Kalau anda nak merasa pengamalan naik tren dari Kajang ke Kluang, Johor, ini itinerary yang patut anda tahu.
Bukan sekadar seronok berjalan lihat tempat orang tetapi penggemar kopi pasti suka. Jom baca perkongsian Puan Felicia Razi mengenai percutian pendek dia sekeluarga ke Kluang, Johor menaiki keretapi.
Tiba di Gemas. Kesejukan. Maggi jadi penyelamat. Maggi memang sedap kalau makan time travel kan.
Naik Tren Dari Kajang Ke Kluang, Johor
Lama dah saya cari info tren dari Kajang, tapi takda. Semua sama ada dari Johor Bahru, atau Kempas atau Kulai. Moga yang mana nak cari destinasi domestik boleh cuba ke Kluang pasni.
Perjalanan bermula dari Kajang 2 ke Gemas menaiki ETS Gold dan ada diskaun 50% menggunakan kod ‘JIMATGEMAS’. Kod ni valid untuk penumpang dewasa sahaja dan tempohnya ialah sehingga Disember tahun ni.
Kanak-kanak dan warga emas dah ada harga masing-masing ya, tak valid guna kod tu dah. Tiket asal berharga RM28, tapi sebab ada kod, jadi la RM14 sahaja. Terbaik KTMB!
Ads
Cara Booking Tiket
Oh lupa, booking dari apps atau online boleh jimat RM1 seorang per destinasi pergi dan balik berbanding beli di kaunter (total RM4 seorang sebab kami tukar train 2 kali).
Sampai di Gemas, tukar tren pula. Naik KTM Intercity ke Kluang, destinasi kami. Bawa jaket sebab sejuk dalam tren tu. Berulang kali kami pergi isi perut dan cari air panas dan panaskan badan sikit.
Semangat kami belum pukul 9 dah terpacak sini. – kilang kopi cap televisyen.Buka seawal 9 pagi. Not bad, boleh beli kopi sachet sini jadi souvenirPadahal cawan tu props bergambar, kosong.
Pilihan Hotel
Untuk hotel, selain guna platform ketiga, boleh jugak survey website official hotel. Saya booked Hotel Anika, betul-betul dalam bandar dan hanya sekitar 400m dari stesen Kluang yang terkenal dengan kopinya tu.
Ads
Bilik kami di Hotel Anika. Bersih, kelengkapan cukup, ada bathtub lagi. Apa lagi anak-anak, memang bersinar mata.
Hotel bersih dan paling penting, kadar dari websitenya jauhhh lebih murah dari platform ketiga. Untuk 3h2m, kadar bilik hanya RM236 berbanding platform ketiga mencecah RM330!
Breakfast hari kedua. Datang seawal mungkin. Kami jalan kaki dari hotel ke sini, sampai dalam 7.10 pagi. Hampir-hampir takda meja kosong. Pukul 7.30 barisan dah mula panjang.
Kluang boleh dilawat dalam 2 hari saya rasa, kalau termasuk mendaki Gunung Lambak. Saya sertakan di sini gambar-gambar dan penerangan mengikut tempat yang kami terjah di Kluang.
Gunung Lambak. Selain hiking, dekat kaki gunung tu rupanya banyak aktiviti boleh dibuat. Ni salah satu. Berbayar lah.Dalam tu ada mini petting zoo, RMZ Mini Zoo. Boleh bagi makan dan pegang binatang.Jambatan gantung di Gunung Lambak. Banyak monyet.RMZ mini zoo di Gunung Lambak.
Sempat layan mural juga di sini, cantik tempatnya.
Ads
Ada banyak ‘pintu masuk’ ke laman kreatif ni sebab lorong mural ni jauhhh sampai belakang.Mural, laman kreatif Kluang.
Lepas breakfast, jalan kaki patah balik ke hotel sebab Laman Kreatif Kluang ni terletak di tengah-tengah. Panjang lorong laman kreatif ni. Ada dekat 2 3 blok kot.Eh terlompat ke sini. Laman Kreatif KluangOne for the memory! Kluang Rail Coffee. Dah boleh checke off dari list!
Ini pula makanan yang dicuba waktu di sana.
Menu yang kami cuba di Kluang Rail Coffee. Wantan meeRoti bun bakar dan roti keping bakar.Teh ais dan tikolo ais. Tikolo ais tu campuran teh, kopi dan milo. Sedap jugak, boleh lah.Ni di Kilang Kopi cap Televisyen. Boleh minum kopi secara percuma dekat cafe dia kat dalam tu.
Tempat Makan Malam
Dinner hari pertama. Sedap sangat lah makanan sini. Sangat recommended.Kami amik set RM35, ada ikan stim siakap ala thai, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan telur dadar. Otak-otak pun RM1 sebatang. Puas hati sangat.
Secara kesimpulannya, Kluang ini best. Memang fun lah kami sekeluarga explore Kluang yang kami tak pernah jejak.
