Ads

Muzium Padi Kedah, Ada Panorama Sawah 360 Darjah! Tiket Masuk Cuma RM5

【畅享游】吉打稻米博物馆 探寻稻作文化根源 | 玩记 | U玩食 | 東方網 馬來西亞東方日報
Muzium Padi Kedah Kredit Foto: Events.my / Websites

Kalau korang bercuti ke Kedah, jangan hanya singgah makan laksa atau bergambar di kawasan sawah padi. Ada satu destinasi menarik di Alor Setar yang patut dimasukkan dalam itinerari, iaitu Muzium Padi Kedah yang terletak di kaki Gunung Keriang.

Bukan sekadar muzium biasa, tempat ini menawarkan pengalaman mengenali kehidupan pesawah, sejarah penanaman padi dan paling menarik, panorama sawah padi 360 darjah yang cukup unik. Dengan tiket masuk serendah RM5 untuk dewasa, memang berbaloi untuk dikunjungi bersama keluarga.

Muzium Unik Di Tengah Jelapang Padi

Terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar Alor Setar, Muzium Padi merupakan antara tarikan pelancongan yang cukup istimewa di Kedah.

Muzium yang dirasmikan pada 12 Oktober 2004 ini dibina dengan reka bentuk menyerupai gemai padi atau ikatan tangkai padi.

Bangunannya mempunyai tiga aras dengan keluasan keseluruhan kira-kira 12,000 meter persegi. Berlatarbelakangkan Gunung Keriang dan kawasan sawah, suasana di sekeliling muzium juga cukup menarik untuk bergambar.

Lebih cantik apabila berkunjung ketika musim padi menghijau atau menguning, menjadikan kawasan ini kelihatan seperti hamparan permaidani semula jadi.

Panorama Sawah Padi 360 Darjah Jadi Tarikan Utama

Muzium Padi Kedah, Ada Panorama Sawah 360 Darjah! Tiket Masuk Cuma RM5
Muzium Padi Kedah Kredit Foto: Events.my / Websites

Salah satu pengalaman yang paling menarik di Muzium Padi ialah menikmati pemandangan panorama sawah padi di aras tiga.

Di sini, pengunjung dapat melihat lukisan mural bersaiz gergasi yang menggambarkan keindahan kawasan sawah, perkampungan dan kehidupan masyarakat tani.

BACA LAGI: Dirasmikan Sultan Kedah, Hilton Burau Bay Langkawi Tampil Dengan Pesona Rimba Dan Laut Andaman

Ads

Menariknya, mural tersebut mempunyai ketinggian kira-kira lapan meter dan panjang 103 meter!

Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan menerusi platform pemerhatian berputar, sekali gus memberikan pengalaman seolah-olah berada di tengah-tengah kawasan sawah yang luas.

Memang sesuai untuk korang yang suka mencari lokasi unik dan pengalaman berbeza ketika bercuti.

Kenali Kehidupan Pesawah Zaman Dahulu

Muzium Padi Kedah, Ada Panorama Sawah 360 Darjah! Tiket Masuk Cuma RM5
Muzium Padi Kedah Kredit Foto: Events.my / Websites

Selain panorama yang mengagumkan, muzium ini turut menempatkan pelbagai pameran berkaitan sejarah dan perkembangan industri padi di Malaysia.

Di aras pertama, pengunjung boleh melihat peralatan pertanian tradisional seperti anok dan renggam yang digunakan oleh pesawah suatu ketika dahulu.

Ads

Turut dipamerkan ialah peralatan menangkap ikan tradisional seperti bubu dan tuar, yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kampung.

Sementara itu, aras kedua mempunyai enam galeri yang mengetengahkan lukisan serta dokumentasi mengenai aktiviti pertanian dan perubahan kaedah penanaman padi dari dahulu hingga kini.

Bukan sahaja menarik untuk orang dewasa, malah lawatan ke sini boleh menjadi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan buat kanak-kanak.

Harga Tiket Muzium Padi Kedah

TIKET DEWASA

RM5

9.00 pagi – 5.00 petang

Dibuka setiap hari kecuali hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha, menurut laman rasmi Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Lot 798, Jalan Gunung Keriang, Mukim Gunung Keriang, 06570 Alor Setar, Kedah.

04-733 1162

Harga dan waktu operasi tertakluk kepada perubahan.

Destinasi Santai Yang Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Kalau korang sedang mencari tempat menarik di Kedah yang santai, berinformasi dan tidak memerlukan bajet besar, Muzium Padi memang boleh dipertimbangkan.

Dalam satu lawatan, korang bukan sahaja dapat mengenali sejarah penanaman padi, malah berpeluang menghargai kehidupan masyarakat tani yang menjadi sebahagian daripada identiti negeri Kedah.

Jadi, kalau ada perancangan untuk bercuti ke Alor Setar nanti, masukkan Muzium Padi dalam senarai destinasi wajib singgah. Mana tahu, lawatan yang pada awalnya sekadar mengisi masa lapang boleh menjadi antara pengalaman paling menarik sepanjang percutian!

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

car camping

Car Camping: 5 Sebab Menarik Trend Perkhemahan Ini Semakin Popular!

Car Camping semakin popular dalam kalangan pencinta alam. Ketahui 5 sebab trend perkhemahan ini digemari serta panduan berguna untuk pemula.