Kebanyakan negara mengambil langkah mengenakan perintah kawalan pergerakan terhadap rakyat mereka ketika kes COVID-19 meningkat di seluruh dunia. Ia bagi mengelak wabak ini terus menular dah membunuh lebih banyak nyawa.
Namun selepas langkah tersebut diambil, negara-negara ini kini melonggarkan beberapa kawalan susulan kes wabak semakin menurun disamping untuk ‘menggerakkan’ kembali ekonomi negara masing-masing yang terhenti hampir berbulan lamanya.
Di Turki, seorang pemandu pelancong gembira dengan berita bahawa perintah berkurung di negaranya telah berakhir. Lalu mengambil keputusan untuk keluar bergambar di sebuah lokasi air terjun sempena ‘pembebasan’.
Ads
Namun dia maut terjatuh dari tebing pada ketinggian 35 meter ketika merakam gambar bagi meraikan berakhir perintah berkurung di Turki. Pemandu pelancong terbabit dikenali sebagai Olesya Suspitsyna, berumur 31 tahun , dari Kazakhstan hilang kawalan ketika mahu mengambil gambar dengan latar belakang keindahan air terjun di kawasan peranginan di sini.
Ads
Menurut media tempatan, mangsa dipercayai memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi, namun tergelincir dan terjatuh. Panik melihat kejadian itu, rakannya terus menghubungi polis dan pihak ambulans.
Rakan karibnya, Olga Kravchuk berkata, Olesya sukakan laut dan impiannya mahu tinggal di situ menjadi kenyataan. Mayat Olesya dijumpai di lereng terbabit dan petugas kecemasan menggunakan tali bagi kerja-kerja menyelamat.
Langkawi yang merupakan pulau bebas cukai memang sinonim dengan aktiviti membeli-belah. Pinggan mangkuk, coklat dan beberapa barangan lain yang murah menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke pulau kelahiran Mahsuri ini.
Bukan je tempat membeli-belah, Langkawi juga terkenal dengan tempat-tempat menarik seperti Tasik Dayang Bunting, Makam Mahsuri dan banyak lagi.
Ini antara tarikan lain yang boleh korang kunjungi bila bercuti di Pulau Langkawi:
Eco Marine Park
Tarikan baharu di Langkawi, jom cuba taman tema air laut pertama di Asia. Alami keseronokan mandi air laut dalam suasana theme park. Banyak aktiviti yang boleh dicuba seperti Night Aquatic, Kids Swirl, Fun & Snorkeling dan berenang di dalam kolam jerung
Kilim Geoforest Park
Jom hayati keindahan alam semulajadi, hutan dara yang masih terpelihara. Banyak yang boleh dilakukan di sini seperti berkayak, ronda menaiki bot, snorkelling, dan banyak lagi.
Air Terjun Temurun
Mandi-manda di air terjun yang bersih dan sejuk pun best juga. Dah penat berjalan shopping, kena juga hayati keindahan dan kesegaran air terjun di Langkawi ni. Bawa famili berkelah dan mandi-manda di sini memang sangat sesuai.
Langkawi Adventure & X-Treme Park
Cuba kayuh basikal dari pokok ke pokok! Ada 10 tarikan lain untuk dicuba antaranya, horse riding, paintball, main ATV, memanah dan rumah hantu Sesuai untuk yang mahukan aktiviti lasak. Pemandangan pun best.
Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor dengan Management and Science University (MSU). Usahasama ini merupakan sebuah langkah proaktif dalam memperkasa bidang pendidikan, pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan secara dua-hala.
MoU tersebut telah ditandatangi secara rasmi oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dan Professor Dr. Abdul Jalil Ghazali, Naib Presiden Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, di hadapan Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Bin Ab Yajid, Presiden MSU.
Kerjasama yang diwujudkan akan memberi peluang kepada pihak MSU mempromosikan Tourism Selangor dengan menggalakkan para pelajar untuk menjalani latihan industri di Pejabat Urusan Tourism Selangor di Shah Alam. Selain itu, pihak Tourism Selangor dan MSU dapat bekerjasama dalam bidang kajian dan pembangunan yang turut meliputi pertukaran bahan penyelidikan serta, penerbitan dan pembentangan.
