
Aiskrim memang diketahui berperisa manis dan sedap yang menjadi kegilaan ramai. Namun, pada zaman sekarang pelbagai perisa aiskrim telah diperkenalkan untuk membuat pembaharuan untuk memeriahkan lagi industri pemakanan.
Jangan tidak percaya ada yang gemar melancong ke luar negara suka untuk mencuba pelbagai jenis aiskrim mengikut identiti sesebuah negara itu.
Seperti di New Zealand, sebuah syarikat pengeluar makanan terkenal, Wattie’s mengumumkan rancangan untuk menawarkan aiskrim berperisa sos tomato sekali gus mengundang pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna media sosial. Sebilangan pengguna menyifatkan produk baharu itu sebagai suatu kombinasi dua makanan pelik sebagai menjijikkan.
Aiskrim berperisa tomato ini bukan yang pertama dihasilkan, pada tahun 2014, sebuah jenama aiskrim terkenal Häagen-Dazs, pernah mengeluarkan aiskrim berperisa tomata dan juga berperisa lobak merah.
Paparan yang dikongsi oleh Wattie’s di Facebook sudah menerima lebih 21,000 komen dengan perkongsian sebanyak 5,000 kali. Jurucakap syarikat itu, Ben Cochrane mengesahkan produk berkenaan akan dikeluarkan untuk dipasarkan sekali gus menidakkan tanggapan beberapa netizen bahawa ia sekadar gurauan.
Dia mengesahkan idea untuk mencipta aiskrim itu selepas menerima cadangan bahawa ada pelanggan gemar memakan aiskrim yang diletakkan sos tomato di atasnya. Mereka tidak pasti berapa ramai orang akan membelinya, namun mereka sedang melakukan, mencuba dan melihat sejauh mana sambutannya nanti.
Tapi rasanya kalau di Malaysia mesti tidak pelik dengar menu-menu pelik yang cuba dipromosikan. Bagi sajian aiskrim, telah wujud pelbagai perisa yang luar biasa, antaranya aiskrim berperisa Nasi Lemak. Aiskrim ini adalah menu unik sebuah kedai aiskrim yang terletak di Alor Star, Skream Softserve. Bila makan rasa macam nasi lemak. Ada yang dah pernah cuba?
Sumber: Dailystar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kasi Support Barangan Tempatan Lah’, Jom ‘Shopping’ Tanda Cinta Negara

Jangan tidak tahu, dengan membeli barang buatan Malaysia juga sudah dapat menunjukkan yang anda semua cinta akan negara kita!
Pusat Pemborong GM Klang melancarkan kempen #KasiSupportBaranganTempatanLah sebagai inisiatif dalam membantu usaha meningkatkan ekonomi negara yang sedang berdepan dengan ancaman penularan COVID-19.
Kempen itu merupakan antara usaha pusat berkenaan untuk memupuk usaha membeli barangan dan jenama tempatan di samping menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan pembeli secara tidak langsung. Ia juga sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Seiring dengan kempen ini, ia adalah usaha GM Klang untuk mempromosikan peniaga-peniaga tempatan di sini khususnya, kerana mereka turut wujudkan slot peniaga tempatan di sini.
Kempen yang telah bermula 31 Ogos sehingga 30 Sept depan itu turut menawarkan peluang memenangi insentif membeli belah RM300 tiap seorang, di mana pengunjung hanya perlu berswafoto di lokasi menarik sekitar GM Klang bersama topi eksklusif berharga RM5 yang boleh dibeli di pusat khidmat kompleks itu, dan memuat naik gambar di laman sosial mereka, dengan 'tag' GM Klang beserta #supportbarangantempatan.
image via FB GM Klang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Drive Sendiri Di Perth Boleh Jimat & Cover Banyak Tempat. Lelaki Ni Kongsi Tip Nak Drive Long Distance Kat Sana, Baru Lancar Perjalanan!

Perth, Australia yang terletak di negeri Western Australia (WA) antara destinasi yang menjadi pilihan orang Malaysia. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati bila ke sana. Jadi kalau nak lebih jimat sebaiknya sewa kereta di sana untuk cover banyak tarikan kat sana.
