Menonton Filem Dalam Kenderaan Dah Dapat ‘Green Light’. Stay Tune Rakyat Malaysia!

Share

Trend menonton wayang dan filem kegemaran dari dalam kereta sudah lama dipraktikkan di luar negara.

Di Korea Selatan, sistem menonton wayang sebegini sudah lama di guna pakai. Malah di kota Paris juga banyak syarikat menjalankan perniagaan tersebut sehingga mereka menemui cara baru ketika musim COVID-19 ini iaitu memperkenalkan wayang atas air, dimana penonton boleh menonton filem kegemaran dari atas bot masing-masing.

Foto: Google Image

Malaysia juga tidak terkecuali dan bakal mewujudkan ‘drive in cinema’. Pandemik COVID-19 menyaksikan banyak norma-norma baharu dalam kehidupan diamalkan termasuklah daripada aspek aktiviti sosial. Disebababkan itu, menonton wayang dari dalam kereta telah dicadangkan dek kerana adanya penjarakan sosial antara penonton.

Hasrat rakyat negara ini untuk menonton filem di dalam kenderaan hampir menjadi realiti apabila kerajaan telah membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk (drive-in cinema).

 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing. Selain itu, SOP yang perlu dipatuhi adalah penjualan makanan dibuat dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru). Petugas Rela juga mungkin perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti tersebut bagi rujukan semua operator yang terlibat.

Sumber: Bernama

IKLAN