Mempunyai keindahan alam semulajadi menjadikan Turki antara pilhan ramai pelancong.
Pastinya pengalaman menaiki belon di Cappadocia antara tarikan utama untuk bercuti ke Turki.
Untuk yang pertama kali ke sana, perkongsian Detektif Kembara memberitahu panduan serta lokasi boleh pergi untuk jang masa tertentu.
Sebenarnya Turki mempunyai keluasan yang sangat besar dan tidak cukup untuk beberapa minggu berada di sini.
Jadi disertakan panduan ini adalah untuk mereka yang mempunyai masa sendiri terutama untuk yang pertama kali menjejakkan kaki ke Turki.
Panduan Merancang Lokasi Perjalanan di Turki
Ada yang terkilan bila pergi ke Turki tapi tak sempat ke lokasi-lokasi lain yang menarik sebab yang kerap dikongsikan dan dipromosikan di Turki adalah Istanbul, Cappadocia dan Pamukkale.
Tidak mengapa sekiranya tak mempunyai kesempatan semasa kali pertama sebab memang disarankan datang lagi. Agak sedikit mencabar nak mengembara ke semua tempat menarik di sini terutamanya jika ada masa yang singkat sebab Turki ni luas.
IKLAN
Saiznya dua kali ganda Malaysia dan ada tempat yang jalannya motorway (highway), ada juga jalan kampung dan berbukit bukau.
Nota: Panduan trip ini lebih sesuai kepada yang mempunyai masa sendiri dan bukan touch and go. Kalau nak cover sebanyak mungkin seelok-eloknya 3-4 minggu roadtrip.
First Timer
1) Ada masa <7 hari Istanbul-Bursa-Cappadocia-Pamukkale
IKLAN
2) Ada masa >7 hari Istanbul-Ephesus-Bursa-Kusadasi-Izmir-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara
Non First Timer (Seeloknya dah lebih 2 kali ke Turki)
1) Ada masa 1-2 minggu Istanbul-Safranbulo-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris
2) Ada Masa > 2 minggu Istanbul-Safranbulo-Ordu-Trabzon-Kars-Mount Nemrut-Sanliurfa-Adana-Antalya-Fethiye-Marmaris-Bodrum
IKLAN
Tips 1) Boleh guna lesen memandu Malaysia 2) Elakkan memandu di bandar seperti Istanbul dan Bursa 3) Kalau nampak teksi di belakang biarkan mereka potong 4) Jaga speed limit, polis dan speed camera ada di merata-rata 5) Sewa kereta dengan syarikat yang reliable seperti Europcar, Avis,Budget dan Cizgi 6) Dekat roundabout, perlahankan dan bagi laluan kepada kereta yang dah di roundabout tu 7) Semasa di traffic light kena bersedia bila lampu hijau, kalau lambat akan kena hon
Anda tahu tak Taman Eko Rimba Kledang Saiong? Kalau tanya pada diorang yang tinggal dekat Ipoh, mungkin tahu lah kan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dekat mana, sebab taman eko rimba dekat je dengan ibu negeri Perak tu.
Ada orang pernah tanya pada Libur, apa lagi tempat-tempat yang best nak jalan-jalan dekat Ipoh. Yela, Ipoh memang dah banyak produk-produk pelancongan yang menarik tapi diorang nak cari satu tempat yang boleh lepak dalam sehari dua, mandi sungai, bbq, main gitar sambil nyanyi-nyanyi. Ala, tempat yang boleh buat short-vacay, dapat dalam semalam pun jadi!
Jawapan Libur, ada! Memang ada satu tempat yang menarik kalau korang nak buat aktiviti-aktiviti macam tu di Ipoh dan tempatnya – Taman Eko Rimba Kledang Saiong lah! Menarik tempat ni dan kita perlu mempopularkan tempat-tempat ni untuk manfaat kesejahteraan kawan-kawan travel kita mencari lokasi short-escape.
Okay, meh Libur sharekan dekat korang sikit benda-benda menarik yang ada dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Tempat ni, terletak di Daerah Kinta dan berkeluasan lebih kurang dalam 2,188 hektar. Tak jauh pun dari bandar Ipoh, lebih kurang dalam 5 kilometer je nak pergi. Sebab tu, Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni popular untuk yang tinggal sekitar Ipoh.