Tapi mungkin ada yang risau untuk memandu di luar negara, nak tahu apa tipnya, ikuti apa yang dikongsikan oleh Aidan Perth untuk yang ada plan untuk bercuti ke sana. Moga bermanfaat!
Tips Travel Perth – Drive Long Distance (Memandu Jarak Jauh)
—————————————————–
Tahukah anda, anda memandu 37 jam non-stop masih lagi kekal di dalam negeri Western
Australia (WA)? Anda boleh buat 14 hari road trip sekiranya datang ke Perth, WA.
Kami disini ingin kongsikan tips memandu jarak jauh yang kami selalu praktik di
Perth,WA. Anda boleh ingat serta panjangkan perkongsian ini kepada rakan-rakan anda
juga.
- Jaga jarak kenderaan.
Kebanyakan jalan remote/regional adalah permukaan berbatu serta tidak berturap.
Sekiranya anda memandu lebih 1 jam dari Perth, anda sudah boleh jumpa jenis jalan
seperti ini. Sekiranya anda menyewa kereta, pastikan anda mengambil insuran
penuh/premium yang boleh cover jalan jenis ini.
Bahaya yang anda boleh hadapi adalah seperti tergelincir atau hilang kawalan, berdebu serta meghalang pandangan, atau batu terbang terpelanting menghentam cermin kenderaan.
Bagaimana ingin menjaga jarak kenderaan semasa memandu?
Sekiranya memandu dijalan berturap, hukum 2 saat boleh digunapakai, hanya dengan
mengira 1001 1002 (English) untuk membezakan jarak kenderaan. Caranya adalah anda lihat
kenderaan depan melepasi satu tiang atau pokok, anda mula kira 1001 1002 (English),
pastikan anda tiba di tiang atau pokok tersebut setelah anda mengira 1002 (English).
Sekiranya anda memandu pada waktu malam atau dijalan tidak berturap, tambahan 5 saat
diperlukan. Ini bagi memberi anda lebih masa untuk melihat, berfikir serta bertindak
sekiranya menghadapi rintangan sewaktu memandu. Pastikan anda tidak memandu melebihi had laju yang dibenarkan disepanjang pemanduan.
- Menghidupkan lampu kenderaan.
Menjadi kebiasaan kepada pemandu-pemandu di Australia untuk menghidup lampu kereta pada waktu siang sekiranya memandu di jalan remote/regional. Anda perlu putar ON LAMP sekiranya anda mengunakan kereta model lama, kelebihan kereta model baru sudah
mempunyai daylight terpasang setiap kali anda menghidupkan enjin kereta.
Ini adalah bagi membolehkan pemandu lain melihat anda pada jarak jauh sewaktu mereka ingin memotong, kerana fatamorgana/mirage iaitu kejadian wap air dipermukaan jalan boleh menghalang pemandu lain melihat anda, amat bahaya terutama pada hari yang panas serta silau, ketika mata pemandu sudah mulai letih.
Pengunaan lampu high beam amatlah digalakkan sekiranya memandu dijalan regional road
pada waktu malam, cahaya high beam dapat memberi penglihatan lebih jauh buat anda, ini
dapat menambahkan lagi respon masa untuk anda melihat, berfikir serta bertindak semasa
memamndu. Namun, anda perlu merendahkan high beam sekiranya memandu 200m belakang atau bertentangan kenderaan lain. Ianya bahaya kerana menyebabkan penglihatan pemandu lain silau atau buta semasa pemanduan.
Pengunaan fog lights disarankan hanya ketika berlaku kabus sahaja. Tidak boleh
mengunakan fog lights dan high beam serentak dalam masa yang sama. Sewaktu kabus, anda perlu memandu perlahan serta berhati-hati, serta mengidupkan windscreen wiper untuk mengelakkan cermin kereta anda daripada kabur basah.
- Jangan lintas banjir.
