Mempunyai daya tarikan tersendiri, Bukit Fraser ini cukup menarik kalau anda tahu beberapa tempat best. Memang sesuai sangat kalau anda nak cari cuaca sejuk dan lari dari kebiasaan pergi Cameron Highland.
Mungkin tak semeriah Cameron tapi masih okay kalau nak jelajah ke sini. Menurut perkongsian dan pengalaman Puan Felicia Ramzi, duduklah semalam baru lah dapat explore dengan tenang dan tak rush nak turun semula.
Naik Ke Bukit Fraser
Taman AwamNight out.
Ini hotel yang dipilih sewaktu berjalan ke sana, Hotel Shahzan Inn- 2 single beds menghadap depan (garden view)
Ruang lobi Shahzan Inn. Bersih, kemas dan tersusun.
Maklumat tambahan:
1. Parking banyak dan luas.
2. Disediakan breakfast. Dan breakfast spreadnya sangat memuaskan hati.
3. Staf yang mesra.
4. Lokasi strategik. Turun ke jalan besar terus nampak clock tower, simbol ikonik Bukit Fraser.
5. Rancangan TV ada dalam 10 channels – semua clear sungguhpun di atas bukit.
6. Sejuk, tak perlukan aircond.
Minus points:
1. ‘Water pressure’ tak kuat. Ayu je keluarnya. Kalau kuat macam air pili bomba baru best.
2. Malam pertama, air shower tak panas. Menyesal mandi.
3. Perabot agak lama. Nak on TV sila tekan punat dekat meja katil. Punat tu takda label, jadi main la teka teki sekejap, tekan mana-mana punat sampai TV tu menyala.
Apa Yang Menarik:
1. Allan’s Water
Ads
Tempat untuk fish feeding dan paddle boat. RM10 per boat /15 minit. Soalan saya, siapa Allan?Terkejut otot tiba-tiba mengayuh.
2. The Paddock
Tempat naik kuda dan archery.Nama kuda ni Ringo. Umur 6 tahun. Kalau umur manusia, 66 tahun dah usianya. Hi atok.
3. Arzed Restaurant untuk lunch dan dinner. Lokasi: sebelah Taman Awam.
Masa sampai, kabus tebal. Tapi sejuk tu ‘bearable’. Ni dekat Taman Awam, lunch dekat Arzed Restaurant.
4. Ye Olde Smokehouse
Ads
Salah satu spot di Ye Olde Smokehouse.Ye Olde Smokehouse. Saya ambil tip Ryan Bakery, pura-pura tertinggal purse. Bubur sago honeydew tak silap saya RM40. Nak tengok menu mukasurat sebelah pun macam nak parkinson tangan. Tapi tempat ni cantik. Very serene dan peaceful. Ada tempat penginapan juga. Boleh rujuk website dorang ya.
5. Glasshouse Fraser
Glasshouse. Datang sini by mistake. Ingatkan sini ada scones. Tengok menu takda scones, rupanya dekat Ye Olde Smokehouse. Tapi boleh layan teh dan burnt cheese cake. Harga pun boleh burnt the pocket jugaCantik kan. Tapi nama Glasshouse ni buatkan teringat movie Glasshouse yang uncle dia bunuh parents budak2 tu. Dramatik imaginasi. Sini ada uncle jugak tau. Tapi dia ambik order korang je. So no worries.
6. Clock Tower
Clock tower ni setiap ‘side’ boleh bergambar. Jadi tak perlu gaduh ‘aku dulu’. Tenang-tenang jangan bawa balik jam tu sudah.
7. Taman Lady Guilemard
Bersebelahan Shahzan Inn. Ada mini garden. Bunga hydrangea banyak sini
8. Strawberry Garden tanpa strawberi
Ads
Strawberry GardenStrawberry Garden tanpa strawberries. Ada dijual madu, ubi manis. Oren deiii tak mau dah beli.
9. Istana Pahang.
Bersebelahan Istana Pahang.Pos ofis pun unik. Sayang tak buka. Curious nak tengok. Lain kali naik nak try hantar poskad kat diri sendiri.Balai polis yang dibina sejak tahun 1919. Ni kalau buat repot atau aduan ni rasa macam pergi rumah member sebab langsir tu macam mak ikat.