Apa yang lebih menarik, pihak Tourism Selangor akan turut memperkenalkan Anugerah Industri di Majlis Konvokesyen MSU untuk diberikan kepada para pelajar yang layak dan terpilih. Pihak Tourism Selangor akan turut terlibat dalam program dan seminar perindustrian yang dianjurkan oleh pihak MSU dari masa ke masa sepanjang tempoh MoU berlangsung.
Bukan hanya para pelajar yang akan menerima nilai tambah dari pemeteraian usahasama dua- hala ini, namun wargakerja MSU akan turut berpeluang menerima naik-taraf kelayakan melalui penawaran sijil professional yang di akan diuruskan oleh pihak Tourism Selangor.
Tourism Selangor sememangnya berdedikasi dalam membangunkan semula industri pelancongan Negeri dengan menerokai pelbagai cabang sebagai salah sebuah elemen bagi inisiatif promosi pelancongan serba mampan. Hal ini termasuk pemerkasaan industri dari peringkat pendidikan tinggi yang disokong sepenuhnya oleh pihak Tourism Selangor dalam memartabatkan industri pelancongan Negeri dari akar umbi.
Selain itu, pihak Tourism Selangor sedang giat mempromosikan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang telah dilancarkan oleh pihak Tourism Selangor pada Disember tahun lalu bagi memperkasa sektor pelancongan domestik. Penekanan inisiatif promosi pelancongan di media massa dan landasan digital juga merupakan bukti Tourism Selangor serius dan fokus dalam menetapkan semula atau “reset” industri ini pasca pandemik Covid-19.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Usaha mencari tawaran terbaik, menyelaraskan pilihan dan menilai begitu banyak maklumat adalah antara cabaran yang menimbulkan tekanan kepada golongan milenial Malaysia apabila merancang perjalanan mereka, menurut satu tinjau selidik yang dikendalikan oleh Hotels.com. Kajian tersebut dijalankan sempena pelancaran kempen terbaru Hotels.com “Half the Fun of Travel” (Separuh Daripada Keseronokan Melancong), yang bertujuan mengajak rakyat Malaysia merancang perjalanan mereka dengan cara yang menyeronokkan menerusi kisah peribadi golongan selebriti dan blogger-blogger berpengaruh Asia Tenggara yang memang gemar melancong. Elfira Loy, Audrey Ooi dan Shahril Fawzy telah dipilih sebagai jurucakap program ini di Malaysia.
Tiga punca tekanan utama bagi golongan milenial Malaysia semasa merancang perjalanan:
Pelancongan berkumpulan adalah sangat popular dalam kalangan 1,000 penduduk milenial Malaysia (lahir 1982 dan selepas itu) yang ditinjau selidik, dengan 91 peratus daripada responden memilih untuk melancong bersama rakan dan keluarga mereka setiap kali. Hanya lapan peratus yang meluangkan sebahagian besar masa untuk melancong secara solo. Mereka juga membuat perancangan awal, 66% daripada responden melaporkan bahawa mereka merancang berminggu-minggu lebih awal, dan hanya 5% daripada responden merancang percutian mereka beberapa hari lebih awal.
Ini bermakna keseronokan bercuti bermula sebelum kita menjejakkan kaki di destinasi kita atau membuat tempahan tiket penerbangan. Keseronokan bermula dari detik kita mula membayangkan percutian kita, dengan mencari tempat penginapan, tempat menarik untuk dilawat, aktiviti untuk dilakukan dan sajian menarik untuk dinikmati.Tidak hairanlah bahawa walaupun dengan cabaran yang dihadapi, seramai 94 peratus daripada responden berkata mereka seronok dengan proses perancangan percutian.
Tiga keseronokan utama merancang perjalanan adalah:
Bagaimana pelancong Malaysia memilih destinasi mereka yang seterusnya?
