Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang sangat menarik. Ada banyak lokasi pelancongan yang boleh diteroka baik daratan, lautan mahu pun gunung ganang.
Bagi yang teringin nak travel ke Sarawak, boleh masukkan Air Terjun Lusong Laku, Balaga Kapit Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang turut mendapat julukan Niagara Falls Of Malaysia.
Baca perkongsian dari Yeong Wah di page fb Tourism Malaysia Sarawak mengenai air terjun menarik ini.
"Leave Nothing but Footprints, Take Nothing but Photos, Kill Nothing but Time"
Air Terjun Lusong Laku, Belaga, Kapit Sarawak.
Ads
Perjalanan melebihi 260 km dari Bintulu ke Lusong Laku hampir tidak terasa apabila melihat keindahan Air Terjun Lusong Laku yang terletak di Daerah Belaga, Kapit, Sarawak. Walaupun terletak di Bahagian Kapit, namun kemudahsampaian ke air terjun ini adalah lebih dekat dengan Bahagian Bintulu berdasarkan faktor geografi di kawasan tersebut.
Berketinggian hampir 8 meter dan kelebaran diantara 50-60 meter, 'hidden gems' yang masih terpelihara ini merupakan tempat yang mesti di lawati untuk pengemar aktiviti pelancongan lasak (adventure tourism) memandangkan hanya pacuan empat roda sahaja yang boleh digunakan untuk sampai ke kawasan ini.
Ads
Sungai Linau merupakan sumber utama Air Terjun Lusong Laku dan di namakan juga sebagai Wong Pejik berdasarkan bahasa Penan. Majoriti penduduk di Lusong Laku adalah berketurunan etnik Penan.
Ads
Datang dan melawatlah air terjun yang mempersonakan ini. Tepat sekali gelaran yang diberikan iaitu 'NIAGARA FALLS OF MALAYSIA'.
Sememangnya keunikan alam semula jadi mempunyai pesona tersendiri terutamanya kepada pencinta alam sekitar. Sudah tentu ramai yang merindui keindahan flora dan fauna, ketenangan alam atau menikmati suasana hijau itu sendiri.
Percutian alam semula jadi di Negeri Selangor pastinya menjadi pilihan terbaik selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak. Di sini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 5 tempat percutian yang berkonsepkan alam semula jadi yang mungkin menjadi pilihan anda:
Tempat penginapan yang unik dengan dikelilingi oleh tumbuhan malar hijau tentunya memberikan pengalaman istimewa. Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong, Rawang merupakan pilihan yang tepat buat orang ramai untuk dijadikan sebagai destinasi percutian ideal.
Anda boleh memilih untuk menginap di bilik biasa atau khemah. Walaupun terletak di kawasan hutan tetapi ianya masih menawarkan keselesaan. Para tetamu dapat menghayati pengalaman berehat di dalam hutan yang jauh dari hiruk-pikuk kota.
Jika anda inginkan percutian tenang dan santai di tepian sungai, antara lokasi percutian yang sangat cantik dan dikelilingi dengan alam semula jadi ialah di The Nahara Kalumpang. Terdapat beberapa unit chalet dan villa yang ditawarkan kepada para pengunjung. Bukan itu sahaja, aktiviti berkelah juga boleh dilakukan di sini, menjadikan The Nahara Kalumpang antara pilihan menarik di Negeri Selangor bagi percutian seisi keluarga.
Nur Laman Bestari Eco Resort terletak berdekatan dengan Ulu Yam dan hanya mengambil lebih kurang 15 minit perjalanan dari Batu Caves. Ianya lokasi yang sangat sesuai untuk kembali bercuti apabila keadaan pandemik Covid-19 Negara sudah semakin pulih.
Ianya terletak bersebelahan dengan Sungai Tua Recreational Forest dan menawarkan beberapa jenis penginapan yang boleh dipilih oleh para pengunjung seperti chalet dan khemah. Terdapat pelbagai aktiviti ditawarkan di sini seperti berkayak, menyelusuri hutan dengan menggunakan kenderaan ATV dan banyak lagi!
Dusun Bonda merupakan lokasi percutian yang terletak di Ulu Tamu, Batang Kali. Destinasi ini menawarkan penginapan berlandskapkan tropika yang ditumbuhi pokok-pokok yang mekar.
Selain itu, Dusun Bonda juga menawarkan penginapan yang harmoni dengan suasana persekitaran yang menarik. Pemandangan indah di tepian sungai dan air terjun buatan juga menjadi tarikan utama kepada orang ramai untuk menghabiskan masa terluang di sini selepas tamat tempoh PKP nanti.
Taman Eko Rimba Sungai Tua merupakan kawasan rekreasi hutan yang popular di Negeri Selangor. Ianya terletak kira-kira 10km dari Bandar Baru Selayang dan berada dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak. Terdapat pelbagai aktiviti dan kemudahan di Taman Eko Rimba Sungai Tua termasuklah aktiviti berkhemah, berkelah, joging dan banyak lagi! Anda boleh bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semula jadi serta flora dan fauna di sekitar kawasan ini. Sememangnya Taman Eko Rimba Sungai Tua merupakan pilihan yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga atau sahabat handai kelak.
Percutian yang berkonsepkan alam semula jadi tentunya menyeronokkan, apatah lagi disertai bersama keluarga atau rakan-rakan. #DreamNowTravelLater – jadikan destinasi yang tersenarai di atas sebagai pilihan percutian anda hanya setelah tamat tempoh PKP. Di samping itu, adalah diingatkan kepada setiap pengunjung untuk sentiasa mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pengunjung harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi kesejahteraan bersama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai pengunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi.