Semoga bermanfaat dan selamat mengembara!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Oleh kerana kerajaan membenarkan aktiviti berbuka puasa tetapi mengikut prosedur SOP ditetapkan, jadi pasti ramai mengambil kesempatan untuk berbuka di luar.
Inilah masanya untuk bersedekah dengan membelanja ahli keluarga sambil merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.
Bagi mereka yang ingin berbuka di luar, Libur ingin cadangkan hotel dan restoran yang menawarkan pelbagai pakej Ramadan menarik di sekitar Lembah Klang.
Kebanyakannya menawarkan harga mampu milik. Namun diingatkan untuk berbuka di sini perlu membuat tempahan dahulu kerana takut penuh lebih-lebih ketika cuti hujung minggu.
Kalau anda sudah penat dengan kesibukkan bandar, apa kata kita jalan-jalan dulu, lari sekejap dari kesibukkan bandar dan memberi hati dan minda sedikit ruang untuk bertenang. Jadi, ayuh kita lihat sehari itinerari di Negeri Sembilan Malaysia. Pada yang masih belum tahu, Negeri Sembilan ini adalah negeri yang banyak dengan sejarah.
Tak cukup itu, Negeri Sembilan juga adalah salah satu negeri di Malaysia yang banyak tempat yang menarik. Daripada sudut makanan, sejarah, OOTD dan ketenangan. Negeri Sembilan adalah negeri yang selayaknya menjadi tempat berjalan-jalan.
Untuk sarapan pagi, anda boleh cuba warung-warung atau cafe yang menyajikan hidangan yang simple seperti roti bakar, waffle, roti canai dan sebagainya. Tetapi, pastinya ada yang menginginkan makanan yang berat seperti nasi lemak, laksa, nasi ayam dan sebagainya. Ini adalah beberapa tempat yang disyorkan:
Kafe Kampung Kaw antara port sarapan yang popular di Port Dickson kerana suasananya santai, beridentiti kampung dan menyajikan pelbagai menu tempatan yang sesuai dinikmati pada waktu pagi. Terletak di Jalan Haji Sirat, Kampung Baru Sirusa, kafe ini sering menjadi pilihan pengunjung yang mahu menikmati breakfast sebelum memulakan itinerari sekitar Port Dickson.
2. Original Paklang Kopitiam
Original Paklang Kopitiam antara port sarapan yang menarik di Port Dickson kerana menawarkan suasana kopitiam santai dengan pilihan menu pagi yang pelbagai. Tempat ini sesuai untuk singgah awal sebelum memulakan itinerary sekitar Port Dickson, apatah lagi lokasinya mudah diakses. Selain itu, harganya juga dikatakan berpatutan, memang ngam untuk yang mahu sarapan ringkas tetapi mengenyangkan.
3. Warung BamBam
Warung BamBam antara port sarapan yang popular di Seremban kerana menawarkan pelbagai pilihan hidangan tempatan dalam suasana santai. Terletak di Kampung Chedang, warung ini sesuai untuk yang mahukan sarapan berat seperti nasi lemak, lontong, soto dan mee rebus sebelum memulakan aktiviti harian.
1.Warung Salai Batu 5, Port Dickson
Warung Salai Batu 5 antara tempat makan yang menarik di Port Dickson untuk yang mahu menikmati hidangan salai dan masak lemak cili api, menu yang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan. Terletak di Jalan Remis 2, Teluk Kemang, restoran ini sesuai dijadikan port lunch atau dinner kerana lokasinya mudah diakses selepas selesai berjalan sekitar pantai.
2. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Teluk Kemang
Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood di Teluk Kemang sesuai dijadikan pilihan makan untuk yang menggemari hidangan ikan bakar dan makanan laut. Terletak di Teluk Kemang Square, lokasinya mudah diakses dan sesuai untuk singgah selepas selesai berjalan sekitar pantai Port Dickson. Suasana santainya juga menjadikan tempat ini sesuai untuk lunch atau dinner bersama keluarga.
3. GHUMAH PANGKiN Kitchen and Garden
GHUMAH PANGKiN Kitchen and Garden sesuai dijadikan port sarapan atau brunch untuk yang sukakan suasana kampung dan kehijauan taman. Terletak di Kampung Bukit Kadir, Nilai, tempat ini menarik dengan konsep makan dalam kebun serta pilihan masakan kampung yang menjadikan pengalaman menjamu selera terasa lebih santai dan tenang.
Kopi & Kueh sesuai dijadikan port high tea untuk yang sukakan suasana santai, estetik dan cantik untuk OOTD. Kafe ini menawarkan pilihan kopi, matcha dan aneka pastry serta dessert, jadi memang ngam untuk minum petang yang ringan. Dari segi bajet, harganya sederhana dan sesuai untuk yang mahu lepak sambil menikmati suasana tenang. Boleh dikatakan, Kopi & Kueh antara tempat yang cukup perfect untuk anda high tea di Port Dickson.
