Merujuk kepada pengesahan seorang pegawai daripada Tourism Malaysia, salah satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) positif COVID-19.
Adalah dimaklumkan bahawa selepas siasatan pengesanan kontak dijalankan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri BUKAN dan tidak ada kontak langsung (direct contact) dengan pegawai yang telah disahkan positif COVID-19 tersebut.
Ads
Ads
Merujuk kepada pengesahan seorang pegawai daripada Tourism Malaysia, salah satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) positif Covid-19. Adalah dimaklumkan bahawa selepas siasatan pengesanan kontak dijalankan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri BUKAN dan TIDAK ADA kontak langsung (direct contact) dengan pegawai yang telah disahkan positif COVID-19 tersebut.
Ads
Perkara ini juga telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk makluman, YB Dato’ Sri Hajah Nancy telah mengambil inisiatif proaktif dan menjalani ujian swab pada jam 5.15 petang semalam (25 November 2020), hasil keputusan ujian swabyang telah dilakukan itu adalah negatif.
Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau akan menjalani satu lagi ujian swab pagi ini.Bagi menangani penularan wabak pandemik Covid-19, bangunan MOTAC di Putrajaya telah pun disanitasi pegawai Kesihatan pada petang semalam dan semua pegawai dan kakitangan MOTAC yang bertugas di bangunan MOTAC Putrajaya diarahkan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah berkuatkuasa 26 November 2020.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ikan Bayan, warnanya biru dan sangat menarik. Tetapi pengguna disaran agar tidak membeli dan memakan ikan biru di pasaran kerana ia akan mengganggu ekosistem terumbu karang laut.
Ikan bayan, atau dipanggil ‘parrotfish’ adalah spesis yang memakan lumut dan rumpai sekitar terumbu karang, menurut laman Facebook kesihatan Public Health Malaysia. Tanpa kehadiran ikan ini, rumpai laut yang merimbun akan menyebabkan terumbu karang terlindung dari cahaya matahari dan seterusnya menyebabkan kematian batu karang.
Kajian dari Institut Oceanografi Universiti California mengesahkan bahawa apabila semakin banyak spesis ikan pemakan alga seperti ikan bayan, karangan laut akan tumbuh dengan lebih cepat.
Sumber dari Fii Tee:
Tolong elakkan beli, makan dan tangkap Parrotfish (Scaridae) ataupun nama melayunya Ikan Ketarap/Bayan. Selalu nampak ikan ni dijual di pasar basah. Ya, memang ada yang kata ikan ini sedap tapi, parrotfish ni semakin lama semakin berkurang dan ianya adalah antara ikan terpenting di ekosistem terumbu karang. Bila berlakunya boikot, maka tiada lagi pihak yang akan menjualnya.
Ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup. Rumpai laut adalah antara penyebab utama kematian batu karang (rumpai akan bersaing bersama zooxanthellae yang hidup di batu karang bagi mendapatkan cahaya matahari). Dan jika rumpai ini tidak dimakan oleh ikan (parrotfish), maka batu karang akan mati.
Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang dan lalu boleh mengakibatkan menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati.
Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral. Dan hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir. Dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya! Bayangkan betapa banyaknya pasir akan diperolehi jika ikan ini tidak diganggu. Maybe boleh membantu mengurangkan hakisan pasir.
Sudah tibanya pelbagai pihak menyuntik kesedaran kepada nelayan untuk tidak lagi menangkap ikan ini. Banyak lagi ikan di luar sana, tolong biarkan ikan comel ini hidup di terumbu karang. Terumbu karang memerlukan mereka untuk terus hidup dan terus berkembang demi ekosistem laut yang sihat.
Info kredit: http://www.talkaboutfish.com/red-fishes-basses…/parrotfish https://blogs.iadb.org/caribbean…/en/red-snapper-maybe/
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jenama kopi kedua terbesar di dunia, Costa Coffee yang sentiasa mendapat tempat di hati penggemar kopi Eropah*, mengumumkan pelancaran kopi layan dirinya di Malaysia berikutan percubaan yang berjaya dijalankan dengan Shell sebelum ini. Pelancaran ini menyaksikan pembukaan 200 Costa Coffee layan diri yang beroperasi di cawangan-cawangan Shell Select dalam 12 bulan akan datang dengan pembukaan lebih lagi lokasi.
Konsep kopi layan diri terkini Costa Coffee ini diperkenalkan oleh syarikat reka bentuk Itali, Pininfarina yang masyhur dengan kereta model Ferrari klasiknya. Setiap Costa Coffee layan diri ini menawarkan adunan istimewa Costa Coffee, Mocha Italia segar. Dengan lebih dari 200 kombinasi kopi, peluang untuk pelanggan mendapatkan minuman kegemaran mereka; dari menambah susu segar sehinggalah memilih sirap berperisa.. Buat pertama kalinya, penggemar kopi di Malaysia juga akan turut berpeluang untuk menikmati minuman sejuk secara eksklusif dari Costa Coffee layan diri.
