Kita semua harus akui dan terima, entah bila lagi kita akan berpeluang untuk makan angin atau melancong. Apatah lagi luar negara, merentas negeri pun nampaknya masih jauh lagi dari jangkauan kita.
Namun usah gusar. Pastinya kita akan berpeluang untuk melakukan itu semua dengan syarat semua pihak berganding bahu sama-sama membantu barisan hadapan membendung penularan wabak sedang melanda ini. Cara terbaik, daftar dan dapatkan suntikan vaksin!
Buat anda yang berkira-kira dan merancang untuk melancong selepas ini, mungkin sudah banyak lupa akan tip terutamanya bila berada di tempat orang. Usah risau, LIBUR akan kongsi 10 tip menarik untuk kita sama-sama ‘ulang kaji pelajaran’!
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Ads
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
Tripadvisor – Anda boleh mencari ulasan tentang apa-apa sahaja sama ada restoran kecil mahupun kawasan yang terkenal dan bertaraf tinggi.
Foursquare – Laman sesawang dan aplikasi yang sangat membantu. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi terbaik untuk berseronok, menikmati makanan tempatan yang mengenyangkan dan sebagainya.
Yelp – Yelp berfungsi lebih kurang sama dengan Foursquare tetapi ia lebih mengkhusus kepada restoran dan juga kafe.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
Ads
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
Ads
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hari tu gambar di Perlis dan Terengganu, kali ni gambar destinasi di Selangor pula jadi pilihan Apple. Pemilik foto tersebut dikenali sebagai Muhammad Faris Danial Mohd Faizal
Foto pemandangan sawah padi yang dimuat naik hanya sekadar suka-suka ini berjaya mencuri tumpuan syarikat teknologi Apple sehingga ia dipilih untuk ditampilkan di laman Instagram rasmi syarikat itu. Lebih membanggakan, foto tersebut juga mendapat lebih 200,000 tanda suka dan turut menerima ribuan komen daripada pengikut Instagram syarikat gergasi itu.
Menerusi sumber astroawani, ini merupakan kedua gambar kedua remaja berusia 19 tahun itu ditampilkan dalam akaun rasmi Apple. Terdahulu, gambarnya ada ditampilkan secara kompilasi bersama jurufoto lain. Pada 15 September 2020 lalu, Apple sekali lagi menghantar satu email kepada dia untuk meminta kebenaran bagi menampilkan gambar tersebut.
Gambar tersebut diambil semasa dia dan keluarganya sedang bercuti di Sabak Bernam, Selangor pada 17 Julai 2020 lalu. Gambar itu diambil menggunakan iPhone XR ketika itu matahari mula terbenam dan dia rasa ia adalah waktu yang cantik untuk mengambil gambar.
Cayalah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap tahun kebanyakkan syarikat penerbangan akan memberikan tawaran dan diskaun hebat kepada pelanggan sebagai tanda penghargaan.
Bukan itu sahaja, ketika dunia sedang ‘berperang’ dengan isu COVID-19, banyak operasi syarikat penerbangan terjejas kerana penumpang tidak mahu melawat ke destinasi berisiko. Ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan terpaksa membuat pelbagai tawaran istimewa agar masih ada pengguna menggunakan khidmat mereka.
Seronok bukan? Mana tidaknya, selalunya harga tiket melambung tinggi, dengan adanya diskaun potongan yang ‘tidak masuk akal’ dan sangat jimat secara tidak langsung memberi peluang kepada kita untuk singgah ke destinasi baru. Walau bagaimanapun, sebelum anda membuat keputusan untuk menempah tiket penerbangan tersebut, selidik terlebih dahulu beberapa perkara.
Perkongsian daripada Qurratu Johari ini diharap membantu anda.
Banyak promo airlines buat sekarang. Tambang memang murah sangat-sangat tapi jangan lupa pertimbangkan dahulu:
1. Tarikh terbang – pastikan anda dah buat kajian berkenaan dengan cuaca dan musim bagi yang berkaitan. Off season memang murah tapi pastikan berbaloi ke tak dengan tempat2 menarik yang korang dah Google.
2. Berbaloi tak dengan risiko ancaman kesihatan dunia sekarang – Covid 19 ni lain dari yang lain. Walaupun kita masih boleh sembuh (bergantung kepada ketahanan badan masing-masing), tapi cara berjangkit (merebak) terlalu mudah dan sangat berisiko bagi yang rendah imunisasi, ibu mengandung, kanak-kanak, orang tua.
3. Jangan ikot trend / orang lain – orang lain pi korea aku pun nak pi korea tapi kajian tak buat. Kalau duit kepuk-kepuk tak mengapa, tapi yang kena menyimpan, pastikan berbaloi ke tak.
Kalau tujuan nak ambik gambar INSTA WORTHY je, baik tak yah la. Travel negara yang berisiko tinggi ni sangat tak digalakkan terutamanya bila niat hanya sekadar mengikut trend.
4. Periksa terms & condition – isu refund sangat penting ye so pstikan korang faham…
5. Pertimbangkan insurans – sebaiknya ada insurans terutamanya bila risiko kena penyakit berjangkit agak tinggi. Sekarang demam selsema biasa harus dipandang serius dengan isu influenza dan Covid 19, kemudian kos rawatan luar negara, tak yah cakaplah. Tiada kerajaan yang nak bagi servis kesihatan free kepada orang luar.
banyak promo airlines buat sekarang…tambang memang murah sangat2 tapi jangan lupa pertimbangkan dahulu:1. tarikh…
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...