Adalah dilarang untuk kereta melintasi jalan yang banjir. Ini kerana kedalaman air
sedalam 15cm sudah membolehkan tayar kereta hilang cengkaman terhadap permukaan jalan, lebih bahaya lagi sekiranya arus banjir adalah deras. Penglihatan terhadap permukaan banjir juga adalah terhad, memungkinkan lagi bahaya tersembunyi seperti lubang atau objek keras di dalam banjir, atau jalan runtuh.
Anda disarakan agar sentiasa peka terhadap laporan cuaca sewaktu anda berada di Perth,
- Anda boleh menukar jalan alternatif sekiranya perlu ke destinasi yang ingin dituju.
Laporan jalan tutup kerana banjir juga boleh diketahui di www.mainroads.wa.gov.au.
- Bushfire
Bushfire atau kebakaran belukar boleh dikatakan bencana yang kerap berlaku setiap
tahun. Ianya adalah kritikal antara bulan October hingga April (Zon Tengah dan Zon
Selatan negeri WA), manakala antara bulan Jun hingga October (Zon Utara negeri WA).
Anda boleh melihat info terkini Bushfire melalui www.dfes.wa.gov.au atau anda boleh
muat turun aplikasi bushfire.
Sewaktu memandu di Perth, anda akan mudah melihat papan tanda Fire Danger Ratings,
iaitu papan tanda menunjukkan situasi atau kadar mudah terbakar kawasan yang anda
memandu masuk itu. Adalah dinasihatkan agar sentiasa menyediakan Bushfire Emergency
Kit, first aid, peta dan air minum yang banyak di dalam kereta sekiranya kawasan
sekitar anda mengalami bushfires.
- Memotong dengan selamat
Seperti di negara kita, hanya dibenarkan memotong dengan menukar lorong di jalan dua
atau lebih lorong seperti di highway, atau garisan putus-putus sahaja. Juga memotong di
kawasan disediakan seperti overtaking lane atau lorong khas memotong. Digalakkan untuk
memotong caravan/motorhome di kawasan memotong atau pada keadaan betul-betul selamat.
Sekiranya kenderaan lain sedang memotong anda, beri laluan kepada kenderaan tersebut
dengan ke kiri dan perlahan sedikit.
Oh ya, di Perth terkenal dengan Road Train, iaitu lori treler yang panjang bersambung-
sambung. Perhatian yang lebih deperlukan untuk potong Road Train, sekitar 1.5km jarak
selamat diperlukan untuk lepas memotong Road Train. Teramat bahaya sekiranya anda tidak lepas memotong Road Train yang panjang. Pastikan juga anda tidak berada dalam kedudukan blind spots pemandu Road Train, anda perlu dapat melihat kedua-dua belah side mirror Road Train dengan jelas. Secara teknikal, pemamndu Road Train juga dapat melihat anda kembali melalui side mirror dia. Buang tabiat malas guna signal, sila hidupkan signal kanan ketika memotong. Anda perlukan tempoh selamat juga untuk kembali masuk ke lorong setelah memotong Road Train, pastikan kedua-dua lampu lori kelihatan di cermin pandang belakang, barulah anda kembali masuk ke lorong anda.
- Elakkan langgar haiwan melintas.
Boleh dikatakan banyak haiwan liar atau ternakan melintasi jalan. Sekali lagi
dinasihatkan untuk mengambil insuran penuh/premium sewaktu menyewa kereta di Perth.
Sekiranya menghadapi situasi haiwan berada diatas jalan, cuba brek dan kawal stering.
Perhatian dan tumpuan lebih diperlukan sewaktu memandu di waktu senja (dusk) and subuh (dawn), kangaroo amat aktif pada waktu tersebut. Sekiranya melalui kawasan berpapan tanda kangaroo, perlahankan kenderaan dan bunyikan hon untuk menghalau kangaroo jauh dari jalan raya.
- Hadkan masa pemanduan, kerapkan berhenti.