Tip Naik Ke Atas:
1. Hati-hati di selekoh. Jalan sempit.
2. Awas dengan buluh yang ‘mencodong’ ke arah jalan.
3. Isi perut, jangan kenyang sangat, jangan kurang sangat juga. Kebarangkalian untuk ‘mabuk’ tu ada. Saya steady, tapi anak muntah.
4. Berhenti di Empangan Air Selangor untuk bergambar. View cantik.
Sebelum kehidupan jadi berliku-liku naik Bukit Fraser, berhenti dulu di Empangan Sungai Selangor okay.
5. Arzed Restaurant buka sampai 9.30pm. Saya rekomen makan sini sebab sedap dan banyak pilihan. Sedikit menunggu tapi berbaloi.
6. Kalau dalam pekan, Mimi Strawberry pun buka untuk dinner. Kalau nak santai-santai, beberapa food truck berdekatan Shahzan Inn pun ada tapi sampai 7.30pm saja.
7. Paling penting, jika berlaku kes kecemasan, ketuk saja pintu Klinik Kesihatan berhadapan Balai Polis. Atau call nombor yang tertera di pintu. Sini tak ada Farmasi atau klinik swasta kalau nak cari ubat dan lain-lain.
8. Hati-hati ramai enthusiastic cyclists naik.
Klinik kesihatan. 650 petang kami call, emergency pula anak tiba-tiba terkena heartburn lepas makan oren beli dekat Strawberry garden.
Keseluruhan, best naik Fraser. Laluan naik memang agak mencabar, menyerupai Tapah. 27km itu memang berpusing sampai atas. Tapi ketenangan di Fraser, ditambah dengan keunikan bangunan dikekalkan dari dulu, membuatkan Fraser unik. Ada vibe tersendiri.
Bagi anda yang belum keluar negara, boleh lah masukkan Fraser dalam senarai becuti. Boleh tahan dan best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nampaknya ada berita buat kaki travel. Bagi mereka yang sudah menerima dua vaksin Covid-19 kini dibenarkan merentas negeri.
Bukan sahaja boleh merentas negeri tetapi juga malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, dengan syarat mereka memiliki sijil pengesahan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.
Beliau berkata, sijil akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.
“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini, tanpa halangan pihak berkuasa.
“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya semalam.
Taiwan hanya sebuah negara pulau yang kecil, tetapi pembangunannya cukup pesat membangun, kepadatan penduduk yang tinggi dan mempunyai kepakaran hebat dalam bidang teknologi.Taiwan turut mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Taiwan juga seperti negara-negara Asia yang lain turut mempromosikan makanan halal, sekali gus mengejar pengiktirafan sebagai negara pelancongan yang mesra Muslim. Hal tersebut terbukti melalui penyediaan makanan halal dan tempat-tempat solat yang banyak terdapat di negara tersebut.
Mendapatkan makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang sukar dan perlu dikhuatirkan. Terdapat banyak restoran yang diiktiraf halal di sana. Majoritinya menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang sinonim dengan adat dan budaya orang Taiwan itu sendiri.
Disebabkan itu Taiwan menjadi pilihan lelaki ini untuk travel secara solo selama 8 hari baru-baru ini. Ini perkongsiaan daripada saudara Indra Sadewa di sebuah laman sosial.
Malaysia – Taiwan
(30 November 2019 – 7 December 2019).
Day 1
Sabtu KUL – TPE (MH066) ETA 1410. Beratur panjang di Immigration. Amik luggage terus gerak ke hotel.
Check in, rest and early dinner kat Khana Khazana.
Selesai dinner, jalan kaki ke Sun Yat-Sen Memorial Hall. Dekat je tak sampai 7 minit. Dari situ, patah balik ke Taipei City Hall building. Browsing Eslite (kedai buku) dan window shopping kat Breeze. Dari situ, jalan kaki ke 101 dan balik hotel. Rest.
