Bersempena dengan sambutan Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang jatuh pada bulan Ogos setiap tahun, Tourism Selangor dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malysia akan menganjurkan Selangor International Indigenous Arts Festival (SIIAF) 2019 di Taman Botani Negara, Shah Alam pada 3 dan 4 Ogos ini.
Bercakap dalam Majlis Sidang Media SIIAF 2019, Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata bahawa penganjuran festival tersebut adalah bertujuan untuk mengangkat karya seni Orang Asal dalam satu acara khusus yang menghubungkan warga kota dengan kaum Orang Asal dari dalam dan luar negara.
Festival ini juga menjadi inisiatif untuk mengetengahkan dan memelihara ‘permata’ di Selangor iaitu kaum Orang Asal yang masih mengekalkan ciri-ciri kesenian dan kebudayaan asal mereka disamping menjadi medan terbaik untuk menjenamakan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan berasaskan kebudayaan.
Ads
Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari ketika sidang media SIIAF 2019.
“Festival ini akan membabitkan satu penglibatan yang besar iaitu kira-kira 150 Orang Asal dan saya menjangkakan acara SIIAF pada tahun ini akan mampu menarik sekurang-kurangnya 10 ribu orang pengunjung dari Negeri Selangor dan sekitar, mahupun pelancong luar negara”, ujar beliau kepada media.
Tambah beliau, selain daripada masyarakat Orang Asal dari Selangor, Sabah, Sarawak, Perak dan Johor, festival yang bakal berlangsung itu turut membuka peluang kepada pengunjung yang hadir untuk melihat dan beramah mesra dengan lebih dekat masyarakat Orang Asal dari 6 negara iaitu Comoros Island, Afrika, Papua New Guine, Korea Selatan, Chinese Taipei, Indonesia dan Sri Lanka.
Ads
Pelbagai acara menarik telah diatur untuk pengunjung yang hadir sepanjang dua hari penganjuran festival berkenaan seperti pameran khazanah warisan kaum Orang Asal, persembahan tarian kebudayaan tradisional, demonstrasi menganyam dan menyumpit serta mengambil bahagian dalam permainan Kercang yang menjadi tradisi Orang Asal di Endau, Rompin.
Ads
Selain daripada itu, pengunjung juga boleh mencuba makanan tradisional Orang Asal dari dalam dan luar negara yang dibawakan oleh Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia (MOADA) serta melawat zon makanan trak dan ke fiesta buah-buahan yang dibawakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Penganjuran SIIAF 2018 menyaksikan jumlah kedatangan pengunjung seramai tujuh ribu orang dan edisi festival kali ini mensasarkan peningkatan sebanyak 10 ribu pengunjung untuk memeriahkan acara tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Taman Tema terkenal Disneyland dan Disney City yang berkeluasan kira-kira 80.9 hektar dan terbesar di negara Asia Tenggara (ASEAN) bakal dibina di daerah Jasin pada tahun 2027.
Dalam laporan yang dibuat oleh Melaka Hari Ini, pembangunan taman tema yang pertama di ASEAN itu bakal menelan kos kira-kira RM2 bilion untuk pembinaannya. Menurut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, ia adalah taman tema pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun.
Photo Credit: Canva.com
“Setelah lebih 20 tahun, kita akan ada taman tema baharu walaupun tidak berapa besar tetapi saya rasa memadai dengan nama Disneyland yang dapat dibawa masuk.
“Ianya akan menambahbaik lagi sasaran kita untuk mempertingkatkan sasaran 20 juta pelancongan dalam masa tiga tahun dan kembali pada landasan yang asal iaitu 18.7 juta pelancong yang telah kita capai pada tahun 2019.
“Disneyland dalam perancangan, kita sedang rencanakan kemungkinan insya-Allah berada di dalam daerah Jasin, kita tak boleh maklum dahulu lokasi yang sebenar, keluasannya sekitar 150 hingga 200 ekar (60.7 hingga 80.9 hektar).
“Bukan hanya Disneyland tetapi juga ada cadangan pembangunan 22 kilometer sistem ‘Maglev’ bagi menghubungkan lokasi ‘hotspot’ pelancongan Melaka dengan nilai pelaburan 200 juta dolar bersamaan RM900 juta, secara keseluruhan projek ini boleh mencapai hingga RM2 bilion,” katanya.