Jarak perjalanan 5 kilometer, berapa minit sangat la nak drive kereta tu. Kalau korang jenis yang bawa kereta-kereta mahal, jangan risau kereta korang rosak. Nama je Taman Eko Rimba Kledang Saiong tapi jalan raya yang menghubungkan tempat ni dengan jalan besar cukup selesa – Myvi pun lepas.
Boleh la bawa family atau kawan-kawan korang yang nak cuti sekejap-sekejap dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni tapi ada sikit la bayaran yang dikenakan. Dulu percuma, sekarang je kena bayar dalam RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Pelancong asing RM5. Okay la, tak adalah mahal sangat nak masukkan?
Bayaran RM2 paling mahal tu pun, kalau korang nak tahu, kemudahan asas yang disediakan untuk pengunjung pun berbaloi tau. Cerita betul ni, bukan cerita berbayar – jangan sangka Libur buat promotion pulak dekat tempat ni. Tapi memang okay pun fasilitis yang diorang siapkan dekat sini, haha. Antaranya tempat letak kereta, tandas, tempat persalinan, tempat BBQ, kafeteria, laluan pejalan kaki, trek berbasikal, tapak berkhemah, pondok wakaf, surau serta papan tanda informasi.
Tarikan yang ramai kata berbaloi untuk datang adalah Taman Nepenthes atau Taman Periuk Kera. ada lebih kurang 77 spesis periuk kera yang ada dekat taman ni. Banyaknya? Kenapa banyak sangat? Sebabnya, Taman Nepenthes ini adalah tempat pemuliharaan dan pemeliharaan spesis-spesis periuk kera yang ada di negara kita. Kalau tak ada tempat ni, habis la cucu cicit kita tak dapat tengok periuk kera dah. Dapat tengok dekat YouTube je nanti.
Kalau korang nak masuk ke Taman Nepenthes ni, ada cukai pintu korang kena bayar. RM5 pukul rata untuk semua orang dan RM2 untuk pelajar atau budak-budak sekolah. Okay what? Diorang jaga cantik kot tempat ni. Bagi muka sikit la untuk diorang jana ekonomi diorang sikit. Hehehe. Tapi kalau korang tanya Libur, Libur masuk taman ni bila ada mak ikut sekali je. Kalau tak ada, hehehe kitorg lepak luar jela.
Okay, kita masuk balik cerita Taman Eko Rimba Kledang Saiong tadi. Aktiviti – kalau korang nak lepak bermalam dekat sini, Libur cadangkan korang camping sebab ada tapak khemah disediakan untuk berkhemah. Ada satu kawasan lapang yang boleh muat lebih kurang 100 orang nak camping. Kalau korang pergi dalam tiga, empat orang satu khemah, best sangat la.
Korang pernah camping dalam hutan tak? Kalau tak pernah, pengalaman tu korang kena cuba sebelum terlewat usia dah nak try. Perasaan camping dalam hutan ni memang syiok. Bunyi unggas, bunyi pokok, sejuk, selesa. Semua ada! Lagi-lagi pagi lepas subuh tu korang jangan tidur. Bunyi burung memang best kalau korang dengar, sambil-sambil langit membiru matahari nak sampai. Syahduu beb..
Cumanya korang kena tahu satu benda penting ni, kalau korang nak camping dekat sini, korang kena minta kebenaran daripada Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu. Ini no telefon diorang, 05-3661 228. Korang kena minta izin dulu, kalau tak tiba-tiba Ranjer hutan tengok ada orang camping tak tentu pasal, kena tembak dengan senapang gajah. Hehehe tak ada lah, gurau je. Tapi memang prosedur nak camping kat sini, korang kena roger Jabatan Hutan Daerah Kinta/Manjung dulu.
Selain khemah, apa lagi yang korang boleh buat adalah trekking dekat bukit dalam kawasan Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni dan berbasikal. Berbasikal ni kalau korang ride dengan anak-anak – the best bonding time ever within your family! Tak tipu. Mesti korang akan jadi the best parent untuk anak-anak korang.
Ada juga sungai dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni. Boleh la nak mandi sungai dekat sini sambil-sambil berkelah, sambil bbq. Sebut pasal bbq, Libur ada sebut tak dekat sini ada tempat bbq? Dekat sini ada tempat bbq tau! Korang bawa je peralatan apa yang ada, datang sini buat bakar-bakar. Pun layan tau untuk release tension.