Dinda & Sons memang sesuai dijadikan pilihan dinner kalau anda mahukan suasana makan yang lebih santai dan cozy. Menariknya, tempat ini bukan saja menyajikan hidangan kampung dan cita rasa Negeri Sembilan seperti masak lemak daging salai, asam pedas jenahak serta sambal udang, malah turut menawarkan pilihan kopi dan minuman moden. Dari segi bajet pula, harganya masih dalam kategori sederhana, jadi memang ngam untuk yang mahu menikmati makan malam yang sedap dalam suasana selesa.
2. Temuan Hills Pizza and Glamping
Temuan Hills Pizza and Glamping juga boleh dijadikan pilihan dinner untuk yang mahukan pengalaman makan yang sedikit berbeza di Negeri Sembilan. Tempat ini terkenal dengan pizza kayu api yang dibuat segar, malah saluran rasmi mereka sendiri menonjolkan pengalaman menikmati “freshly made pizza in the jungle”. Suasana yang dikelilingi kehijauan pula menjadikan dinner di sini terasa lebih santai, tenang dan sesuai untuk yang mahu makan sambil healing.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pernahkah anda terfikir untuk membawa kit pertolongan cemas ketika bercuti? Sekadar membawa minyak angin dan panadol di dalam beg kecil tidaklah memadai kerana setiap destinasi yang dituju berbeza situasi dan maklumlah berada di tempat orang belum tentu medatangkan keserasian. Apa yang patut ada di dalam kit pertolongan cemas anda?
Alahan
Pil yang mengandungi antihistamines sangat berkesan untuk menentang alahan, kegatalan, kemerahan mahupun gigitan serangga pada kulit. Losen calamine pula bertindak merawat kulit bengkak akibat kegatalan dan kulit yang alah secara tiba-tiba sekiranya anda tersilap makan.
Cirit-birit
Makanan yang tidak sesuai dengan perut anda atau termakan makanan tercemar ketika bercuti akan membuatkan percutian anda malang. Oleh itu, adalah penting jika anda terus mengekalkan hidrasi tubuh badan dengan meminum banyak air seperti dioralyte kerana ia mengandungi garam rehidrasi yang bertindak sebagai penyegar kerana kandungan gula dan garam (glukosa, natrium klorida, kalium klorida dan hidrogen disodium sitrat). Biasanya, minuman ini diambil oleh orang yang diserang sakit cirit birit untuk menggantikan cecair yang hilang.
Sembelit
Makanan yang tidak dikenali ketika bercuti boleh menyebabkan masalah sembelit. Laxative atau julap boleh membantu anda ‘membuang’ dalam jangka masa pendek. Kebanyakan julap hadir dalam bentuk pil atau sirap. Jika anda lebih berhati-hati, sembelit boleh dicegah dengan mengambil diet tinggi serat dan minum banyak cecair.
Pedih hulu hati & perut berasid
Jika anda mengalami perut pedih akibat pedih hulu hati, rasa panas dan tidak selesa akibat mengambil makanan dan minuman yang ‘tajam’, ketika ini anda memang memerlukan antasid. Ia membantu melegakan masalah keasidan tinggi dalam perut anda.
Jangkitan dan keradangan
Jika anda mudah diserang penyakit, ada baiknya anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana pil antibiotik tidak boleh diambil sebarangan. Doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan yang perlu dibawa. Elak membeli pil antibiotik yang dijual di farmasi tanpa arahan dari doktor.
Sakit
Ubat penahan sakit penting untuk melegakan masalah sakit kepala, sakit otot, sakit gigi mahupun ketika senggugut. Jangan lupa bawa ubat yang mengandungi aspirin (misalnya Aspro clear), paracetamol (misalnya panadol) atau ibuprofen (misalnya Nurofen). Tapi kami mengesyorkan anda memilih pelekat seperti koyok atau plaster kerana lebih memudahkan anda berbanding ubat-ubatan kerana terlalu terdedah atau terbiar tanpa sedar boleh menyebabkan ubat kurang berkesan. Malah, aspirin tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak melainkan nasihat doktor.
Kudis dan kulit lepuh
Satu botol kecil yang mengandungi chlorhexidine membantu mencegah jangkitan kulit. Tisu antiseptik juga berguna untuk mengelap dan membersihkan luka. Pembalut dan plaster berguna untuk rawat kelukaan kecil pada tangan dan anggota lain. Dettol adalah bahan antiseptik yang mudah dibawa.
Kulit terbakar
Kulit terbakar boleh dicegah sekurang-kurangnya anda menyapu krim sinar matahari yang memapunyai perlindungan matahari (SPF) yang tinggi dan sesuai. Penggunaan aloe vera merupakan bahan semulajadi yang membantu meredakan kemerahan pada kulit.
Selain bahan ubatan di atas, kini anda boleh mendapati barangan digital berbentuk mini seperti termometer yang mudah dibawa untuk melihat suhu tubuh badan anda. Setakat kain kecil dan gunting kecil pasti tidak mempunyai masalah asalkan ia tidak disalah guna. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...