Lokasi ini menjadi tular di media sosial kerana keindahan dan keistimewaan susunan pokok ru yang menarik.
Menjadi antara lokasi wajib di kunjungi bukan saja bagi pencinta pantai, bahkan mereka yang gemar berkongsi gambar di laman sosial gara-gara kecantikannya diinspirasikan daripada Pulau Nami, Korea Selatan. Malah tarikannya turut dipengaruhi pantainya yang berteluk dan berbatu berlatarkan keindahan Laut China Selatan.
Ads
Nak tahu di mana lokasi musim luruh di Kelantan? Baca perkongsian daripada sumber saudari Ayu Hasman
Walaupun PKPP dilanjutkan, korang sebenarnya masih lagi boleh bercuti ala-ala musim luruh di Malaysia. Saya berkesempatan untuk explore beberapa lokasi menarik di Kelantan. Antaranya adalah Pantai Senok yang terletak di Bachok (kira-kira 16km dari bandar Kota Bharu).
Biasanya kalau sebut pantai, mesti korang imagine panas kan? Tapi perkara ini tidak terjadi di Pantai Senok. Kawasan pantai disini sangat redup. Terdapat berpuluh-puluh (maybe beratus. Sis tak sempat kira) pokok Rhu ditanam disepanjang Pantai Senok.
Lanskap disini seakan-akan seperti di Nami Island, South Korea. Nak lagi fefeeling macam di overseas, korang juga boleh piknik disini. Cuma nak pesan, lepas piknik tu jangan lupa buang sampah di tong sampah ye. Kalau tak ada tong sampah, sila lah bawa balik semula sampah yang korang bawa tu. Untuk menambahkan lagi effect autumn, korang edit la sikit gambar tu.
Ada dua cara untuk edit gambar secara effortless:
1. Edit dengan menggunakan Adobe lightroom (guna preset autumn).
2. Edit dengan menggunakan instagram. What?? Pakai instagram pun boleh edit gambar?
Tutorial edit gambar dari summer ke autumn dengan menggunakan instagram ada disini (credit : Zahira Hanafi )
Ads
Ads
Tips:
1. Untuk gambar yang menarik, dan tak ramai manusia lain, elakkan datang pantai ini pada hari Jumaat dan Sabtu.
2. Datang awal pagi untuk dapatkan piknik spot dan shot yang menarik.
3. Pakai pakaian yang berwarna cerah supaya korang tak ter-blend in dengan warna pokok
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Taman Negara Kuala Koh destinasi pelancongan terletak di Gua Musang, Kelantan merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Ia tidak lah gah seperti Taman Negara lain tetapi apa yang ada di sini tidak ditawarkan di tempat lain, misalnya terdapat lebih 350 spesies unggas yang boleh didapati dalam hutan hujan khatulistiwa ini.
Ia membuka ruang kepada pengunjung yang melalui negeri ini menjengah hutan tropika yang menyimpan kepelbagaian flora dan fauna berusia kira-kira 130 juta tahun. Hutan tebal sebegini tentunya lebih sesuai kepada mereka yang mencintai alam penuh sunyi, damai, bersantai dengan kemudahan ala kadar. Setiap pengunjung ke sini akan dikenakan beberapa bayaran untuk permit masuk, aktiviti lesen memancing sebanyak dan perlatan kamera
Canopy Walk
Laluan Canopy Walkway Taman Negara Kuala Koh sepanjang 420 meter menjadi tarikan pengunjung jika ke sini. Dibina dengan kabel besi dan jubah berkualiti tinggi serta tali yang kukuh dan mampu menampung berat lebih dari 5 tan. Ia tidak menggunakan paku yang mampu merosakkan pokok yang ada, hanya ruang kayu dipenuhi kabel dan tali. Laluan kanopi itu juga merupakan jambatan antara kanopi dengan hutan yang menghubungkan pusat pentas atau sekitar pokok.
Perasaan gayat pada mulanya ketika merentas laluan ini pasti hilang begitu sahaja setelah terpukau menghayati permandangan indah hutan menghijau dari paras atas. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang melintasi bawah Canopy Walkway di tanah seperti Kijang dan Babi Hutan.
Tubing
Bagi yang ingin merasa pengalaman meredah jeram di Sungai Neggiri, Gua Musang, Kelantan anda boleh mencuba di Taman Negara ini yang pasti menjadi kenangan paling berharga. Dengan bantuan nature guide berpengalaman, anda bersama tiub-tiub pelampung diturunkan ke sungai untuk memulakan ekspedisi.