Satu pantang larang yang korang kena tahu bila datang dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni, korang tak boleh nak petik, bawa balik sebarangan pokok yang ada dekat sini. Bukan ada hantu ikut balik ke apa, tapi memang undang-undang tak membenarkan korang berbuat macam tu. Come on, jagalah alam sekitar sikit. Untuk keselesaan orang lain juga nanti kan? Hehe. Lagi satu yang korang tak boleh buat adalah memancing. It’s a big no-no bila datang ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni sebab diorang nak jaga populasi hidupan air dekat sini.
Info best untuk bakal mempelai yang nak melangsungkan perkahwinan, tak nak try ke buat majlis korang dekat sini? Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni boleh diadakan majlis perkahwinan. Class kau jah kalau kahwin dekat sini, kahwin dalam hutan, gitteww.. Makcik jiran sebelah rumah nanti pun mesti soksek-soksek cerita pasal kau kawin dekat Taman Eko Rimba Kledang Saiong. Hahaha!
Okey lah. Cukup setakat tu je Libur bercerita ni. Nanti kalau ada cerita lain dan tempat-tempat lain, Libur kongsikan lagi dekat korang semua. Kalau ada yang nak ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong ni roger-roger la ya! Selamat bercuti!
Kalau dahulu, pusat beli-belah ini dikunjungi apabila ingin membeli barang seperti baju, peralatan rumah atau mungkin mahu menjamu selera saja.
Namun kini, ia sudah menjadi pusat sehenti bagi masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti riadah. Pusat beli-belah juga kini menjadi lokasi alternatif untuk membawa anak bercuti terutama pada musim cuaca tidak menentu ini. Ini ada beberapa cadangan pusat membeli-belah yang menarik untuk membawa si kecil tersayang di sekitar kawasan Lembah Klang.
Keriangan Berganda Di Taman Tema Indoor Skytropolis Funland, Genting Highland
Skytropolis Funland tampil dengan permainan indoor serba baharu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem. Terdapat beberapa jenis permainan menarik yang perlu dicuba antaranya Power Surge, Sky Tower, Spin Crazy, Bumper Boss, Disco, Boo Bum, Tea Cups dan Balloon Race. Di sini juga turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.
Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.
Dunia London Si Kecil The Parenthood Sunway Pyramid West & Sunway Putra Mall
The Parenthood terletak di tingkat satu Sunway Pyramid West dan kuha Sunway Putra Mall khusus untuk seisi keluarga, ‘The Parenthood’ Taman Keluarga London Street di Malaysia menyediakan kemudahan, perkhidmatan, produk dan pengalaman keibubapaan masa kini untuk setiap golongan.
Reka bentuk luar biasa dilengkapi ‘Big Ben’ iaitu bas London berwarna merah, bendera Britain, kotak surat merah, deretan kedai menarik di sepanjang jalan bertanda kuning dan berlatarbelakangkan istana Inggeris sememangnya mengimbau kenangan manis kota London yang mengagumkan.
Meluncur Ais Di 101 Mall Putrajaya & Sunway Pyramid
Dengan keadaan cuaca di negara kita yang tidak bersalji, meluncur di gelanggang luncur ais pastinya cukup menyeronokkan. Bersaiz Olimpik, aktiviti riadah yang mengujakan ini pastinya dapat dirasai saat berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya. Terletak di selatan Lembah Klang, IOI City Mall Putrajaya antara pusat beli-belah terbaru yang menyediakan pusat riadah menyeronokkan dan cukup mencabar. Satu lagu lokasi luncur ais yang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia adalah di Sunway Pyramid.
Bersantai Dengar Alunan Muzik Di The Symphony Walk
mde
Malah aktiviti riadah bersama anak-anak boleh diteruskan dengan pertunjukan air pancuran berirama di pintu masuk utama pusat beli-belah IOI City Malll di The Symphony Walk. Menariknya, di sekitar The Symphony Walk itu, terdapat beberapa tempat khusus untuk pengunjung berehat sambil mendengar alunan muzik mengiringi pancuran air yang cukup mendamaikan.
Aktiviti Indoor Pecah Lemak Di District 21
Selain gelanggang luncur ais, aktiviti riadah yang mencabar kekuatan mental dan fizikal pengunjungnya adalah District 21.Hanya RM75 seorang, anda berpeluang mencabar diri melakukan semua aktiviti yang di situ.