Untuk membolehkan sesuatu destinasi menarik kunjungan rakyat Malaysia, factor ketermampuan merupakan penentu utama, dengan 86% daripada responden menganggap factor ini sebagai salah satu pertimbangan utama mereka. Seramai 45% daripada responden lebih suka menuju ke destinasi yang kelihatan cantik di dalam gambar atau dengan kata lain, Instagrammable.
Rakyat Malaysia adalah pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik(Kantar TNS, 2016),dan mereka suka berkongsi gambar percutian mereka dengan rakan-rakan dan keluarga menerusi platform media sosial. Sudah pasti cara terbaik untuk berbuat demikian ialah mengunjungi destinasi terindah di mana mereka boleh mengambil gambar dan memuat naik gambar terbaik untuk Instagram, tanpa sebarang filter (penapis).
Tiga Pertimbangan Utama Apabila Memilih Destinasi Seterusnya:
Rakyat Malaysia suka bersosial–dari saat merancang hinggalah semasa melancong
Sebahagian besar daripada perancangan perjalanan pelancong milenial Malaysia merupakan aktiviti menyeronokkan yang dikongsi bersama orang lain. Kajian menunjukkan bahawa perancangan perjalanan ialah aktiviti sosial dengan 74 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka merancang percutian bersama rakan dan keluarga.
Golongan milenial Malaysia juga bergantung kepada rakan dan keluarga untuk memberikan maklumat terbaik tentang destinasi mereka, dengan 50 peratus berkata maklumat dari mulut ke mulut sebagai sumber terbaik. Aspek sosial diluaskan lagi kepada ulasan dalam talian oleh pelancong lain, dengan 82 peratus daripada golongan milenial yang ditinjau selidik menyatakan bahawa mereka dipengaruhi oleh ulasan dalam talian semasa merancang perjalanan.
Jessica menambah, “Kami memahami kuasa ulasan umum dalam mempengaruhi keputusan kembara masa kini, dan Hotels.com sukacita untuk menyediakan lebih 25 juta ulasan tetamu sebenar yang ditentu sahkan di laman kami.”
Penginapan ialah perkara pertama yang dirancang dan sebahagian besar masa diluangkan untuknya
86% daripada golongan milenial akan mula merancang penginapan mereka selepas menentukan destinasi, berbanding 80% bagi pengangkutan (penerbangan, bas, keretapi, dll.) dan 50% bagi jadual kembara. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian, sebahagian besar meluangkan masa berjam-jam setiap hari mencari penginapan terbaik– 54% meluangkan masa antara dua hingga 10 jam, 35% menghabiskan masa sehingga sejam dan 11% meluangkan masa lebih 10 jam.
Selera pelancong Malaysia tidak berubah di luar negara– 98% meluangkan lebih banyak masa untuk mencari restoran Asia, dengan 48% daripada mereka mengambil masa lebih sejam berbuat demikian. Ternyata, rakyat Malaysia dan mi goreng, nasi lemak dan nasi ayam, memang berpisah tiada.
Percutian halal juga popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan 97% daripada pelancong Melayu dalam kaji selidik ini meluangkan masa untuk menyelidik pilihan menjamu selera halal sebelum membuat keputusan kembara masing-masing. Sebanyak 51% meluangkan masa lebih daripada sejam berbuatdemikian.
Kempen ‘Half the Fun of Travel’, yang berlandaskan blog pelancongan(www.blogshotels.com/ms), memaparkan kisah peribadi, tip dan petua untuk memanfaatkan pelbagai tawaran Hotels.com oleh tokoh-tokoh berpengaruh dan kaki kembara Asia Tenggara seperti pelakonElfira Loy, penulis blog gaya hidup yang juga seorang ibu, Fourfeetnine, penulis pelancongan Pojiegraphy dan banyak lagi.
Sempena pelancaran ‘Half the Fun of Travel’, Hotels.com menawarkan potongan 8% daripada tempahan sehingga15 September 2017, untuk tarikh perjalanan dari 15 Ogos 2017 – 31 Mac 2018, dengan kod promo8OFFHTFOTMY.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...