
Air nira nipah dikatakan mampu untuk membantu menyejukkan badan. Ia sangat popular di utara tanah air hingga mendorong sebuah ladang nira dijadikan lokasi pelancongan dan tumpuan peminat nira.
Menikmati kesegaran air nira nipah asli di kawasan pokok nipah dan sawah padi, merupakan pengalaman unik bagi pengunjung jika ke Ladang Nira Nipah Napiah, di Merbok Kedah. Selain menikmati air nira nipah yang segar, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri bagaimana proses air nira diambil.
Ini info dikongsi oleh Mamamea Beauty Houz
Ladang Nira Nipah Napiah, Merbok (Jalan nak ke Tanjung Dawai)
Waktu Operasi : 12pm – 7pm
Tutup : Setiap Rabu
Menu : Mee Udang, Char Koew Teow Udang, Koew Teow Kerang, Nasi Ayam, Kerabu Maggi dan lain-lain. Sajian minuman wajib semestinya Air Nira Nipah. Harga makanan bermula dengan RM5 dan minuman serendah RM1.
Paling syiok tang nak bergambaq la kan, view pun cantik. Kalau pi weekend pasti qamai orang, kakak pi semalam tenang ja nak bergambaq. Nak minum Air Nira Nipah fresh dari ladang kena p awai naaaa. Semalam pi Air Nira dah habis. Tapi rezeki jumpa dengan owner kedai dia pi ambil hat dok tadah kat pokok tu bagi qasa (rasa). Alhamdulillah.
Penduduk Negara China Dah ‘Boikot’ Makan Salmon Kerana Didakwa Dicemari COVID-19

Pihak berkuasa Beijing bertindak menutup semua sekolah serta-merta susulan kebimbangan kerajaan China berhubung kluster baharu COVID-19 yang dipercayai berpunca dari sebuah pasar di Xinfadi.
Semua sekolah di Beijing diarah tutup susulan ancaman gelombang kedua COVID-19. Susulan itu, kira-kira 10,000 individu di pasar berkenaan diarahkan menjalani ujian saringan. Beijing turut bertindak menghentikan perdagangan daging lembu dan daging kambing di pasar Xinfadi selain penutupan pasar borong lain di sekitar bandar itu.
Selain itu, laporan media berhubung dakwaan virus COVID-19 dikesan pada papan cincang yang digunakan peniaga di sebuah pasar di Beijing. Media tempatan turut melaporkan kebanyakan peniaga di pasar besar di Beijing mengeluarkan semua stok ikan salmon dari rak jualan mereka.
Pengeluar ikan salmon terbesar di Norway berdepan kesukaran memasuki pasaran China susulan dakwaan bahawa negara China telah memboikot import ikan itu. Pengurus Makanan Laut Norway (NSC) Anders Snellingen berkata tempahan telah dibatalkan dan bakal melihat kesukaran untuk memasuki pasaran import ikan salmon ke Beijing dalam masa terdekat. Kesan sama turut dirasai oleh negara pengimport terbesar lain termasuk Denmark dan Australia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun menyifatkan dakwaan virus pada ikan salmon bukanlah teori utama, selain mencadangkan supaya penyelidikan lanjut dibuat. Kerajaan Norway ketika menghubungi pihak berkuasa China berhubung isu berkenaan walau bagaimanapun mendapati tiada sebarang arahan boikot dibuat terhadap pasaran importnya. Lembaga Keselamatan Makanan Norway dalam kenyataan juga mengesahkan produk ikan dan makanan lautnya adalah selamat untuk dimakan.
Sumber: astorawani
Port Lepak & Makan Ditemani Orkid Cantik Di Batang Kali, Florescence Cafe Unik & Tersendiri, makanan Pun Sedap!

Orkid antara tumbuhan paling popular di dunia kerana mempunyai karakter menarik dan pelbagai warna seperti ungu, merah, kuning, biru, hijau dan coklat. Ada pelbagai jenis orkid ada dijual di pasaran dan tahukah anda hutan di negara ini antara yang mempunyai ribuan jenis dan spesies orkid.
Bagi anda peminat orkid, wajib untuk datang bersantai di The Florescence by World of Phalaenopsis, Batang Kali. Selain menjamu selera dengan santapan pemanis mulut yang lazat, anda juga boleh membeli dan membawa pulang bunga orkid yang ada di dalam kafe indah ini. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di setiap sudut di sini.
Ini perkongsian daripada saudara Fariz Ali yang berpeluang bersantai di ‘kafe orkid’ ini.
Kafe Dibanjiri Orkid
Bertempat di The Florescence by World of Phalaenopsis Batang Kali. Tempat ini bukanlah untuk kaki bunga sahaja, malah sesuai untuk kaki makan juga!
- Kafe ini sememangnya mempunyai identiti yang tersendiri. Tatkala anda memasuki pintu cafe ini, anda pasti terpukau dengan kemasan dalamannya yang bertemakan bunga orkid. Bunganya sungguh banyak. Boleh dikatakan di setiap sudut cafe.
- Suasana kafe yang seperti taman, ditemani pula keluarga tersayang sememangnya pengalaman yang sangat berharga.
- Menunya pula boleh tahan sedap. Jangan lupa untuk memesan hidangan waffle bercampur aiskrim mereka. Terdapat 3 perisa kesemuanya iaitu strawberry, pisang dan kiwi. Saiz wafflenya agak besar juga. Boleh dikongsi-kongsi dalam satu hidangan. Untuk hidangan yang lain pula, saya kongsikan senarai menu beserta harganya sekali untuk rujukan anda di dalam gambar.
Jemputlah ke cafe ini. Pasti anda tidak menyesal, silap-silap, datang berkali-kali pula!
KL Jadi Lokasi Bebas Berniaga Selama 6 Bulan Khas Untuk Warganegara. Jom Sokong ‘Peniaga Kecil’ Ini!

Memahami denyut nadi rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Wilayah Persekutuan akan menjadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ selama enam bulan bermula 15 November ini.
Khusus kepada warganegara Malaysia, ia diharap dapat membantu meringankan beban warga kota. Inisiatif itu dibuat bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja.
- Penduduk Wilayah Persekutuan dibenarkan berniaga termasuk makanan, pakaian dan apa saja jenis perniagaan sehingga 15 April 2021.
- Bagi yang berminat, anda boleh berniaga dalam tempoh enam bulan ini dan urusan permohonan lesen akan dipermudahkan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Persekutuan
- Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan mengeluarkan garis panduan dalam tempoh terdekat mengenai tatacara perlu dipatuhi orang ramai yang mahu berniaga kelak. Semestinya syarat dikenakan lebih mudah, iaitu lokasi tidak boleh mengganggu lalu lintas, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran tempat perniagaan.
Kementerian juga akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh berkenaan sekiranya inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan warga Wilayah Persekutuan. Ayuh semua kita sokong peniaga kecil rakyat tempatan dengan membeli barang jualan daripada mereka.
Apa pun jangan lupa jaga SOP ya.
Sumber: Bernama