Disebabkan kes pandemik COVID-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah telah diarahkan berkuatkuasa kembali pada tengah malam 3 Oktober 2020 (Sabtu).
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, untuk industri pelancongan Sabah antara negeri yang menerima kunjungan ramai pelancong domestik terutama ke destinasi pulau-pulau cantiknya. Namun, keseronokkan untuk bercuti ke Sabah terhenti sekali lagi buat seketika demi membendung penularan wabak COVID-19 yang kembali tinggi.
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.
Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang menjalani atau akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan.
Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa. PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk di empat daerah itu dijadualkan berakhir pada 12 Oktober ini. Pelaksanaan PKPDB di kawasan itu adalah bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan kelak akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah.
Rindu nak makan briyani Zam Zam dan shopping di Mustafa Center? Dah boleh mula plan bercuti ke Singapura guna jalan darat.
Sejak pintu sempadan dibuka pada 1 April yang lalu, dah ramai rakyat Malaysia yang mula bercuti ke luar negara, termasuklah ke negara jiran, Singapura. Lagi best bila SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura juga tidak terlalu ketat bagi pengembara dari Malaysia.
New Zouleberkongsi cara keluar masuk dari Johor Bahru ke Singapura menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) menggunakan jalan darat. Macam senang dan praktikal je kalau nak bercuti ke sana. So apa tunggu lagi jom plan pergi Singapura.
Update masuk dan keluar Singapore melalui jalan darat pada 1 April 2022
Masuk ke Singapore dari JB
1) Naik bas dari JB Sentral ke Woodland. Bas direct ke Queen Street belum beroperasi lagi. Harga RM2. Bayar terus dalam bas selepas proses imigresen di JB. Proses di imigresen di JB seperti biasa (scan passport/pergi kaunter).
2) Naik bas sekejap je.Tiba Woodland, turun bas dan menjalani proses imigresen di Singapura. Sediakan passport, bukti vaksin di mysejahtera (tunjuk dalam phone pun boleh) dan isi SG Arrival Card. Isi kat sana pun boleh, nanti pegawai mereka tolong. Screenshot dan bagi pada pegawai imigresen. Kalau nak isi awal pun boleh dan siap print. Insuran tidak diperlukan.
3) Pegawai boleh tanya apa-apa soalan. Jawab dgn berhemah. Contoh kawan saya kena soal, dah penah kena covid ke tak. So far urusan lancar.
4) Memandang tiada direct bas ke queen street, lepas keluar bngunan woodland checkpoint sila cari bas pergi mrt kranji/mrt woodland/mrt marsiling. Tiba mrt dah senang gerak. Beli kad mrt SGD10. Dalam tu ada nilai SGD5.
5) Kena download Trace Together SG, apps mcm my Sejahtera kalau nak masuk premis. Tak pasti nak register macam mana sebab tak download. So far tak ada masalah sangat masuk tempat itu ini. Tapi ada yang tegas tak bagi masuk. Ada juga yang benarkan masuk sekadar tnjukkan vaksin kat mysejahtera. Yang ni, korang kaji lagi ye. Kalau tahu cara nak register, boleh share.
Keluar dari Singapore
1) Dari city, malas nak naik mrt pegi Woodland Checkpoint sebab tukar-tukar. So decide naik Gojek je. First time dapat off SGD8. Bayar SGD12 jer. Tapi kalau nak naik mrt, cara sama macam cerita time pegi.
2) Urusan passport di Singapore guna autogate jer.
3) Lepas tu turun bawah, naik bas 2 dolar (bayar dalam bas) pegi CIQ JB. Urusan di JB pun guna autogate jer. Segalanya cepat. Selamat kembali ke Malaysia.
Jika dah ada direct bas dari larkin/jb sentral ke Queen Street lagi senang. Tak pasti dah beroperasi atau tidak.Sekadar share pengalaman masuk Singapore pada hari pertama land border dibuka.
** just penambahan info, mungkin ada yang lupa
– kalau nak beli souvenir, beli kat mustapha centre. Situ murah dan banyak pilihan. Turun MRT Farrer Park
– Kalau nak makan nasi briyani, turun bugis station. Memang kalau pegi, tak cari lain.Terus pegi Zam-Zam yg berhadapan dengan masjid. Ada juga kedai lain.
– nak cari hotel ada kolam tapi murah dan dekat kawasan bandar? Boleh try Ibis Budget Clarke Quay. Bawah RM250 boleh dapat bilik yang selesa tapi tak luas dan tak ada tingkap. Saya dapat RM207 via Klook.
Luas sekitar 12m tapi for me selesa. Bukan nak duduk lama. untuk rehat dan tido. Tapi ada juga bilik yang besar sikit dan ada tingkap tapi mahal lagi. Paling best ada kolam tingkat atas bersaiz sederhana. Kolam tutup 10 malam. Hotel pun bersih. Standard Ibis. Hotel sekitar 5-7 min walk ke mrt clarke quay.
