
Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
Sumber: Sinar Harian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jual Merpati Pun Boleh Dapat 2 Juta Dolar! Hebat Burung Ni..

Ketika wabak pandemik yang melanda ketika ini, boleh dikatakan ramai yang lebih berjimat cermat dan berbelanja dengan hemah dek ekonomi dunia yang jatuh teruk. Kalau anda, sanggup atau tidak keluarkan duit untuk membeli seekor burung berharga jutaan dolar? Dolar tau, bukan Ringgit..hehehe
Diberi nama sebagai New Kim, hanya seekor burung merpati. Namun, ia bukan merpati biasa-biasa, kerana nilainya melebihi harga emas dan permata! Burung merpati baka Belgium itu dijual pada harga ASD1.9 juta menerusi satu sesi lelongan di Belgium. Seorang peminat merpati dari China meletakkan harga yang tinggi itu dalam acara yang diadakan di pusat merpati Pipa, di bandar Knesselare, dalam wilayah Flanders, yang berlangsung selama dua minggu. Lelongan itu telah berakhir pada 16 November 2020 lalu.
Lelaki berkenaan sebelum itu bersaing dengan seorang lagi pembida untuk memiliki burung betina berusia dua tahun tersebut. Kali terakhir bidaan seekor burung merpati baka sama adalah tahun lalu, di mana ia berjaya dibida pada harga ASD406,000.
Sebanyak 445 ekor burung telah diletakkan dalam bidaan berkenaan dan jumlah keseluruhan jualan untuk acara itu mencecah lebih ASD 7 juta. Acara bidaan seumpama ini merupakan ‘lubuk wang’ buat penternak burung dan tumpuan mereka kebanyakannya ialah peminat dari China.
Sumber: astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lelaki Ini Kongsi Tip & Port Wajib Singgah Kat Cameron Highlands. Memang Syoklah!

