
Jika berkunjung ke Pulau Pinang, menikmati juadah nasi kandar adalah satu kemestian. Antara restoran nasi kandar yang menjadi tumpuan ramai adalah Nasi Kandar Hameediyah.
Terkini, Restoran Hameediyah Pulau Pinang ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai restoran nasi kandar tertua di negara kita. Restoran nasi kandar berusia lebih 100 tahun itu mula beroperasi di Lebuh Campbell, sejak tahun 1907 dan masih popular sehingga kini.
Restoran nasi kadar keluarga ini telah beroperasi selama hampir 114 tahun dan kini diwarisi oleh generasi ketujuh keluarga berkenaan iaitu Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor. Beliau melahirkan rasa kesyukuran atas pengiktirafan Malaysia Book of Records itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan restoran berkenaan.
Restoran Hameediyah ini kereap menerima ramai tetamu terhormat, seperti pelakon, menteri bahkan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda berkenan berkunjung ke sini (Restoran Hameediyah) tahun ini, tetapi seperti kebanyakan pelanggan, kedatangan baginda tidak dijadualkan tetapi sekadar untuk menikmati makanan di sini.
Restoran itu akan mewarisi resipi restoran keluarga itu kepada generasi seterusnya dan bercadang mengembangkan perniagaan ke seluruh negara. Kini cawangan Restoran Nasi Kandar Hameediyah terdapat di Butterworth dan Kota Damansara, Petaling Jaya. Selain itu mereka juga bakal membuka satu lagi cawangan baru di Sungai Ara pada bulan Ogos 2020.
Sumber: Bernama
Bagai Di Italy! Qulai Pizza Kayu Api Dibakar Segar Cara Tradisional Menggunakan Oven Batu

Bila sebut pizza, fikiran pasti teringatkan Italy. Ini kerana makanan ini sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Barat untuk menikmatinya siang atau malam. Malah ia juga sudah diterima oleh masyarakat yang ada kalanya menolak nasi sebaliknya menikmati pizza lazat.
Tapi nampaknya di Johor, khususnya di daerah Kulai, sangat terkenal dengan Qulai Pizza Kayu Api. Wow, yummy sangat.
Jom tengok apa yang special sangat dengan Qulai Pizza Kayu Api ini.
Pernahkah anda tahu di Kulai atau lebih tepat lagi di kawasan rumah kampung di Kg Pertanian, Kulai terdapat satu kedai menjual pizza dibakar menggunakan cara tradisional? Ala ala di Itali?
.
Setiap doh pizza diuli segar setiap hari menggunakan tangan dan setiap pizza dibakar di dalam oven batu menggunakan kayu api. Kayu api yg digunakan pula dipilih daripada kayu pohon buah-buahan terutama kayu dari pokok rambutan. Pizza yang telah dibakar mempunyai aroma unik dan rasa yang cukup sedap! Apatah lagi, crust/kerak pizza kayu api ini tetap lembut baik ketika panas mahupun setelah sejuk.
Pizza boleh ditempah untuk dibawa balik (Take-Away) atau Delivery ke rumah atau Dine-in. Untuk delivery, beberapa rider terdiri dari pemuda kampung bersedia berkhidmat untuk hantar ke rumah anda. Food Panda pun ada.
Untuk dine in, bayangkan anda makan pizza panas-panas dikelilingi suasana kampung yang nyaman dan pokok-pokok bunga pelbagai spesis yang cukup mendamaikan jiwa.
Inilah dia tarikan baru di Kulai. QULAI PIZZA KAYU API!
Tidak terdapat di tempat lain di Negeri Johor. Jenama pizza lahir di Johor. Asal Johor! Authentic Johor!
Yok order!
Qulai Pizza Kayu Api
: sila click link ini, https://wa.me/60106602847
: 2023, Jalan Manggis, Kg Pertanian 81000 Kulai Johor (berdekatan IOI Mall Kulai)
Fb : Qulai Pizza Kayu Api
Insta : @qulaipizzaofficial
Waze/Google Maps : Qulai Pizza Kayu Api
Note :
1. Tempahan ke area Kulai, Senai, Pulai, Skudai, Felda Inas, Bdr Tenggara, Felda Bkt Besar, Sg Sayong, Ramun : 1 – 2 jam sblm penghantaran.
2. Tempahan ke area Tampoi, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Bandaraya JB, Pasir Gudang, Masai : Sehari sebelum penghantaran. Sumber : Tourism Johor
5 Port Makan Di Kuantan, Khas Untuk Korang Yang Mempunyai Selera Berbeza Setiap Hari