Yang paling abang R suka mengenai HVBRSL ini adalah konsep ‘melayu’ yang masih dikekalkan oleh pihak pengurusan, membuatkan atmosfera sepanjang abang berada di sini sangat dekat di hati.
Salam Semua. Salam perkenalan diantara kita. Sebelum abang mula cerita ni, ada baiknya abang perkenalkan diri dulu. Abang mesra dengan panggilan R dikalangan kawan-kawan dan di sini biarlah abang bahasakan diri abang sebagai abang R juga dikalangan pembaca-pembaca setia laman sesawang Libur ni.
Baru-baru ni, abang R ada pergi bercuti ke Langkawi bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri. Destinasi Langkawi memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lankawi sentiasa menjadi pilihan ramai untuk untuk bercuti dek kerana keindahan pantai dan lautnya yang indah. Di Langkawi sendiri memang banyak kemudahan penginapan seperti hotel dan resort mengikut pilihan dan bajet masing-masing. Jadinya, abang R nak cerita dan kongsikan kepada pembaca semua pasal penginapan abang R di sana.
Kalau korang nk tahu, memang setiap tahun waktu hari raya (dalam raya ke-3 ke atas), abang R akan pilih untuk berehat-rehat di hotel dan sewaktu percutian abang R di Langkawi kali ini, abang R memilih Holiday Villa Beach Resort And Spa Langkawi (HVBRSL) sebagai lokasi penginapan.
Hotel ini didirikan di atas tanah berkeluasan 13 ekar menghadap Pantai Tengah, Langkawi dan terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menaiki kereta.
Sampai saja abang R di sini, abang R disambut oleh pekerja hotel yang bertugas. Customer service yang diberikan kepada abang R memang bagus dan tak kira siapa pun pelanggan yang datang ke sini, semuanya akan dilayan dengan layanan yang paling baik sekali.
Kebetulan, kedatangan kami disambut mesra oleh Pengurus Besar Holiday Villa Langkawi (HVL) ini iaitu en. Philip and Pengurus F&B En. Annuar. Lepas bersalaman dengan kedua mereka, abang R terus dibawa ke bilik penginapan abang R.
HVL ni seperti hotel-hotel lain yang bersebelahan dengan pantai dan juga laut. Ada beberapa jenis bilik yang ditawarkan kepada pelanggan yang ingin bermalam di sini. Ada yang menghadap laut, ada yang menghadap dengan kolam renang.
Untuk percutian abang R kali ini, abang R pilih bilik King Suite yang menghadap laut sebab boleh nak feeling pagi-pagi je bangun terus tengok laut, rasa tenang je. Hehehe.
HVBRSL menyediakan 258 buah bilik penginapan pelbagai jenis termasuk dewan serta ruang lantai yang luas dan sesuai untuk semua acara sama ada pecutian bulan madu, percutian keluarga atau acara korporat yang memuatkan 200 orang satu-satu masa.
Harga yang ditawarkan sewaktu abang R menempah bilik tersebut memang berpatutan. Sangat bersesuaian dengan keadaan bilik yang selesa untuk anda keluar dari keriuhan bandar dan rasa nyaman di sini.
Bersama dengan bilik tersebut, abang R ambil pakej bersekali dengan sarapan pagi dan sarapan pagi yang disediakan memang sedap, terbaik dan menepati selera tekak abang R, hehehe.
Abang R nak share dengan anda semua berkenaan dengan LaVilla Pool Club (LPC) ni sebab LPC ni juga antara salah satu sebab kenapa abang R nak datang menginap di HVL. Hehe.
Ada empat restoran yang tersedia iaitu Lagenda Restaurant, Kafe Ole Tropical Beach Bar, Poolside Bar dan LaVilla Pool Club & Restaurant yang baharu dan menjanjikan satu pengalaman istimewa kepada setiap pengunjung yang datang menjamu selera di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, LPC ini ada infinity facing ‘private beach’ yang kalau anda pergi waktu matahari terbenam memang cantik and seronok!
Selain daripada itu, makanan yang disediakan di sini pun sedap-sedap belaka. Setiap hari Sabtu, diorang akan buat bbq buffet dinner.
Apart from that, diorang ada signture lobster dish yang memang menjadi tumpuan pengunjung yang datang untuk menjamu selera.
LPC ini tersenarai dalam Award of Excellent Service daripada Trip Advisor setelah 5 tahun memulakan operasi mereka dan kelab ini juga dibuka untuk non in-house guest kalau ada yang datang sekadar ingin mencuba aktiviti menarik di sini.
Di HVL ini juga ada in-house spa. Sewaktu abang R datang ke sini, mereka buat offer 50% diskaun untuk semua treatment yang disediakan. Memang seronok sebab tak payah keluar dari hotel untuk cari tempat urut.
Dipendekkan cerita, 3 hari 2 malam abang R stay di langkawi, memang tak keluar dari hotel langsung sebab service di HVBRSL ni memang terbaik dan buatkan anda berasa seperti di rumah, hahaha.
Yang paling abang R suka mengenai HVBRSL ini adalah konsep ‘melayu’ yang masih dikekalkan oleh pihak pengurusan, membuatkan atmosfera sepanjang abang berada di sini sangat dengan di hati gitu..
Abang R nak ucapkan terima kasih kepada pengurusan dan operasi HVBRSL kerana sentiasa memastikan penginapan abang R selesa. Abang R malas nak tulis panjang-panjang, biarlah gambar sahaja yang berbicara untuk abang R, hehehe.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau tercari-cari lokasi santai yang tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur, Farm Fresh @ UPM antara tarikan pelancongan menarik yang boleh dimasukkan dalam senarai....