Day 2
Ahad. Lepas sarapan, sy jalan kaki ke Sun Yat-Sen untuk tengok Change of Guard pukul 9.
Udah siap round round kat dalam tu, sy gerak naik MRT Sun Yat-Sen (line biru), sy turun kat Longshan Temple. Kat situ, ronda dalam temple kejap, singgah herbal dan historical lane kat situ, kendian patah balik ke Ximen Station (line biru).
Sampai di Ximen Station pukul 1130 untuk daytrip je Yehliu Geopark, Shifen dan Jiufen (book kat Klook). Package ni kita kena gather pukul 1150.
Sementara menunggu bas, sy call Starbucks 101 @ 35 F dan dapat slot hari Selasa pukul 11 pagi. For info, Starbucks 101 @ 35F ni kena call untuk naik ke atas. Tak boleh walk in ya.
Additional payment adalah tiket masuk ke Yehliu (NT80) dan tiket shuttle bas Jiufen (NT15 pergi balik). Kalau amik package ni, kena tunggu bas kat Ximen station (exit 6) Line Hijau boleh, Line Biru pun boleh. Group saya hari tu ramai Filipino. Malaysian saya dan ada sorg akak dari Kuala Terengganu. Journey from one point to another lebih kurang 1 jam.
Kat Yehliu Geopark, kami dapat 1 jam untuk ronda, kat Shifen dengan Jiufen dipendekkan jadi 45 minit je. Akhir tour, semua orang diturunkan kat Taipei 101. Dari situ, sy jalan kaki ke Khana Khazana untuk dinner dan balik hotel terus.
Day 3
Monday. Dari hotel, sy naik MRT ke CKS Memorial Hall (line merah). Sy sampai sana pukul 8.45, terus beratur untuk tengok Change of Guard pukul 9.
Dah puas amik gambar kat area ni, sy jalan kaki ke East Gate. Cuma boleh amik gambar dari jauh je.
Lalu NTU Hospital. Lepas tu, ke 228 Peace Park. Muzium tutup pulak hari Isnin. Xpa.. xda rezeki. Sy jalan kaki ke Presidential Hall pulak. Polis cakap boleh amik gambar dari seberang jalan je. Lepas tu, sy ke Court pulak amik gambar.
Patah balik ke Presidential Hall dan beratur untuk free tour. Rezeki di pagi hari, tak beratur panjang dan terus masuk. Dah tu, sy jalan kaki lagi ke Red House, Bell Tower and ke Ximending area.
Dari situ, sy naik MRT ke Daan Park (line merah) untuk ke Taipei Grand Mosque.
Selesai urusan, sy naik MRT turun di Taipei 101 (line merah). Sy ke Shin Kong Mitsukoshi A9 untuk makan Chang Beef Noodles. Lepas tu, jalan kaki balik hotel dan rest.
Day 4
Selasa. Dari hotel, sy jalan kaki ke MRT Taipei 101 (line merah) ke Xianghsan (last stop. Jalan kaki pelan pelan ke Elephant Mountain. Sy pergi awal pagi sebab tak ramai pelancong melainkan locals yang naik trails jugak. Best sebab ramai greet good morning in Mandarin. Sy singgah ke pointview 1 (yang ada platform), pointview 2 (yang ada batu), dan pointview 3 (ni pointview terakhir sebelum lajak ke puncak sebelah bukit ni (sy tak pergi).
The whole journey turun naik took me about 2.5 jam sbb sy banyak rehat in between. Dah sampai kat MRT station, sy jalan kaki balik hotel. Rest kejap dan gerak ke Starbucks 101 @35F. Staff Starbucks akan turun 5 minit sebelum assigned time. Dia akan confirmkan no booking dan akan bagi nombor giliran. Sampai je kat atas, masuk dalam cafe ikut no giliran. Sy nombor 8 dari 10. Tp rezeki sebab sy solo, jadi dpt duduk kat bench dan view cantik. Dah order food dan settle semua, sy balik hotel rest.
Petangnya, sy naik MRT ke Taipei Nangang Exhibition Centre (warna biru last stop). Sy turun kat sini sebab nak makan Fried Chicken Master.
