Berita

Nak Menang Wang Tunai? Jom Sertai Pertandingan Foto Anjuran Encore Melaka!

Share

Panggung Teater Encore Melaka dengan kerjasama Persatuan Fotografi Selangor dan Kuala Lumpur buat julung kalinya akan manganjurkan pertandingan fotografi dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM9,000.

Pertandingan bertema ‘Encore Melaka Through the Lens Travel Photography’ ini memberi peluang kepada penggiat seni fotografi untuk merakam gambar keunikkan dan kecantikkan persembahan teater bertaraf dunia di Encore Melaka melalui kaca lensa.

Menurut Pengarah Urusan Encore Melaka, Long Tyan Poh, pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang unik kerana buat pertama kalinya peserta pertandingan akan diberikan pas eksklusif untuk merakam gambar sewaktu persembahan dan di belakang pentas.

Peluang untuk memiliki pas eksklusif ini hanya diberikan kepada peserta yang menyertai photo trip dua hari satu malam pada 8 dan 9 Disember ke Encore Melaka dengan harga serendah RM230.

Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua peringkat usia dan kemahiran. Sama ada profesional atau amatur turut berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Hadiah tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000 setiap seorang.

Untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan syarat-syarat pertandingan, sila layari https://tinyurl.com/encoremelaka atau boleh email kepada penganjur di weitatt@gmail.com

IKLAN