Cameron Highland sememangnya menjadi pilihan destinasi percutian rakyat Malaysia. Cuaca yang sejuk dan nyaman menjadikan tempat ini lokasi percutian untuk seisi keluarga.
Selain dapat beli sayur-sayuran dan bunga-bungaan segar, kat sini juga banyak tarikan dan aktiviti lain yang korang boleh buat.
Bukan sahaja port makan-makan tapi korang kena tahu juga bebebrapa tip dan panduan nak sampai sana. Lelaki ini kongsi tip dan port best yang wajib korang pergi bila bercuti ke Cameron Highlands.
Port Wajib kalau bercuti ke Cameron Highlands
- Harga strawberry antara paling murah lepas Selepas PKP. RM15 boleh dapat selonggok sekarang memang puas hati
- Musim Avocado.boleh beli avocado murah. RM18-RM20 sekilo
- Floral Park dah berbunga penuh dan boleh naik sampai ke puncaknya sekarang
- Cuaca Baik tiada hujan pagi jadi boleh jalan puas-puas pagi
- Kek Viral Paktam dah buka dekat Kea Farm
30 tip kalau nak Ke Cameron Highlands
HARI DAN CUACA
- Hari Selasa-Rabu adalah hari termurah rate Hotel.
- Sabtu-Ahad adalah paling tak best. Bilik mahal, barang mahal dan juga JEM semua tempat. stress.
- Petang selalu hujan…hujan dan ribut sejuk memang tak best jalan-jalan. Jadi sila habiskan jalan-jalan pagi sampai tengah hari. Petang lepak hotel makan strawberry minum teh panas
- Keluar jalan-jalan pagi pakai longsleeve dah cukup. Tengah hari panas namati mesti menyesal pakai sweater.
- 4.1 Pasar Malam hanya ada pada hari Jumaat malam.
SHOPPING
- Di Kea Farm strawberry, ubi jagung semua murah sebelah kanan.. Tempat bazar baru, sebelah parking kereta. Pilihan pun banyak.
- Pokok bunga paling murah di Cactus Point..dah 4 tahun harga masih sama.
5.2 Tanya pokok yang anda beli boleh hidup atau perlu siram banyak air atau tidak. dia akan ajar
5.3. Ubi paling manis adalah yang isi kuning.. Yang purple lawa saja tapi tawar. harga RM9-11/kilo
5.4. Strawberry putih mahal. RAsa lebih lemak. ada di S’corner. Kena makan atas ni saja. Kalau bawa turub dia rosak
5.5. Bila sampai Cameron Highland beli strawberry dan coklat celup terus. Nanti boleh makan di bilik petang/malam memang best.
5.6 Jangan terkena dengan scam coklat kotak.. kadang2 kotak saja besar coklat biasa saja.. Jagung mutiara juga RM20. 3-5 batang..kalau jumpa Rm10 selonggok tu anda kena tipu.
MAKAN
- Steamboat tersedap feveret kami adalah Fern Nyonya. Kedai cina tapi halal.
- Steamboat lain-lain mostly pilihan banyak tapi rasa sama jah.(pandangan peribadi dah cuba semua)
- Kedai Makan Kelate best di D Bamboo di Tanah Rata. memang masakan pior ori kelate. Tomyam panas2 best
- Menu sayur goreng/sup adalah terbaik di Cameron sebab dia segar dooh. rangup krup-krup. wajib cuba
- Sos Strawberry tersedap adalah jenama Chocoberry House. Rasa mahal, cair just nice memang sedap dooh. rm5 saja
- Breakfast paling best adalah beli dekat Family mart/bungkus, makan picnic di taman taman. puas hati sungguh
- Family mart best datang pagi pukul 7-8 memang takda orang
HOTEL
- Paling best adalah duduk hotel yang tinggi2 macam Corpthorn view bilik dia boleh buat anda terkejut lawa. Minta view mengadap gunung.
- Hotel best dengan view gunung/beranda lawa adalah Strawberry Park, Casa Loma, Corpthorn, De La Fern, Bala’s
- Nak cuba glamping murah boleh cuba Backyard Glamping di dekat Abang Strawberry. tinggal dalam Khemah
- Kalau datang nak shopping sila duduk area Kea Farm senang balik nnati
- Hotel memang tiada aircond. Jadi kena cari hotel yang tingkap besar atau ada beranda untuk bernafas best..
16.1 Nak bajet boleh cuba Desa Anturium ke apa yang rumah Flat tu. Rumah banyak bilik harga bawah rm100
AKTIVITI
- Mossy FOrest kena pergi dengan 4×4. Kereta rendah memang akan tersnagkut. Cara nak pergi join trip hotel..RM50++/kepala biasanya
- Jogging Pagi memang best. dia punya nikmat lain sungguh
- Bawa barang-barang picnic.. dan picnic di taman memang puas hati.
- Ladang teh terbaika dalah Bharat Cameron Valley 1, boleh turun naik kereta dia RM15 saja. kalau jalan kaki RM3.
- Floral Hills yang viral tu harga dia boleh tahan. Taknak bg tahu berapa kena cuba sendiri
JALAN
- Bawa Kereta kecik sini senang sikit nak parking
- Isi Minyak penuh-penuh bila sampai Brinchang Jalan one way, takut nanti tersekat dalam Jem susah pulok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jom Sambut Ambang Tahun 2020 Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur ini dijadualkan bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengah malam di Dataran Merdeka. Program ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Pertunjukan Cahaya di Langit' akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020 kelak.

Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur merupakan acara khusus sambutan besar-besaran menjelang 2020 dengan gabungan beberapa komponen acara dimulai dengan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 dan Majlis Pelancaran Video Kempen Nilai-Nilai Murni oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, diikuti persembahan 'Extravaganza Malaysia Time Capsule' oleh Istana Budaya.
Konsert tersebut akan disertai oleh Datuk Jefrydin (Pop Yeh Yeh), Elvira Mentor (Oldies), Asmidar (Irama Malaysia), Siti Nordiana (Pop Balada) dan Han Byul (Korea).
Persembahan aksi rasa kilas (flashmob) akan diadakan di Avenue K, Jalan Ampang, dan di perkarangan Pavilion, Bukit Bintang pada 27 dan 28 Dis ini bagi memeriahkan lagi promosi program tersebut.
Sementara program awalan khalayak pada 31 Disember ini dengan program interaktif seperti pameran, demonstrasi, permainan kembara budaya (cultural hunt), interaktif masakan warisan dan persembahan sisipan kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan pengunjung tempatan serta luar akan diadakan mulai 10 pagi.
Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum, menyemarakkan pelancongan negara serta mengetengahkan tradisi menyambut perayaan seperti Krismas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!