Lakukan Apa Sahaja Di Dunia KidZania Kuala Lumpur
Seumpama berada di sebuah alam lain yang direka khas untuk kanak-kanak! Begitulah yang dirasai tatkala melangkah masuk ke KidZania Kuala Lumpur. Bagaikan sebuah ‘negara’ yang direka khusus untuk menyuntik keriangan, taman tema tertutup berunsurkan pendidikan itu menawarkan peluang kepada mereka yang berusia seawal tiga tahun sehingga 14 tahun untuk merasai pengalaman melakukan pekerjaan dan aktiviti orang dewasa.
Taman Tema Indoor Cosmo World Di Berjaya Times Square
Cosmo World Theme Park adalah terbesar taman tema tertutup di Malaysia yang meliputi kawasan seluas kira-kira 380,000 kaki persegi. Taman tema yang orang dewasa dan kanak-kanak taman tema yang berdiri sendiri dengan berbagai jenis permainan dan hiburan. Empat daripada wahana tunggangan keseronokan yang direka khas untuk Cosmo World Theme Park. Di antara perjalanan, yang paling mendebarkan akan menjadi panjang Supersonic Odyssey roller coaster 800 meter. Terdapat juga 30 meter tinggi Spinning Orbit, DNA Manusia dan Serangan Angkasa yang pasti akan membuat pam adrenalin anda sekurang-kurangnya dua kali lebih cepat. Terdapat juga tunggangan kurang mendebarkan yang lebih sesuai untuk anak-anak dan keluarga.
Menggembara Di Petrosains KLCC
Selesai beriadah, jamu selera di beberapa restoran yang menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk anda. Suria KLCC juga antara pusat beli-belah yang pastinya memberikan keseronokan beriadah. Terletak di Menara Berkembar Petronas dengan rekaan unik Suria KLCC menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang cukup menarik. Ingin meneroka sains dan pelbagai aktiviti berkaitan sains, Petrosains, The Discovery Centre nyata membuatkan anak-anak teruja.
Menyelam Di Aquaria KLCC
Disenaraikan akuarium keempat terbaik di Asia, Aquaria KLCC pula menanti anak anda dengan pelbagai aktiviti hebat. Terokai perairan tropika eksotik dalam dua aras dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter. Menempatkan lebih 20,000 hidupan daratan dan air dari lebih 250 spesies berbeza dalam dan luar negara, anda bukan saja berpeluang melihat hidupan laut ini bebas berenang malah maklumat lengkap berkenaan setiap pameran turut disediakan. Keunikan susun atur kolam, penerangan yang jelas bagi setiap spesies dan terowong besar memberi peluang pengunjung melihat pelbagai jenis ikan termasuk jerung hidup bebas berenang mengelilingi mereka bagaikan di laut dalam.
Sebelum fikir tempat best, anda kena thu tip kemas beg pergi bercuti dulu. Barulah mudah nak bawa dan semua barang nak guna cukup.
Nak-nak kalau bawa anak-anak, banyak benda nak selit. Bagi muadhkan anda tak angkut barang dan tak tinggal keperluan yang penting, boleh ikut panduan packing yang dikongsi oleh Susun Atur Sioca.
Tip Kemas Beg Pergi Bercuti
Ini bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.
Asingkan Beg
Selain fikir untuk mudah pack, ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.
Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan. Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking. Ini tip ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah begnya.
Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries
Selebihnya Beg Ini:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop
Untuk keluarga 6 orang, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.
Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.
Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap
-Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.
-Beg bersiap pula dari Mr Diy.
-Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
Beg makanan (merah) dan minuman (biru)
Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee. Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dan lain-lain.
Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.
Barang yang bertanda ✅ lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.
✅ beg beras
✅ periuk nasi travel
✅ sudu siap bekas
✅ alas makan
✅ suplemen wajib
✅ beg membasuh
✅ penyapu mini
✅ plastik sampah
Beg Swimming
Dalam beg swimming ada barang-barang ni.
Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:
– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger
Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.
Keadaan susunan beg di hotel.
Dalam bonet kereta.
Nampak tak apa yang penting dan betapa mudah kalau semuanya tersusun seperti ini? Nanti cuba ikut, ya. Semoga bermanfaat.