Mimpi Ngeri Industri Pelancongan. COVID-19 Makin Tinggi, Jumlah Pelancong Domestik Ke Lokasi Pelancongan Berkurang

Share

Peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara yang mencapai tiga angka sejak 25 September 2020 lepas, sekali lagi memberi kesan pada industri pelancongan terutama di lokasi tumpuan ramai saban minggu seperti di Melaka.


Suasana persekitaran bandaraya bersejarah itu kelihatan suram di merata tempat yang biasanya menjadi tumpuan ramai. Jumlah pelancong yang berkunjung ke Bandar Hilir sekitar tempat-tempat seperti Bangunan Stadthuys, Bukit St Paul, Kota A Famosa serta sepanjang Jalan Kota, jelas berkurangan berbanding sebelum ini.

Situasi itu diakui pengayuh beca yang menawarkan khidmat untuk pelancong yang ingin menikmati pengalaman menaiki beca tradisional sambil melihat destinasi pelancongan di sekitar Bandar Hilir. Menurut mereka pelancong memang kurang dalam minggu ini walaupun pada hujung minggu.

Ini kerana orang ramai dilihat mengambil langkah berjaga-jaga kerana kes COVID-19 sudah meningkat dengan mendadak. Situasi ini sekali lagi menjadi mimpi ngeri bagi ramai pemain industri pelancongan yang baru sahaja ingin bernafas setelah Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan pada bulan Mac 2020 lalu. Jika kes positif COVID-19 terus mencatatkan peningkatan ia sudah tentu memberi kesan kepada perniagaannya.

Semoga kes COVID-19 di negara kita kembali berkurangan dan terkawal. Pesan LIBUR Jaga SOP ya!




Sumber: Bernama

IKLAN