Kalau nak bercuti dengan suasana kampung dan banyak aktiviti boleh buat, datanglah Homestay Kampung Pak Ali. Reka bentuk rumahnya yang unik, macam dulu-dulu sangat!
Nak tahu apa yang menarik di Homestay Kampung Pak Ali, jom baca perkongsian saudara Hazwan Hafiz dulu, sejauh mana enjoy ikut pengalamannya.
Homestay Kampung Pak Ali Di Melaka
Inap desa bercirikan rumah kampung tradisional di Homestay Kampung Pak Ali, betul-betul di tepi Lebuhraya AMJ.
Kalau dari bandar Melaka menghala ke Merlimau, homestay ini berada di sebelah kanan jalan. Boleh nampak papan tanda besar ‘Kampung Pak Ali’.
Inap desa Kampung Pak Ali merangkumi bermacam jenis pilihan rumah mengikut kesesuaian. Rumah kampung ada, bilik single dan kelamin pun ada. Bilik jenis dorm pun ada.
Ads
Siap ada restoran masakan barat, KPA Grill di kawasan homestay. Sesuai nak mai dinner ka apa sebab petang baru dibuka. Di sebelah restoran ni terdapat kolam renang, anak-anak paling syok!
Boleh Keluar Ke Bandar, Dekat!
Tak nak makan di restoran homestay? Boleh keluar makan di Umbai. Tak jauh pun dari sini, lebih kurang 5KM ja. Untuk ke bandar Melaka pula mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Homestay Kampung Pak Ali sangat sesuai untuk buat hari keluarga. Macam-macam aktiviti suka neka boleh dibuat dengan halaman yang luas.
Ads
Boleh main sepak raga, memanah, ping pong, karom, semuanya disediakan percuma oleh pihak homestay.
Waktu malam paling cantik dan meriah di tepian kolam renang dengan lampu-lampu yang banyak menerangi kawasan sekitar restoran. Sangat disukai oleh budak-budak OOTD.
Ads
Nak sambut hari jadi pun boleh juga diadakan di sini. Suasana yang ‘happening’ & meriah dengan konsep ‘open air’.
Jangan lepaskan peluang untuk menginap di Homestay Kampung Pak Ali kalau datang ke negeri Melaka. Anda pasti tak akan menyesal!
Lokasi:
Homestay Kampung Pak Ali, Batu 12, Lebuh AMJ, Simpang Tiang Dua – Paya Dalam, Kampung Bukit Durian, Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Industri penerbangan dijangka kembali normal pada tahun 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.
“Saya rasa itu akan dapat diselesaikan menjelang September atau Oktober apabila kita membenarkan perjalanan rentas negeri dan beberapa penerbangan antarabangsa,” kata beliau semasa webinar mengenai “Communication Organisational Change Across Culture” hari ini.
Webinar ini dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. – Bernama
Semalam dunia digemparkan dengan kejadian di Jepun apabila Taufan Hagibis melanda negara matahari terbit itu. Ribut taufan yang dikategorikan sebagai ‘besar dan amat kuat’ itu yang pertama melanda Jepun sejak dari tahun 1991.
Beberapa jam sebelum ribut taufan itu melanda Jepun, telah tular di media sosial langit Jepun yang bertukar menjadi ungu, seolah-olah memberikan alamat bahawa satu bencana yang amat besar akan terjadi.
Video ni menunjukkan langit Jepun bertukar ungu beberapa jam sebelum Taufan Hagibis melanda.
Dikategorikan sebagai ribut taufan yang sangat dahsyat, Taufan Hagibis menjejaskan ratusan ribu penduduk di Jepun dan memusnahkan banyak harta benda seperti rumah, kenderaan, kapal, kereta api laju, lapangan terbang dan sebagainya.
Melalui laporan berita antarabangsa, dianggarkan lebih 600,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat dan terkini, angka korban akibat ribut taufan itu telah mencecah seramai 35 orang.
Selain daripada mangsa yang terkorban, dianggarkan hampir 20 orang masih hilang sehingga kini.
Untuk pengetahuan anda, Taufan Hagibis yang melanda Jepun itu bergerak pada kelajuan 216 kilometer per jam. Anda bayangkan angin dicampur dengan hujan yang berpusar menghempas tingkap, pintu dan dinding rumah anda selaju itu. Pasti ianya satu pengalaman yang paling ngeri pernah kita rasakan.
Di sini, Libur kongsikan kepada anda kompilasi gambar-gambar yang berjaya dirakamkan di Jepun selepas ribut Taufan Hagibis itu melanda beberapa kawasan sekitar Jepun.
Jika kita lihat, kemusnahan yang berlaku bukan biasa-biasa. Sama-sama kita doakan semoga rakyat Jepun kembali pulih seperti sediakala.
Pernah berkunjung ke Melbourne sebelum ini, memenuhi jemputan AirAsia X Rediscover Melbourne 2022 memberikan peluang kepada saya untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke negara kangaroo ini. Jika sebelum ini saya ada berkongsi tentang tempat-tempat yang saya dan team media lain kunjungi, ini pula sambungan ke destinasi lain yang tak kurang hebatnya.
Hari kedua sudah mula, kami bersarapan di kafe berhadpan hotel. Cafe’Go menyajikan hidangan sarapan ‘mat saleh’ yang tidak asing bagi orang Malaysia. Laju sahaja masing-masing membuat pesanan.