Sebaik sahaja tiub-tiub hanyut ke arah kuala, anda akan disajikan keindahan alam semula jadi di sepanjang tebing sungai. Paling penting, jaket keselamatan hendaklah sentiasa dipakai bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sebahagian besar laluan adalah sungai berarus tenang yang memberi peluang kepada anda menguasai teknik mendayung. Kemahiran mendayung tiub perlu dikuasai bagi membolehkan seseorang itu dapat mengawal tiub dengan baik. Dihiburkan gemeresik kicauan unggas, keseronokan di tengah-tengah sungai dimeriahkan dengan keriuhan suara-suara pengunjung lain yang menjerit keseronokan.
Masyarakat Pribumi Kuala Koh
Menariknya pengunjung juga berpeluang mengunjungi perkampungan Orang Asli suku kaum Batek kira-kira dua kilometer dari Taman Negara Kuala Koh. Kebanyakan pengunjung tidak akan melepaskan peluang melawat perkampungan yang terletak satu kilometer daripada pintu masuk Taman Negara tersebut. Keriangan anak kecil bermain bakal menyambut kedatangan anda. Keterujaan sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain pasti terhenti seketika jika dihulur bungkusan gula-gula atau jajan.
Masyarakat pribumi di sini merupakan satu-satunya suku kaum Batek yang masih mengamalkan kehidupan nomad. Suku kaum ini mendapat gelarannya kerana keadaan kulit mereka yang bercorak seakan-akan batik dipercayai akibat genetik yang akan hilang sebaik meningkat dewasa. Dahulunya mereka semua duduk di dalam hutan tebal kawasan Pertang. Sejak penempatan unit baru dibuka mereka berpindah di rumah batu didirikan. Walaupun rumah batu didirikan mereka masih mendiami rumah yang mempunyai ciri-ciri asal mereka.
PenginapanTersedia
Di Taman Negara Kuala Koh menyediakan kemudahan resort bertaraf dua bintang berupa chalet dan juga bilik asrama. Manakala sebuah kafe, surau dan bilik mesyuarat lengkap dengan kemudahan audio visual turut disediakan. Bekalan elektrik di sini agak terhad tetapi perhubungan telekomunikasi tidak terputus. Lokasi untuk tapak perkhemahan juga turut disediakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau ada plan nak berjalan ke Johor, boleh pilih Kluang Container Hotel. Lokasi yang menarik untuk santai-santai bersama keluarga.
Apa yang menarik di sini, penginapan berkonsepkan kontainer ini dilengkapi dengan kolam renang besar yang ada gelongsor air. Haaa.. lokasi mandi memang cantik dan selesa untuk anda bawa anak tersayang.
Tempat ini cukup sesuai dijadikan family day atau majlis hari jadi, Kluang Container Hotel juga mempunyai laman outdoor yang luas.
Jika nak buat aktiviti bersama orang tersayang memang boleh sangat! Malah kalau dijadikan lokasi perkahwinan juga sangat cantik.
Buat anda yang suka menyanyi pula boleh join karaoke tanpa diganggu, ada bilik khas di situ. Memang syok!
Sangat sesuai nak pergi dengan keluarga yang besar, jadi inilah masanya nak jalan-jalan ke Johor dan singgah di Kluang!
Alamat: Jalan Dua,Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor, Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika ditanya tentang Kuala Rompin, pasti yang terlintas di fikiran kebanyakkan orang adalah Taman Negara Endau Rompin atau laluan peringgahan untuk pergi ke Pulau Tioman.
Tidak banyak maklumat tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Rompin lebih-lebih lagi kepada orang luar.
Melainkan, seseorang itu kaki pancing kerana pekan kecil ini terletak di muara Sungai Pahang dan berdekatan pintu Laut China Selatan menjadikan Kuala Rompin antara lubuk pancing yang tersohor.
Tapi, itu untuk kaki pancing. Kalau yang bukan kaki pancing? Dah tentu tak tahu apa nak buat sekiranya melancong ke Kuala Rompin.
Sudahlah jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin mengambil masa empat jam! Sudah tentu memenatkan.
Usah khuatir. Sepanjang perjalanan melalui Ulu Bendul dan Muadzam Shah terdapat pelbagai tempat persinggahan menarik yang boleh diselingkan dalam jadual percutian kita.
Antara tempat yang dicadangkan adalah seperti sarapan pagi di warung D’Sawah, makan hidangan tengahari daging salai di Restoran Zaini, Ulu Bendul atau melawat Muzium Teratak Za’ba di Batu Kikir.
Tarikan baru Pantai Lanjut janjikan percutian hebat
Baru-baru ini, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjemput Libur dan beberapa rakan media untuk mengikuti trip yang dianjurkan oleh mereka ke Lanjut Beach and Golf Resort (LBGR).
Selayang pandang, LBGR ini adalah resort terbaru yang dibangunkan oleh PNB dan akan menjadi tarikan baharu kepada pengunjung yang datang ke Kuala Rompin.
Mempunyai rekaan dalam dan luaran yang kontemporari dan moden, LBGR ini boleh memenuhi kehendak setiap pelancong yang datang tidak kira melancong secara santai atau korporat.
LGBR yang kini berada di peringkat akhir persiapan, hanya menanti beberapa fasiliti lain untuk disiapkan seperti gim, spa, peralatan lasak, dan padang golf.
Malah, sebuah ballroom yang mampu memuatkan lebih 1,000 orang dan 196 buah bilik turut tersedia untuk setiap pelancong yang datang ke sini.
Mirror of the Beach
Tetapi tarikan di Kuala Rompin bukan setakat itu semata-semata. Ada banyak lagi tarikan lain yang boleh dinikmati pelancong seperti keindahan Pantai Lanjut sepanjang 3.5km.
Keindahan pantai yang dapat dilihat adalah mirror of the beach. Pastinya fenomena alam semulajadi ini akan membuatkan peminat fotografi jadi gila untuk mengambil gambar yang terbaik.
Selain pantai, ada aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pelancong seperti mencari kepah. Pelancong akan dibawa menaiki bot sehingga ke lubuk kepah sebelum turun ke pesisir Sungai Pahang untuk mengutip sendiri kepah dari dasar sungai.
Pastinya tak ramai yang tahu macam mana cara untuk mencari kepah dan di Kuala Rompin inilah tempat terbaik untuk kita mencuba aktiviti-aktiviti seperti itu.
Untuk memudahkan urusan pelancong menjalankan aktiviti, pihak LBGR bersedia untuk membantu memudahkan urusan pelancong mengikut pakej yang diberikan.
Aneka Makanan Laut
Selain daripada itu, Kuala Rompin juga terkenal dengan aneka makanan lautnya. Maklumlah, lokasinya berdekatan dengan muara Sungai Pahang, mestilah mewah dengan hasil laut.
Pelancong yang datang ke LBGR boleh membuat tempahan untuk acara makan malam mengikut tema yang dikehendaki. Istimewanya, chef yang ada di sini boleh memasak makanan laut mengikut citarasa apa yang kita inginkan.
Jadi, dengan tarikan yang disediakan, wajar kiranya tempat ini dijadikan destinasi pelancongan terbaru kalau melancong ke Kuala Rompin lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah hujung tahun ini.
Tip bercuti ke Kuala Rompin:
1. Ada tiga jalan utama untuk ke Kuala Rompin sama ada melalui Muadzam Shah, Pekan, Pahang atau Mersing, Johor. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, cadang terbaik adalah mengikuti laluan dari Muadzam Shah, Pahang kerana jarak perjalanan lebih cepat.
2. Digalakkan untuk menaiki kenderaan awam kerana tidak meletihkan sama ada bas yang turun di Pekan, Pahang atau menaiki kapal terbang yang akan mendarat di Kuantan, Pahang. Dari Pekan atau Kuantan, Pahang, anda boleh menaiki bas untuk ke Kuala Rompin dan pihak LBGR boleh pickup anda di sana.
3. Aktiviti mencari kepah atau memancing sebaiknya dilakukan sewaktu bulan April hingga Jun kerana hasil laut adalah lebih baik ketika musim ini.
4. Dalam laluan Muadzam Shah, terdapat ladang nenas iaitu Rompine Pineapple. Nenas yang dijual adalah untuk pasaran antarabangsa tetapi sekiranya ada yang berminat, diminta untuk menghubungi pihak Rompine terlebih dahulu untuk tahu sekiranya stok masih ada.
5. Standby duit lebih sebab kawasan Lanjut, Kuala Rompin ini adalah kawasan udang galah sepit biru. haha sendiri faham la ya..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...