Pemanduan letih amatlah bahaya, pemandu perlukan tumpuan penuh sepanjang pemanduan serta sihat. Adalah dinasihatkan untuk berhenti setiap 2 jam dengan tempoh rehat selama 15min atau lebih. Jumlah tempoh pemanduan pula adalah tidak lebih 8 jam pemanduan. Pemandu perlu rehat di tempat disediakan oleh kerajaan, setiap tempat rehat mempunyai fasiliti yang berbeza-beza. Tidak semua mempunyai tandas. terdapat juga 70 lokasi tempat rehat yang boleh bermalam, syaratnya adalah bermalam tidak lebih 24jam.
Terdapat juga Roadhouse atau premis persendirian yang menyediakan cafe, tandas serta pam minyak. namun jarak antara satu ke satu Roadhouse amatlah jauh.
Digalakkan untuk menukar pemandu sekiranya anda meneruskan perjalanan non-stop. Ini
lebih efisien serta selamat. Anda dinasihatkan untuk mendaftarkan tambahan nama-nama
pemandu sewaktu menyewa kereta, agar diinsurankan bersama. Antara tanda keletihan
sewaktu pemanduan adala kerap menguap, kerap mengelipkan mata serta respon perlahan.
- Rancang perjalanan serta persiapan.
Setiap pemandu perlulah merancang serta faham laluan perjalanan mereka. Anda boleh set
GPS dengan menetapkan destinasi serta lokasi berhenti serta isi minyak. Adalah
dinasihatkan untuk add-on GPS sewaktu menyewa kereta, kerana TIADA COVERAGE internet di kawasan remote/regional, ini akan menyulitkan perjalanan anda.
Sebagai persiapan, bawa peta jenis kertas yang terkini, anda mungkin menghadapi masalah
kehabisan bateri atau gangguan teknikal sewaktu perjalanan.
Setiap pemandu perlu laraskan tempat duduk, agar sentiasa selesa serta selamat
sepanjang pemanduan. Pastikan lutut sedikit bengkok, tangan lurus di stering dan kepala
menyentuhi headrest.
Akhir kata dari kami, SELAMAT MEMANDU di Perth,WA. Semoga selamat sampai ke destinasi.
Sumber: RAC, www.ziarahperth.blogspot.com , www.facebook.com/perthkeretasewa dan
www.instagram.com/homestayzperth
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkini: Gempa Bumi Kuat 6.1 Magnitud Landa Timur Taiwan

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Bandar Hualien, Timur Taiwan sekitar 1.01 petang waktu tempatan.Taiwan terletak berhampiran persimpangan plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.
Jabatan Meteorologi Taiwan bagaimanapun melaporkan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. Gempa itu merekodkan kedalaman sehingga 18 kilometer. Mereka memaklumkan pusat gempa itu terletak kira-kira 79 kilometer Timur dari bandar Taichung,Taiwan.
Salah seorang penduduk menceritakan, kejadian gempa berkenaan menyebabkan beberapa bangunan di Taipei mengalami gegaran. Dalam pada itu, Kajian Geologi Amerika Syarikat menganggarkan gempa bumi berkenaan mencecah 6.4 magnitud dengan kedalaman 15 kilometer.
OK that was the biggest earthquake I've ever felt in Taiwan. #Earthquake
— DJMMT & Lando (@GameChangerDOC) April 18, 2019
HUGE EARTHQUAKE IN TAIPEI!!! AHHH!
I am literary scared right now ?— Foreigners in Taiwan ?? (@foreignersinTW) April 18, 2019
Just been in a small #earthquake upnin the mountains outside #Taipei. As a foreigner we jumped up & shouted. No-one else did & just kept on eating. Got the #PresidentialAlert. #Taiwan. pic.twitter.com/61VhCl5NTn
— Dan Fieller (@iDanThaiFie) April 18, 2019
Kali terakhir kejadian gempa buruk melanda Selatan Taiwan ialah pada 2016, menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dalam kejadian gempa bumi Selatan negara itu.Pada 1999, gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala richter melanda negara itu dan meragut lebih 2,000 nyawa.
Menurut Jabatan Meteorologi negara pula dalam satu kenyataan hari ini, gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI