Fenomena alam memang penuh dengan rahsia. Seperti di negara kita, negara luar juga tidak terlepas menerima beberapa keunikan tersendiri sewaktu peralihan cuaca sekitar. Di kawasan pedalaman England, Panorama indah yang dipenuhi bunga mekar menggamit pandangan masyarakat tempatan dan pelancong luar.
Hamparan bunga bluebell berwarna biru keunguan cerah itu memenuhi kawasan berbukit Clent Hills di Midlands, England dan sekitarnya.
Pemandangan indah ini dirakam ramai netizen baru-baru ini sehingga tular dan menjadi buah mulut ramai. Pokok bunga bluebell adalah tumbuhan liar yang biasanya mekar dari pertengahan April hingga Jun. Bagaimanapun pada tahun ini bunga bluebell ini mekar lebih awal dan banyak berbanding biasa ekoran ketibaan musim bunga yang agak panas. Jika di Malaysia, peralihan cuaca juga akan menyebabkan beberapa fenomena menarik seperti jerami ala Texas, bunga ala sakura dan rumput menghijau New Zealand.
Ramai yang bercakap-cakap mengenai pemandangan cantik yang mereka lihat ini mengingatkan pengunjung kepada hasil seni pelukis legenda Perancis, mendiang Monet bertajuk Water Lilies.
Ads
Pengunjung mengambil kesempatan untuk merakam detik indah di sini bersama ahli keluarga, haiwan peliharaan, gambar perkhawinan dan juga iklan komersial.
Gemilang Candy Resort, sebuah resort menarik dan meriah di waktu malam siap dengan kolam renang yang terletak di Merbok, Kedah.
Menurut perkongsian saudara Hafiz Hazwan, kalau anda berkunjung ke Sungai Petani dan memerlukan penginapan yang sesuai bersama keluarga dan anak-anak, kena datang sini!
Cukup selesa sesuai untuk 3 orang dewasa (1 katil Queen &1 katil Single). Kalau bawa anak-anak boleh sahaja muat sehingga 3 orang anak kecil.
Setiap bilik di lengkapi dengan pendingin hawa (Aircond), kipas, peti ais, pemanas air & TV. Bilik sangat bersih & kemas. Terdapat 12 buah bilik semuanya di sini.
Kolam mempunyai dua zon, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Kolam kelihatan cantik berhadapan dengan bilik. Keluar bilik terus boleh lompat masuk kolam.
Parking cukup untuk semua kenderaan bagi mereka yang menginap di sini.
Suasana malam sangat meriah dengan lampu berwarna – warni di sekitar bahagian bilik. Tak takut sebab cerah. Siap ada ‘mini garden’ lagi ala-ala I-City.
Cafe berdekatan kawasan resort di buka dari jam 9 pagi – 8 malam. Meja dan kerusi disediakan kawasan cafe sambil menikmati & healing?
Kalau satu bilik boleh duduk 3 orang dewasa, kos dalam RM60 sahaja seorang.
Secara keseluruhan tempat ini sangat direkomendasikan bagi mereka yang cari homestay, hotel atau bermalam di Sungai Petani. Tak jauh pun dari Sungai Petani nak ke Merbok ni.
Jadi sesuai untuk anda yang nak bawa anak-anak ‘bertenang’di kawasan kampung yang tenang dan damai jauh, kesibukan kota. Nak buat famili day pun boleh di sini.
Kampung Baru kini sudah berusia 119 tahun dan merupakan penempatan awal penduduk di Kuala Lumpur. Terletak dilokasi yang strategik iaitu betul-betul di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Kampung Baru merupakan lokasi yang menjadi tumpuan warga kota, pengunjung luar dan pelancong asing sebagai destinasi wajib singgah kerana jolokan syurga makanan.
Tersergam di tengah kawasan Kampung Baru terletaknya sebuah hotel yang menjadi bualan dan pilihan ramai pengunjung hari ini. Tamu Hotel and Suites KL adalah lokasi penginapan bertaraf empat bintang terletak di Jalan Abdullah merupakan mercu tanda Zikay Group.