Sebelah hotel ada 7-11.
Dari hotel blh jalan 15- 20 minit pegi merlion park/esplanade.
Sejak semalam, negara matahari terbit Jepun sekali lagi diuji dengan bencana alam. Kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan banyak rumah dihanyutkan arus deras mengakibatkan kematian termasuk 19 masih hilang.
Pray For Japan kerana negara ini antara yang kerap menghulurkan bantuan saat Malaysia diuji dengan masalah.
Dikongsi dari laporan Zuwita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di Jepun yang juga Owner and Founder at Tokyo Organic HQ, dirinya banyak berkongsi info-info menarik dari Jepun. Berikut adalah perkongsiannya.
2 mati, sekurang-kurangnya 19 masih hilang dan 21,000 rumah diarahkan untuk dikosongkan serta-merta dalam kejadian tanah runtuh atau lebih tepat “lumpur runtuh” di bandar Atami, wilayah Shizuoka awal pagi semalam.
Kejadian tanah runtuh macam ni ikutkan bukan sesuatu yang luar biasa pun untuk berlaku di Jepun sebab ikut statistik, lebih kurang 1000 kejadian tanah runtuh berlaku di Jepun setiap tahun, bermakna sebulan lebih kurang 80 kejadian tanah runtuh berlaku!
Banyak kan?
Sebabnya 70% dari bentuk muka bumi Jepun adalah gunung dan lebih 100 daripadanya adalah gunung berapi aktif. Gunung berapi aktif di Jepun saja dah membawa kepada 10% daripada jumlah gunung berapi di dunia. Sungguh la banyak. Tu gunung berapa aktif ye. Kalau yang dah mati bertambah-tambah banyaklah.
Kenapa fakta ni penting?
Sebab ini yang berlaku dekat Atami, iaitu pertembungan faktor-faktor ni. Yang berlaku semalam tu bukan tanah runtuh saja, tapi “mudslide” atau debu gunung berapi yang runtuh dari pergunungan di atasnya, yang dibawa oleh hujan yang lebat.
Menurut Pakar Tanah Runtuh dari Tokyo University of Agriculture and Technology, Ishikawa Yoshiharu, tanah di kawasan lereng gunung Atami tu dah ditutup dengan lapisan tanah debu gunung berapi. Debu gunung berapi ni pula sangat mudah mengalir setelah menyerap air.
Nak pula sekarang memang musim hujan sebab pertukaran ke musim panas atau dipanggil “tsuyu”. Taburan hujan yang tinggi juga dikatakan salah satu kesan dari keragaman iklim, atau La Niña yang melanda. Jadi tak hairanlah kejadian seperti semalam boleh berlaku di Atami dengan kelajuan “mudslide” sekitar 40km/j.
Kalau sebelum ni Jepun dah bina teknologi hebat macam seismometer untuk kesan gempa bumi lebih awal, mungkin di masa akan datang saya tak hairan kalau Jepun boleh cipta sesuatu yang hebat untuk kesan kejadian tanah runtuh lebih awal.
Sebab bak kata seseorang pada saya, Jepun ni nyawa je diorang tak boleh buat.
Surabaya di Jawa Timur diletakkan sebagai zon hitam selepas mencatatkan lebih 3,000 kes jangkitan Covid-19 pada 5 Jun lalu.
Foto: comeindonesia.com
Jakarta Post melaporkan Surabaya, wilayah yang mencatatkan kes jangkitan tinggi yang ditanda dengan warna merah namun bertukar lebih gelap sekiranya lebih banyak kes baharu dicatatkan. Wilayah itu merekodkan banyak kes baharu, ia akan menjadi lebih gelap dan seterusnya bertukar hitam dalam peta.
Foto: cnnindonesia.comFoto: surabaya.go.id
Setakat 5 Jun Jawa Timur mencatatkan 5,549 kes positif Covid-19 dengan hampir 3,000 di Surabaya saja. Malah, 37 daerah dan bandar di wilayah ini juga dikategorikan sebagai zon merah. Bandar lain yang turut mencatatkan warna lebih gelap pada peta termasuk Sidoarjo dengan 683 kes dan Gresik (183 kes). Secara keseluruhan, Jawa Timur mencatatkan angka kedua tertinggi bagi kes COVID-19 dengan yang tertinggi dicatatkan di Jakarta.
Foto: merdeka.com
Sementara itu, Kompas melaporkan Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa berkata, Surabaya bukanlah dikategorikan sebagai zon hitam sebaliknya warna sebenar adalah merah tua.
“Warna pada peta itu bukanlah hitam, tetapi hanya merah tua. Semakin banyak kes dicatatkan, semakin gelap warnanya. Pada peta berkenaan Surabaya sebenarnya hanya ditanda dengan warna merah tua atau merah gelap, bukannya hitam,” katanya.