem, periksa e-mel dan tidur7. Makan dengan teratur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kita semua harus akui dan terima, entah bila lagi kita akan berpeluang untuk makan angin atau melancong. Apatah lagi luar negara, merentas negeri pun nampaknya masih jauh lagi dari jangkauan kita.
Namun usah gusar. Pastinya kita akan berpeluang untuk melakukan itu semua dengan syarat semua pihak berganding bahu sama-sama membantu barisan hadapan membendung penularan wabak sedang melanda ini. Cara terbaik, daftar dan dapatkan suntikan vaksin!
Buat anda yang berkira-kira dan merancang untuk melancong selepas ini, mungkin sudah banyak lupa akan tip terutamanya bila berada di tempat orang. Usah risau, LIBUR akan kongsi 10 tip menarik untuk kita sama-sama ‘ulang kaji pelajaran’!
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda selalu travel naik kapal terbang tak kira sama ada penerbangan domestik mahupun antarabangsa? Jika ya, jadi anda perlu ambil tahu bila hari dan masa tiket penerbangan akan dijual pada harga murah.
Ambil tahu mengenai hari dan masa tiket penerbangan dijual dengan harga murah dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelancongan anda dan sikap tak ambil endah untuk tahu perkara ni bakal merugikan anda satu hari nanti.
Untuk tahu hari dan masa yang murah bagi mendapatkan tiket penerbangan, menurut Skyscnanneradalah pada pukul 5 pagi pada hari anda membuat tempahan manakala untuk mendapatkan penjimatan yang lebih bagi penerbangan domestik adalah pada hari Selasa dan penerbangan antarabangsa adalah pada hari Rabu.
Selain dari pada hari dan masa, bulan yang paling murah untuk membuat tempahan penerbangan domestik adalah pada bulan Januari diikuti dengan bulan Februari dan Ogos. Bagi penerbangan antarabangsa pula, tempahan penerbangan bulan Oktober dan April adalah bulan yang paling sesuai bagi mendapatkan harga tiket yang murah.
Jadi, jangan tunggu lagi untuk merancang percutian anda lebih awal supaya penjimatan dapat dilakukan semasa membeli tiket penerbangan. Tip yang berguna untuk anda semasa membeli tiket penerbangan – penerbangan domestik sebaiknya dibeli tiga minggu lebih awal manakala penerbangan antarabangsa pula anda perlu memperuntukkan lima hingga enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan anda.
Dengan langkah-langkah penjimatan ini, diharap anda dapat membeli tiket seterusnya merealisasikan impian anda untuk melancong ke destinasi idaman. Semoga berjaya!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...