Berhadapan dengan Tamu Hotel & Suite KL terletak Masjid Kampung Baru dan beberapa lokasi makan popular. Pengunjung boleh berjalan kaki terus dari hotel tersebut menuju ke tempat menarik yang terdapat di kampung Baru. Kemudahan pengangkutan awam juga mudah untuk diakses jika anda ingin ke destinasi lain seperti Kuala City Center (KLCC), Menara Kuala Lumpur.
Tamu Hotel and Suites KL menawarkan 276 bilik dan suite dengan pemandangan yang menarik dari jendela kamar berserta wifi percuma. Berada di dalam kamar yang berkonsep moden dan dikelilingi panorama kota pasti melekakan tetamu seketika.
Kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan termasuklah restoran, lounge, gimnasium, dan kolam renang infiniti berlatar belakangkan bangunan pencakar langit.
Selain itu, kemudahan bilik-bilik mesyuarat dan dewan besar bagi meraikan majlis perkahwinan turut disediakan.
Tamu Hotel & Suite KL Tawarkan View ‘Mahal’
Bagi pengunjung yang suka akan masakan tempatan dan asli bolehlah berkunjung ke restoran Suasana@27 yang menawarkan pelbagai pilihan sajian yang lazat daripada air tangan chef berpengalaman. Sambil menjamu selera anda boleh menyaksikan panorama bandaraya Kuala Lumpur yang begitu indah.
Ruang makan peribadi turut disediakan untuk anda yang ingin merancang untuk membuat majlis kejutan atau sambutan hari istimewa bersama yang tersayang. Sky Lounge, terletak di aras 40 dilengkapi dengan pelbagai menu di samping memaparkan pemandangan sekitar. Untuk makluman, penginapan di sini tidak menyediakan sebarang hidangan alkohol untuk tetamu. Dek kerana itu, penginapan di sini menjadi pilihan ramai tetamu beragama Islam kerana konsep mesra muslim yang ditawarkan.
Paling istimewa, kolam renang infiniti yang terletak di aras 14 membolehkan pengunjung menikmati suasana santai dan pada masa sama dapat menyaksikan pemandangan kota raya Kuala Lumpur. Kolam renang ini dijuga diasingkan kepada beberapa bahagian tertentu iaitu kolam dewasa bahagian lelaki, kolam dewasa bahagian wanita dan kolam untuk kanak-kanak.
Jangan lepaskan peluang untuk ‘melepak’ di sini sehingga matahari terbenam untuk melihat sendiri keindahan senja di kota.
Sempena ulangtahun pertama Tamu Hotel & Suite, dapatkan harga promosi bilik penginapan serendah RM190 berserta sarapan untuk dua orang atau dengan pakej RM290 untuk penginapan dua orang berserta sarapan dan juga makan malam. Untuk tempahan dan pertanyaan whatsapp +60162266844 (En Shaik) atau hubungi +601163883599. Jangan lepaskan peluang ini untuk menginap di hotel bertaraf empat bintang, ‘view mahal’, namun pada harga yang berpatutan.
Hubungi: Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur | 120 Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu 50300, Kuala Lumpur | No Telefon : +603 2603 1999 | Email : enquiry@tamuhotel.com | www.tamuhotel.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Merupakan pusat pentadbiran yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan Malaysia, Putrajaya juga mempunyai banyak tarikan lain untuk korang beriadah dengan keluarga atau teman-teman.
Boleh piknik, jogging, buat aktiviti lain bahkan nak OOTD pun boleh dilakukan di tempat-tempat yang ada di Putrajaya.
Berikut 10 port best yang ada kat Putrajaya yang boleh korang explore, sehari memang tak cukup!
Putrajaya Steps
Naik turun 248 anak tangga je…kacang! Jangan salahkan Senah, kalau esoknya kaki korang jelly Kalau tak nak naik pun ambil je gambar di tingkat bawah.
