Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah ini adalah satu-satunya pusat konservasi gajah yang ada di Malaysia. Tempat perlindungan ini membantu mengesan, memindahkan dan menjaga gajah-gajah yang dipindahkan atau terperangkap dari seluruh Asia Tenggara.
Mengapa anda perlu pergi ke sini?
Gajah-gajah hutan di Asia adalah haiwan yang jarang ditemui serta sukar difahami dan Kuala Gandah adalah tempat terbaik untuk mendekati ‘abang long’ hutan ni.
Ads
Gajah-gajah itu boleh diberi makan menggunakan tangan oleh pelawat yang berani bahkan mereka boleh memandikan anak gajah di sungai sambil berhibur bersama anak-anak gajah yang comel.
Terdapat juga pusat pelawat yang menayangkan video pendidikan dan maklumat terperinci mengenai kerja pemuliharaan gajah yang dilakukan di situ. Pengenalan akan diberikan mengenai perilaku gajah, konservasi dan sejarah gajah di PKGK. Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
Ads
Tip
Ads
Sesiapa yang ingin bermain atau bermandi di sungai dengan gajah perlu ingat bahawa air bukan hanya coklat dengan lumpur – gajah juga menggunakan sungai sebagai tempat membuang najis mereka! Walau bagaimanapun, terdapat air pancut disediakan untuk membersihkan sebarang kotoran selepas keseronokan anda bersama anak gajah tadi berakhir.
Macam mana nak ke sana?
PKGK Kuala Gandah ini terletak di negeri Pahang berhampiran Lanchang, kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Alamat lengkap ke sini adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia. Jadual aktiviti pelawat adalah bermula seawal pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang dari hari Isnin hingga Ahad.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada banyak tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati di Jepun. Kali ini LIBUR senaraikan kepada anda beberapa destinasi tarikan pelancong yang patut anda kunjungi ketika berada di negara matahari terbit itu.
Shibuya dikenali dengan lintasan pejalan kaki yang ikonik di mana pejalan kaki akan menyeberang dalam lautan manusia. Persimpangan ‘Shibuya Crossing’ dikenal sebagai lintasa pejalan kaki menyeberang diagonal paling sibuk di dunia. Disekeliling lintasan pejalan kaki ini dihiasi oleh layar video yang memberikan kesan kesibukan warga kota Shibuya yang begitu mendalam.
Tempat penyeberangan ini terkenal dengan berbagai papan iklan dan video berlayar besar. Perbagai iklan promosi yang menggunakan paparan iklan digital yang terang menyala melingkari lintasan dan dimainkan secara berulang-ulang. Boleh dikatakan bahawa lebih daripada 1 juta orang menyeberang di lintasa Shibuya ini pada setiap hari.
Pada waktu tertentu, seluruh arah lintasan ini akan menjadi sangat sibuk, terutama pada saat hujan ketika semua orang menggunakan payung. Jadi dicadangkan kepada anda pergi melihat sendiri bagaimana suasana yang digambarkan di sini.
Shinjuku merupakan sebuah bandar yang menerima ramai pengunjung dan juga tempat untuk mengalami dan merasai budaya Jepun. Di sini terdapat banyak lokasi yang wajib dikunjungi. Antaranya adalah kawasan tumpuan membeli-belah seperti pasaraya dan kedai barangan elektronik, kawasan hiburan seperti di Kabukicho, dan lain-lain lagi.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan taman-taman ala Jepun, Inggeris, dan lain-lain lagi di Shinjuku Gyoen dengan hanya berjalan sedikit sahaja dari Stesen Shinjuku. Lokasi yang terkenal dengan pohon Sakura ini juga turut menerima pengunjung Hanami (tradisi Jepun dalam menikmati keindahan bunga Sakura) yang ramai pada musim bunga. Ianya dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
Selain itu, anda boleh ke Lorong Shinjuku-dori yang menempatkan pelbagai kedai fesyen terkenal yang wajib dikunjungi ketika membeli belah di Shinjuku. Jika ingin membeli cenderamata berbentuk barangan makanan, anda disyorkan untuk berkunjung ke tingkat satu bawah tanah di bangunan utama pasaraya ISETAN.
Terdapat pelbagai pilihan di pasaraya ISETAN ini, antaranya adalah makanan Jepun seperti wagashi (kuih tradisional Jepun) dan teh Jepun, kedai-kedai chef pastri terkenal di sudut manisan dan lain-lain lagi. Bento (makanan bekal) dan lauk-pauk turut dijual di sini, sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tengah hari.
Pasar Ikan Tsukiji adalah pasar borong ikan terbesar di dunia, dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut yang sukar anda dapati di tempat lain. Pasar ini dibuka pada 9 pagi dan lebih daripada 400 jenis makanan laut seperti rumpai laut, ikan sardin 300 kg, ikan tuna dan spesies ikan paus yang menjadi kontroversi.
Bilangan pekerja pada 25 Januari 2010 seramai 65 000 orang termasuk pemborong, akauntan, pelelong, pegawai-pegawai syarikat, dan pengedar. Selepas membeli belah di pasar anda boleh menjamu selera di restoran yang berada di luar pasar tersebut. Terdapat pelbagai makanan termasuk sushi segar.