Costa Coffee kini terkenal seiring peneraju-peneraju kopi terhebat dunia yang berpengalaman sejak ia ditubuhkan pada tahun 1971. Costa Coffee bersemangat dalam memperkenalkan kehebatan kopinya secara besar-besaran kepada pasaran global dengan pelancaran Costa Coffee layan diri di Malaysia yang memperkuatkan komitmennya sebagai jenama yang memberi keterujaan serta keinginan pelanggan-pelanggannya untuk menikmati secawan kopi yang lazat.
“Gabungan mantap Shell dan Costa ini seiring dengan misi Shell untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami. Kini pelanggan dan penggemar kopi boleh menikmati kopi berkualiti pada bila-bila masa sahaja; dan kami harap rakyat Malaysia akan mengunjungi Shell Select untuk merasai kemudahan yang kami sediakan sambil menikmati Costa Coffee,” ujar Shairan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd .
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dikenali sebagai kota metropolitan, Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai lokasi moden dan tradisi menarik selain kaya dengan budaya makanan yang pelbagai serta menjadi syurga buat penggemar membeli-belah untuk diterokai.
Lihat sahaja pelbagai destinasi menarik yang tersergam indah seperti Kampung Baru, Taman Tugu, Taman Tasik Titiwangsa, Menara Kuala Lumpur, KL Bird Park, Pusat Sains Negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Petaling Street.
Namun, ibu negara Malaysia yang pernah sunyi dan sepi seketika akibat pandemik COVID-19, kini bangkit semula menerima kedatangan pelancong domestik selari dengan saranan kerajaan yang menggalakkan percutian dalam negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa. Sehubungan itu, pelbagai inisiatif dilakukan peserta industri pelancongan bagi merancakkan kembali industri dengan menawarkan kombinasi pelbagai makanan, budaya dan alam sekitar yang menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri 'turun padang' untuk berkolaborasi dengan pemain industri dalam memperkenalkan pelbagai tawaran yang menarik khas buat warga kota bagi merancakkan pasaran pelancongan domestik. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya bertindak sebagai penyokong kepada penggiat industri pelancongan di Kuala Lumpur dalam mempromosikan setiap inci kota metropolitan ini kepada masyarakat.
"Rakyat Malaysia selalu berpandangan yang mereka tahu secara menyeluruh (tentang Kuala Lumpur) tetapi hakikatnya terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang masih kita tidak tahu akan kewujudannya. Contohnya, Saloma Link Bridge yang tersergam indah dan telah siap dibina, malah masih ramai yang belum mengetahui inisiatif DBKL yang mengindahkan lorong-lorong belakang di sekitar Bukit Bintang yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong menghargai lokasi terbiar," katanya.
Platform media sosial dan penggunaan teknologi maklumat akan menjadi 'senjata' utama dalam menyusun strategi bagi mempromosikan Kuala Lumpur. DBKL bercadang mengembangkan penggunaan teknologi dengan melaksanakan Kuala Lumpur Augmented Reality Trail bagi mendapatkan maklumat berkaitan sejarah serta tempat-tempat menarik di ibu kota. Usaha ini akan menjadi medium baharu dalam penyampaian kepada pelancong.
Bagi membantu sektor itu bangkit semula, MOTAC menerusi Tourism Malaysia akan memperkukuh inisiatif di bawah pelancongan domestik melalui kempen Cuti-Cuti Malaysia. Justeru, kerajaan negeri dan pemain industri dalam sektor pelancongan serta kebudayaan khususnya digesa agar memastikan perkhidmatan serta produk yang ditawarkan berkualiti tinggi, terutama mengenai keselamatan kesihatan dan kebersihan
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Tengah, Mohd Izal Mohd Nor pula menyeru orang ramai agar merebut peluang untuk bercuti dalam negara berikutan pelbagai tawaran hebat disediakan daripada pemain industri pelancongan selepas teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.
Keputusan kerajaan membenarkan pelancongan domestik memberi peluang kepada kebanyakan pemain industri menawarkan pakej pelancongan dengan potongan harga yang menarik. Ini adalah masa yang tepat untuk bercuti dengan peluang merasai pelbagai pakej pelancongan bertaraf 'kayangan' pada harga murah. Justeru, orang ramai perlulah mengambil peluang ini untuk menikmatinya walaupun hanyalah sekadar bermalam di hotel. Malah, kesediaan pemain industri memberi diskaun luar biasa itu mampu merancakkan kembali sektor pelancongan setelah negara terkesan dengan COVID-19.
Kesediaan hotel bertaraf lima bintang menawarkan pakej atau harga istimewa adalah bersifat sementara demi memanfaatkan pelancong domestik dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP). Dengan keadaan sempadan negara yang masih belum dibuka, banyak hotel mewah mengambil peluang menawarkannya kepada pelancong domestik untuk menikmati pengalaman premium dengan kos yang lebih rendah. Jadi jangan lepaskan peluang ini dengan melayari laman sesawang lokasi yang anda ingin tujui.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...