Keenakan gulai tempoyak patin dan sambal hitam yang sinonim dengan negeri Pahang tidak perlu diperkatakan lagi. Aroma masakan makanan itu saja sudah mampu membuatkan perut yang kenyang menjadi lapar. Walaupun makanan itu sangat popular di Pahang, semakin ramai menggemarinya terutama dari negeri lain.
Jika anda ingin merasai kelazatan sajian hidangan wajib negeri Pahang, ini antara lokasi port makan menjadi pilihan ramai jika berada di Kuantan. Bukan setakat menu tradisi sahaja, malah ada beberapa lagi menu sajian berbeza yang istimewa anda boleh cuba, jika bosan untuk mencuba 'sejenis' masakan sahaja.
- Restoran Jamal Tory Resepi
Keenakan masakan daging salai masak lemak dan ikan patin gulai tempoyak yang popular di Pahang memberi ilham kepada pemilik restoran Jaman Tory, menghasilkan inovasi menu baharu daripada hidangan tradisional menjadi makanan ala Barat yang ekslusif. Walaupun penyediaan menu tampak seakan Barat, di sini masih mengekalkan rasa asli masakan kerana ia adalah 'signature' restoran Jamal Tory. Anda yang berkunjung ke sini pasti berpuas hati dengan hidangan yang diperkenalkan. Jaman Tory berkonsepkan eksklusif dengan mengetengahkan dekorasi menggunakan perabot kayu dan hiasan antik bagi mewujudkan suasana zaman dahulu di ruang makan berkenaan.
Alamat: 15 2/3 indera mahkota 2, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
- Nasi Ulam D’Pondok
Sedap, Murah dan Halal merupakan slogan utama yang menjadi pegangan Restoran Nasi Ulam D’Pondok.Keistimewaan restoran ini terletak pada lauk pauknya yang begitu banyak. Sebanyak 75 jenis masakan disediakan buat para pelanggan yang datang. Restoran ini menyajikan hidangan tradisional masyarakat Pahang semestinya menyediakan banyak lauk pauk terutama semasa makan tengahari yang dihidangkan bersama pelbagai pilihan ulam-ulaman segar. Nasi Ulam D’Pondok beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 5 petang untuk hidangan lauk pauk dan ulam ulaman. Dan bagi anda yang sukakan makanan barat boleh mula berkunjung selepas jam 6 petang sehingga jam 12.00 tengah malam.
Alamat: B-34 Lorong Tun Ismail 6, Sri Dagangan, 25000 Kuantan Pahang
- KarRatz Café
KarRatz Café berkonsepkan kafe hipster menjadi tumpuan anak muda bersantai terutamanya peminat kereta dan motor klasik. Suasana santai dengan alunan melodi merdu untuk halwa telinga membuatkan kafe ini menjadi pilihan Gen Y. Menu makan yang terdapat di sini berkonsepkan makanan barat dan uniknya penjenamaan menu yang dihidangkan diambil dari nama kereta-kereta lama serta aksesori-aksesori kereta. Try la datang sini, pasti memberi sedikit kelainan untuk situasi makan malam anda.
Alamat: No A-15, Ground Floor, Lorong IM14/32, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
- Bombay Restaurant
Sebut saja Bombay Restaurant pasti aroma kari mamak, nasi daun pisang serta beraneka pilihan nasi biryani berlegar-legar di ruangan imaginasi anda. Bagi penggemar menu sebegini, destinasi ini adalah syurga masakan India istimewa di Kuantan. Menu paling istimewa di sini adalah nasi kandar & biryani kari kambing. Memang padu dan terangkat Ruang makan yang tertutup dan selesa serta berhawa dingin membangkitkan suasana makan malam yang cukup santai dan eksklusif.
Alamat: 71, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
- Kula Cakes
Orang Kuantan kalau tidak tahu atau tidak pernah menjejakkan kaki ke Kula Cakes, anda bukanlah anak jati Kuantan! Dari tahun 2013 sehingga hari ini, Kula Cakes menjadi sebutan dan kegilaan para peminat kek dan pencuci mulut. Kula Cakes menyediakan pelbagai jenis kek dengan ruang makanan yang santai berkonsepkan taman, ada antara pelanggan datang dari Kuala Lumpur, Johor dan Terengganu semata-mata hanya untuk makan kek keju mangga. Keunikan menikmati di Kula Cakes, anda bukan hanya dapat menikmati kek keju mangga yang enak tetapi dalam suasana santai seolah-olah seperti berada dalam taman dengan dekorasi dinding mural berkonsepkan hidupan hijau
Alamat: 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang
Port Lepak & Makan Ditemani Orkid Cantik Di Batang Kali, Florescence Cafe Unik & Tersendiri, makanan Pun Sedap!

Orkid antara tumbuhan paling popular di dunia kerana mempunyai karakter menarik dan pelbagai warna seperti ungu, merah, kuning, biru, hijau dan coklat. Ada pelbagai jenis orkid ada dijual di pasaran dan tahukah anda hutan di negara ini antara yang mempunyai ribuan jenis dan spesies orkid.
Bagi anda peminat orkid, wajib untuk datang bersantai di The Florescence by World of Phalaenopsis, Batang Kali. Selain menjamu selera dengan santapan pemanis mulut yang lazat, anda juga boleh membeli dan membawa pulang bunga orkid yang ada di dalam kafe indah ini. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di setiap sudut di sini.
Ini perkongsian daripada saudara Fariz Ali yang berpeluang bersantai di ‘kafe orkid’ ini.
Kafe Dibanjiri Orkid
Bertempat di The Florescence by World of Phalaenopsis Batang Kali. Tempat ini bukanlah untuk kaki bunga sahaja, malah sesuai untuk kaki makan juga!
- Kafe ini sememangnya mempunyai identiti yang tersendiri. Tatkala anda memasuki pintu cafe ini, anda pasti terpukau dengan kemasan dalamannya yang bertemakan bunga orkid. Bunganya sungguh banyak. Boleh dikatakan di setiap sudut cafe.
- Suasana kafe yang seperti taman, ditemani pula keluarga tersayang sememangnya pengalaman yang sangat berharga.
- Menunya pula boleh tahan sedap. Jangan lupa untuk memesan hidangan waffle bercampur aiskrim mereka. Terdapat 3 perisa kesemuanya iaitu strawberry, pisang dan kiwi. Saiz wafflenya agak besar juga. Boleh dikongsi-kongsi dalam satu hidangan. Untuk hidangan yang lain pula, saya kongsikan senarai menu beserta harganya sekali untuk rujukan anda di dalam gambar.
Jemputlah ke cafe ini. Pasti anda tidak menyesal, silap-silap, datang berkali-kali pula!