Photo Credit: Melaka Hari Ini
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Cadangan 22KM Sistem Maglev untuk Menghubungkan Lokasi Hotspot Pelancongan dan Membangunkan Taman Tema Disneyland serta Disneycity di Negeri Melaka di sebuah hotel di sini, semalam.
LIBUR: Lagi meriahlah Melaka bila Disneyland dah siap. Memang best kalau dapat masuk ke taman tema ni, seharian macam tak cukup tambah pula dapat tengok pertunjukan bunga api pada waktu malam. Harga tiket agak mahal tapi berbaloi. Boleh menabung dari sekaranglah…Memang best!
Sumber: Melaka Hari Ini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila nak travel, kasut antara kelengkapan yang perlu dititik beratkan. Kasut yang dipilih untuk dibawa ketika bercuti atau melancong perlulah selesa dan cantik untuk digayakan setiap masa.
Nak tampil lebih berfesyen dan bergaya sepanjang percutian? Hush Puppies memperkenalkan koleksi kapsul Super-J edisi terhad
Kini kasut tidak lagi berfungsi sebagai alas kaki sahaja, sebaliknya ia menjadi salah satu pelengkap fesyen agar pemakai tampak lebih bergaya. Jenama kasut yang terkenal dengan fesyen kasut kasual Hush Puppies memperkenalkan koleksi baru mengikut gaya terkini namun mengekalkan keselesaan.
Koleksi kasut baru Super-J Hush Puppies dinamakan sempena maskot terkenal jenama itu, Jason. Ia mempunyai pelbagai koleksi kasut bergaya dan selesa, termasuk yang terkini: edisi terhad Betsy yang merupakan lambang gaya jalanan.
Koleksi Betsy yang direka khusus untuk golongan wanita tampil dengan rekaan kasut sneaker serba putih yang sentiasa mendapat sambutan luar biasa sejak sedekad yang lalu. Sebagai jenama yang dipercayai ramai, Hush Puppies membuat inovasi terkini mengikut citarasa peminatnya.
Berasaskan gaya klasik asas, rekaan terkini koleksi terhad ini memberi fokus kepada gaya, keselesaan dengan harga yang berpatutan. Dihasilkan menggunakan teknologi berkualiti untuk memastikan ia mengikut fesyen terkini namun tetap selesa disarung di kaki.
Betsy diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu emas dan hijau dan ia diserlahkan dengan cetakan grafik yang memberikan gaya sentuhan ceria. Kelainan kasut ini ditampilkan dalam rekaan tidak sepadan iaitu sebelah kasut mempunyai tali dan sebelah lagi tanpa tali – gaya ini dapat menampilkan kelainan pada si pemakai. Setiap pasang dilengkapkan dengan logo jenama serta perkataan Super-J yang dicetak menggunakan tulisan tangan.
Koleksi Betsy berharga RM269 sepasang, serta didatangkan dengan sekaki payung edisi terhad dan mempunyai reka bentuk grafik yang senada dengan kasut.
Aksesori hijau beraksen dengan koleksi logo berwarna emas dan putih menghasilkan gabungan yang menarik. Tidak kira sama ada anda peminat warna emas atau hijau, Hush Puppies mahukan anda sentiasa menjadi individu yang baik, berani, selesa dan jujur.
Koleksi kapsul Super-J Betsy edisi terhad boleh didapati bermula dari 27 Oktober 2022 di semua stor Hush Puppies di seluruh negera. Anda juga boleh beli secara dalam talian di https://hushpuppies.my/.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Laporan terbaru menyatakan Singapura, Tokyo, dan Osaka merupakan tiga bandar paling selamat di Asia. Malaysia di tangga ke-9.
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia nombor dua di belakang Singapura; yang juga bandar paling selamat di Asia.
Kajian oleh The Safe Cities Index 2017 (dihasilkan The Economist Intelligence Unit) meletakkan 60 bandar utama, melihat setiap aspek dari kadar jenayah hingga ke kualiti perubatan.
Bandar Asia paling selamat: Singapura New Zealand Australia Bhutan Jepun Taiwan Korea Selatan Azerbaijan Malaysia Tajikistan Mongolia Kazakhastan
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...