Harajuku merujuk kepada kawasan sekitar Stesen Harajuku Tokyo, yang terletak di antara Shinjuku dan Shibuya di Laluan Yamanote. Ia adalah pusat budaya para remaja yang paling ekstrem di Jepun dengan gaya fesyen pelik, tetapi juga menawarkan tempat membeli-belah untuk orang dewasa dan beberapa tempat-tempat bersejarah.
Tumpuan utama budaya remaja Harajuku adalah Takeshita Dori (Takeshita Street) dan jalan-jalan yang dipenuhi oleh banyak kedai-kedai bergaya, butik fesyen, kedai pakaian terpakai dan restoran makanan segera yang berkonsepkan fesyen dan trend remaja sekarang.
Jika sebut sahaja simbol Ueno Koen, pasti akan terbayang patung gangsa orang membawa anjing yang terdapat di pintu masuk taman. Ianya merupakan patung Saigo Takamori, seorang samurai terkenal yang bergiat aktif pada abad ke-19. Oleh kerana Saigo gemar membawa anjing kesayangannya pergi berburu, patung ini telah direka berdasarkan imej tersebut.
Ueno Koen merupakan lokasi Hanami (melihat bunga) yang mempunyai lebih kurang 1,200 batang pokok sakura. Ueno Koen pada asalnya merupakan tapak kuil Buddha iaitu Kai’ei-ji. Dikatakan bahawa individu yang membina Kan’ei-ji ini telah membawa sakura dari Kyoto dan menanamnya di kawasan kuil. Di Kan’ei-ji juga terdapat makam shogun (jeneral). Pada musim sakura berkembang, kawasan ini dibuka untuk lawatan dan menerima ramai pengunjung.
Memang banyak tempat menarik untuk melihat keindahan pokok bunga sakura, tapi kalau nak tahu, tempat yang paling terkenal sekali untuk menyaksikan pokok yang menyejukkan mata ini adalah di kawasan Gunung Yoshino.
Mana taknya, di sini terdapat dalam 30,000 batang pokok bunga sakura yang menyelaputi kawasan gunung ini. Nak lihat pemandangan paling indah pokok-pokok ini, anda kenalah datang antara awal dan pertengahan bulan April.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak cari penginapan yang cantik dan selesa memang banyak, bila dapat yang cantik dengan harga yang berpatutan semestinya bonus buat korang yang suka travel.
Bila ke Pulau Pinang, selain mencari makanan, penginapan yang strategik juga penting. Senang nak bergerak ke tarikan-tarikan lain yang ada di sekitarnya. Kalau dapat yang tengah bandar memang terbaik.
Rare Heritage House, Boutique hotel yang terletak di seberang jalan dari Pelabuhan Pulau Pinang. Memang sesuai untuk dijadikan pilihan bila datang bercuti ke pulau mutiara ini.
Berada di gudang lama yang wujud sejak abad ke 19 lagi, bangunan ini dibaik pulih menjadikan ia satu penginapan yang cukup menarik untuk korang berada di sini.
Mempunyai 14 bilik dengan suasana dan dekorasi tersendiri yang menarik dan cantik, setiap bilik lengkap dengan tv skrin rata, peti sejuk mini serta peralatan membuat the dan kopi.
Lokasinya juga cukup strategik, korang yang stay kat sini boleh berjalan kaki untuk ke tarikan-tarikan lain seperti Penang Art Street, Armenian Street, Masjid Kapitan Keling dan banyak lagi.
Tak perlu risau kalau lapar kerana banyak kafe dan tempat makan yang boleh korang explore bila menginap di sini. Memang menarik, kalau ada plan ke Penang, boleh pertimbangkan untuk menginap di sini!
Alamat: 107 Lebuh Victoria Georgetown 10300 George Town, Penang, Malaysia
Memilih Naurah Homestay di Beranang, Selangor dengan private pool adalah pilihan tepat untuk anda healing bersama keluarga tersayang.
Asyik masuk hotel, sesekali nak juga menginap dengan suasana yang tenang tanpa bunyi bising.
Untuk penginapan, anda boleh pilih antara 3 buah chalet. 1 chalet untuk 4-6 orang. Ade bathub, bolehlah buat family day di sini. Ada tilam extra dan bantal extra setiap bilik.
Living room luas dan lapang. Ada library kat loteng. Ada bilik bacaan yang sangat cantik dan selesa. Cuma Tv dapat siaran asas sahaja, tak ada astro. Line internet Maxis okay. Line lain sendu sikit.
Owh ya, di sini juga ada kolam mancing. Bolehlah kalau nak mancing. Ada taman. Ada juga itik yang dibela. Anak-anak boleh bermain kejar-kejar dengan itik. Semua dalam 1 homestay sahaja.
Nak memasak pun on, sebab dapurnya luas dan banyak kemudahan yang disediakan. Jadi sesuai datang nak makan-makan besar di sini.
Ada tempat bakar pizza juga. Pihaknya boleh sediakan doh pizza, (kena beritahu awal) cuma kena bawa topping sendiri.
Apa yang penting, tempatnya tenang dan aman untuk anda rehatkan minda bersama keluarga tersayang.
Sertai Malaysia #QuranHour 2024 30 Ogos Ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...