Kelab Tasik Putrajaya
Hotspot untuk aktiviti famili. Ikan di sini sangat jinak, tak hairan ramai yang datang untuk beri makan ikan. Selain itu, korang boleh berkayak, bermain basikal, skuter dan berjogging. Makan pun sedap di sini
Pusat Penghayatan Alam, Taman Wetland Putrajaya
Selain pusing ronda Taman Wetland yang luas, korang boleh datang ke sini untuk belajar mengenai alam dalam cara yang interaktif. Ada kolam 3D di sini, confirm anak-anak akan teruja.
Dibuka setiap hari kecuali Isnin (9 am-5 pm)
Pantai Floria, Anjung Floria
Best bawa famili ke sini, selain pemandangan yang cantik, korang boleh beraktiviti seperti kayak, bermain bot kawalan jauh, memancing, berkelah dan juga mandi manda di Pantai Floria.
Taman Cabaran Putrajaya, Presint 20
Peminat aktiviti extreme, di sini syurga korang dengan pelbagai aktiviti seperti Mountain Bike, Wall Climbing dan Skateboard. Caj yang dikenakan pun murah jer.
Taman Botani Putrajaya
Taman Botani Putrajaya merupakan tempat yang perlu dikunjungi apabila melancong ke Putrajaya. Keunikan taman ini telah diakui dunia apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah taman yang tercantik di Asia.
Monumen Milleniam
Monumen Millennium adalah monumen kebangsaan kedua yang dibina di Putrajaya selepas Plaza Mercu Tanda. Berketinggian 68 meter, monumen berbentuk seperti peluru berpandu ini berdiri di dalam taman berkeluasan 25 hektar di Presint 2.
Sepertimana di kebanyakan lokasi di sekitar Putrajaya, monumen ini juga merupakan salah satu lokasi yang menarik untuk berfotografi kerana anda dapat menyaksikan kemegahan jambatan Putrajaya serta melihat dengan jelas percikan warna-warni bunga api pada sambutan tertentu.
Taman Saujana Hijau Putrajaya
Taman Saujana Hijau Putrajaya pastinya memukau para pengunjung apabila tiba di lokasi ini. Keunikan taman ini sebagai lokasi pemuliharaan flora dan fauna yang menampilkan tiga konsep yang berbeza untuk dinikmati pengunjung iaitu konsep European Garden, Oriental Garden dan English Garden. Ketiga-tiga konsep ini ditampilkan di kawasan yang berkeluasan 40 hektar.
Astaka Morocco
Nikmati keindahan seni bina Morocco atau Maghribi bila menjejakkan kaki ke Astaka Morocco. Di dalam taman ini, terdapat binaan replika istana Morocco yang dihasilkan dengan penuh ketelitian di mana dindingnya dihiasi dengan motif ukiran yang indah termasuklah ayat Al-Quran.
Taman Putra Perdana, Putrajaya
Sebagai bandar pintar dalam taman, tidak peliklah kenapa begitu banyak sekali taman yang ada di sekitar Putrajaya ni. Salah satunya adalah Taman Putra Perdana Putrajaya yang terletak bersebelahan dengan Pulse Grande Hotel, Presint 1 dan di tengah-tengah bulatan utama Putrajaya.
Di dalam taman ini juga terdapat sebuah mercu tanda berbentuk piramid iaitu Plaza Mercu Tanda yang didirikan untuk merasmikan bandaraya Putrajaya pada tahun 1995. Selain dapat melihat dengan lebih dekat binaan yang ikonik ini, anda juga boleh menggunakan teropong umum yang disediakan untuk melihat keindahan sekitar Putrajaya dengan sepuas hati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut tentang Curaçao, antara perkara pertama yang pasti terbayang ialah deretan bangunan berwarna-warni di tepi laut. Itulah pesona Willemstad, ibu negara Curaçao yang...