Dah siap makan, sy naik MRT dari situ ke Jianan Road (Brown line). Sy ke Miramar Entertainment Park. Naik ferris wheel dan ingat nak tengok wayang tp sold out. Kalau anda gayat macam sy, skip jelah Miramar ni. Habis segala surah zikir sy baca. Gayat sbb dah lah atas bumbung, angin kuat, cabin goyang goyang pulak. Tp xpa.. yg penting dah experience. Dari sini, sy sambung turun naik MRT ke Zhongxiao Fuxing. Sy dinner kat Taj. Pastu, naik MRT balik hotel dan rest.
Day 5
Rabu. Sy gerak naik MRT ke Taipei Zoo (brown line last stop) dan kendian, naik Maokong gondola. Petang, sy naik MRT ke Tamsui (line merah paling hujung). Konon nak ke Fisherman's Wharf / Lovers Bridge tp feri dah habis. Sy terlupa nak tengok jadual feri. Jadi, jalan jalan je area town dan balik terus ke hotel naik MRT. Malam, sy dinner di Khana Khazana je lagi sebab tak larat.
Day 6
Khamis. Hujan dari malamnya. Sy tak keluar pun cuma ke Taipei 101 dan window shopping kat Breeze dan Bellavita je. Malam, sy ke Ximending beratur beli boba milk tea dalam hujan lesak.
Day 7
Jumaat. Masih hujan. Tak keluar lagi sebab malas hujan. Lepak hotel dan window shopping kat Taipei 101. Beli pineapple tart kat Sunny Hills To Go (B1) dan makan snowice mango.
Day 8
Balik KL MH 367. Plan nak datang lagi untuk cover Taroko, Beitou, Yamingshan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ramai mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahun dengan mengunjungi destinasi menarik dalam negara.
Salah satunya adalah Pulau Langkawi. Bagi yang pertama kali mengunjungi Pulau lagenda ini, jangan risau jika tidak tahu mahu ke mana.
Perkongsian di laman sosial Facebook Detektif Kembara menyenaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi untuk percutian selama 4 hari 3 malam.
Sebenarnya banyak lokasi menarik untuk dikunjungi, tetapi takut tidak sempat dan tempat disenaraikan ini melengkapi percutian di pulau bebas cukai ini.
Dataran Lang.
Day 1
Bfast-Smiling buffalo
Pantai Cenang
Underwaterworld
Pantai Tengah
Lunch- Nasi Campur Kak Yan
Island hopping
Dinner-Warung Upih Seafood
Day 2
Bfast- Roti Canai Kalut
Perdana Quay Lighthouse
Telaga Harbour Marina
Paradise 101
Lunch- Hafiz Rojak
Oriental Village,Cable Car & Skybridge
Telaga Tujuh
Dinner – Telaga Seafood
Day 3
Bfast- Nasi Dagang Pak Malau
Makam Mahsuri
Upside Down House
Lunch- Nasi Arab Kaki Gunung
Ayer Hangat Village
Galeria Perdana
Tanjung Rhu (sunset)
Dinner- Selera Lubuk Buaya
Day 4
Bfast- Nasi Lemak Klibang
Dataran Lang
Legenda Park
Haji Ismail Group
Lunch- Nasi Kandar Ismail Majid
Wildlife Park
Dinner- Wan Thai
Kami kongsikan juga pasar malam (bergantung pada hari yang korang pergi)
Isnin- Ulu Melaka
Selasa- Kedawang
Rabu- Kuah (ni yg plg famous)
Khamis- Temonyong
Jumaat- Ayer Hangat
Sabtu- Kuah (sama dgn hari Rabu)
Ahad- Padang Matsirat
Kalau ada masa lebih boleh ke sini juga:
Air Terjun Temurun
Gunung Raya
Sunset cruise
Kilim Geoforest Park
Idaman Suri (shopping)
Nusantara (shopping gamat)
Nota: Kalau pegi hari Jumaat kena periksa dulu waktu operasi kedai makan sebab banyak yang tutup
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...