Dan kerana kami akan memulakan perjalanan yang agak jauh jadi setelah bersarapan kami bergerak untuk menaiki cruise menuju Seorrento.
Queenscliff-Sorrento Feri
Perjalanan selama 35 minit untuk ke jeti Queenscliff dan perjalanan di atas cruise selama 90 minit kami gunakan untuk melihat pemandangan indah Victoria. masa selama 45 minit perjalanan feri dari Queenscliff ke Sorrento, katanya kalau bernasib baik boleh nampak ikan lumba-lumba. Namun semuanya bergantung kepada nasib kerana mereka merupakan habitat liar dan bukan dipelihara. Walau apa pun pengalaman menaiki feri sememangnya cukup menarik sambil menikmati pemandangan indah Port Philip Bay.
MENYUSURI MILLIONAIRE’S WALK
Turun dari Cruise kami dibawa ke Sorrento. Kawasan elit yang menempatkan rumah-rumah serba mewah menghadap laut yang terkenal dengan nama Millionnaire’s Walk. Menyusuri laluan ‘Millionnaire’s Walk’ melalui kawasan belakang rumah-rumah mewah yang indah sambil melepaskan pandangan ke laut lepas memang melekakan. Bunga-bunga liar yang menghiasi laluan menjadikan suasanan sangat indah.
ARTHURS SEAT EAGLE (GONDOLA RIDE)
Sorrento dan rumah mewah kami tinggalkan untuk ke Arthurs Seat Eagle, salah satu lokasi perlancongan wajib datang di Melbourne. Menaiki gondola berkonsep terbuka memang lain daripada yang lain. Dari ketinggian gondola bermula, kita akan dapat melihat pemandangan indah Mornington Peninsula dan Port Philip. Oh ya dari gondola juga kita boleh nampak sayup jauh di sana bandar Melbourne. Jika membawa keluarga dan anak-anak, pastinya pengalaman akan menjadi antara memori terindah buat mereka.
MEMANJA DIRI DI PENINSULA HOT SPRINGS
Hot Spring, Kolam air panas mungkin akan memberikan gambaran pertama yang biasa-biasa bagi orang kita. Tetapi segalanya amat berbeza di sini. Dalam cuaca yang sejuk 11’C, kami dibawa untuk memanjakan diri di Peninsula Hot Spring . Bukan kolam air panas biasa. Bagi saya ia sangat istimewa. Dengan lanskap yang indah, sangat berbaloi dikunjungi apa lagi kolam air panas ini telah memenangi anugerah ‘ Best Natural Hot Spring and Spa’ .
Menyediakan lebih 50 kemudahan dan pengalaman spa, anda boleh pilih kemudahan mandi dari kolam air panas, reflexology walk, Turkish hamam, dan kolam di atas bukit dengan pemandangan 360′ darjah Mornington Peninsula. Bukan itu sahaja, ada juga kemudahan seperti geothermal pool, ice cave, sauna, kafe, pentas untuk majlis-majlis rasmi dan wellness centre.
Apa yang boleh saya katakan kawasan ini menjanjikan pengalaman paling istimwa dan kerana itulah walau hujan turun renyai-renyai, kami tetap tidak mahu melepaskan peluang menikmati pengalaman mandi di kolam air panas dan masuk ke gua ais. Jika berpeluang, anda juga patut mencuba kerana bakal menjanjikan pengalaman yang sangat best!
Penisular Hot Spring kami tinggalkan untuk ke penginapan seterusnya. Rye Hotel yang mengetengahkan konsep suites yang mengeliling kolam menyediakan bilik yang sangat luas dan selesa apa lagi bila perlu duduk sendirian. Selesai mandi, kami bersiap lagi untuk makan malam. Kali ini kami dibawa ke Intercontinental, Soreento.
MAKAN MALAM DI DI THE ATRIUM
Masuk ke ruang dalam The Atrium at Intercontinental, Sorrento. yang serba mewah sememangnya sangat menarik. Hiasan dalam yang moden memberikan mood yang lebih segar dan mengujakan.
Kami terus ke meja yang telah disediakan. Memilih menu dan makan dengan penuh khusyuk. Maklum sahaja kalau lepas berendam, perut pastilah menjerit kelaparan. Semua makanan sedap dan saya memilih hidangan ikan salmon. Segar dan sedap sekali. Selesai makan malam kembali ke hotel untuk berehat.
Malam itu kami tidur cepat kerana awal pagi kami perlu bertolak ke Melbourne. Esoknya kami bersarapan di hotel. Segar selepas menghirup secawan kopi dan bersarapan ala-barat. Kami kemudian bergerak kembali ke Kota Melbourne.
Apa aktiviti dan lokasi kami seterusnya? Jangan lupa ikuti catatan siri ke-3 menampilkan keseronokan menjelajah kota Melbourne. Menyaksikan teater Harry Porter di Princess Theatre Melbourne. Juga menyusuri sepanjangan jalan-jalan yang dihiasi bangunan cantik sehinggalah ke lorong-lorong seni yang menampilkan lukisan hebat dan luahan rasa anak-anak seni sehingga menjadi antara lokasi street art terbaik di dunia.
Catatan: Ida Abd Aziz
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...