Lepas saja musim hujan, sekarang kita beralih ke musim panas pula dan di Malaysia, setibanya peralihan musim ni, akan mekar satu bunga dari pokok Tecoma yang mengeluarkan kelopak bunga berwarna pink, seakan-akan bunga sakura di Jepun!

Kalau di Jepun, bunga Sakura ni akan berbunga ikut musim. Jadi orang tahu bila pokok Sakura akan berbunga. Tapi di Malaysia, pokok Tecoma ni suka buat surprise. Tahu-tahu dia berbunga je. Cantik pula tu!

Pemandangan pokok bunga Tecoma berwarna pink itu bukan sahaja menghiasi satu dua negeri, tapi banyak negeri dalam Malaysia. Contohnya hasil carian di Instagram mendapati pokok yang mendapat jolokan ‘Sakura Malaysia’ ini kelihatan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Keadaan bunga Tecoma yang sedang mekar berbunga di Parit Raja, Johor baru-baru ini.

Dan baru-baru ni tular di laman berita Harian Metro, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pun dihiasi kecantikan ‘Sakura Malaysia’ apabila kira-kira 50 pokok Tecoma berbunga mekar dan menghiasi landskap jalan Kuala Pilah-Batu Kikir sejauh satu kilometer.

IKLAN

Jadi kepada anda tak ada bajet lagi nak ke Jepun, jom explore lokasi-lokasi yang ada pokok ‘Sakura Malaysia’. Mana lah tahu gambar anda viral di Instagram kan? Huhuhu..

p/s: Dengar kata di Yan, Kedah tengah galak pokok Tecoma ni berbunga. Tunggu apa lagi orang Kedah? Jom photoshoot.

View this post on Instagram

? blooming season ?

A post shared by Kang (@kangchiewyong) on

IKLAN

IKLAN